Pages

Showing posts with label Kathmandu. Show all posts
Showing posts with label Kathmandu. Show all posts

Tuesday, December 11, 2018

Everest Base Camp 2018... Nepal I'm Back


We're back Nepal after 1 year, macam takde tempat lain nak pergi dah ya, hahahah. Anyway, kedatangan kami kali ni buat kali ke-3 membawa misi yang berbeza pula, Everest Base Camp (EBC), one of my wishlist. Actually, dah plan after trip Annapurna Base Camp (ABC) yang lepas. Kali ni bertiga saja. Athirah tarik diri sebab nak join trip December bersama Cikgu Hanisah. So, Aku, Fad & Uncle Rashid sahaja meneruskan perjuangan kami.


Kalungan bunga tahi ayam tu memang tradisi wajib nepalese welcoming visitors to Kathmandu agaknya

Actually, trip ni kalau aku cancel pun, Uncle Rashid tetap akan proceed sebab dia nak survey trek EBC sebelum bawa orang untuk next trip. So, dah alang-alang dia pergi, aku pun cakaplah nak follow. And uncle tak kisah pun berapa orang nak follow dia, dua pun dia bawa juga. And dia minta kami yang suggest date sebab Uncle tak ada masalah dengan cuti. Ada cerita tak best lain sebelum aku sampai sini, flight ticket. Dah lah aku dapat tiket promo AA masa trip nak balik from Kathmandu tapi ada problem apa entah AA tiba-tiba suspended semua flight dia ke Kathmandu. Fuhh, memanglah dapat full refund tapi nak cari ticket murah lagi dalam masa 2 bulan tu memang struggle juga sebab of course Airline lain ambil kesempatan letak harga mahal. Terpaksa lah aku search ticket lain. Last option tix yang murah aku dapat Malindo. Tak murah pun tapi kena add extra RM400 juga (pejam mata jelah bayar).

Untuk trip EBC kali ni, kami masih menggunakan khidmat Third Eye Adventure. Dah kali ketiga & overall satisfied with the service. Ok Ganesh, I already promo you, so, next time offer me free trip to Annapurna Circuit, ok.

Pada mulanya aku diberitahu Uncle yang kami akan menggunakan khidmat Rabin as our guide. Aku pada mulanya kurang setuju setelah apa yang dia buat kat group aku sewaktu trip ABC 2015 tapi uncle yakinkan aku Rabin lagi familiar with EBC compare to other guides, so, aku tak banyak ceritalah tapi dalam hati memang berharap bukan dia lah guide kami nanti. Tapi hari kami fly to Kathmandu, Uncle cakap yang kita dah tukar guide lain. Katanya, sebab aku dah cerita kat dia apa yang berlaku kat ABC kira-kira 4 tahun yang lepas, dia minta Ganesh tukar guide lain, maybe terkesan jugalah apa yang aku cerita. Sorry Rabin. I don’t want history repeat itself. Hahaha. 


This is Nepal

Kedatangan kami kali ini disambut oleh guide baru yang akan bawa kami ke EBC, Deepak. Nampak macam ok, Alhamdulillah, kami sangat berpuas hati dengan servide Deepak selama 10 days trekking.

As usual, first day kami kat Kathmandu sudah tentu lah menghabiskan masa jalan-jalan di Thamel cari barang outdoor. Nak complete kan apa yang tak cukup. Actually, memang ada barang yang aku save untuk beli kat Thamel pun.


Thamel... syurga barang outdoor di Nepal

Area Hotel kami di Thamel

Pakcik ni dah expert jalan kat Thamel ni

Malam di Thamel sentiasa meriah

Pakcik ni kalau boleh semua kedai dia masuk, hahaha

Carbo Loading at Anatolia Restaurant

Malam tu after dinner, kami sambung balik shopping sebab Uncle ada barang lagi nak cari. Dalam pukul 9.30pm jugalah baru pulang ke Hotel. Aduh, trip kami dah lah esok. Penat baru sampai pun tak hilang lagi, nak kena berkemas pulak. So, nak tak nak malam tu juga terpaksa berkemas apa yang patut sebab kami diberitahu flight tu Lukla hanya allow 15kg per person including hand carry. Berhempas pulas jugalah nak minimize barang. Aku tidur lewat malam tu sebab nak packing barang nak tinggal kat Hotel, barang nak pass ke Porter & barang yang aku nak bawa sendiri. Sebab esok once saja kami sampai Lukla, kami akan terus trekking to Phakding. Esok juga kami akan bertolak sebelum pukul 5.45am from Hotel to Kathmandu Airport sebab flight kami dijadualkan 7.40am.


