Pages

Wednesday, December 7, 2016

Kembara Keinsafan Banda Aceh: Muzium Tsunami

Banda Aceh, Sumatera
Saturday, 1 October 2016


Kembara kami yang seterusnya membawa kami ke Muzium Tsunami Aceh. A must visit place kalau ke Banda Aceh. Apa yang menariknya muzium ni? 

Muzium Tsunami ini bukan saja dibina sebagai monumen simbolik bagi memperingati bencana gempa bumi dan tsunami 2004 tapi sekaligus sebagai pusat ilmu dan tempat perlindungan darurat sekiranya tsunami terjadi lagi. Emmhhh, no wonder lah design muzium ni agak unik sedikit.

Muzium ini telah direkabentuk oleh arkitek Muhammad Ridwan Kamil yang dikatakan mendapat inspirasi daripada kapal PLTD Apung. 


Muzium yang dibina khas bagi memperingati tragedi tsunami Aceh 26 Dec 2004

Panas sungguh masa kami sampai disini

Yang ni pun mangsa tsunami juga

Pintu utama ke muzium ini akan terus membawa pengunjung masuk melalui lorong sempit dan gelap di antara dua dinding air yang tinggi seolah-olah menggambarkan tinggi & gelapnya gelombang tsunami. Boleh terasa percikan air sewaktu melalui lorong gelap ni, seakan-akan menciptakan kembali suasana dan saat cemas ketika kejadian tsunami. Tak dapat digambarkan orang yang telah pun merasainya. Insaf. Dinding muzium dihiasi gambar orang-orang menari Saman, yang membawa makna simbolik terhadap kekuatan, disiplin, dan kepercayaan suku kaum Aceh. Dari atas, atapnya membentuk gelombang laut. Lantai dasarnya direka mirip rumah panggung tradisional Aceh yang selamat dari badai tsunami. Gelap suasana ketika ini, so, memang lebih banyak menghayati.

Perjalanan kami seterusnya membawa kami ke salah satu sudut yang cukup unik dimana nama mangsa yang terkorban dicantum di dinding. Ruang muzium ini dipanggil Cerobong doa yang menempatkan hampir ribuan nama korban tsunami. Tak terkira banyaknya. Di bahagian atas pula terdapat tulisan Allah sebagai ingatan bahawa semua manusia akan kembali kepada Allah swt. Lebih sayu lagi tatkala mendengar laungan ayat suci Al-quran mengiringi suasana di dalam ruang Cerobong Doa yang menempatkan nama-nama mangsa korban tsunami Aceh 2004 ini.


Nama-nama sebahagian mangsa korban tsunami diabadikan di suatu sudut Muzium ni yang dipanggil Cerobong Doa

Tak terbilang mangsa korban tsunami Aceh 2004

Nama mangsa yang sempat dilaporkan diabadikan disini

Selain itu, terdapat juga tayangan video tsunami & galeri yang menempatkan sejarah ringkas Aceh serta koleksi gambar gempa bumi dan tsunami 2004, photo korban tsunami dan juga kisah yang disampaikan mangsa yang terselamat.

Kami sempat menonton video tsunami aceh 2004 yang terdapat di bilik khas for tsunami video. Kena ikut turn juga nak masuk tapi kebetulan masa kami sampai ni tak ramai orang pun. So, kami cuma kena tunggu next show let say masa kami sampai tu video tengah tayang eventho tak ramai pun yang tengan tonton masa tu. Kiranya kena tengok full movie lah. Actually tak lama pun tayangan video ni, tak sampai 10min kot. Memang rasa tak puas jugalah sebab we expected more than that. Tapi memang seram juga tengok video tu walaupun sekejap. Tengok kehebatan Allah swt yang tak ada siapa pun yang mampu menandinginya. Memang sudah tertulis.


Inside Muzium Tsunami Aceh

We ended the tour around 4pm. Just nice before Asar prayer. Ohh, kat sini kalau nak masuk waktu solat memang semua tempat dia akan tutup, kiranya menghormati waktu solat lah. Kagum. 

Kami ke destinasi seterusnya PLTD Apung. Tak jauh pun lokasi muzium dengan kapal ni. Since masa kami sampai masih waktu solat lagi, so, kena tunggu kejap before dia buka semula kepada pengunjung.


Alhamdulillah sampai juga

To be continued...


2 comments:

  1. gmbr last tu chantekk mcm biasa., ;p

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,,,,
    salam sejahtera buat semua yang membaca salam puan / tuan
    mohon maaf kami numpang promotion

    KERETA SEWA BANDA ACHEH & SABANG

    Salam... Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Acheh, Sabang, Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat Shopping, Melancong dan Situs Tsunami Aceh sebagainya sekitar Banda Aceh dan Sabang. Utk booking
    call. +6281263979828
    call. +6281263979828
    whatsapp +6281263979828

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...