Pages

Showing posts with label Fraser Hill. Show all posts
Showing posts with label Fraser Hill. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Road to ABC

Pine Tree Hill, Fraser's Hill
saturday, 17 Jan 2015


Alhamdulillah perancangan nak hiking bersama gadis-gadis semasa & kami guru malaysia terlaksana juga akhirnya after so many things yang berlaku lately. Walaupun tak cukup korum but the trip somehow still the best & awesome. And aku pun agak kagum juga dengan semangat yang ditunjukkkan masing-masing pada trip kali ni. Mungkin faktor cuaca yang cantik & keinginan nak ber karoks pada malamnya, barangkali menyuntik semangat sebahagian kami menjadi lebih aktif & luar biasa laju dari trip sebelum ini. Tahniah wirawati-wirawati, hahaha. Fad pun nampak lebih meyakinkan pada mulanya walaupun agak pancit sikit lepas dah salah step masa otw return. Kesian menahan sakit.

Aku kalau sebelum ni lebih suka laju but this time aku prefer stay kat belakang menemani gojes & sweetie.

The best part, kaki aku lansung tak rasa sakit & lenguh-lenguh seperti trekking sebelum ni. Alhamdulillah.

Personally, aku memang suka trekking dekat Pine Tree Trail ni sebab trail dia memang sesuai nak training sambil-sambil layan view yang awesome. Trail dia tak susah mana pun cuma agak jauh & lama sikit & the last part yang berbatu tu sajalah. Trail yang paling memenatkan bila jumpa stairways to hell. But somehow, that worst part reminds me more about our sweet memories at Pine Tree.


A must caption before start trekking

View that I always love to see otw to Pine Tree Peak

Ray of Light... sign of nice weather

Pondok menunggu Cik Amy... cuma kali ni Amy dilarang keras join kami, hahaha

My Favourite Trail at Pine Tree... always

Don't count the steps.. just walk and feel the heart beat

Trail ni bisa mengingatkan aku pada kenagan mencuit hati
 
Alhamdulillah we've made it in just 3 hours... harap-harap maintain the stamina until trip to ABC ya semua

The best hiking buddies ever ;-)


Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk kami di ABC nanti

Ameen...

Monday, May 26, 2014

Twin Peak... Finally

Pine Tree Hill & Twin Peak
Fraser's Hill, Pahang
24 May 2014


1st attempt... 2 April 2011

2nd attempt... 29 Mac 2014

Finally... 24 May 2014... Alhamdulillah, YES... I did it.

Memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, saat dah berjaya menjejaki puncak Twin Peak. Subhnallah, sungguh indah ciptaan Allah swt. Tak sia-sia usaha kami datang awal ke Fraser Hill semata-mata nak make sure yang kami akan start seawal yang mungkin. Bak kata Uteh, 7.30pagi tu yang paling lewat lah. And 7.30pagi tu jugalah kami gerak hiking dari Pine Tree trail entrance. Alhamdulillah, berjaya bangun seawal pagi walaupun rasanya kami baru je lelapkan mata few hours ago. Aku rasa 3 jam saja kot aku tido plus batuk yang tak berhenti-henti sebelum nak pagi tulah. Kesian Eein yang tak senang tido dengar aku buat bising semalaman. Sorry, aku tak memang tak sihat walaupun dah makan 5ml Sedilix before tido. Hajat dihati nak telan 10ml tapi apakan daya mengenangkan puncak Twin peak yang bakal ku jejaki esok takut tinggal khayalan aje. Cuma Izni saja yang kental tido kepenatan, hahaha.

