Thurs, 25 Aug 2016
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt, Perth Road Trip kami berjalan lancar. Untuk trip kali ni memang banyak last minute plan walaupun aku dah beli ticket setahun awal. And of cos lah masa ada AA promo fair. Takdelah murah sangat tapi dapat lah dalam RM432 return. After dah Add-on itu & ini, dalam RM650 jugalah. Murah ke mahal? Masa tu book ticket berdua saja tapi mana tahu last minute ada yang nak join skali. Since dah banyak sangat aku baca blog, review & tips kat BBM, ramai sangat orang Malaysia yang dah biasa pergi western Australia, atau lebih tepat lagi memang antara "Malaysian favourite destination" untuk bercuti... so, rasanya takde lah rasa nak kelam kabut sangat. Aku betul-betul start plan ke Perth hanya selepas trip semeru yang lepas (ini post pun tak habis lagi, hahaha) & after hari raya barulah betul-betul nak book itu & ini.
Syukur juga, flight kami kali ni berjalan lancar tanpa sebarang delay. And agak mengejutkan juga flight landing awal dari ramalan. So, efficient. Aku ingat lagi flight Perth-KL less than 5hrs (38min awal katanya).
Declaration form, just put "YES" if unsure tapi nanti dia akan tanya masa kat imigression |
Kami sampai awal di Perth International Airport. Semuanya berjalan lancar sehinggalah turn kami kena check bag. Actually, memang dah dijangkakan pun akan ada anjing yang akan hidu semua backpack kami kalau cakap bawa foods tapi mana tahu kan, operasi berjalan lagi lama dari yang dijangkaan. Dan yang paling tak boleh blah tu, bukan bag makan kami yang anjing tu beria-ia tapi backpack Eein & Fad. Apa lagi, nak tak nak, kena buka jugalah. Tak pasal-pasal kena keluarkan semua harta karun, hahaha. Takde apa-apa pun yang mencurigakan tapi ntah kenapa pulak anjing tu over sangat. Alhamdulillah, takde yang sangkut sebab kami dah follow apa yang boleh bawa & tidak ke Perth. Yang penting sambal tok tok pun lepas.
Lepas collect luggage, next agenda sebelum ke next destinasi, nak cari simcard & prayer room for Suboh. Ada satu prayer room provided at arrival hall Perth Airport ni. Luas & agak selesa walaupun kena shared.
Untuk traveller yang tak boleh terpisah dengan alam maya, boleh lah dapatkan package internet untuk limited time. Kami amik package for 6days with AUD15 with 500mb data perday & unlimited call. Aku rasa ada keperluan juga ambik lebih-lebih lagi yang nak travel jauh macam kami ni. Kalau tak semua dalam satu travel group tu ambik pun, at least ada sorang dua amik pun dah cukup. In case nak search anything or nak calling-calling. Waze banyak membantu kami juga, bila masa GPS tak dapat nak search for certain destination.
Perth Airport arrival Hall |
Register for Optus Simkad |
Package AUD2/day with 500mb data & unlimited call |
Proper signage for Prayer Room |
Ada Tempat Solat kat Perth Airport ni tapi campur |
Done with urusan akhirat & duniawi, next kami nak kena cari shuttle car to Bayswater Car Rental. Actually, masa buat online booking ada option Airport Transfer (Airport to Bayswater Car Rental Office). Hanya AUD5/pax. So, better ambik sebab kalau naik taxi tak tahu lah berapa charge agaknya. Masa kami sampai, dah ada satu shuttle service yang tunggu. And ada passenger lain juga. Rupanya tengah tunggu kami, maybe sebab aku dah call yang cakap kami semua dah sampai. Dan van pun bergerak sejurus kami naik. About 20mins juga nak sampai ke Bayswater Car Rental Office di Guildford Road, Bayswater.
Alhamdulillah, cuaca cantik menyambut ketibaan kami |
Airport Transfer to Bayswater Car Rental Office |
Bayswater Car Rental |
Ada certain option tak terkandung dalam online booking, so, dah sampai kat sini baru dia explain in detail |
For online booking --> https://www.bayswatercarrental.com.au/
We decided to take New Rav4 at $43/day after persetujuan semua.
Online Booking |
Actually, banyak jer car rental lain kat WA ni. Boleh search for detail. Tapi sebab rata-rata member aku yang dah pergi recommend No birds, so, we go for No birds.
New RAV4... Handsome tak |
Kami tak perlu check kereta sebah dah fully covered with insurance. But, they did informed us, new RAV4 tu ada kesan calar sikit kat cermin depan. Kami dapat RAV4 empty tank. So, nak kena cari nearest petrol station dulu nak isi minyak. Tapi tak perlu risau kalau masa return minyak masih banyak lagi sebab nanti dia akan refund. Ohh, harga petrol kat sini tak fix macam kat Malaysia. Depends kat petrol station & area juga. Kalau luar sikit dari city, rate murah sikit. So, ada banyak pilihan jugalah nak pilih mana yang murah.
Minyak pun dah full, so, next agenda nak kena isi perut lah pulak. Jom breakfast dulu. Seperti yang di war-warkan, kedai pie halal di 5 Dyer Road, Bassendean menjadi destinasi pertama kami. Macam-macam jenis pie ada dijual disini. Not only pie, ada croissant, sandwich & menu sampingan lain juga. Range harga lebih kurang betwenn $3 to $5 for pie. Croissant dia pun sangat sedap & lembut. Aku siap beli extra untuk breakfast esok sebab kebetulan ada promosi $4 for 12pcs.
sis, pkul brpe leh amek kereta sewa tu?
ReplyDeleteAnytime, during office hour.
Delete