Pages

Wednesday, September 28, 2016

Perth Road Trip 2016: Kailis Fish Market

Kailis Fishmarket
Fri, 26 Aug 2016


Target yang seterusnya ke Kailis Fishmarket, kami nak lunch di Kailis Cafe. Tak plan nak ke E-shed market lagi walaupun buka hari ni. Sebab takut lambat nanti sampai di Augusta. Sampai Kailis pun dah pukul 3 lebih. Initial plan target lunch kat sini pukul 12pm tapi ni dah 3 jam jauh dari plan asal, hahaha. Yelah kita ni hanya merancang. Masa kami sampai tu penuh orang tengah makan. Dan tak syak lagi memang ramai Malaysian. Mungkin sebab dekat dengan cuti merdeka kot, ramai pulak. Rasanya kat mana-mana kami pi pun, akan jumpa Malaysian. Dan aku rasa kami semua pun share lebih kurang itinerary yang sama. Sebab ada masa tu, ada 2-3X juga lah terserempak dengan orang yang sama.

Ada parking lot berhampiran Kailis fishmarket ni. Full parking masa kami sampai tapi luckily, ada kereta nak keluar. Kalau tak, berpusing jugalah nak mencari. Bukan free ya, parking berbayar. Tapi kebetulan masa aku tengah tunggu turn nak nak pi beli parking ticket tu, ada sorang aunty ni datang kat aku & offer parking ticket dia, katanya “still have 1 hour left”. Ohh, ingat dia nak suruh bayar kat dia baki yang 1 hour. Baik hati pulak dia offer kat aku. Rezeki. Save $2.5. Padahal kami stay more than 1 hour, hahaha. 


Ada muzium opposite to parking lot

Sampai sudah

Macam-macam menu ada kat kailis ni tapi semua pun berasaskan seafood lah. Aku order Fish & Squid, $16. Sila jangan convert. Portion untuk 1 set memang sangat besar. Sebab rasanya kalau makan fish je mahu tak habis. Aku rasa macam dah boleh makan 2 orang. Anyway, berjaya habiskan except the fries. Paksa jugalah habis sebab dah beli mahal kan, hahaha. Menu tak serve sekali dengan sos cili or tomato tau, so, kalau nak, kena beli asing. Kecik jer pon tapi mahal. So, bawalah sos cili peket sendiri, nak save budget. Actually kami bawa jer sos cili packet kecik tu tapi sebab excited bila dah sampai lupa semua benda. Nak patah balik ke kereta memang tak lah masa tu.


Ada kedai Cirellos yang terletak bersebelahan Kailis. Serve almost the same menu.

Sambil makan sambil layan view harbour kat sini

Nampak suci tapi dia tengah intai makanan kami tu
  
Fish & Squid

Happy sebab saka dah kenyang, hahaha

Habis makan kat kailis around 4pm plus. Kiranya kami spend lebih kurang 1hour juga lunch kat sini. Ingat nak solat kat area Freemantle ni tapi takde tempat yang sesuai pulak. Kami pun mula lah search masjid berhampiran. Ended up, kami ke Perth Mosque di William Street. Agak jauh juga dari Freemantle ni tapi tu sajalah option yang paling dekat kalau ikut WAZE. Tak rasa kami akan jumpa yang lain or sempat nak fikir dah nanti otw nak ke Augusta. 


Perth Mosque at William St, Perth



After solat, baru mula bergerak menuju Augusta. Tengok time masa tu dh pukul 5 lebih. Dari Perth city, agak jam juga walaupun tak horror macam KL. Ohh, lupa hari ni still working days in Perth. Kiranya, lepas 1 hour macam tu baru traffic ok sikit. Huh, confirm sampai malam lah kami.

Perjalanan kami smooth sehinggalah 1 hour sebelum nak sampai. Terlajak simpang, so, GPS route berubah sikit. Cuma yang tak best jalan yang kami lalu memang takde kereta pun lalu. Takde lampu jalan & bergantung lampu kereta kami saja. Jangan lah ada kangaroo melintas. Memang guna high beam sepanjang jalan sebab tak nampak apa lansung selain pokok & hutan. Ada sampai suata masa tu lalu kawasan “cemetery”. Masa tu tak perasan ada orang lain notice ke tak tapi yang pasti memang seram jugalah bila difikirkan walaupun baru pukul 8mlm. Dengan tempat yang kami tak familiar. Masa tu hanya terfikir berdoa sajalah semoga semuanya selamat. Nak hampir satu jam juga kami drive baru lah nampak sebiji kereta & few houses. Kiranya dah hampir nak sampai ke Augusta Escape Apartment. Kira macam kawasan luar bandar juga. Yang penting driver kami malam tu, Cik Fad memang steady lah walaupun masa tu dah exceed speed limit.

Alhamdulillah, kami selamat sampai walaupun dah pukul 9.30pm. Teringat lagi masa aku check-in, owner Augusta Escape, Kyra sambut aku dengan “Finally, you’ve made it”. Dia tak tahu aku berperang dengan debaran nak sampai ke sini. Lepas ni memang tak lah nak buat keje gila macam ni.


Nampak katil best terus hilang rasa penat

To be continued...
 

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...