Pages

Showing posts with label Bromo. Show all posts
Showing posts with label Bromo. Show all posts

Thursday, June 9, 2016

Misi Semeru 2016: Bromo - Ranupani

Bromo-Ranupani, Indonesia
Saturday, 28 May 2016


Continue from previous post

Kami mula bergerak ke Ranupani just after Solat Jamak di Guesthouse Pak Subor. Dan pengumuman yang dinanti-nantikan dari Aunty & Muhe. As expected, pendakian ke Semeru masih belum dibuka lagi. Tapi… haa suspen sikit, ada possibility dibuka semula esok cuma waktu nya agak lewat sikit. Boleh jadi dalam petang. Aunty kasi suggestion, in case pendakian dibuka esok petang (boleh jadi juga tak buka lagi), maknanya kami terpaksa tukar plan bermalam di Ranu Kumbolo dulu & hanya the next day mula bertolak ke Kalimati. Summit attack the next day & hari yang sama juga return to Ranupani. Fuhh, memang agak rushing sikit Plan B ni. Tapi nak buat macam mana kan, kalau itu saja pilihan yang kami ada masa tu. Or else kena ada extra day lah nak stick to initial plan. Kalau extra day memang advantage dekat Ash, Bul & Wan lah masa tu sebab ticket balik dia orang 2hb, lewat sehari dari kami yang lain. Aku OK jer dengan Plan B masa tu sebab asalkan kami dapat masuk pun dah kira bersyukur yang amat walaupun tak tahu sengsaranya summit attack tu macam mana. Tak nak peristiwa 2 tahun lepas berulang lagi. But still keep pray for a good news. Minta-minta pendakian dibuka semula esok & paling penting boleh mula seawal yang mungkin, so that, tak perlu betukar plan. Masa tu baru terfikir, ada hikmah nya juga aku decline cadangan aunty nak ke Semeru dulu instead of Bromo. Kalau tak memang terpaksa join another 20pax group from Malaysia yang dah pulang hari ni kerana tak dapat masuk Semeru. 


Inilah je pose yang sempat amik kat Pasir berbisik masa otw to Ranupani

Kali ni, on the way dari Cemoro Lawang nak ke Ranupani, aku memang tak beria sangat pun nak berphoto-photo macam dulu. Selain reason hilang mood skit sebab dengar pengumuman tergempar aunty tu, since dah pernah 2 kali ke sini, so, keseronokan tu dah berkurang sikit. Macam tak tahu dah nak buat apa dah. Selain dari masa yang agak limited yang diberi aunty untuk kami berseronok. Baru keluar jeep nak suka-suka, dah kena panggil, aduh… potong betul. Kesian jugalah yang first timer ke sini. Teringat dulu datang dengan Ismail & Bj, kami memang enjoy sakan bergambar & bersuka ria di Pasir berbisik mahupun di Savana. Dan semua spot best bergambo, kami stop & abadikan kenangan (ayat tak boleh blah). So, setiap trip ni memang ada lah pros & cons dia. And memandangkan dan pernah sampai ke sini, so, takdelah terkilan sangat. Aku rasa lagi banyak tido dalam jeep kali ni walaupun jalan agak horror nak sampai ke Ranupani.

Kami sampai di Ranupani after about 2hrs. Tak banyak berubah pun perkampungan disini compare to 2 tahun yang lepas. Kali ni penginapan kami di Warung Bagus. Kira tempat paling hujung & paling hampir dengan starting point pendakian ke Semeru. 