Anyway, kalau tak disebabkan idea Cik Amy nak tolak malam tu maybe tak tahu lah kami sempat sampai ke tidak seawal pagi. Dan disebabkan Cik Amy jugalah kami bertolak lewat malam ke Fraser Hill, aduyai. Thanks to driver kami, Fad & Amy yang bersengkang mata 2 jam melalui jalan yang agak mencabar & memerlukan fokus sepenuhnya. Aku pun bersengkang mata juga kasi support kat Cik driver, hehehe. Tak sangka kami seberani itu, lapan orang, 2 kereta & ditengah malam yang gelap-gelita tanpa lampu neon yang menemani kami sepanjang jalan. Aku rasa kereta kami saja yang lalu pukul 1 pagi kat situ. Risau memang risau tapi dalam hati ni tak berhenti berdoa supaya perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Alhamdulillah, kami selamat sampai pada pukul 1.59pagi di Tanglin Bungalow. And kedatangan kami malam itu, tak disambut sesiapa pun... Kak kiah pun dah tido. Sampai-sampai jer masing-masing terus cari bilik & dalam fikiran masa tu hanya nak tido, penat sangat. Macam lah aku bawa kereta kan.

The next morning, seawal 7.15pagi kami dah bertolak dari Tanglin Bungalow menuju Masjid Fraser Hill... janji dengan Uteh kat sini. Fad tak follow kami, tak sihat, kesian. Kawan Amy, si Nana pulak, lepas jer dengar aku cakap 14km return trek dia macam dah risau. Dia cakap kalau tiba-tiba nak patah balik boleh ke? Aku cakap boleh jer tapi kami semua kena follow lah sebab guide sorang jer... terus dia cancel tak jadi follow. Jadinya, kami berenam sajalah, Aku, Amy, Adeq, Eein, Izni & Mar. Uteh pun agak terkejut bila tengok kami saja yang datang, lebih terkejut lagi bila nampak Cik Amy yang bawa keter masa tu, hahaha. Masa tu, aku kasi semangat kat Amy, ko kena buktikan kat Uteh ko bukan Amy yang dulu.

Lepas dah jumpa Uteh kami terus gerak ke Pine Tree Trail. No formal briefing that morning. Kami terus start & follow Uteh dari belakang. Nak kejar masa lah katakan. Alhamdulillah, permulaan yang pagi yang baik, cuaca sangat cerah & cantik seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami nak menawan twin Peak.


Misi menawan Twin Peak





Beautiful view at the very beginning of Pine Tree Trail

Subhanallah, Indahnya ciptaan yang Maha Esa

Sepanjang perjalanan kami menuju Pine tree, aku sentiasa berada dibelakang nak make sure Cik Amy tak rehat lama sangat. Amy ni sebenarnya, ok jer stamina dia tapi kena push sikit sebab dia malas, hahaha. Amy bila tiba jalan "bahagia" dia memang speed habis tapi bila masuk trek hazabedah terus drop stamina dia, huish, musykil aku makcik ni. Tapi itulah, Amy... unpredictable lady. Yang lain, aku rasa ok cuma kami semua agak semput bila time trekking thru tangga batu tu. Bagi aku, itulah halangan utama kami kat Pine Tree Trail nie.


Permulaan yang baik... cuaca yang cerah

Trail yang paling memenatkan di Pine Tree Trail

Alhamdulillah, cuaca sangat cerah & ok

Another 0.4km... rehat dulu
 
Almost reached the Pine Tree Hill peak

Ready for the last challenging track before reching the pine tree peak

Never say NO before you try

Alhamdulillah, kami berjaya sampai di Puncak Pine Tree dalam pukul 11.30 itupun after 3 kali short break in between. Cuaca memang sangat cerah and cantik masa tu, so, memang layan lah amek gambo. Kami rest for about 20minutes and then proceed to our main target, Twin Peak. kami gerak dalam pukul 12tghari dari Pine Tree menuju Twin Peak and we made it in just 40minutes.


