Pages

Thursday, September 8, 2016

Perth Road Trip 2016: Emu Downs Wind Farm

Brand Highway - Emu Downs Wind Farm, WA
Thurs, 25 Aug 2016


Continue from previous post

Kami bergerak menuju destinasi kami seterusnya ke Cervantes from Caversham around 12.30pm. On the way tu actually memang dah plan nak ke Wind Farm. And seperti yang dirancang, aku follow Brand Highway. Masa ni GPS dah mula memberi kerjasama yang baik bila kami search guna keywords. Tapi aku still on WAZE in case, GPS follow different route. Tapi after about an hour, dah rasa konfinden, sama jer route both GPS & WAZE, aku pun mula menggunakan GPS sepenuhnya. Alhamdulillah, kami follow jalan yang benar. Tapi aku rasa bila dah start masuk Brand Highway ni macam rasa pelik sikit pun ada sebab macam tak banyak kereta yang lalu sini walaupun jalan besar. Lagi hairan bila kereta kat sini memang lansung tak pandu laju. Memang seriously follow the speed limit. Aku yang bawa kereta follow ngan-ngam limit ni pulak yang rasa bersalah sebab kereta yang lagi besar & hebat dari kereta kami bawa memang macam makan angin. Korang rasa boleh bertahan ke kalau bawa kereta kat highway speed limit below 110km/h. 

Makin lama drive, makin rasa kereta lain dah makin tak ada. Kalau ikutkan macam dah follow route yang betul. Lepas tu adalah satu dua lalu, itu pun berdezup hilang. Mungkin semenjak adanya Indian Highway, Brand Highway  ni agak kurang menjadi laluan ke Cervantes. Anyway, memang Heaven betul drive kat sini. View pun cantik. Sila jangan tidur sebab rugi sangat, view sepanjang perjalanan menuju ke Wind Farm thru Brand Highway memang sangat cantik, kiri & kanan. Rugi betul orang yang tidur masa ni especially co-driver. Ingat boleh nak minta tolong snap kan gambar kat view depan... emmhhh. So, aku layan jelah view sepanjang jalan dengan lensa semulajadi ciptaan Allah swt sambil menyanyi-nyanyi riang.


View jalan nak masuk ke Canola Farm

Canola Field in Western Australia

Beautiful Canola Farm can only be seen thru Brand Highway

Canola Oil tu dari Canola flower ni lah rupanya

Memang cantik sangat view kat sini

Actually, Canola flower ni memang tengah musim agaknya kat western Australia. To be honest, aku tak tahu pun pasal Canola flower punya season or whatsoever kat WA ni tapi sebab kebetulan kami lalu sini, memang rezeki kami nak tengok Canola Farm. Tapi yang pasti memang dah nak masuk spring season kat WA. Dapatlah tengok keindahan Canola farm view sepanjang perjalanan kami menuju Cervantes melalui Brand Highway from Perth City. Canola farm ni memang seluas-luas alam kat area sini. Kalau boleh, rasa nak berhenti kat semua ladang jer. Geram tengok yellow color tu. Attractive sangat.

Ada source mengatakan canola harvest over September to October. So, kalau nak tengok keindahan Canola Field di western Australia ni, kenalah plan cuti during Canola harvest season. Most of the farm kat sini restricted juga. Tak boleh masuk sesuka hati. Tapi aku rasa memang ada sebab juga sebab banyak lebah kat sini. Tak pasal-pasal kena sengat. Sebab kami pun ada yang terkena. So, kena berhati-hati juga lah.


