Agra, Uttar Pradesh, North India
Thursday, 15 Feb 2018
Kami terus check-out selepas breakfast pagi tu di Hotel Kamal. Aku hanya makan roti kosong 2 keping yang dihidangkan saja & seteguk Masalla Tea. Tak ada selera pagi tu, rasa nak makan benda lain saja. Arrghh, seksanya nya rasa nak cari proper food kat India ni. Kami breakfast sambal menikmati view Taj Mahal dari tingkat paling atas di Hotel Kamal ni. Dapat tengok dari jauh sajalah tapi still nampak jugalah kan.
Ohh, aku lupa nak highlight, Agra ni kawasan yang agak luar bandar. So, keadaan di sekitarnya boleh imagine lah bila berada di India ni kalau terletak diluar bandar. Hakikatnya, Taj Mahal ni memang gah pada namanya sahaja tapi luar saja dari Pintu Masuk ke Taj Mahal ni memang agak menyeksakan dengan bau yang kurang menyenangkan & kawasan sekitar yang agak kotor. Haiwan ternakan bersepah kat luar gate masuk ke Taj Mahal ni. Hahaha. Tapi itu lah realiti.
Ok, back to main story, perjalanan kami pagi tu diteruskan ke Agra Fort. Agra Fort ni sebenarnya terletak tak jauh pun dari Taj Mahal. Seperti yang aku ceritakan dalam entry yang lepas, Taj Mahal dipisahkan dengan Agra Fort oleh Sungai Yamuna. Angle lain nak ambil photo Taj Mahal yang awesome adalah dari Sungai Yamuna ni. Haa, ni kalau banyak masa kat Agra, why not buat sesuatu lain daripada yang lain kan. Aku kalau dapat driver yang ok, maybe aku nak je highlight tempat ni kat dia tapi sebab driver kami yang pemalas & berkira, malas lah nak cerita. Tiba-tiba rindu road trip bersama Owais di Kashmir. Ada saja tempat yang menarik dia nak bawa kami. Very informative, soft spoken, very helpful & sangat respect women. Itulah bezanya lelaki Kashmir & India.
On the way to Agra Fort, kami pickup guide dulu & selepas tu baru bergerak bersama menuju Agra Fort. Guide kami naik motor bersama member dia, so, kami berjumpa kat Agra Fort sajalah nanti. Guide untuk semua attraction kami di Agra memang dah termasuk dalam package yang kami ambil. Cuma pagi tadi ke Taj Mahal saja guide kami tak ada. Aku yakin the same guide ke Agra Fort yang sepatutnya bawa kami ke Taj Mahal tapi dia tak mengaku bila aku tanya. Macam mana aku boleh tahu sebab Lead Engineer aku juga menggunakan agent & guide yang sama untuk ke Taj Mahal & Agra Fort. Hahaha, kantoi. Anyway, malas nak argue dah. Tapi guide kami ni memang sangat ok & very informative. He’s a Muslim & very soft spoken. Dia banyak jugalah cover cerita di Taj Mahal memandangkan Agra Fort ni pun berkait rapat dengan Taj Mahal. Apa yang menarik lagi pasal guide kami ni, wife dia merupakan orang Jepun.
|
Entry gates to the Agra Fort |
Sewaktu kami tiba di Agra Fort, dah penuh dengan para pelancong asing & tak kurang juga rakyat tempatan yang aku rasa paling ramai memenuhkan Agra Fort. Kagum bila lihat rakyat negara India sendiri lagi ramai dari warga asing datang melawat tempat bersejarah di negara sendini. Entrance Fee nak masuk ke Agra Rs 550 (≈RM32) for tourist. Local pula macam biasa, memang sangat murah. Patutlah rakyat dia saja ramai Agra Fort ni memang sangat besar & luas. Bersedialah nak jalan banyak kalau dah masuk kat dalam ni. Kebetulan masa kami sampai di sini memang tengah hari, so, boleh imagine lah panas tu macam mana.
|
Agra Fort yang Gah |
|
Ada maintenance di pintu masuk utama sewaktu kami sampai |
|
Jom kita explore Agra Fort |
Agra Fort dibina pada tahun 1573 di bawah pemerintahan Akbar, salah seorang Maharaja Mughal yang terhebat. Ia memerlukan lebih daripada 4000 pekerja binaan dan mengambil masa hampir 8 tahun untuk disiapkan. Mengetahui pentingnya lokasi Agra Fort, Akbar membina kubu Agra untuk menjadikannya kediaman utama Mughals. Kubu ini kekal sebagai kediaman utama pemerintah dinasti Mughal sehingga tahun 1638. Fort ini mempunyai banyak struktur yang mengagumkan seperti Jahangir Mahal, Khas Mahal, Diwan-i-Khass, Diwan-i-Am, Machchhi Bhawan dan Moti Masjid. Pada tahun 1638, ibukota dinasti Mughal dipindahkan dari Agra ke Delhi, menyebabkan Agra Fort kehilangan kepentingannya sebagai kediaman utama maharaja Mughal. Kubu ini terpisah dengan Taj Mahal dengan hanya jarak 2.5 km. Sering digambarkan sebagai walled city, Agra Fort kini merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO.
