Pages

Monday, June 25, 2018

Incredible India 2018: Jaipur Day Tour

Jaipur, Rajashtan, India
Friday, 16 Feb 2018


Hari ni kami plan nak melawat tempat-tempat yang menjadi daya tarikan utama di Jaipur. Antaranya

- Amber Fort*
- Nahagarh Fort*
- Jaigart Fort
- Jal Mahal
- Hawa Mahal*
- pekan Jaipur/Pink City
- Jantar Mantar*

Tips:
Kalau spend 2 days in Jaipur, boleh lah consider beli Composite entry ticket (Rs1000) - valid for two days (per entry) for visiting all or any of the following sites: Amber Fort, Albert Hall, Hawa Mahal, Jantar Mantar (Observatory), Nahargarh Fort, vidyadhar garden, Sisodia Rani garden. Composite ticket ni available kat Hawa mahal, Amber Fort, Jantar Mantar & Albert Hall.


Ini lah Hawa Mahal yang sering jadi daya tarikan di Pink City, Jaipur

Amber Fort

Since masih awal pagi, kami plan mahu melawat ke Amber Fort dulu. Salah satu sebab kami nak melawat awal pagi sebab Amber Fort ni terletak dikawasan tinggi & kalau pergi lambat confirm panas terik melihat keadaan cuaca pada hari ini. Pada mulanya Sunil our driver cadang suruh melawat Hawa Mahal dulu sebab kami akan lalu situ dulu tapi bagi aku Hawa Mahal tu tengok dari luar pun dah cukup. Lagipun kami dah plan nak naik gajah ke Amber Fort. Aku dah kasi tahu awal-awal lagi kat si Sunil yang kami nak naik gajah ke Amber Fort tapi dia terus bawa kami naik sampai atas. Geram betul lah dengan dia ni, saja-saja buat tak faham. Bila tanya kenapa terus naik atas tapi dia boleh buat macam-macam alasan tak nak bawa kami ke situ. Hish, stress pulak rasa. Dah sampai atas tu, nak tak nak, turun sajalah sebab dah sampai atas pun, takkan nak turun balik kan. Sampai je di Amber Fort, Sunil ni yang uruskan cari guide untuk kami. Selepas beli composite ticket, kami pun memulakan tour dalam Amber Fort. Amber Fort ni sangat besar & luas, dan ambil masa yang lama juga nak cover all areas kat sini. Dan perlu rasanya hire guide untuk tahu sejarah disebalik kewujudannya. Setiap ukiran & binaan di dalam Amber Fort ni mempunyai cerita tersendiri. 


Amer Fort yang Gah

Luasnya Amber Fort ni

Kalau korang sukakan senibina istana yang gah, ukiran yang indah & teliti, Amber Fort adalah tempat yang ideal untuk dikunjungi. Di Jaipur ni sahaja, memang banyak istana & fort yang menarik untuk diterokai. 

Nak tahu lebih lanjut lagi pasal Amber Fort ni boleh lah google Amer Fort


Inside Amber Fort

Mereka yang menaiki Gajah dari bawah akan stop di area sini
 
Gajah masuk Istana

Amber Fort kelihatan dari atas

Let's start the tour

Inside the building

Kagum dapat lihat keunikan binaan disini

Inside one of the Hall

View seen from Amer Fort

Amer Fort seen from top

View seen from Amer Fort

Jaigarh Fort seen from Amer Fort

Other part of Amer Fort


Nahagarh Fort

Destinasi yang seterusnya selepas Nahagarh Fort yang terletak tak jauh dari Amber Fort. Nahargarh Fort merupakan kediaman Raja Sawai Jai Singh II. Actually, Sunil dah tahu nak arrange mana kami patut pergi dulu based on destinasi yang kami nak pergi. Katanya semua yang berhampiran dengan area Amber Fort, kami akan cover dulu.

Entrance Fee to Nahagarh Fort also already included in our Composite Ticket. So, nanti just tunjuk Composite ticket kat Pintu Masuk.

Destinasi kami once dah step in into Nahagarh Fort, of course lah ke view point yang boleh tengok Jaipur City from Top. Tapi sayang cuaca agak berkabus sikit masa ni. Tak sure lah kabus ke Jerebu, hahaha.


