Pages

Showing posts with label Taman Negara. Show all posts
Showing posts with label Taman Negara. Show all posts

Monday, November 17, 2014

Cuti-cuti Taman Negara Part 2

Mutiara Taman Negara
Saturday, 15 Nov 2014


Hari ni merupakan hari ke-2 kami di MutiaraTaman Negara. After heavy breakfast at café Mutiara, kami pun memulakan perjalanan menuju Canopy walkway. Seperti yang dirancang, hari ni memang kami nak spend buat activity saja pun.

Actually, package cuti-cuti kami tak termasuk entrance & guide fee aktiviti di Taman Negara. So, kalau nak buat aktiviti kena lah bayar extra on top of our main package. Tapi memandangkan certain aktiviti tak memerlukan guide i.e. canopy walkway, so, boleh lah berjalan sendiri ke destinasi & pay only entrance fee RM5.

Perbualan awal bersama staff Mutiara Taman Negara, kami dapat RM200 for 6 pax for combine activity of canopy walkway + Jungke Trekking + Rapid Shooting (one boat) + Visit kampong Orang Asli. Tapi, bila TH organizer ajak join skali buat activity together with their group & other hunters, so, kami dapat lah M28.50 per pax. Basically lagi murah lah. Cumanya, kami tak sempat pun nak buat aktiviti trekking to Bukit Teresek. Sebab lepas habis jer aktiviti canopy walk, kami terus tunggu boat berdekatan sebab rapid shooting memang otw dah kalau naik dari tempat turun canopy walk. So, tak perlulah patah balik ke Mutiara nak naik boat, jimat masa & tenaga.


From our chalet, just follow the signboard heading to Canopy walkway

Facts...

Taman Negara Canopy Walkway is situated 1.5km from Park HQ. Regarded as one of the longest in the world, it stretches 530m in length and 40m above forest floor with 11 platforms constructed on tree top and provides bird’s eye view of rainforest 5 main canopy layers. Originally build up for research purposes, it has become the highlight of the trip to Taman Negara and a popular place for bird enthusiast. 


About 30 minutes leisure walk to Canopy walkway thru the beautiful Taman Negara Rainforest

The Ladies hunter

Beautiful Taman Negara Rainforest

Wefie sikit

Teguh berdiri

Met the beautiful Liana tree otw

Well maintained trail

Subhanallah

Another 1km to Canopy Walkway, kalau nak hiking ke Bukit Teresek take left

The proper & well maintained route to Canopy walkway

The last stairs heading to canopy walkway

Dari chalet Mutiara, kami cuma perlu follow available route heading to Canopy waklway. Perjalanan lebih kurang 1.5km thru the Taman Negara Rainforest. Compare to Mulu Canopy walk, tak banyak hidupan unik yang kami dapat lihat otw to Canopy walkway Taman Negara. But, the trail view still has its own unique characteristic & interesting view.


Ready to walk on world’s longest suspension bridge

The world’s longest suspension bridge, 40 meters above ground and 530 meters long
The highest in the world dah pernah naik... kali ni longest in the world plak
 
Awesome view from the second platform

Ada tangga nak naik ke canopy walkway yang lagi tinggi

A must do activity in Taman Negara

For other activities at Taman Negara, can refer ---> Here



Rapid Shooting 

After canopy walk, kami terus naik boat for our next activity, rapid shooting. Mula-mula tu memang tak faham lah macam mana activity ni kan, ingat kan adalah macam rafting tu tapi bila dah buat terasa macam berlumba-lumba dengan boat sebelah sapa yang paling banyak kena basah. Hampeh betul. So, basically air sungai tembeling ni takkan buat korang basah pun kalau kena gayanya tapi sebab kami ada dua boat, so, nak tunjuk betapa bestnya pekena boat sebelah. Tapi yang jadi mangsa memang kami-kami lah penumpang. Boatman cool jer pekena orang. Yang basah sakan, kami-kami ni lah. Walaupun activity kami ni tak sampai satu jam tapi best jugalah… at least aku dah tahu rapid shooting tu macam mana. And prepare to get all wet. Rasanya, kalau lagi lama mesti lagi enjoy.


Team Gadis Semasa prepare for rapid shooting

Penat tapi sangat seronok sebab dah lama tak buat aktiviti melibatkan air ni. Terasa rindu pulak nak buat rafting lagi, huhuhu. Teringat KLMJ bersama-sama GGK dolu-dolu di KKB, our first rafting experience. First time tapi best sangat. 


The End...


Sunday, November 16, 2014

Cuti-cuti Treasure Hunt Taman Negara

Mutiara Taman Negara
Friday, 14 Nov 2014


Sepatutnya, hari ni aku return from Taman Negara tapi memandangkan kami sempat buat a few a must do activity in Taman Negara in just half day, so, kesemua kami sepakat nak balik semalam juga memandangkan Fad planned nak masuk keje Ahad & kay pulak plan nak ke UTC sentul katanya. Anyway, both of them plan tak menjadi. Although, it was short trip to taman Negara, anyway, we’re really having fun.

