Pages

Tuesday, June 26, 2018

Incredible India 2018: From Jaipur to Delhi

Jaipur to Delhi, India
Saturday, 17 Feb 2018


Hari ni breakfast di Sarang Hotel memang best. Simple je tapi boleh lah nak masuk kat tekak. Dan staff kat Hotel ni pun sangat ramah layan kami breakfast. Mungkin sebab tak berapa ramai tourist pagi tu. Sebab masih awal. Kami dah janji dengan Sunil yang akan bergerak lewat sikit hari ni sebab tak banyak dah nak tour kat Jaipur ni. Kalau ikut perancangan asal, ada saja tempat yang kami boleh melawat sebab masih banyak masa sebelum bertolak ke Delhi tapi disebabkan attitude driver kami Sunil, rasa semua yang dirancang hanya terkubur begitu sahaja. Bila aku tanya itu & ini nanti ada sajalah alasan dia tak kasi kami pergi. Malas nak bawa lah tu. Semenjak aku tahu di berkira sangat pasal kilometer (KM) terus rasa kami macam tertipu je. Katanya, dia dibayar ikut KM & tak boleh lebih daripada itu. What?? Menurut Mr Noor (Highland Travels bos), kami boleh menggunakan driver kami untuk ke mana saja. Itu seperti dalam perjanjian. Dan itu sebab aku amik driver instead of using public transportation. Ingatkan dah guna agent tak kena scam, kena juga… emhhh.

Ohh, semenjak aku bertekak dengan dia pasal semalam tu, hari ni, dia lansung tak bercakap dengan kami. Hari ni kami ada satu lagi destinasi yang kami nak cover tapi dia macam nak mengelak saja tak nak pergi tapi bila aku cakap "I will talk to your boss" baru dia nak pergi. See, sebenarnya dia memang pemalas dan saja guna alasan KM tak nak bawa kami pergi tempat-tempat tertentu. Dah lah malam tadi kami terlepas nak tengok light show at Amer Fort. Ni semua gara-gara dia bagi alasan KM lagi. Kami banyak je masa lagi sebenarnya sebab pagi tadi saja si Sunil ni sampai kat Hotel saja dah lambat. So, memang tak ada alasan sebab dah lewat ke apa. Lagipun aku dah kasi list of destination yang kami nak cover di Jaipur to Mr Noor & He agreed, so, dah termasuk dalam perjanjian. Siap cakap yang “u don’t have to worry, u have driver & u can just ask Him where u want to go”. Sakit pulak hati bila difikirkan janji-janji manis Mr Noor tu.


Breakfast pagi tu di Sarang Hotel


Albert Hall Museum

Akhirnya persoalan kami terjawab sepanjang 2 hari kami di Jaipur. Inilah rupanya bangunan yang Indah bak Istana Zaman silam di kala malam hari. Tapi kalau siang hari, biasa saja. Macam bangunan lama bersejarah. Entrance to Albert Hall dah termasuk sekali dalam composite ticket yang kami beli di Amer Fort semalam. Mahal juga entrance fee nak masuk sini, dalam Rs200. Albert Hall ni mendapat nama sempena lawatan Raja Edward VII (Albert Edward) ke Kota jaipur sebagai Prince of Wales pada tahun 1876. Basically, Muzium ni banyak menyimpan koleksi bersejarah abad ke-19. Antaranya Metal Art, Pottery, Weapons used by Mughals, Rajputs, Iranians, Hyderabadis, Turkish and Arab soldiers, Sculptures, miniature paintings, coins, Arts & macam-macam lagi lah.


Albert Hall Jaipur

Kami di Albert Hall Jaipur

Albert Hall Jaipur checked

Inside the Albert Hall

Antara yang dipamerkan disini

Kami tak spend lama pun kat Albert Hall ni. Selepas dah tour satu bangunan ni, kami pun bergerak keluar. Bagi peminat barang peninggalan bersejarah, muzium ini adalah yang terbaik untuk dilawati. Masa kami sampai ni pun ada rombongan sekolah juga datang melawat.

Selepas kami masuk saja kat dalam kereta, our driver Sunil terus bawa kereta & tak tanya kami apa-apa dah, diam seribu bahasa. Emmhhh, lantak dia lah. Malas nak fikir dah.

Estimated time nak sampai Delhi about 4-5hrs. 


Berhenti sekejap for lunch
 
Sambil tunggu makanan sampai

Menu lunch kami... Nyummeh

Kami tiba di Delhi agak awal juga masih belum gelap. Kiranya masih awal lagi kalau nak berjalan kat Delhi. Ingatkan, kalau driver kami ok nak juga minta dia bawakan kami ke Restoran Karim. Sebab kalau tengok map, memang tak berapa jauh sangat pun dengan Hotel kami. Tapi bila memikirkan perangai dia yang pelik tu terus malas nak cakap apa-apa. Sebab aku perasan juga dia mula malas nak layan kami since dari Jaipur lagi. So, malam tu kami tak makan apa-apa pun. Yang lain pun tak nak keluar. So, aku makan saja saki baki stok yang masih ada.

Tapi aku lebih kecewa lagi sebab kami dapat Hotel tak seperti yang dijanjikan. Memang tak sama lansung dengan taraf 3 bintang hotel seperti yang dijanjikan. Aku setuju sebab hotel yang dia kasi semua meyakinkan & aku dah siap buat survey untuk semua. Aku siap call Mr Noor once kami dah check-in nak pastikan kenapa kami kena dapat budget hotel padahal we paid for better one. Dia pulak tanya aku apa masalahnya hotel tu. Hish, geram pulak aku bila ingatkan balik kami bergaduh over the phone. Janji lain, kasi hotel lain. Aku tak sanggup nak ceritakan hotel tu macam mana keadaanya tapi memang mengecewakan. Dah lah lokasi terletak macam kat lorong Haji Taib. Malas nak gaduh, terpaksalah redo walaupun tak sepenuh hati. Aku request dia tukar driver untuk Delhi tour esok by hook or by crook.

Semoga ada sinar baru untuk kami semua esok sebelum pulang ke KL.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...