Yes we did it at Pine Tree Peak at 11.30am

Rest for 20 minutes before proceed to next mission, Twin Peak

Subhanallah... awesome view from Pine Tree Peak

Continue journey to Twin Peak

Awesome view otw to Twin Peak

Another 40min to reach Twin Peak

Semangat masing-masing nak menawan twin peak

Tak sangka untuk kali yang ketiga, baru aku berjaya sampai ke puncak Twin Peak. Happy sangat-sangat walaupun hanya kami berenam. Uteh pun nampak happy & sangat puas hati barangkali, akhirnya berjaya juga bawa kami sampai ke sini. View kat puncak Twin Peak ni memang sangat layan. Kami stay dalam 30min juga kat atasTwin Peak, makan-makan & amek gambo before turun balik. Sambil-sambil menikmati keindahan alam semesta ciptaan Allah SWT.

I was wondering juga kenapa nama dia Twin Peak. According to Uteh, tak tahu nak kasi nama apa kat puncak kedua ni sebab ketinggian dia beza sikit jer dari Pine Tree Peak, so, kasi lah nama Twin Peak, kembar Pine Tree, hehehe.


Pine Tree at my finger tip... hehehe

After 3 attempts, finally... I did it

We really enjoying the view & beautiful moments

Yeah... berjaya menawan twin peak

Rest for 20min on top of Twin Peak



Space limited pun kami nak lompat juga... yeah

Total we spend almost 10hrs trekking. Anyway, aku sangat puas hati & happy. Finally, Twin Peak berjaya ku tawan. InsyAllah next time, kalau ada rezeki & kelapangan nak ke sini lagi.



Tuesday, April 1, 2014

Pine Tree Hill... Again

Pine Tree Hill, Bukit Fraser
Sat, 29th Mac 2014


Height: 1500m ASL
Duration: 9 to 10 hrs approximately depending on fitness level
Distance: 14KM return trip to Twin Peak (11KM if  to Pine Tree only)

Seawal 4 pagi kami yang tinggal di kajang dah start gerak sebab kami kena amek Sheryll di cheras dulu before meetup at 5am with the rest at Petronas Taman Samudera. Dah sampai, transfer barang dulu ke another cars & kami pun memulakan perjalanan menuju Bukit Fraser. Before that, kami singgah solat di masjid kat KKB. We continued only after quick breakfast kat pekan KKB. Penting ni untuk stamina before memanjat. Alhamdulillah, we managed to reach bukit Fraser at 8.15am. Kalau ikut itinerary we supposed to meetup with our guide pukul 8 pagi kat clock tower tapi apakan daya hujan lebat pagi ni dah slow down kan perjalanan kami.

Actually, this is part of our training for Mount Semeru this coming June. Semakin berdebar pulak rasanya, sebab we only have 2 months before the trip and still we haven’t trained enough. Maybe, I should start practicing tougher after this. Gym pun dah makin kurang kunjungan sebab workload yang tengah banyak & kesibukan mengejar dateline.

Actually, this is not my first time sebab aku pernah ke sini dulu, kira-kira 3 thn lepas. Masa tu, aku ingat lagi, that hiking trip was our last training before ke Mount Kinabalu, my second after the previous year. And masa tu juga kami tak sampai pun ke Twin Peak sebab masa tak mengizinkan and ada 2 orang yang tak brape nak ok masa tu. So, kami decide nak turun terus tanpa ke Twin Peak. So, untuk trip kali nie memang aku nak pastikan, kami sampai ke Twin Peak dahulu. Tapi apakan daya, masa & cuaca yang tak mengizinkan kami kali ini juga untuk sampai ke Twin Peak. Terpaksa redha jer lah. Mungkin ada hikmahnya. 


An awesome hiking trip

Compare to my last trip, kali ni kami bergerak awal sedikit, pukul 9.10 pagi. Sepatutnya, kami dah bergerak lagi awal tapi masa kami sampai fraser hill pun dah pukul 8 lebih, nak check-in bungalow lagi & transfer barang lagi, pun dah makan masa. Janji dengan guide pukul 8 tapi apakan daya itu jer yang trebaik kami mampu buat. Aku pun dapat rasa memang takkan sampai twin peak pun memandangkan kondisi cuaca yang tak mengizinkan otw to Pine tree. Kalauu last time trip, kami seramai 14 orang, kali ni 10 orang sahaja. Dan hanya 4 orang saja yang baru 1st time to pine tree.


