Pages

Tuesday, June 26, 2018

Incredible India 2018: Welcome to Pink City

Jaipur, Rajashtan, India
Friday, 16 Feb 2018


Jaipur yang dikenali juga sebagai Kota Pink, merupakan ibukota dan bandar terbesar di Rajasthan, India. Dibina pada 18 November 1727 oleh Maharaja Sawai Jai Singh II, the ruler of Amber, bandar ini kini mempunyai populasi hampir 3.5 juta penduduk.

Jaipur adalah antara bandaraya terancang di India. Struktur Jaipur sangat menepati citarasa Rajput dan keluarga diraja. Kalau diperhatikan dari kawasan yang lebih tinggi, Jaipur ni adalah kota yang dikelilingi tembok besar yang berwarna Pink. Dan setiap bangunan yang dibina di dalam tembok ni pun di cat dengan warna pink. Sebab itu ianya dikenali sebagai Pink City. Ada sumber mengatakan, during the rule of Sawai Ram Singh I, the city was painted pink to welcome the Prince of Wales, later Edward VII, in 1876. (Source)

Jaipur is home to two UNESCO World Heritage Sites: the Jantar Mantar and the Amer Fort.


Hawa Mahal

Hawa Mahal ni memang korang tak boleh miss kalau singgah di Jaipur. Sebab ini adalah salah satu gambar tarikan yang digunakan AirAsia nak menarik pelancong ke Jaipur. Mungkin sebab senibinaya yang agak unik & lain daripada yang lain. Kami tak masuk pun walaupun dah beli composite ticket sebab ramai cakap yang kat dalam ni tak ada apa-apa sangat pun.

Tapi bagi aku, kalau setakat nak ambil gambar architecture yang menjadi mercu tanda Jaipur tu, tak perlu masuk pun tak apa. Ambil gambar dari luar pun dah cukup. Kalau nak lebih kreatif lagi & lain daripada yang lain boleh pergi kat bangunan bertentangan nak amik angle lain. Kami tak rajin, tapi gigih juga lah ambil gambar kat tengah jalan tu sampai kena hon, hahaha.

Tips:
Ada direct flight by Airasia to Jaipur from KL which aku rasa lagi murah dari KL-Delhi. Maybe boleh consider ambil flight direct ke sini kalau nak save budget jalan-jalan ke Golden Triangle (Delhi-Agra-Jaipur) of India.


Hawa Mahal checked

Hawa Mahal yang unik & cantik

Pic Hawa Mahal dari tengah Jalan

Done Hawa Mahal, kami berjalan menuju ke destinasi seterusnya. Kami dah berjanji akan berjumpa semula dengan Sunil setelah habis jalan-jalan di area Pink City ni.


Spotted Rajinikanth in Pink City


Jantar Mantar

Destinasi kami seterusnya ke Jantar Mantar yang terletak tak jauh dari Hawa Mahal. Walking distance saja tapi nak kena pusing juga tembok pink ni. Sambil berjalan nak menuju ke Jantar Mantar from Hawa Mahal tu nanti, macam-macam jugalah korang boleh lihat & saksikan selain bunyi Hon sana sini yang non-Stop. Aku rasa memang dah jadi tradisi orang kat sini jenis yang tak sabar. Agak annoying jugalah padalah aku tapi pada mereka maybe dah tak ada effect dah.

Jantar Mantar ni adalah tempat yang berkaitan dengan astronomy, space, stars dan constellation. Terdapat lima Jantar Mantar di India, di mana yang terbesar adalah di Jaipur. Tempat ni agak menarik juga kepada mereka yang tahu appreciate benda-benda astronomi ni. Sebab zaman dulu sebelum ada nya teknologi canggih seperti hari ini, equipment disini lah yang digunakan oleh mereka terlebih dahulu untuk mengira hari, waktu etc.


Jantar Mantar

Tak tahu apa function tapi macam menarik

Jantar Mantar checked

Kalau ada banyak masa & nak belajar lebih terperinci maybe boleh hire guide, so that, tak adalah bosan. At least, boleh lah dapat idea macam mana benda-benda kat sini berfungsi.

Selepas habis tour di sini, kami minta Sunil ambil kami di luar gate Jantar Mantar ni. Ada saja bangunan lain dalam Pink City ni tapi macam tak larat dah rasanya nak berjalan lagi dah. Dari pagi kami mula tour sampai sekarang dah nak petang pun. Ok next destinasi, jom ke Bapu Bazaar pula.



Bapu Bazaar

Ni pun macam jadi isu juga nak ke sini sebab driver bagi macam-macam alasan tak nak bawa kami tapi sebab aku dah bising-bising & cakap I will complain to your boss, barulah dia dengan paksa rela bawa kami ke sini. Lagipun, ini dah termasuk sebahagian daripada plan kami. Memang agak sesak jalan nak ke sini. Dan inilah sebabnya driver kami cuba elakkan. Tapi kat mana-mana attraction kat India ni pun memang sesak. Nak buat macam mana.

Bazar ni terletak di dalam Pink City Jaipur & merupakan antara bazaar yang paling popular di sini disebabkan macam-macam barangan & keperluan yang ada dijual. Tapi kebanyakkan yang aku notice barangan textile.


Jalan Masuk ke Bapu Bazar

Kiri & kanan penuh dengan kedai yang menjual pelbagai keperluan

Shop lots in Bapu Bazar

Kami buat satu pusingan juga kat Bapu Bazaar ni tapi tengok-tengok sajalah tak berhenti membeli pun sampai lah kat satu kedai kain, bila difikirkan dah alang-alang sampai sini kan, kita cubalah masuk satu kedai. Lagipun, tuan punya kedai berusaha ajak kami masuk tengok saja dahulu (katanya) tapi at the end bila dah start bargain bagai, tertewas juga akhirnya. Aku berjaya jugalah kawal nafsu untuk beli sepasang kain, hahaha. Sebab fikir belum sampai Delhi lagi ni. Mula-mula tu berkeras juga tak nak turun harga dah. Tapi sebenarnya, bila korang dah rasa tak jadi nak beli tu, suddenly, harga terus jadi murah ikut harga bargain, hahaha.


Antara yang menjadi tarikan juga adalah Saree

Done with jalan-jalan di Bapu Bazaar, hari pun dah nak gelap, kami pun mula pulang ke Hotel. Sepatutnya, kami ada satu trip lagi malam ni, Light show at Amer Fort. Tapi sebab dari awal lagi dia dah berkira dengan KM, kami pun dah malas nak argue. Maka, pulang lah ke Hotel dengan bermacam-macam perasaan. Aku of course lah tak puas hati sebab dalam perjanjian harga transport kami dah termasuk trip untuk ke Light show di Amer Fort. Kecewa.


To be continued..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...