 To be continued...

Wednesday, December 20, 2017

Annapurna Expedition Day 1: Kathmandu to Pokhara

Thamel, Kathmandu
Friday, 1st December 2017


Alhamdulillah, hari ni merupakan hari yang sangat panjang kami akan berada di atas jalan raya. Yes, travel from Thamel, Kathmandu to Pokhara. Anggaran masa 7-8jam. Kalau traffic lagi teruk, maka, lagi lamalah korang duduk kat atas jalan. Nasib baik kami dah buat persedian awal untuk menghadapi 7 jam bakal membosankan.

Tak banyak nak kemas pagi ni sebab malam tadi kami dah siap pack barang yang nak ditinggalkan di Hotel Dream City. Nak trekking for next day, kita fikirkan masa kat Pokhara nanti lah pulak ya.

Pagi tu masa nak turun for breakfast, dah riuh rendah bunyi kat bawah. Ohh, rupanya ahli rombongan yang tiba malam tadi dah siap bangun awal for breakfast & semua pun dah bersiap-sedia nak ke Pokhara city. Tak banyak yang kami bualkan lagi, baru kenal beberapa orang sahaja. Al-maklum baru first time kenalkan, kenalah cover sikit excited tu.


Dapat kenal member baru hari ni... Kak Bad

Breakfast

Pagi tu after a simple breakfast, kami memulakan perjalanan menuju Pokhara. Kami tak perlu lagi nak angkut bagpack yang berat berkilo-kilo tu ke stesen bus macam first trip dulu sebab trip kali ni Ganesh provide chattered Van untuk ke Pokhara from Kathmandu. Barulah best sikit. Tapi one thing, aku & Fad lupa besar kali ni, tak bawa microphone, hahaha. Kami bergerak dari Kathmandu lebih kurang pukul 7.30pg. 


Morning Thamel

Kali ni kami naik chattered van ke Pokhara

Bismilllahirrahmanirrahim…let's the journey begin.

Kami mula-mula berkenalan masa first time bersama dalam Van menuju ke Pokhara. Thanks Abang Syuk kerana pantas memulakan bicara. Kami kan akan bersama-sama selama 11 hari, so, mengenali antara satu sama lain amat penting bagi mengeratkan silaturrahim. Ingatkan nak tahu nama saja, rupanya lebih dari itu. Asal mana, kerja mana & soalan mencabar yang lain juga. Tapi paling mencabar bila Uncle Bad tanya soalan pernah naik G7 tak? Errkkk. Serious aku ingat masa dia tanya aku tu dia dah pernah naik, rupanya tak pernah sampai pun lagi. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa dia kerap juga tanya soalan yang sama kat Fad, hahaha.

Tapi kami lebih serius mengenali hati budi (chewah, hahaha) & character masing-masing hanyalah sepanjang kami trekking 8hari diPoonhill & ABC. Masa tu lah baru tahu, kami ni somehow related juga. Abg Syuk & wife kak Ju, Mat Lan, Kak Bad & Edwar merupakan ex-UIAM student rupanya. Kami tahu pun masa kat Teahouse Ghorepani. Masa tu lah, masuk nama Kak Syu yang terlebih dahulu kenal dengan geng latepackers UIA ni. Seronok sangat dengar cerita orang otai dulu-dulu pergi hiking. 


RnR pertama

Accident lori masuk longkang otw to Pokhara

Pemandangan kelabu sepanjang jalan disana adalah perkara normal

RnR ke-2 kami... Rombongan dari Malaysia
 
Lunch... ambil banyak mana pun NPR400, menyesal amik skit, huhuhu

Sempat singgah tepi jalan beli limau

Ingat dah dah ada 3G boleh layan kan sepanjang tapi one thing aku lupa jalan nak menuju Pokhara ni penuh berliku, so, memang nak tak nak paksa jugalah tidur sebab nak elakkan mual & pening. Fuhh, nasib baiklah van kami ni banyak buat perhentian sepanjang jalan, so, boleh lah nak recover body yang tak berapa sedap duduk lama-lama kat dalam Van tu. Tapi aku tahu, orang yang duduk belakang lah yang paling kesian sekali especially bila lalu kat jalan yang tak rata.

Kami tiba di Pokhara around 4pm. So, after solat & short rest kami mula bergerak menuju Pokhara Lake. Tapi view kali ni tak macam dulu sebab masa kami sampai cuaca sedikit mendung.


