Pages

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Friday, October 3, 2014

My Department Trip: Telaga Tujuh

Telaga Tujuh, Langkawi
Sunday, 28 Sept 2014

Parking Fee: RM2

Telaga Tujuh is our first agenda for today. Actually, plan nya nak ke sini semalam but somehow, ada orang tu tak agree sebab  panas katanya, so, we postponed today. Tak pasal-pasal kan stuck in the jam for almost 3 hours sebab tukar plan ke Pekan Kuah. Macam mana lah aku boleh tak notice date for Iron man Langkawi ni. Anyway, dah terlepas pun, so, no more regret. Layan jelah tengok athlete Ironman beraksi di pekan Kuah... hahaha. Bukan selalu pun kan. So, my day 1 in Langkawi was really horrible.

Lets get back to the main story...

After heavy breakfast kt Resort World kami straight away heading to this place. Tak sangka pulak kami antara orang terawal sampai sini kan. Memandangkan takde makhluk yang ada selain orang yang jaga car park, so, kami decided nak ke petronas berhampiran dulu isi minyak. Risau juga hanya kami berdua kan. Perempuan pulak tu. So, after half an hour macam tu, kami patah balik ke sini & luckily ada satu chinese famili yang baru sampai juga. And kami pun mulalah menuju telaga tujuh. Tapi that chinese famili only hike up to waterfall sahaja.

To be honest, this is my first time ke sini. Rasanya, ke Langkawi dah 4 kali tapi tak pernah lagi sampai ke sini. Last trip with Ina & Kim, kami sempat tawaf satu pulau tapi entah macam mana boleh miss telaga tujuh. Mungkin jodoh aku nak naik dengan fad kot, hehehe. Sorry Fad, sebab aku kau terpaksa panjat sekali walaupun bukan dengan kerelaan hati. 


Stairways to seven wells..

Nak sampai ke telaga paling atas bukan lah perkara mudah tapi kena bersusah payah naik tangga dulu. Maybe if you're an active person, aku rasa takde masalah kot sebab apalah sangat 628 steps tu kan. To me it's good exercise. And don't worry, there were places for rest provided if you feel like lost of breathing. The journey to seven wells will take you approximately 30 to 45 minutes thru the beautiful rain forest of Gunung Mat Cincang.


Ada seat for rest if you feel like to

Total 628 steps to get to 7 wells

Baru jer tahu... hahaha

More place to take rest

Couldn't capture the full picture of it

Lets push your stamina to the limit

Sekilas Fakta...

Air Terjun Telaga Tujuh (Seven Wells) merupakan rangkaian air terjun yang berasal dari tujuh mata air, mengalir ke tujuh telaga semula jadi. Air Terjun Telaga Tujuh mengalir dari satu kolam ke satu kolam yang lain dan membentuk tujuk kolah pada muka bukit, dari mana ia mendapat nama. Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 628 anak tangga sehingga bahagian pertama air terjun. Pendakian mengambil masa sekitar 45 minit sehingga sejam untuk mendaki sehingga ke puncak air terjun Telaga Tujuh. (source)



Terletak di Gunung Mat Cincang... Air terjun ini bermaksud 'Telaga Tujuh', merujuk kepada koleksi tujuh kolam berasingan yang terjadi secara semula jadi.


The Legend...

Menurut cerita penduduk tempatan, dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi tidak berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit. Wallahualam. (source)



Kata atas ni Cuma ada 6 kolam sahaja. Kolam yang ke-7 terletak di kaki bukit 90 meter di bawah, kat area waterfall

Masa kami sampai atas tu, cuma ada 2 ladies yang sedang mandi-manda. And seorang renjer yang sedang bertugas. Agak friendly juga renjer ni, rancak ceritanya dengan Cik Fad... hehehe. Anyway, banyak jugalah info yang kami dapat dari renjer yang dikatakan Fad macam muka bapa Sheila Amzah ni.


One of the 7 wells

Only halfway... kalau nak sampai puncak memang kena betul-betul prepare with hiking gear lah

Actually, ada hiking route nak sampai ke puncak Telaga Tujuh. Kalau memang ada plan nak panjat sampai ke puncak kena inform renjer yang bertugas for safety reason. Kalau ikutkan keinginan nak sampai ke puncak memang ada tapi memandangkan tujuan asal kami nak sampai ke Telaga Tujuh sahaja, so, memang takkan lah nak sampai ke puncak. Lebih-lebih lagi dengan hanya memakai sandal. InsyAllah, kalau ada peluang lagi nak juga merasa sampai ke Puncak.


You could see cable car ride from top of Telaga Tujuh

Successfully made it to this point

Telaga yang 1st dan yang paling atas sekali

According to renjer yang bertugas, di sinilah punca utama air penduduk Langkawi. Emmhhh… no wonder lah otw nak sampai ke sini thru the heaven stairs, korang akan notice old pipe route.


