Taj Mahal, Agra, India
Thursday, 15 Feb 2018
Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Yes, a visit to the one of the seven wonders of the world. Orang cakap tak sah kalau lawatan ke India kalau tak sampai ke Taj Mahal. Honestly, aku terlebih dahulu mengenali Taj Mahal melalui Buku Teks sekolan rendah. Sebab tu sampai sekarang boleh ingat pasal Taj Mahal ni, begitu juga Shah Jahan & Mumtaz Mahal. Lambang Cinta Agung, seorang suami kepada isterinya.
|
Bukan ini yang ku pinta, cukuplah terima diriku seadanya |
Ohh, sepatutnya lawatan kami ke Taj Mahal ditemani seorang guide. Itu memang dah termasuk dalam package lawatan kami. Tapi hampa sebab tour guide kami tak muncul tiba. Masa aku call driver kami, tak pula dia angkat. Semalam dia suruh kami tunggu pukul 6.30am di Lobby Hotel Kamal. Memandangkan masa dah agak lewat, kami decide nak gerak dulu ke Taj Mahal, lebih kurang 10min saja jalan kaki. Aku bukan apa, risau kena beratur panjang je nanti. Al maklum Taj Mahal ni pun antara Tourist favourite spot kat Agra. At least, kalau kami sampai awal, boleh beli ticket awal & boleh jumpa guide terus di sana. Nasib baik, kami tak perlu beratur panjang sebab ada lorong khas untuk pelancong luar. Harga ticket 1000Rs (≈RM60), nanti akan dapat 1 botol 500ml mineral water & sarung kaki putih. Kalau local people perlu bayar 40Rs (≈RM2.40) only, gila beza. Kat Malaysia, jangan harap lah nak dapat macam ni. Nak beratur masuk pun ada lorong khas untuk lelaki & wanita. Sebab nanti ada security check dekat main entrance dulu before boleh masuk. So, sila patuhi apa yang tak boleh bawa masuk.
|
Ticket Counter... just in front of Eastern Gate |
|
Sebelah kanan tu ada security check at the entrance eastern gate |
|
We're ready for the tour |
Aku punya lah dengar cakap staff Hotel Kamal yang jaga pagi tu, kata tak boleh bawa masuk stick Gopro. Tak pasal-pasal aku tinggalkan kat Receptionist sebab takut kena rampas. Tapi kecewa gila bila masuk, ramai kot yang bawa. Aduh. Melepas nak buat video pusing-pusing.
|
The main entrance to Taj Mahal |
Bila kami dah dapat masuk, aku call Mr Noor balik tanya pasal guide. Dia cakap guide maybe lambat, so, minta aku cari sendiri dekat situ dengan harga 200Rs sebab nanti dia akan bayar balik. Mana nak dapat harga guide macam tu kalau dah masuk, kat luar maybe boleh. Banyak saja guide kat dalam ni tapi semua boleh offer minimum pun 600Rs. Malas nak argue dengan Mr Noor pasal harga guide yang kami dapat tu sebab dia macam tak percaya cakap aku. Malas nak fikir dah, kami decide nak jalan sendiri saja. Nanti kalau lambat masuk, orang dah ramai pula. Nak bergambar pun susah nanti. Tak apa lah, nanti aku study sendiri pasal Taj Mahal. Sampai hari ini pun, aku tak dapat refund for guide eventho dia dah cakap nak bayar balik.
|
We entered from the Eastern Gate |
|
First sight of Taj Mahal |
Taj Mahal adalah sebuah pusara atau makam yang dibina dengan perintah Maharaja Mughal, Shah Jahan bagi memperingati isterinya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal yang mangkat sewaktu melahirkan anak mereka yang ke-14. Mengambil masa lebih kurang 22 tahun (1631-1653) untuk disempurnakan, bangunan ‘lambang cinta’ agung seorang raja terhadap isterinya itu itu dijaga kemas dan rapi sehingga kini.
|
Taj Mahal seen from the Main Gate |
|
The incredible Wonders of the world |
|
Perfect Architecture |
|
The main dome |
Mesti ramai yang fikir Shah Jahan membina Taj Mahal didorong atas kehendak sendiri (aku pun fikir macam tu juga) tapi sebanarnya ada versi cerita lain yang menyatakan ia adalah salah satu permintaan Mumtaz sebelum meninggal dunia agar dirinya kekal diingati. Menurut guide kami di Agra Fort, sebelum Mumtaz menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia sempat meminta Shah Jahan berjanji kepadanya 3 perkara:
1. Never take another wife.
2. Look after her Children.
3. If he really and truly loved her, to make her a grand burial place.
Disebabkan janji Shah Jahan kepada Mumtaz Mahal, baginda menunaikan permintaan berkenaan. Dan Shah Jahan telah memilih tempat dimana dia & Mumtaz mula berjumpa sebagai tempat untuk mendirikan Taj Mahal. Menurut guide kami di Agra Fort, Taj Mahal pada mulanya adalah Taman yang dihiasi dengan Bunga Rose.
|
One of the seven wonders of the world checked |
Terletak di bandar Agra, kira-kira 165 kilometer dari Delhi, Taj Mahal yang dibina daripada marmar putih ini bukan tersohor kerana cerita cinta agung seorang raja terhadap isterinya semata-mata tapi ia juga dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat kehebatan seni binaannya yang dikatakan antara tujuh bangunan ajaib di dunia.
|
Perfect Reflection |
|
The amazing architecture |
|
Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam |
|
The other side of Taj Mahal |
|
The garden seen from Taj Mahal |
Taj Mahal merupakan Seni Bina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan dan gaya seni bina Islam. Arkitek utama bangunan ini ialah Ustaz Ahmad Lahauri. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'.
Sesuatu yang ajaib, Taj Mahal dikatakan begitu indah sewaktu matahari terbit dan terbenam, kerana membiaskan kilauan cahaya yang berlainan. Waktu paling baik untuk melihat keajaiban itu dikatakan, sejurus sebelum matahari terbit atau terbenam.
Sewaktu bulan mengambang, Taj Mahal dibayangkan begitu indah, sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ada yang mengatakan seri cahaya perak meliputi Taj Mahal ketika itu, sungguh memukau sehingga kebanyakan benda lain dilihat selepasnya nampak biasa. Ia antara keunikan dan kehebatan seni bina dinasti Mughal, yang tidak terungkap. So, kalau ada peluang, pilih lah untuk melawat Taj Mahal di waktu malam ketika waktu bulan penuh. Normally, night viewing is allowed on the full moon night, two days before it and two days after it. And ticket also must be booked one day in advance.
Bahagian dalaman taj Mahal tertera pelbagai corak ukiran timbul dan ‘inlay’ yang dihasilkan dengan begitu kemas & teliti pada permukaan batu semula jadi oleh pelukis pada zaman itu. Kagum.
Dalam Taj Mahal (makam) tak dibenarkan bergambar. Hanya dikawasan luar sahaja. Menurut Agra Fort Guide, the real tomb is actually below the tomb yang visitor boleh nampak bila masuk ke dalam Taj Mahal.
For more information & knowledge -->
Taj Mahal
|
Pic taken from Taj Mahal |
|
The Mosque seen from Taj Mahal |
|
Taj Mahal ditutup pada setiap hari Jumaat untuk memberi laluan kepada umat Islam Solat Jumaat di Masjid Indah ini |
|
Pelancong dari Jepun yang sporting |
|
Love till Jannah |
|
It's like dream comes true |
Taj Mahal buka awal ye?
ReplyDeleteSOpan semua pakai labuh
Buka awal kay, boleh check timing dulu sebelum pergi.
Delete