Desa Ranupani

Warung Bagus inilah tempat penginapan kami

Laluan di sebelah kanan adalah arah ke jalur pendakian Semeru
 
Sebab dah pernah sampai juga, so, keinginan nak jalan-jalan ke Tasek Ranuapni mahupun Ranu Regulo pun tak ada. Tapi dari cerita yang aku dengar dari Cikgu Nisa, tasik tu memang kotor dah sekarang. Nak amik photo pun takde selera. Dulu pun takdelah menarik sangat tapi Eein cakap ni lagi dasyat dari yang dulu. Ohh, ok. Nasib baik I tak join uolls. So, duduk kat bilik je berkemas berharap ada sinar untuk esok harinya. Kami kena jugalah bersiap sedia walaupun masih belum dengar perkhabaran yang pasti. Tapi malam tu dapat tahu mungkin akan dibuka esok tapi masih tak tahu batas waktu yang ditentukan. Still pray for a good news. Ya Allah kau permudahkan lah segalanya. 


To be continued...


Monday, June 6, 2016

Misi Semeru 2016: Bromo Version 4.0

Bromo, Indonesia
Saturday, 28 May 2016


Tak tahu dah kali ke brapa Bromo entry aku ni. Agaknya kalau ada follower yang tegar baca mesti dah bosan dah dengar cerita pasal Bromo ni. Kenapa post kali ni Bromo Version 4.0? … Sebab dah kali ke-4 aku sampai kat sini. Tiap-tiap tahun tu, tak pernah bosan. Dah boleh jadi duta Malaysia ke bromo next time. Tapi yang pasti bukan sebab cintaku tertinggal di Bromo. Kalau aku fikirkan trip Gadis Semasa sahaja, barangkali, Bromo memang dah pangkah siap-siap dalan itinerary. Tapi memandangkan trip kali ni ramai nubis kubis, so, terpaksa lah aku ikutkan juga.


Dah banyak kali datang pun view tak pernah mengecewakan... awesome

Kali ni gerak awal ke Penanjakan 1 pun tak dapat nak mencelah lansung port yang best nak amik photo. Serius ramai giler orang masa ni. Nasib lah dulu pergi, dah pernah dapat port yang best, so, takde lah terkilan sangat. Tapi kali ni view Semeru tak kelihatan sangat. Mungkin sebab asap tebal dari Kawah Bromo dah block hampir keseleruhan view Semeru dari Penanjakan. Baru ingat nak amik feel before nak panjat esok dah potong, cheh. Takpelah yang pasti, misi Semeru tetap diteruskan.


Kali ke-4 dah untuk mereka... takde tempat lain dah ke, hahaha

Sebab dah banyak kali sampai sini, excited tu macam dah kurang sikit. Tapi happy je tengok geng Semeru yang first time sampai sini. Teruja mereka-mereka ini. Macam aku mula-mula juga dulu. Jakun tengok view kat bromo. Al-maklum pestaim juga masa tu. 


Nampak jugalah asap Semeru kat belakang tu
 
Tengoklah ramainya umat manusia kat belakang tu

Macam lukisan alam

We're Here

Selamat Datang

After Penanjakan 1, Muhe our guide suggest ke Bukit Cinta pulak. Tapi sebab aku dah pernah ke situ, so, aku hasut orang lain tak yah pi sebab view kat situ tak secantik di Penanjakan 1. Hahaha, tapi memang betul pon. Lagi pun nanti nak kena hike lagi sampai atas. Baik kita pi makan jagung bakar or lansung saja ke kawah bromo.


Tapi yang aku perasan jagung bakar kat sini tak sesedap & semanis dulu. Mungkin ikut musim juga.

Selepas dah sakan bergambar kat Penanjakan 1, destinasi seterusnya ke Kawah Gunung Bromo. Yang ni pun dah terkira banyak kali juga aku sampai. Rasanya semua trip kot aku pi Kawah Bromo ni. 2 kali dengan kuda & satu kali jalan kaki + hike sampai ke Kawah Bromo sambil ditemani 2 cowok. Kira dah merasa semua cara juga lah nak sampai ke kawah bromo ni. Naik kuda, jalan kaki & hiking. Rasanya kalau ada cara lain nak ke Kawah Bromo memang tak syak lagi aku nak cuba. Tapi sebab dah 3 kali sampai, rasanya cukuplah buat kali ni. Biar sajalah mereka yang tak pernah merasa pulak kan.


