Agra, India
Thursday, 15 Feb 2018
Kami hanya berpeluang spend 2 hari saja di Agra. Itupun semalam kami dah sampai lewat petang, so, basically, 1 hari saja kat Agra ni. Tapi sebab daya tarikan utama di Agra ni, hanya Taj Mahal & Agra Fort, so, 1 hari bagi aku dah cukup nak cover Agra. Actually, ada satu daya tarikan lagi, Jama’ Masjid. Tapi sebab driver kami cakap, Jama Masjid yang sama juga kami akan lawat di Delhi, so, kami skip plan to Masjid Jama Agra walaupun itu dah termasuk dalam itinerary asal kami. Aku rasa, Mr Noor ni lupa nak cakap kat driver dia plan kami di Agra. Tapi susah juga kalau dapat driver yang tak mesra pelanggan ni. Susah nak communicate & ikut kepala dia saja.
Kami tiba di Fatehpur Sikri Agra lebih 1.5hrs kemudian. Jauh juga nak sampai ke sini walaupun masih terletak di wilayah Agra. Tempat dia pun terletak dikawasan yang agak luar bandar juga. Sewaktu kami tiba di parking, dah ada guide yang standby untuk bawa kami tour ke Fatehpur Sikri. Satu benda yang aku kagum dengan tour guide di sini, sentiasa jaga etika kerja dalam apa jua keadaan. Siap pakai coat lagi tau walaupun panas terik, hahaha. Dari parking kami kena jalan sikit nak ke tour bus. Ohh, belum sampai lagi rupanya, kena naik bus mini nak sampai ke Fatehpur Sikri. Bayaran untuk one way Rs10.
Lagi satu nak kasi tahu, jangan terkejut pulak nampak babi hutan berkeliaran kat area parking lot ni. Aku mula-mula risau juga tapi bila nampak orang lain cool jer, so, buat slumber sajalah tapi mata tu tak habis-habis perhatikan kiri & kanan sebab risau sewaktu kami berjalan menuju tour bus yang sedang menanti. Seriously wei, babi hutan tu macam tak kisah pun orang yang lalu-lalang kat situ. Macam buat hal dia sendiri saja. Kalau kat Malaysia bersepah macam ni, memang lama dah kena tembak. Tak sempat nak capture apa pun sebab risau punya pasal.
Kena naik Public Tourist Bus |
Bus mini akan jalan bila penumpang dah penuh. Sesak jugalah sebab bus kecil tapi penumpang godang-godang, hahaha. Layan. Kami tiba di Fatehpur Sikri 10min kemudian. Dekat je rupanya tapi memang dah jadi kemestian untuk pelancong yang nak sampai ke sini kena ambil tour bus. Tak ada entrance fee untuk masuk ke Fatehpur Sikri. Kami Cuma bayar untuk orang yang tolong jaga kasut kami sebab tak boleh bawa masuk kasut.
Sila standby stokin extra kalau tak nak kaki kotor masa tour kat dalam ni. Sebab aku rasa tak bersih pun. Compare to Taj Mahal & Agra Fort, Fatehpur Sikri ni kebersihan kawasan sekitarnya agak kurang sikit. Maybe sebab tak ramai tourist yang datang ke sini & kurang mendapat perhatian. Anyway, senibina Fatehpur Sikri tetap mengagumkan sebab masih mengekalkan ciri-ciri senibina yang unik gabungan Islam, India & Parsi.
Naik bus mini nak ke Fatehpur Sikri |
Fatehpur Sikri adalah sebuah bandar dan dewan bandaraya di bandar Agra, Uttar Pradesh , India .Ia merupakan bandar bersejarah Fatehabad, dibina oleh Maharaja Mughal, Akbar pada 1570. Tujuan pembinaan untuk menghormati ahli sufi Shaikh Salim Chisti, yang tinggal di sebuah gua di atas bukit di Sikri.
Akbar menjadi maharaja Empayar Mughal selepas Maharaja Jahangir. Fatehabad ditukar nama kepada Fatehpur dan kemudian Fatehpur Sikri. Senibinanya merupakan gabungan India, Parsi dan Islam. Fatehpur Sikri menjadi ibu kota Empayar Mughal dari tahun 1571 hingga 1585. Pembinaannya mengambil masa 15 tahun untuk disiapkan.