For more info on History behind this Fort, boleh lah google -->
Agra Fort Wikipedia
|
Laluan Masuk ke Agra Fort |
|
Pintu Masuk ke Agra Fort |
|
Panas lit-lit pun ramai juga pelancong especially the locals |
|
Jahangir Palace |
|
Tak berjanji pun walaupun aku tahu dia nak ke India lagi tapi kebetulan jumpa juga my lead Eng. & anak dia kat Taj Mahal tapi kami bergambar kat Agra Fort |
|
Struktur Agra Fort yang masih gah sehingga ke hari ini |
|
Ukiran yang unik & indah |
|
Pintu ni betul-betul menarik perhatian aku |
|
Agra Fort insides |
|
Agra Fort insides |
|
Taj Mahal seen from Agra Fort |
|
Thanks for the beautiful wheater |
|
Boleh lihat Taj Mahal dengan lebih dekat lagi sudut sini.. trust me |
|
Ukiran yang indah ini masih kekal hingga kini |
|
Inside one of the the room |
|
Kagum tengok setiap sudut di Agra Fort ni |
|
The beautiful garden inside Agra Fort |
|
Interior of Agra Fort Diwan I Am (Hall of Public Audience) |
|
Kami tak cover pun area sana, luas sangat Agra Fort ni tak larat rasanya |
|
Exterior of Diwan-i-Am or Hall of Public Audience... kalau sekarang ni, kira macam kat Parlimen juga lah |
|
Alhamdulillah, Agra Fort Checked |
Kami spend hampir 2 jam juga kat di Agra Fort ni. Banyak informasi yang kami dapat daripada guide kami. Setiap bangunan yang terdapat didalam Agra Fort ni diceritakan secara terperinci oleh guide kami. Guide kami sempat juga cover sebahagian sejarah di Taj Mahal memandangkan guide kami tak muncul pagi tadi. So, kalau nak rasa lawatan ke Agra Fort ni sesuatu yang bermanfaat, silalah hire seorang guide, so that, tak adalah korang terasa jalan saja tanpa arah. Actually, nak hire guide ni bukanlah mandatory tapi lebih kepada nak dapat lebih pengetahuan & sejarah tentang sesuatu tempat. Memanglah boleh dapat informasi daripada internet & guide book tapi tak sama dengan live guide dari tempat yang korang pergi. Lagipun, Agra Fort ni sangat besar & luas, kalau tak first time tu boleh jadi lost juga kalau tak biasa. So, kalau ada guide tu, rasa safe sikit & akan bawa korang tour satu Agra Fort tanpa rasa ragu-ragu.
Selepas habis tour di Agra Fort, kami berhenti rehat sebentar di salah satu restoran pilihan driver kami di Agra, Raj Mahal Restaurant. Halal place katanya tapi yakin sajalah. Tapi bila kami check dalam Halal Restaurant in Agra tak ada pulak tersenarai, kami cuma diberitahu oleh staff mereka saja yang Restaurant tu dapat source from Halal Supplier. Aku sebenarnya kurang setuju dengan pilihan driver kami sebab tempat yang dibawa tu agak exclusive juga tapi macam biasalah driver akan dapat makan free & tip sebab tu dia akan bawa. Tapi most travellers yang pernah ke india ramai yang suggest kalau nak safe & bersih, memang kena makan kat tempat yang nampak agak exclusive sikit. Kami follow sajalah. Kat sini, ada juga yang guna method nak tahu tempat tu Halal ke tak, kalau dia ada serve meat normally safe place to eat sebab Hindu tak Makan daging tapi bagi aku tak boleh pakai juga sebab ada je Indian yang non-vegetarian. So, still kena check juga untuk kepastian. Lupa nak tanya En. Azhar tadi kat mana tempat dia makan for lunch. Tapi aku kurang suka sebab pelayan yang serve kami tu paksa kami bagi dia tip. Bagi aku makanan dia agak Mahal & rasa biasa-biasa saja. Not recommended.
Selepas lunch, baru kami mula bergerak menuju ke destinasi seterusnya ke Jaipur. Tapi on the way to Jaipur, kami akan singgah ke salah satu lagi attraction yang terdapat di Agra, Fatehpur Sikri. Actually, Fatehpur Sikri memang dah ada dalam itinerary proposed by Mr Noor. Another 1 hour nak sampai ke Fatehpur Sikri.
|
Our next destination... Fatehpur Sikri |
To be continued...
No comments:
Post a Comment