Sebenarnya trip asal kami adalah cuti-cuit treasure hunt with 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Somehow, plan bertukar & kami stay only for 1 night, so, package pun jadilah murah sikit. All managed by our organizer.

To be honest, this is my first time to Taman Negara. So, one of the main reason aku nak join treasure hunt ni pun sebab included 3D2N package at Mutiara Taman Negara. Walapun aku bukanlah treasure hunter yang tegar tapi minat nak buat activity yang agak menguji minda ni memang sentiasa ada. Kalau ikutkan dah nak hampir 2 tahun juga aku bersara tapi ajakan teman dengan package percutian yang affordable memang menarik minat aku yang sememangnya suka kan activity nature. Cumanya terpaksalah aku korban 1 day leave demi memburu harta karun, hehehe. Walaupun 3 ahli menarik diri atas sebab-sebab tertentu, perjuangan harus diteruskan walaupun hanya ber-6. Luckily, Cik Amy offer diri nak join one of the groups. So, 2 cars with 3 persons each. Cuma Cikgu Nir & Cikgu Nisa saja yang first timer. Yang lain at least ada pengalaman juga lah walaupun bukan regular.

Butiran Treasure Hunt

Perjalanan: Hotel Istana ke Mutiara Taman Negara
Jarak Perjalanan: 260km
Masa pertandingan: 7 jam (8am – 3pm)
Soalan: 30Q + 4 Treasures

Alhamdulillah, sempat sampai awal 1 jam before ending time. Submit soalan kat Kedai makan Matzenah opposite Masjid Tengku Abdullah. Lunch, solat & lepas tu kami proceed ke Jeti Kuala Tahan. About 60km dari Masjid Tengku Abdullah… lebih kurang 1 jam 30min juga drive… another long journey to Taman Negara.


Kuala Tahan Jetty

Kami naik boat dari sini menuju ke seberang... Mutiara Taman Negara Resort

Mutiara Taman Negara Resort
 
Welcome to Mutiara Taman Negara

Route heading to our room

Bilik sangat luas & selesa

Bathroom also Luas & Selesa... yang tak best nya no bath tub... baru berangan nak rilex sambil merehatkan minda yang dah penat berfikir seharian, hahaha

Clean & spacious

Malamnya. during dinner, tak sangka kami gadis semasa 1 & 2 menang, walaupun berbeza hadiah kemenangan, at least, kami menang juga dibelakang regular hunters 1-4. Total dapat juga RM700. Alhamdulillah. 


Alhamdulillah... rezeki kami tempat ke-5

Malamnya kami plan nak night walk sendiri tanpa guide sebab manager Mutiara Taman Negara tu cakap kami boleh jalan sendiri. Just follow the right trail. Kami pun mulakan langkah berani kami ber-6 nak masuk hutan. Tapi baru jer sampai pintu masuk nak ke Night walk, ada yang less confident plak. Sudahnya kami decide nak patah balik & cari route yang lain pulak. Starting point yang lain pun tak jumpa juga sudahnya putus asa & kami decide nak balik saja. Mana tahu masa nak balik tu, terserempak plak dengan En Kheirul & geng yang kebetulan nak balik bilik tapi bila dia nampak je kami yang konon-kononya nak g night trekking terus dia pun ajak geng-geng dia skali. Haa, terus lega ada juga orang laki, hehehe. Nampak sangat penakut kan. So, kami pun proceed ke trail yang mula-mula kami tak jadi nak masuk tadi. Rupanya, dalam night trail tu saja ntah brapa group yang kami jumpa tapi semua dengan tour guide lah. Cuma kami yang sendiri-sendiri without guide.

Kami ke bumbu tahan dulu. Kena naik platform yang agak tinggi juga. Tujuanya nak tengok kot-kot adalah haiwan yang boleh nampak dari atas kan. Tapi hampa takde apa pon yang kami nampak. Sudahnya, kami turun & proceed with night walk. Takde apa yang menarik boleh dilihat sepanjang night walk kami sebab takde special guide yang boleh explain apa-apa. So, jalan jelah tanpa hala tuju yang pasti. We ended the tour dekat kelah aquarium.

Masa otw nak balik ke bilik, kami dikejutkan dengan kehadiran tapir dekat dengan café Mutiara. Apa lagi kami pun terus berkejaran ke objek dengan excited nya. First time kan nampak live, confirm lah jakun sekejap. Tapir ni memang besar & jinak. Suara punya lah halus. Petugas mutiara cakap, tapir ni mengigit juga kalau dia lapar, so, kena berhati-hati jugalah.


Tapir yang sangat jinak

Jiran depan bilik aku cakap, tapir ni tidur depan bilik aku malam tu…around 12am. Masa tu, aku & fad pun dah lama berlayar, tak dengar pun ada message masuk mahupun suara lunak tapir. Rugi-rugi, kalau tak confirm aku sambung selphie kat depan bilik pulak, hahaha. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...