Bilik kami di Pokhara Eco Resort... Selesa, luas & best

Boleh nampak Machapucharre & Annapurna Range from Level 4 Pokhara Eco Resort

First time makan bersama cukup korum, Alhamdulillah

Carbo Loading... Mutton Beriani lagi

Malam tu after dinner, kami sambung shopping outdoor gears kat Pokhara pulak. Compare toThamel, Pokhara is more relax kalau nak shopping. Tak macam Thamel yang berhabuk sana-sini & sedikit huru-hara. Cuma price kat Pokhara ni mahal sikit dari Thamel. Anyway, kalau korang ada skill bargain, tak jadi masalah kot. Tapi tengok jugalah ada juga yang keras hati tak kasi. So, ikut nasib jugalah. Kami hanya shopping barang keperluan untuk didbawa trekking ke ABC nanti. Uncle tiba-tiba advise suruh bawa Thermos sebab dia advise minum extra hot water. Katanya perlu nanti bila nak trekking from Duerali-MBC-ABC sebab cuaca sejuk, so, bagus kalau ada hot water to warm the body during trekking.

Ohh untuk kali ni, kami tak perlu pass backpack kami untuk porter bawa tapi Third Eye Adv dah sediakan duffle bag yang besar untuk kami letakkan barang-barang kami. So, the best way kalau pakaian, jacket & electrical item tu better put in dry bag. Memang lah dia cakap duffle bag tu waterproof tapi tak yakin bila tengok zip dia. Since, aku tak tak ada dry bag yang besar malam tu juga aku, Fad & Nir cari sampai jumpa. Kami dapat harga serendah NPR500 untuk size XL about 22L. Berbalaoi walaupun aku harap dapat yang size lagi besar macam Fad. Tapi sebab satu je yang available for XXL, aku & Nir pasrah dengan XL size saja.Tapi sebab aku dah ada yang 20L punya , so, cukup lah untuk kelengkapan trekking for 8 days.

Total damage malam ni saja nak NPR4000. Northface Waterproof Jacket, Thermos & DryBag...cukup lah untuk malam ni saja. Nanti balik kalau ada budget lebih boleh difikirkan yang lain pulak. Ada juga plan tu, hehehe. 

Kami pulang ke Hotel setelah cukup kelengkapan yang perlu ada. Balik nak kena kemas lagi untuk barang nak pass ke porter, yang nak bawa sendiri & yang nak ditinggalkan juga di Hotel. Untuk barang nak pass ke porter sumbat je semua dalam dry bag and masukkan dalam duffle. Besar duffle bag tu, so, pandai-pandai lah adjust nak muat masuk semua barang. Kalau tak cukup juga barangan untuk 2 pax, huish, tak tahulah apa yang korang bawa banyak sangat tu.

Ok, nitezzz.

To be continued...


Sunday, March 1, 2015

Road To ABC Day 2: Thamel To Pokhara

Thamel Kathmandu, Nepal
Sunday, 15 Feb 2015


Seawal 6.30pg kami dah bergerak dari Blue Diamond Hotel menuju stesen Bus yang akan membawa kami ke Pokhara. Masa ni kami belum menggunakan khidmat porter lagi, so, terpaksa lah angkut beg sendiri. Nasib baiklah jarak Hotel ke stesen bus lebih kurang 10min berjalan. Tak sempat breakfast pun, tapi kami dah pesan awal-awal kat guide suruh pack saja, so that, kami boleh makan on the way dalam perjalanan nanti.

Kami naik sekali dengan guides, Roshan & Rabin & porter kami, Jiban. Tourist Bus kami bergerak dalam pukul 7 pagi. Perjalanan dijangka mengambil masa 7 jam. Kalau rasa-rasa nak tengok view yang cantik at certain part sepanjang perjalanan to Pokhara, sila amik right side seat ya. Tourist Bus ni boleh dapat free wifi tapi penggunaan sangat limited. Aku notice ada pun lepas dah half way journey. 


Thamel Bus Station

Bag kami akan diuruskan oleh guide & porter yang membawa kami

Tourist Bus yang akan membawa kami ke Pokhara

We are ready for 7 hours jourey

One of the scariest route otw to Pokhara

On the way nak ke Pokhara, bus akan berhenti beberapa kali. Dua ke tiga kali juga berhenti tepi jalan for emergency, satu kali around 10am (20 min break) and around 1pm (30 min break for lunch). Bus akan berhenti di dua tempat yang boleh dikira sebagai RnR di sini, cumanya takde stesen minyak lah. So, kami amik peluang first stop, makan packed breakfast kami yang tak sempat pagi tadi. Masa kami duk sibuk menikmati breakfast tu, suddenly, kami di sapa oleh lelaki Malaysia yang peramah yang kebetulan juga berhenti di waktu yang sama. Sempat lah bertanya itu & ini, and dia sempat nasihat kan kami supaya berhati-hati sebab katanya ada rakyat Malaysia ada mati kat situ... errrkkk, dia tahu tak kami nak ke ABC bukan nya ke EBC, anyway, kasi lah kata-kata semangat sikit ke. Adoi lah cik abang. Aku tahulah kau risaukan kami-kami ni tapi jangan lah tengok kami sebelah mata. Tak sempat pulak nak tanya dia ke mana lepas tu. Selepas tu, kami tak pernah berjumpa lagi dah dengan mamat tu. 