Kita santai-santai dulu layan view kat bawah ni... tadi tengok dari atas saja

Mount Batok... kami stop kat sini amik-amik gamba

Huru Hara... hahaha

Come on ladies
 
Aunty yang sporting

Kali ni hanya mampu mengiringi pahlawan berkuda kat belakang tu saja, hahaha

Enjoy korang

Scary pulak tengok asap tebal kat belakang tu
 
Kami yang ditinggalkan

About 2 hrs jugalah kami tunggu sambil-sambil buang masa hiburkan hati. Berjemur lagi. Emmhhh, belum apa-apa dah burnt dulu. Nak balik ke guesthouse, terpaksa fikir Cikgu-cikgu yang ditinggalkan, tak pasal-pasal kena berhimpit naik jeep dengan budak lelaki nanti, hahaha. Done with horse ride to Bromo, kami pulang semula ke Cemoro Lawang untuk brunch. Kena makan berat sikit, lepas ni kami akan direct ke Ranupani & hanya akan dinner pada malamnya.

After brunch, kami diberitahu aunty nanti ada pengumuman penting before kami bergerak ke Ranupani. Aduh, aku macam dah boleh agak pengumuman yang cuba disampaikan aunty nanti. Tapi masa tu, aku cuma berharap bukan itu lah yang akan disampaikan nanti. Berdebar sungguh. Ya Allah berilah aku kekuatan.

To be continued...


Wednesday, November 11, 2015

Bromo Trip lagi: Padang Savana

Padang Savana, Bromo
Saturday, 31 Oct 2015


Actualy, aku dah pasang angan-angan before sampai Bromo lagi, konon-kononya nak buat macam-macam aksi pelik kat sini tapi... kedatangan kami kali ni agak mengecewakan. Sampai aku pun rasa tak sanggup nak keluar dari jeep dek tahap kepanasan yang membakar sewaktu kami sampai di sini. Tapi bukan itulah penyebab utamanya. Barangkali jika savana yang aku impikan seperti pertengahan tahun lepas mungkin aku takkan teragak lansung nak keluar dari jeep kami dan menghayati keindahannya. Tapi ternyata, keindahan yang lepas hanya bisa dinikmati dikala musim tertentu sahaja. 

Teringat kata-kata kak Syu, geng hiking kami yang baru pulang dari Semeru bulan September yang selepas. Katanya, most of  padang savana sudah terbakar. Dan sekarang, aku akui kebenaran kata-kata Kak Syu. Emmhhh...


Savana yang terkini

Sebahagian Savana yang masih kekal keindahanya

Cuaca cantik tapi kepanasan yang melampau telah membakar hampir separuh keindahan di padang savana bromo ini

Kering kontang sudah

Kesimpulanya. the best time to visit padang savana is between May to June sebab selain cuaca yang tidak terlalu panas, musim ini jugalah dikatakan edelweiss mula mengumtumkan senyumanya. Haa, wish I could repeat that beautiful moment.

Kami spend tak lama pun, cuma kasi chance kat mira & Diana yang first time sampai sini. After 15mins, kami mula bergerak ke Bromo Permai for breakfast.


Our late breakfast @ Bromo Permai

This is not the end... after this kami akan ke Madakaripura.

To be continued.

Bromo Trip lagi: Pasir Berbisik

Pasir Berbisik, Bromo
Saturday, 31 Oct 2015


A visit to bromo is not complete kalau tak ke pasir berbisik. Kalau ikutkan, ini bukan lah kali pertama aku ke sini and to me, takde yang so special sangat pun kat sini selain lautan pasirnya. Statement untuk orang yang dah kali ke-2 sampai sini padahal dulu dia pun excited terlebih juga. Tapi boleh lah nak fe feeling macam berada kat lautan berpasir yang macam dalam filem hindustan tu, hehehe. Bezanya, lautan pasir ini lautan pasir gunung berapi. Nak ke sini tak jauh pun dari lokasi sebentar tadi, about 15min drive by jeep from bromo jeep parking area. Kenapa diberi nama pasir berbisik? Emmhhh... not so sure about this tapi "pasir berbisik" ni pernah menjadi salah satu tajuk filem Indonesia dan lokasi nya pun di lautan pasir bromo ni juga.

