Pages

Wednesday, July 27, 2016

Copthorne Run 2016: The Adventure Across Farmland

Copthorne Hotel, Brinchang, Cameron Highlands
Sunday, 24 July 2016
Starting time: 7.30am


Again for this year, aku join Copthorne Run. Rasanya lepas ni dah macam jadi aktivity tahunan ke Cameron Highland. As usual, hos kami untuk this year, the one and only, Cikgu Bungolale. Thank you so much didi kerana sudi tumpangkan kami gadis semasa di kuarters Cikgu Lemoi. Jasa baik didi hanya Allah yang dapat membalasnya.

Ok, back to main story.

Compare to last year 2015, sambutan tahun ini sungguh memberansangkan. Aku rasa last year lagi leisure sikit sebab tak berapa nak ramai runners. Tapi kali ni, sambutan memang agak diluar jangkaan. Tahniah organizer. Keep it up to increase the runners for next year event. Tak sangka pulak musim raya lagi pun tapi ramai yang willing nak datang ke Cameron Highland. Aku ingat lagi ada satu group veteran dari Singapore “Active Seniors” yang sanggup turun Cameron semata-mata nak join this Fun Run. Memang active uncles & aunties, really respect your spirit to keep fit.


Hanya bertiga saja kali ni

Anyway, although it was just Fun Run but we were really having fun, hahaha. Tak perlu nak push to the limit nak kejar masa bagai. Just enjoy the run & having fun. Bukan senang nak masuk kebun bunga & sayur yang cantik kat Cameron Highland ni, so, better take this chances once a year. Selain daripada menyihatkan badan, kita juga dapat melihat keindahan the other side of cameron Highland.

Cuma yang tak best kali ni, trek agak sedikit mencabar. Kali ni route memang berbeza sikit compare to last year. Kalau last year cuma 7km saja tapi untuk tahun ni organizer up sikit to 11km. And almost 10km offroad. Trek memang seriously agak bahaya kali ni sebab kami terpaksa lalu jalan yang agak licin. Tersilap step memang boleh jatuh & cedera. And ramai juga lah yang injured walaupun hanya minor. Aku dalam berhati-hati nak elak licin pun, jatuh juga. Masa tu, aku tak boleh nak imagine kalu Eein join kami lari sekali. Mahu haru biru juga.


Train Run Copthorne 2016


Mereka pun hairan apsal ramai sangat orang kat kebun pagi-pagi buta ni

Sambil lari sambil melihat kehijauan alam semesta

Ada potential jadi bunting untuk next event

Lalu ladang bunga matahari

Mesti lagi cantik trail ni kalau bunga-bunga dah kembang

Laluan kebun sayur yang fresh

Antara view yang ohsem di sepanjang trail run ni

Masuk hutan

Antara trail yang licin & agak berbahaya

Maybe organizer should setup new safe route for next year running event. Suppose to be Fun Run, so, tak best pulak kan kalau bertukar menjadi scary run to runners especially yang newbies to trail run. Tak semua route ada staff yang bertugas masa kami lari last week, so, memang kena pandai-pandai sendiri nak survive on certain slippery trail.


Direction to guide you

Laluan lecak pun kami redah

Ada juga yang baik hati tolong susunkan batu nak kasi kami lalu

Route ni pun terpaksa ada runner yang standby kat bawah nak warning orang yang turun dari atas sebab trek licin. Tersilap langkah boleh masuk terus dalam lubang.

Masuk ladang sayur lagi
 
Jauh lagi ni

Naik bukit pulak

Turun bukit

Next route after 2nd water station

After 2nd water station, kami follow route yang sama seperti tahun lepas. So, dah boleh imagine lah route macam mana. Dan route yang sama kami akan lalu ladang bunga, strawberry, sayur yang fresh.


Larian dalam kebun sayur

Full Bloom... cantiknya

Kalau tahun lepas kami takde chance lansung nak tengok bunga yang tengah full bloom tapi kali ni rezeki kami dapat tengok ladang bunga yang cantik. Tak sangka pulak boleh masuk nak amik gamba. Ohh, this is allowed during the running event only. So, kena join Copthorne Run baru boleh tengok keindahan ladang sayur & bunga di Brinchang ni. 


Sapa sangka join trail run akan bertemu bunga-bunga cinta

Lihatlah dunia

Another 1km to go

Penyeksaan terakhir

Antara laluan trail run Copthorne Run ni adalah perkampungan yang pernah digunakan untuk penggambaran filem The Journey
  
Antara yang best kali ni lucky draw tapi yang jadi tak best sebab orang yang tak stay sampai pukul 12 pun dapat juga lucky prize except for the grand prize 123. To me, unfair to runners yang sanggup tunggu lama sebab nak try nasib. Tahu-tahu orang yang dah balik awal juga yang dapat. Patutnya ignore saja orang yang dah balik. Emmhhh. So, next time please consider runners yang willing to stay longer just for the lucky draw. Appreciate sikit their effort. 

Aku tak tahu lah dengan kondisi trail sekarang akan menyebabkan certain runners give-up nak join for next year. But, I do hope orgnanizer to find more suitable & safety route to be followed by runners. Kata Fun Run kan, so, tak best pulak kalau ada accident disebabkan trail yang agak berbahaya. Agak kecewa juga bila ada certain route yang agak risky & licin, tak ada sorang pun marsyal or volunteers yang berjaga. End up ramai juga lah yang injured. So, bergantung pada runners yang lalu lalang sajalah untuk minta bantuan. So, please improve safety. 


Lepas ni ada reason harus nak datang cameron selalu ;-) hahaha

Done 11km Trail Run



Jumpa lagi on next year 2017 event... jangan lupa 
(Eh, apa aku buat kat situ... should I claim for royalty, emmhhh)

Till then...


1 comment:

  1. positif-positif, mana tau En Suami tgk banner terus datang mencari merisik melamar dan melafaz akad. Eh gmbo ko sorg dgn bunga, sweet 13 la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...