Bus stop for rest after 2 hours journey... RnR on the way to Pokhara

Ada juga jualan di sini
 
Late breakfast... packed from Blue Diamond Hotel

Waiting for turn... toilet ok cos ada air & cebok, just bring wet tissue & tahan bau jelah

The next stop kami, 2 hours before sampai ke Pokhara. Masa ni dah kira lunch time lah. Kami tak membeli pun sebab kami memang dah bawa makanan sendiri dari Malaysia. So, nikmati apa saja yang ada. Walaupun tak semewah mana, Alhamdulillah kekenyangan. Lepas ni bolah sambung tido dengan happy nya, hahaha.

Masa ni di RnR kedua ni pun kami terserempak dengan another group Malaysia, 3 orang lelaki malay. Kami notice dia orang duduk tak jauh pun dari kami tapi sebab masing-masing nampak macam sombong, so, kami pun takde lah beria-ia nak bersapa mesra. Sebab aku masih ingat lagi masa kami nak register masuk ke ABC di Tourist Checkpost & Information center, aku terserempak dengan 3 mamat ni lagi, masa tu dah pandang dah tapi bila senyum macam tak heran jer kat kami, so, kami fikir dia orang ni memang tak mesra alam. Tapi bila masa kami otw turun dari Bamboo terserempak dengan mamat-mamat ni, notice plak kami yang kat RnR tu, cheh. Ada sorang tu, boleh tahan juga peramah nya. Yelah, certain orang ni kalau jumpa Malaysian kat country lain of cos lah excited kan, yelah jumpa orang sekampung kan tapi not true for some Malaysia traveller maybe. Emmhhh, whatever.


Our lunch time... another 2 hours to reach Pokhara

Lunch yang ringkas tapi Alhamdulillah kenyang

Happy masing-masing dah kekenyangan

Kami sampai Pokhara around 3pm. Turun jer dari bus, dah ada taxi yang standby nak ambik kami bawa ke Hotel. Taxi ni muatan nye 3 orang saja. Jarak pun tak berapa jauh, around 15min. Alhamdulillah, kami selamat sampai di Hotel United before 4pm. 


Taxi already waiting to pick up us

Pokhara Tourist Main Station Bus

Taxi yang membawa kami ke United Hotel

Our accomodation at Pokhara

Port lepak kami ber wifi & makan-makan

Room for 2

To be continued...


Road To ABC: Thamel Day 1

Saturday, 14 Feb 2015
Thamel Kathmandu


Hari yang dinanti-nantikan telah tiba...

Alhamdulillah, kami selamat landing di lapangan Terbang Thribuvan, Kathmandu setelah mengharungi saat-saat yang mendebarkan sebelum landing tadi. Aku rasa dah banyak kali naik kapal terbang tapi kali ni jer aku rasa gegaran nya lagi hebat. Ya Allah masa tu memang Istighfar panjang lah. Aku pernah dengar airport Kathmandu antara airport yang agak susah nak landing sebab awan tebal. Teringat jeritan wanita kat depan aku sewaktu kapal bergegar kuat masa tu, memang betul-betul bikin suspen.

Penerbangan ke Kathmandu mengambil masa lebih kurang 4 jam 20 min. Waktu di Nepal cuma lewat 2.15 jam dari waktu Malaysia. Kami sampai pukul 5ptg waktu Malaysia. Thanks kepada orang yang kasi tips book seat sebelah kanan kalau dari Malaysia (left side kalau balik) sebabnya nanti boleh tengok Mount Everest and Banjaran Himalaya. Normally boleh perasan setengah jam before nak start landing. Masa pergi aku tak duduk tepi tingkap tapi masa balik Alhamdulillah dapat tengok dengan clearnya Banjaran Himalaya dari Airaisa X. Tapi tak pasti pulak mana satunya Everest, hahaha. 