Sebenarnya, tak tahu nak story apa dah kat sini sebab entry aku yang lepas jer dah cukup menggambarkan indahnya ciptaan Allah swt di bumi Bromo ini.


Kali ni travel dengan dua member baru kenal... Miera & Diana
 
Pasir Berbisik Bromo

Part yang paling best kat sini, bergambar lah, sebab view pun memang saujana mata memandang. Last year kami datang, takde orang sangat pun kat area sini tapi ada juga segelintir umat yang tengah buat photoshoot. Tapi kali ni, memang agak ramai visitors and kami ke port yang agak berbeza sikit. Paling penting, cuaca sangat cantik walaupun agak kepanasan. Baru pukul 8 lebih tapi dah macam tengahari pun ada. 


Antara pencapaian guide kami Mail yang boleh dibanggakan... hehehe, 
Photo caption with Iphone6 while we jumped ;-)
Love it

Tak pasti, kalau next year trip jadi ke Semeru, agak-agak, mahu repeat the same thing kah. Tak janji tapi apa pun tak mustahil kan.

Jom ke Padang Savana pulak.

To be continued...


Friday, November 6, 2015

Bromo Trip lagi: dari Bukit Cinta ke Kawah Bromo

Bromo Crater, Indonesia
Saturday, 31 Oct 2015


Dah puas layan view bromo & kawasan sekitarnya nya dari Bukit Cinta, Jom, kita menyelusuri lautan pasir bromo nak ke kawah bromo pulak. Nak turun dari penanjakan pun agak sesak juga sebab lepas ni semua pun dengan misi yang sama nak ke kawah bromo. View memang superb on the way nak turun ditambah lagi dengan sinaran sang suria pagi. Lagi best sambil layan lagu janji padamu, hehehe. Argghhh rindunya this beautiful moment. Hopefully bleh repeat lagi, InsyAllah.


Jeep ride down from Penanjakan

Smart

And seperti biasa, u have 2 options, samada, nak jalan kaki or naik kuda. Up to you, kalau malas, naik kuda jer lah tapi ada kos lah yang kena bayar. And normally bromo package memang tak masuk bayaran naik kuda. So, nanti pandai-pandailah bargain nak dapat harga yang affordable. Kalau tak reti minta tolong jer guide yang arrange kan. Macam kami dapat IDR115,000 for return trip after bargain sendiri. Last year datang aku hiking jer sampai ke kawah bromo tapi follow different route lah. Memang challenging sebab nak naik memang susah dengan kondisi pasir yang jerlus. Tapi untuk kali ke-3 aku ke Bromo ni, rasanya macam excited nak naik kuda plak semenjak ada gopro ni, hahaha. 


I choose to ride horse this time

Setia menanti demi perut yang perlu di isi

View during summer at Bromo

Naik tangga yang more than 200 steps to Bromo crater

Betullah kata pujangga, "difficult route always leads to beautiful destination". Kalau nak tengok keindahan bromo secara total, kenalah panjat 200 anak tangga nak sampai ke kawah. Trust me, you won't regret. Hanya dari sini saja barulah nampak true beauty of Bromo selain kawah gunung berapi nya yang masih lagi aktif mengeluarkan asap sulphur. Serioulsy nak pitam juga kali ni sebab bau sulphur dia memang giler menusuk dada kali ni. Sampai 2 hari aku sakit dada walaupun dah cover mulut dengan buff. Risau juga bila fikirkannya, luckily reda before nak balik ke Malaysia. Mungkin kalau tak disebabkan angin yang kuat sewaktu kami sampai, bau busuk sulphur tu, maybe, tak brapa nak strong sangat. Yang pasti kakak pajilah cool saja, serupa tidak punya dosa.