Ia menjadi tapak pelancongan popular dan diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1986. (Source: Wikipedia)
Entrance to Fatehpur Sikri |
Design pun seakan-akan Agra Fort |
Binaan yang masih kukuh hingga kini |
Cantikkan Architecture di sini |
Terdapat sejumlah bangunan di kompleks Fatehpur Sikri. Setiap istana kecil di Fatehpur Sikri mempunyai tujuan tertentu. Antaranya Diwan-I-Aam (Hall of Public Audience), Panch Mahal, Jodha Bai's Palace & Jami Masjid (Mosque).
Terdapat juga makam Shaikh Salim Chishti kat dalam Fatehpur Sikri. Shaikh Salim Chishti merupakan salah seorang ahli sufi yang paling dihormati sewaktu Empayar Maharaja Mughal, Fatehpur Sikri di India.
Guide kami mula-mula offer kami masuk kat dalam ni tapi bila dengar saja cerita dia pasal orang datang nak berdoa & menunaikan hajat di makam ni, terus rasa tak perlu masuk kot. Lepas tu nak dijadikan cerita kami juga dipaksa untuk bersedekah sesuatu kepada Makam. Pada mulanya, kata tak paksa tapi desak kami beli barang kraftangan kat dalam Fatehpur Sikri untuk disumbangkan. Apa bezanya. Macam nak bergaduh jugalah sebab kami cakap tak nak walaupun dia cakap kami tak perlu buat apa-apa tapi cuma beli saja barangan di situ & mereka sendiri yang akan serahkan sumbangan itu ke Makam untuk digunakan kepada golongan yang memerlukan. Masalahnya, jual barang yang mahal. Kata tak paksa tapi agak aggresif desak kami beli barang kraftangan mereka. Guide kami pun satu hal, sokong je pulak. Aduh. Kami buat keras hati saja. Lepas tu blah, sambung tour kami yang seterusnya.
The Tomb of Sheikh Salim Chishti |
Buland Darwaza Back side |
Buland Darwaza, or the "Gate of victory", was
built in 1601 A.D. by Akbar to commemorate his victory over Gujarat
|
View from Buland Darwaza Gate |
Buland Darwaza, the 54 mt. high entrance to Fatehpur Sikri complex |
View from Fatehpur Sikri |
Suasana di Fatehpur Sikri ketika kami tiba |
Kami spend tak lama pun kat dalam ni tapi kami cover semua area kat dalam Fatehpur Sikri ni. Al maklum ada guide kan, hahaha. So, tahu jugalah history pasal Fatehpur Sikri ni. Fatehpur Sikri ni pun berkait rapat dengan Agra Fort. Luas juga kawasan di dalam Fatehpur Sikri. Kami pulang semula ke Parking lot menaiki bus seperti mana kami datang tadi. On the way nak sampai ke Parking lot tu sempat lagi lah menyinggah ke kedai souvenirs di sini. Banyak juga kedai & harga pun jauh lebih murah dari di Agra.
Selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Pink City, Jaipur. Dah hampir pukul 5pm masa tu. Malam juga nak sampai di Jaipur ni. Anggaran masa 3-4jam nak sampai ke Jaipur from Fatehpur Sikri. Kami tak berhenti dimana-mana pun, cuma stop sebentar nak isi minyak. So, masa kami kat dalam kereta banyak dihabiskan dengan tidur sehinggalah sampai ke Jaipur, Penat sangat wei dah banyak berjalan & berjemur hari ni.
Highway on the way to Jaipur |
Seperti yang dijangkakan tiba di jaipur dah gelap. Kami tiba di Hotel Sarang Palace around 9pm. Hotel ni terletak agak juah sikit dari kawasan attraction di Jaipur. Tapi since kami ada kereta, so, tak menjadi masalah pun. Yang penting hotel Sarang Palace di Jaipur ni sangat selesa & luas, staff service pun ok. Breakfast pun memuaskan. Kami dinner di Hotel saja dengan yang kami bawa dari Malaysia... Maggi Curry, Cadbury Hot Choc & Wrap dimakan bersama Tuna & Sambal Hijau.
Room for 2 at Sarang Palace Hotel Jaipur |
To be continued...
No comments:
Post a Comment