On top of city of Jaipur

Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan

One of a must visit place kalau ke Jaipur

Aku masih ingat lagi yang kami ditegur sebahagian local apabila terdengar kami menjerit kat atas Nahagarh Fort. Kecoh jugalah seketika sebab mereka nampak kami berdiri kat tempat tinggi lepas tu menjerit. Actually, aku ni bukan lah jenis yang berani nak berdiri tepi tebing tanpa ada safety. Sebab ada another level kat bawah tempat kami berdiri tu, yang jadikan kami dengan confidentnya berdiri tanpa rasa getar. Hahaha. Tapi silalah behave ya kalau dah ada kat tempat orang tu. Jangan buat bukan-bukan. Aku sempat say Sorry kat orang yang tegur kami tu sebab aku tahu mereka risau tengok kami para gadis.

Selepas itu, Kami proceeed tour around the Nahagarh Fort. Actually, lebih kurang benda yang sama juga seperti di Amber Fort. About 1hr kami tour around Nahagarh Fort and then back to visit another Fort pulak. Hahaha.


Further walk to the other side

Inside Nahagarh Fort

Architecture yang indah & unik di Nahagarh Fort

Jaipur city view from Nahagarh Fort

Nahagarh Fort seen from top

Jaipur city view from Nahagarh Fort

The other side of Nahagarh Fort seen from top

Normal view kat mana-mana attraction kalau nampak local selling many unique things


Jaigart Fort 

Terletak lebih 1km ke atas daripada Amber Fort, adalah Jaigarh Fort. Fort ni menyimpan canon yang terbesar di dunia. Itu sajalah tarikan di atas Jaigarh Fort ini selain view yang awesome. Dari Jaigarh Fort ni pun, korang boleh dapat view yang sangat breathtaking. Tapi sebab masa kami sampai ni waktu tengahari, so, boleh imagine lah panas nya macam mana kan.


Jaigarh Fort view from outside

Pintu Masuk ke Jaigarh Fort

Ini lah daya tarikan utama di Jaigarh Fort... The Jaivana Cannon

the world's largest cannon on wheels

The other side of Jaigarh Fort

Kami jumpa family singh from Malaysia sewaktu di Jaigarh Fort. Itu pun sebab mereka yang tegur kami in Bahasa. Yelah mana nak tahu kau from Malaysia kalau tak mula dulu kan. Uncle ni ramah sangat & His a Lawyer, siap ada law firm sendiri. Ada jugalah dia berkongsi tips travel di India sebab dia dah few times juga bercuti di India & dia recommended sangat Driver dia kat kami.


Jal Mahal

Jal Mahal ni terletak berhampiran dengan Amber Fort & terletak hanya di tepi jalan je sebenarnya. Memadailah kalau nak berhenti sebentar sebelum melawat tempat lain. Masa sampai kat sini pun, aku & Fad saja yang turun. Cuaca tiba-tiba mendung pula semasa kami sampai. So, tak nampak sangat the true beauty of Jal Mahal.


Jal Mahal 

Sebelum ke destinasi seterusnya, kami berhenti lunch dulu di Hotel Muhammadi Palace. Dekat Sini, Hotel = Restraunt. Halal Restraunt - M.M. Khan Hotel & dekat area dengan Masjid, Hotel Muhammadi Palace. Kat India ni, konsep kalau amik package or hire driver memang dia akan bawa kat tempat makan-makan yang mahal sebab dia orang dapat makan free or tips tapi better check dulu sebab mostly tempat yang dia recommend tu bila check tak ada dalam Halal Restraunt.

Ohh nak dijadikan cerita kami tak nak masuk ke Restaurant yang Sunil bawa sebab nampak exclusive & tak ada dalam Halal directory restaurant in Jaipur. Lepas tu terus dia bengang and keluar dari kereta, tutup enjin kereta & hempas pintu driver, sambil cakap “you decide”. Dan biarkan kami berempat dalam kepanasan dalam kereta tu. Huish, kurang ajar betul driver ni. Kot ya pun tak dapat nak makan free, please respect your client. Nasib baiklah kami boleh tolerate lagi sebab fikir kalau nak complain tunggu sampai kat Delhi nanti sajalah. Kami pun dapat petunjuk Halal Food dekat dengan Muslim area & paksa dia bawa kami ke situ. Dia bawa jugalah walaupun macam-macam alasan dia bagi. Ada aku kisah.

After lunch, kami sambung tour di Pink City Area.

To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...