Dan untuk kali ke-3 aku rasa view during musim panas paling spectacular.

Jom layan view.


Rezeki nak dapat view yang superb kat belakang tu

Awesome view from top of mount bromo

Dah macan sardin kat atas kawah bromo ni
 
Sila jangan tiru aksi ini

Still active producing smoke

Panaromic view from top of Mount Bromo

Ok dah-dah lah tu, jom ke Pasir berbisik pulak

To be continued...


Wednesday, November 4, 2015

Bromo Trip lagi: Intro

Bukit Cinta, Bromo, Indonesia
Saturday, 31 Oct 2015


Teringat aku pertikai kan sorang traveller ni yang slalu gi bangkok every year, tak pasal2 kena sejibik kat aku yang dah tahun ketiga bertandang ke bromo. Lupa plak kan, hahahah. Sorry geng lupa plak kali ni trip bidan terjun tu yang boleh lupa dah 3 kali rupanya. Dan buat kali ke-3 juga, kami menggunakan khidmat guide yang sama to organize our trip. Maybe kalu tak sebab ajakan bersungguh dari cik Fad maybe aku tak secekal ni nak repeat ke bromo lagi. Yang pasti aku ke bromo bukan sebab rindukan sesuatu tapi memang seriously rindu nak travel lagi since last trip to Lombok. Tapi kali ni bukan lah combine dengan trip hiking skali tapi more to jalan-jalan makan angin & cuci mata. Memandangkn ini bukan trip aku, so, I just follow jer orang yang arrange kan. Lupakan cost buat sementara waktu ni yang penting happy sekejap. Walaupun hanya 3 hari tapi cukuplah kan sekadar hanya melepas rindu. 


Kalau tak sebab penangan awesome view di Bromo ini, mana mungkin nak datang lagi kan

Kali ni nak cari kelainan sikit kami ke bukit cinta, Ada apa dengan bukit Cinta? View memang sama jer cuma dapat tengok keindahan bromo, batuk, Semeru & yang sewaktu dengannya dari side sajalah. Even gunung berapi yang mengeluarkan asap dari belakang semeru pun bisa kelihatan. Rupanya ada juga orang yang masih ingat Semeru yang keluarkan asap berkepul kat puncak sebelum ni every 15-20min tapi sebenarnya tidak, actually gunung lain yang terletak kat belakang semeru ni. And nak dijadikan cerita gunung berapi yang kurang popular ni terletak betul-betul dibelakang Semeru kalau view dari Penanjakan 1. So, ada advantage lah kalau tengok dari Penanjakan 1.

Plan asal memang nak ke Penanjakan 1 tapi memandangkan kami gerak agak lambat, so, jalan on the way nak sampai ke Penanjakan saja dah sesak dengan jeep para pelancong yang datang.Tambahan pula, sekarang tengah liburan. And driver kami pun suggest ke Bukit Cinta saja. Kalau berkeras juga jalan terbaik nak ojek tapi memandangkan hari dah nak siang, so, kami akur ke Bukit Cinta saja. Cuma kena trekking mencanak sikit lah nak sampai ke puncak. Aku tak kisah pun sebab dah pernah sampai ke Penanjakan 1 tu tapi cuma geng baru yang first time lah. 

Tak tahu pulak asal usul nama bukit cinta, lupa nak tanya Mail sebab sibuk sangat amik gambo. 

Anyway, jom layan view dari Bukit Cinta.


Subhanallah... beautiful sunrise seen from Bukit Cinta

View Mount Batok, Mount Bromo & Semeru from puncak Bukit Cinta

View from the other angle... ohsem

Baru pukul 5.30am masa ni

View dari kaki bukit Cinta

Next trip after Semeru next year... amacam Gadis semasa

View memang dah ohsem tapi tak tahu lah penyesalan nya macam mana lagi kan
 
Trek nak sampai ke puncak bukit Cinta

Trek turun dari Bukit Cinta

Thanks korang for making this short trip awesome

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...