Dah macam dalam cerita omputeh... bukan isi minyak tapi tumpang toilet ;-)

After a short visit to Canola Farm, perjalanan diteruskan menuju ke destinasi yang seterusnya. Ohh, on the way tu, nampak satu signboard besar kat tepi jalan menuju lookout point (lupa dah nama tempat tu). Masa tu kami pun tak pasti lookout point apa. Boleh jadi sesuatu yang indah. Jom kita tengok apa yang best. Make a U-turn, masuk simpang yang menghala ke view point. Dah lah kat tengah-tengah lebuh raya yang memang takde kereta lalu-lalang. Suka-suka hati je kan nak masuk simpang mana-mana. Masa tu hasrat ingin tahu mengatasi segalanya. Kami masuk follow je signboard yang terletak kat simpang jalan tu. Dah rasa macam sampai jauh sangat, jumpa simpang lain, masuk lagi. Kali ni sebab kami pasti yang simpang yang kami follow tu memang menghala ke kawasan tinggi. Ada jalan ber tar yang memudahkan kereta masuk walaupun agak sempit. Dah hampir nak sampai ke bukit yang sederhana tinggi tu, kami berhenti kat satu tempat yang bagi aku dah cukup cantik pun view dari situ walaupun tak berapa nak tinggi. Tak berani pulak kami nak amik risiko sampai ke hujung jalan. Lagipun hanya kami di situ. Takde pulak makhluk Allah disekitar yang boleh kami bertanya kecuali kambing biri-biri.


Awesome view thru Brand Highway

Aku rasa inilah salah satu view yang boleh nampak kalau tengok dari atas

Kambing biri-biri ni pun notice kehadiran kami

Syukur Alhamdulillah for the lovely weather

Kami tak spend lama pun kat sini, sekadar menikmati keindahan alam sebentar sambil layan view yang awesome dari tempat kami berhentikan kereta. Lepas tu, continue back our journey to Emu Downs wind farm.

Alhamdulillah, kami sampai di Emu Downs wind farm around 3pm. Actually estimated hours from caversham to Wind farm about 2hrs with estimated distance of 185km tapi banyak sangat persinggahan on the way tadi, tu yang jadi lagi lama dari yang sepatutnya. Dah memang ada open parking area for visitor. Luas juga kawasan parking dia. Tapi hanya kami saja di situ. No entrance fee.


Sekilas fakta

Emu Downs consists of 48 Vestas wind turbines (each with 1.65 MW generating capacity), a substation, interconnection to the main 132 kV electricity grid, administration and stores buildings, and a network of access roads. The wind farm is close to the coast, with a good quality wind resource that has increased wind speeds and reliability aligning with periods for peak power demand.

The wind farm provides electricity to run a desalination plant, 260 km (160 mi) to the south. The Kwinana Desalination Plant, located just south of Perth, turns water from the Indian Ocean into nearly 152 million litres (40 million gallons) of drinking water per day. (source)


Ada informasi berguna untuk para pengunjung

Emu Downs Wind Farm Lookout Point

Panorama

Tahu info sikit

Emu Downs checked

Beautiful view of Wind turbine at Emu Downs

Wind turbine at Emu Downs

Kami di Emu Downs Wind Farm Lookout

Luas gila Wind farm ni

View on the other side

Cantik sangat view kat wind farm ni... no wonder lah kawasan ni menjadi pilihan untuk generate power dari angin sebab lokasi nya yang strategik terletak berhampiran pantai

Kami spend tak lama pun kat sini. Lepas ni ada agenda yang lain yang kami harus kejarkan. Kalau ikutkan turutan plan, nak singgah ke Lobster shack tapi tengok jam dah hampir nak pukul 4pm, emmhhh.... rasanya tak sempat dah. Lagipun kami nak ke lokasi terakhir hari ni, Pinnacle Desert yang tereletak di Nambung National Park. Perjalanan dianggarkan 40min juga dari Emu Downs wind farm ni through Bibby Road. Haa, Bibby road yang kami lalu ni pun takde kenderaan yang lalu lalang. Cuma ada satu trailer besar saja yang lalu, hahaha. Macam dalam citer omputeh sangat. Anyway, perjalanan jadi smooth sebab tiada halangan. Again view yang awesome juga sepanjang menuju ke Cervates sehinggalah kami masuk ke Indian Highway menuju Pinnacle Desert.

To be continued...


3 comments:

  1. Mmg best la drive kat sana. Kiri kanan cantik je, amik gambo pun tak sama mcm tengok dgn mata sendiri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...lama tak komen kat blog nih, cantiknya view

    ReplyDelete
  3. u pakai camera apa ya...the color sgt cantik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...