Starting Trail

Keep our forest clean

Beginning trail still slow & easy

Pine Tree Hill trail

Rest Hut

Ambik nyawa dulu before proceed

Continue walk down the trail

Antara halangan utama kami

This beautiful red reminds me of Mesilau Trail at Mount Kinabalu

The ascending trail

1.8km completed … more to go, chaiyok

Still maintain

Later when return … need to take the whole stairs up

Mosses

Fallen trees along the way

The cute Mushroom

The beautiful green mosses

Giant Mushroom

Another 0.7km to pine tree peak

Heading to our last few meters to Pine Tree peak

About half an hour lagi before nak sampai ke pine tree peak, tiba-tiba hujan turun mencurah-curah. Hujan makin lebat sampailah kami sampai ke puncak. Best memang best main hujan tapi masalahnya lepas tulah, baju basah & kesejukan. And trek akan basah & licin (confirm) which will slow down our momentum.

Kami sampai pine tree peak 12.35pm… 4 hours jugalah which was better compare to my last time. Mungkin kali ni kami tak banyak stop & less taking picture… hahaha, yeke. Tapi memang dah start hujan tu, camera takkan keluar dah lerr. Tak berani nak amek risiko. Actually, Kecut our guide nak continue hiking to Twin peak tapi kami minta nak makan dulu and masa tu baru pukul 1. Kalau lah dia cakap hujan akan amek masa kami nak ke twin peak, confirm kami proceed to twin peak dulu...hehehe. Tapi sebab another one hour plus lagi nak sampai ke twin peak so, we preferred to take short rest & having lunch first. 


The last ascending before touching the base peak needs stamina for steep climb with rope. About 100 meters to go at this checkpoint. But, what was more challenging at this point... it was heavy rain at this time

Alhamdulillah, Pine Tree peak

We did it up to Pine Tree Peak only

Lunch time after puas main hujan

20 minutes after that, we continued hike to Twin peak. Masa tu, dah ada group lain yang kami jumpa otw nak ke puncak tadi patah balik katanya trek dah banjir skit. Tapi, kami tetap teruskan, yelah kalau lambat nanti lagi lambat sampai. So, adalah dalam 20 minutes juga kami berjalan tu, kecut suruh kami decide samada nak teruskan atau tidak sebab dia menjangkakan hujan takkan berhenti dan perjalanan masih jauh lagi ditambah pulak dengan trek yang basah & berair. Dengan hati yang kecewa, kami pun akur keputusan guide kami nak patah balik. Sebab tak nak amek risiko sampai lambat ke bawah nanti. Emmhhh…


Temankan Cik Amy bergambar sebab dia baru sampai

Ulat Gonggok Giant

Bumped into this giant gonggok on the way return

The lovely fern curl

Liyana Tree on the way

Trail yang memenatkan but the view was awesome

Take five while waiting for the others...

Arrived at starting point

We managed to arrive at starting point before 7pm. Actually, boleh sampai lagi awal tapi kami kena tunggu geng yang lain juga. Sebab dah kesejukan sangat, kami minta kebenaran geng lain yang baru sampai kat resting hut nak gerak balik ke bungalow dulu while others waiting for Cik Amy yang masih belum sampai masa tu. Kabus pun dah makin tebal. Kesian Cik Amy, Fad, Miza & Adeq yang terpaksa berjalan dalam gelap.

Aku masih tak puas sebab tak dapat menawan twin peak. Hopefully this is not the end my hiking trip to twin peak. Next time, aku nak kena manage masa, so that, kami dapat start lagi awal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...