Kalau nak hike sampai puncak telaga tujuh, need to follow this route across the river

Air dari puncak telaga Tujuh

Kami tak mandi-manda pun di sini although the water looks so irresistible. Padan muka sapa suruh tak bawa extra cloth kan. So, kami hanya picnic sambil rendam-rendam kaki & amek gambo jelah. Jeles pulak tengok that two muslimah ladies mandi sakan. And mereka pun sedang bercuti juga. Ingatkan kembar rupa-rupanya bestfren, hehehe.

We returned down after spend about 2 hours on top of Telaga Tujuh. Masa otw nak turun tu barulah nampak agak ramai juga orang yang baru nak datang. Maybe sebab kepayahan nak sampai ke atas has limit the number of visitors to visit this beautiful seven wells. So, most of them preferred hike up to waterfall kat bawah saja.


My Department Trip: Shopping @ Langkawi

Langkawi Island
Saturday, 27 Sept 2014


The first thing we did masa sampai Langkawi cari car rental. Nak enjoy jalan-jalan kat Langkawi ni kena lah sewa kereta baru lah boleh melangkah dengan lebih jauh. Tapi memandangkan trip kali ni tak jauh dengan my autumn trip to korea, so, keinginan nak melangkah lebih jauh tu terpaksa lah aku pendamkan. So, my aim kali ni cuma nak cover tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sajalah i.e. Telaga Tujuh.

Keinginan nak follow kak Siti snorkelling ke Pulau Paya pun terpaksa aku pendamkan juga walaupun pada hakikat nya memang teringin. One day trip snorkling at cost of RM100++… emmhhh.

Kami sewa keter MyVi from RM70 per day. Tapi masa aku dapat kereta tu minyak memang dah blink-blink. So, memang kami terpaksa lah cari Petronas berdekatan nak fill the tank first. Mana tahu kan last day masa nak return kami masih ada 3 bar lagi. Huish, rugi betul sebab aku ingat dia orang ni akan kasi lah duit sebab petrol kami ada 3 bar tu. Tapi jangan haraplah, aku ingat lagi dia suruh isi minyak masa kami return nanti… masa tu terpikir juga apsal kami nak kena isikan untuk ko padahal kami dapat pun dah blink-blink. So, kami niatlah nak return pun blink-blink juga tapi apakan daya tak mampu dah nak buat macam tu sebab plan nak jalan-jalan ke padang mat sirat & Dataran helang tak jadi.

Tapi aku rasa next time, masa dah sampai airport nanti jelah cari kereta sewa sebab ada yang offer lagi murah RM50 per day. And make sure isi minyak cukup-cukup jer sebab no refund kalo dah terlajak isi.

Our first destination on the first day ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Orang datang Langkawi nak jalan-jalan dulu tapi kami HIG nak shopping chocolate dulu. 


Chocolate yang agak popular di sini

Kompleks HIG ada beberapa cawangan disekitar Langkawi ni and kami ke cawangan yang agak baru. Memang syurga nak borong coklat murah lah kat sini. Especially coklat-coklat yang rarely korang boleh dapat kat KL ni. Kat airport memang ada tapi harga memang takkan murah macam kat sini lah. Rambang mata juga mula-mula tu bila tengok semua brand chocolate mahal ada kat sini. Tapi nasib baiklah boleh kawal juga nafsu tamak tu kan, kawal-kawal pun terbang jugalah RM200++


Ini memang sakan betul borong, dari bakul ke trolley… hehehe

Lepas dah borong chocolate, kami ke Idaman suri pulak. Syurga shopping pinggan mangkuk, cookware & yang sewaktu dengannya. Kami tak plan pon nak shopping cookware or pinggan mangkuk tapi singgah jugalah sebab nak tengok benda-benda lain. Mungkin kalau tak memikirkan nak save money for korea maybe ada juga set yang aku rembat ni, hehehe.

The next day after Telaga Tujuh, kami sambung shopping lagi at Pekan Kuah… kami ke HIG cawangan lain yang berdekatan dengan Langkawi Saga. Kalau dah berjalan ke sini tu… ada sajalah benda nak beli. Dan again kami borong coklat lagi.

Tak sah rasanya kalau ke Langkawi tak bawa pulang minyak gamat. From Telaga tujuh to Pekan Kuah, akan lalu Jalan pandang Mat Sirat & akan notice minyak gamat giant betul-betul kat tepi jalan on the opposite side. And kedai gamat ni memang betul-betul tepi jalan. Not only minyak gamat, segala produk yang berkaitan gamat ada dijual. 


Replika Minyak Gamat

Malamnya kami ke Pantai cenang. Area ni pun agak heaven juga nak shopping souvenirs di Langkawi. Tapi agak mendukacitakan sebab price dia memang agak melampau and paling penting kebanyakkan kedai yang kami masuk tak boleh bargain. Huish, takkan local pun kena bayar harga international. Terus terbantut nak shopping benda-benda yang aku berkenan bila memikirkan harga yang murah aku boleh dapat di Bali & Surabaya. Dah selalu berjalan ni terasa pulak, bercuti kat Negara sendiri lagi mahal dari kat luar… kalo macam tu lebih baik aku pergi melancong kat luar. Puas hati juga. 

Shopping.. shopping juga tapi sila patuhi procedure yang telah ditetapkan kastam untuk syarat bawa barang keluar dari Pelabuhan bebas cukai (PBC).