Himalaya Range from Air Asia X (masa ni otw back to KL)

Ingatkan urusan Visa awal di Malaysia boleh lah cepatkan urusan lain juga tapi mana tahu pulak kan nak menunggu beg jer hampir satu jam lamanya. Sudahnya orang yang buat VOA pun boleh dapat baggage dulu. Adoi. Bertabah sajalah. Masa ni kami berkenalan dengan satu group dari Malaysia yang amik trip ke Everest Panorama. All ladies macam kami juga. Kami jumpa lagi on last day sebelum balik Malaysia masa tengah sibuk shopping kat Thamel.

Nak cari agent tunggu kat luar pun problem sebab ramai sangat orang yang standby kat luar. Aku pun tak boleh perasan agent kami dah ada standby dikalangan crowd yang agak horor. Nasib lah Ganesh boleh notice kehadiran kami. Masa tu barulah aku notice paper yang dia pegang tu "Azmin & Nurul".


Alhamdulillah safely arrived

Airport Nepal ni memang agak huru hara skit

Pickup dari airport nak ke Guesthouse

Kalungan Bunga Tahi Ayam menyambut kedatangan kami

Perjalanan dari Airport nak ke Blue Diamond Hotel adalah lebih kurang 30min. Tak jauh pun, agaknya kalau traffic lagi ok, lagi awal boleh sampai. Jalan raya dari airport nak ke Thamel memang agak huru hara juga. Lagilah dengan keadaan sekeliling yang agak berdebu. Memandangkan sekarang masih musim sejuk, so, cuaca pun agak dingin juga.

Kat Nepal ni memang selalu sangat black-out. Tak kira masa lah, siang ke... malam ke. Kadang-kadang tengah kami makan kat kedai pun tiba-tiba black out, hahaha. Same thing also happened in Pokhara. Aku ingat lagi pagi 2nd day kami nak bergerak ke Pokhara takde elektrik kat Blue Diamond Hotel, nasib lah bawa headlamp kan. Kalau tak, berkemas dalam kegelapan lah jawabnya.


Our accomodation at Thamel kathmandu

After check-in, rest dalam 1 hour macam tu kami pun mula bergerak menuju our first destination, Office Third Eye Adventure. Tak jauh pun dari hotel kami, adalah dalam 10min berjalan. Tujuannya, kami perlu membuat full payment ABC package and selain briefing by Ganesh pasal trekking kami ke ABC yang bakal bermula esok. Banyak juga lah sesi Q&A masa ni.


Our next agenda... berjalan ke ofis Ganesh dulu for briefing

Agaknya inilah punca utama black-out sokmo kat pekan Thamel ni, hehehe

Thamel Road Daytime

Briefing by Ganesh at Third Eye Adventure Office

Selepas dah settled payment and short briefing from Ganesh kami pun mula bergerak follow Ganesh & the guides ke salah sebuah kedai outdoor tak jauh dari ofis dia memandangkan kami perlu mencari beberapa kelengkapan lagi. Tujuan aku masa tu pun sebab nak cari lagi satu trekking pole, gloves tebal dan sleeping liner. Barang-barang outdoor di sini memang banyak dan boleh rambang mata dibuatnya walaupun Jenama tiruan seperti North Face, Columbia and few others. Kedai-kedai kat sini kebanyakan tutup awal, so, kalau nak beli sila pastikan shopping awal. 


Not only Outdoor shops

Thamel Road

Bargain jangan tak bargain

Memang boleh rambang matalah kalau masuk mana-mana outdoor shop kat sini

Lepas Ganesh & Rabin tinggalkan kami, kami pun bergerak sendiri ke outdoor shop lain pulak. Sempat lagi cari barang-barang lain juga. Bestnya sebab barang-barang kat sini memang jauh lagi murah dari outdoor shop kat Malaysia.

Oh... kebanyakan warga Nepal sangat kenal dengan Malaysian sebab ada dikalangan mereka pernah bekerja di negara kita. Aku rasa bangga bila ke mana saja kami pergi ada saja yang menyapa sambil bertanya kami dari mana. Lepas tu kalau dilayan mulalah citer tak sudah-sudah, hahaha. Aku ingat lagi guide ABC, Bahadur yang bawa 2 chinese ladies. Ke mana saja kami ada, berhenti ke, dia mesti amik peluang nak borak-borak dengan kami. Rindu dengan Malaysia lah tu. Tapi rata-rata mereka yang pernah datang bekerja lama di sini memang fasih berbahasa melayu.


Dah beli tu wajiblah posing kan, hahaha

Balik bilik, nak kena fikir packing lagi sebab barang dah bertambah sikit lepas shopping tadi, hehehe. Untuk mengurangkan beban yang tak perlu, kami tinggalkan saja di Hotel sebab last day kami akan duduk hotel yang sama balik. 


To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...