Pages

Wednesday, November 23, 2016

Kembara Keinsafan ke Banda Aceh

Banda Aceh, Sumatera
Saturday, 1 October 2016


Idea nak mengembara ke Aceh memang dah lama terfikir cuma tiap kali ada sales memang destinasi lain yang jadi pilihan. Kira trip terjah juga sebab book after Perth trip masa ada AA zero fare sales. Tapi kali ni aku book guna AA Go, Flight + Hotel. Kebetulan masa ni promo starts from 1st Oct 2016 onwards for AA Go. Basically, pay for the hotel only, flight ticket RM0. Price untuk 3H2M & 4H3M sama je, so, aku decide amik 4H3M. Masa tu banyak je promo destination lain tapi sebab cuti 3 hari je kan, so, better pergi yang dekat-dekat sajalah. Dan trip kali ni hanya berdua bersama Fad. Transport pun dah sampai sana baru decide.

Tak buat preparation mana pun, just baca few blogs je nak tengok tempat apa yang menarik. Tapi yang pasti nak tengok Aceh after tsunami. Berdebar juga mula-mula fikir nak pi ke Aceh ni. Selain sebab risau tsunami melanda lagi (ni sebab lepas dengar member aku cakap ada amaran tsunami lagi), risau juga bila memikirkan attire aku patuh syariat ke tak nak masuk Aceh ni. Ingat lagi, kakak kat ofis aku pernah tegur, kalau pakai jeans ketat macam ni kat Aceh, boleh kena denda ni, aku pon terpinga-pinga juga masa tu. Kira strict juga Islamic law kat Aceh ni sampai kena denda kalau tak ikut syariah.

Pemilihan pakaian pun amat penting juga nak ke Aceh ni lebih-lebih lagi kalau Islam & bertudung. Mungkin akan jadi lebih perhatian compare to non-muslim. Ingat lagi masa kat boarding area. Rasa macam naik flight nak pi umrah pun ada. Mostly bertudung labuh, berjubah… aduh, terasa terasing pulak masa tu. Tak ramai non-muslim yang kelihatan masa tu, kalau ada pon 1 or 2 groups. 

Flight KL-Banda Aceh lebih kurang 1.5hrs. Tak lama mana pun. Nak tidur pun tak sempat. Keluar saja dari kapal terbang, kagum tengok senibina airport Aceh ni. Totally represent Aceh as Negara yang mengamalkan Hukum Syariah. Kubah yang indah dibina di kiri & kanan pintu masuk ke balai ketibaan.


Sultan Iskandar Muda Airport yang dibina mengikut konsep seni bina Islam

Simple je tapi rasa aman & tenang

Kami tak check-in bag, so, terus keluar. Fuhh, rupanya dah ramai yang menunggu, as usual. Betullah seperti yang diperkatakan. Aku ada servey a few supir juga and mostly semua akan beri price yang sama. So, bergantung kepada skill masing-masing nak tawar-menawar. Tapi selalunya, dia orang ni akan akur juga sebab banyak pesaing. So, pandai-pandai lah nak hidup. At the end, mas Herry yang menjadi pilihan hati kami. Bagus service nya. Kami dapat idr350k untuk half day trip sebab sampai pun dah pukul 2pm. Rasanya tak boleh cover banyak hari ni tapi Herry cuba memenuhi permintaan kami juga. Basically, semua decide by Herry sebab dia tahu mana yang perlu kami cover dulu. So, untuk first day, kami follow saja mana yang sempat.

So, untuk permulaan, kami ke Kuburan Masal Siron dahulu memandangkan lokasinya yang paling hampir dengan airport. Kira on the way nak ke attraction lain juga lah. Lebih kurang 20min juga nak sampai dari Airport. Belum apa-apa dah kena ke kuburan dulu, memang terus insaf nak ingat mati. Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban.


Simbolik tragedi tsunami

Kuburan Masalan Siron merupakan kubur besar yang menempatkan 46,718 mayat mangsa tsunami pada 2004. Menurut sumber, mayat mangsa tsunami dikebumikan dikawasan perkuburan ini selepas 2 hari kejadian tsunami. Tanah perkuburan di sini tidak mempunyai liang lahad mahupun batu nisan. Hanya satu kawasan luas berumput serta pokok-pokok disekelilingnya. Menurut mas Herry, terlalu ramai korban, makanya, dikebumikan sekali saja beramai-ramai.


Dimakan inilah sebanyak 46,718 korban jiwa dikebumikan

Hanya kami saja di sini sewaktu kami sampai. So, memang terasa sunyi sepi juga. Herry pun tak follow kami hanya menunggu di mobil. Dia cuma brief sikit pasal sejarah kuburan masal siron sebelum kami memulakan tour melihat kawasan sekitar kuburan. Memang berbeza sungguh melawat kubur tanpa nisan dengan yang ada batu nisan, kurang kesan seram & mistik. Tapi bila dah melawat kubur tu bawa-bawa lah insaf.


Taman di Kuburan Massal

Main Door ke kuburan Masal Siron juga rasanya tapi tak buka masa ni

Proper walkway for visitors to visit the graves

Makan tanpa Nisan

Di sebalik padang rumput yang luas terkandung 46,718 mangsa korban tsunami

Kuburan masal Siron bukan satu-satunya kuburan masal korban gempa dan tsunami Aceh 2004. Di Ulee Lheue juga terdapat kuburan yang sama dibuat untuk korban lainnya. Seperti di Siron, kuburan ini juga hampir serupa konsepnya, ada taman dan pokok-pokok yang ditanam disekitarnya. Bezanya hanya keluasan dan jumlah korban yang dimakamkan di sini lebih sedikit berbanding dengan kuburan massal Siron. Anyway, kami tak ke perkuburan di Ulee Lheue pun. Hanya mendapat info dari Mas Herry saja.

Kami tak spend lama pun di sini. Adalah dalam 1/2jam. Next destination, jom ke Muzium Aceh.


To be continued...


3 comments:

  1. Dah kata dah... Jepun tak abis lg, semeru, perth, dh cite acheh ni

    ReplyDelete
  2. satu tmpt yg akk akn pergi nnti, melihat kekuasaan Allah, sayu hati

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam...Ingin Datang Melancong Di Acheh dan Zero Kilometer Indonesia Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Acheh dan sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp. +6281263979828
    Facebook : Muchsin Bin Mustafa Yatim

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...