Information on procedure nak bawa keluar barang dari Langkawi --> Butiran 19 perintan duti kastam (pengecualian) 1988



Thursday, October 2, 2014

My Department Trip: Langkawi Island

Resort World Langkawi
Saturday, 28 Sept 2014


Lamanya menyepi dari sebarang update on my travel trip. Of course lah takde trip yang nak di story kan. Lebih-lebih lagi memikirkan budget besar yang bakal dileburkan untuk ke korea in another 2 weeks time. Budget bersih jer without shopping & foods jer dah rm1500. Actual budget maybe tak sampai tapi contingency budget mesti ada kan. Manalah tahu.

Anyway, I just came back from my department trip about 3 days back yang agak sikit mengecewakan. Kecewa bukan sebab tak dapat nak cover jalan-jalan satu pulau tu tapi lebih kepada something yang aku expect to be exciting turns out to be not so exciting.

Supposedly, overseas trip kami ke Hanoi & Halong Bay sebab dapat vote paling tinggi among staffs tapi bila time final confirmation cuma 21 orang je yang willing. So, jadinya cancel lah sebab syarat nak buat overseas trip mesti more then 35 pax. Lastly, langkawi jugalah yang menjadi pilihan hati. Actually, ada option lain juga tapi apa kan daya trip ke Grand Lexis PD jatuh date aku nak ke Korea. Emmhh... melepas lah nak merasa Pool inside the room.

Anyway, lets get back to the story kat langkawi.


Resort World morning view just outside the lobby

For this 3D2N Langkawi trip, we stayed at Resort World Langkawi which is formerly known as Awana Porto Malai Hotel. And each staff was given Deluxe Garden View.

Deluxe Garden View RM620 for 3D2N stay macam tak berbaloi jer. Garden View sangat tapi facing the carpark, hahaha. Whatever lah. Nak komplen pun tak guna sebab yang organize pun tak join trip ni. After returned, all staffs yang joined the trip received email "....please provide your personal feedback for the Langkawi trip.... blah blah blah"

Ada pulak yang respond "maybe the hotel is not as expected, but I found that the hotel is not that bad...". Boleh pulak dia jawab macam ni. Aku tak kenal staff yang respond ni, al-maklum deparment aku ni besar, so, kalo ko tak buat project skali, peluang memang agak tipis nak kenal ramai orang unless ko deparment secretary, hahaha. Entah lah, maybe first time dia pergi bercuti ke aku tak sure lah or maybe sebab dia tak payah keluar kan duit for the accomodation, so, dia rasa thankful sangat... tapi yang aku paling tak puas hati management hotel pun tak berapa nak ok.

First, after check-in, kami diberi bilik yang lokasinya paling hujung skali & hotel cuma ada satu lift sahaja kat bahagian lobby. Dah tu, receptionist tu bukan nak kasi clear instruction nak ke bilik kami. Memang nak mengamuk juga lah cari bilik dengan luggage yang berat dan kami kena menapak sangat jauh tu.

Second, no internet free, kalo nak free dekat lobby sahaja, OK. itupun reception sucks. Kalau nak guna kat bilik, pay RM10 for 1 hour. What?? Room already expensive, why we still have to pay for the wifi. Anyway, we're not going to use like 24hrs. Kenapalah Malaysia ni, kata nak menuju negara maju.... but why we still have to pay for the WIFI at almost all hotels & hot spot areas. Malu lah pergi negara lain, amek budget hotel pun boleh dapat free wifi. Come on Malaysia, wake up.

Third, room was not as what we expected. Pay RM310 per night for deluxe double is like staying in 3 stars hotel deluxe double. No speciality. Maybe, kalau dapat sea view, aku tak heran sangat tapi ni garden view yang menghadap parking. Apakah? Next time sila tukar description "Deluxe double with parking view". Satisfy juga kan... tapi kalau garden view pun, aku rasa takde apa yang nak dibanggakan sebab takde apa pun yang menarik. Nampak nya aku jer lah yang berangan lebih,


Inilah bilik yang not as what I expected

The other side of our room

Fourth, macam mana boleh ada gambar sunset kat dalam website dia padahal, that thing only happened on the other side of Island. Sebab apa aku tahu, dulu masa aku pergi dengan Sarina & Kim, kami ke Tanjung Rhu nak kejar kan sunset. Ni lagi satu penipuan yang obvious kat website dia. Cik Fad pun boleh tertipu tu. 


View during the sunrise

Tapi yang aku tak nafikan, view kat sini memang awesome especially masa sunrise. Foods, so so jer.


The other side of Resort World

Resort World

We're having our first day BBQ dinner outside here

Dinner sambil layan view yang awesome nie... memang best

Actually, aku belum pun reply lagi feedback on Langkawi trip tu sebab macam nak tengok orang lain respond macam mana dulu. Takut nanti aku saja yang comment lebih-lebih tapi staffs lain cool jer kan.

Although, I'm kind of budget traveller & I'm not paying for the hotel for this department trip but still satisfaction should be the priority. At least, something value for the money. As a customer, I feel really disappointed. 

To be continued...
 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...