Pages

Sunday, October 26, 2014

My South Korea Autumn Trip: Seoul Day 1

Seoul, South Korea
Thursday, 16 Oct 2014


Alhamdulillah, after about 3 months planning, finally, aku di bumi Seoul, Korea.

Punyalah dah lama pasang angan-angan nak ke sini kan, finally, dengan izin Allah juga aku berjaya menjejakkan kaki ke Negara yang popularity nya mula meningkat dek penangan drama tv series nya di Malaysia, suata masa dahulu & hingga kini masih menjadi kegilaan. So, tak heran lah kalau ke mana saja korang pergi kat korea ni… ada saja warga Negara Malaysia, hehehe.

Dari discussion thru whassap, emails, meeting nak finalize itinerary, meeting lagi nak discuss on budgets, car rental, accommodation, foods & perkara-perkara berbangkit… Alhamdulillah plan berjalan seperti yang dirancang walaupun on certain things takdelah seperti yang diharapkan. Yalah, kita ni hanya merancang. 




Memang aku saja pilih date nak hujung bulan October sebab konon-kononnya nak menyaksikan autumn foliage di Soraksan tapi apakan daya, waktu kami ke sana, hujan turun tanpa berhenti pulak kan. Bukan rezeki kami nak hiking & menyaksikan keindahan Soraksan di kala Autumn season ni. Masa kami sampai di Incheon airport, cuaca memang nampak panas tapi udara dia sangat sejuk. So, matahari kat sini cuma perhiasan sahaja. Pokok-pokok di seoul pun dah mula berubah warna… menandakan musim autumn sudah bermula. 


Masa ni baru lepas Immigression nak naik train ke next building

The first thing we did masa sampai di Seoul after keluar jer dari arrival Hall, mencari tempat nak nak beli & topup T-money sebab nanti subway will be our main transportation sepanjang kami berada di Seoul walaupun hanya 3 hari. Sementara yang lain pergi beli & topup T-money, aku & Kay, pergi survey Pocket wifi. Walaupun ramai yang cakap almost everywhere & anywhere you can get free wifi di Seoul ni tapi memandangkan kami cuma akan stay di Seoul 2 hari yang pertama saja & selebihnya di Jeju & Sokcho, rasanya to be safe better ada satu pocket wifi for group travel kami. Stand by, in case kami tak dapat free reception. Sebab di Jeju nanti kami akan bergerak sendiri without tour guide & the same thing also in Sokcho. 


Olleh Pocket Wifi

Banyak booth di Incheon airport ni yang menawarkan perkhidmatan pocket wifi ni. Survey dulu & buat pilihan yang terbaik. Kami rent pocket wifi from KT Olleh. Rental fee is 70,400 won for 8 days, 8,800 won per day. Signal cover almost everywhere in South Korea & Jeju Island to Hallasan cuma kalau kat certain area sajalah signal tak berapa nak strong. Yang bestnya pocket wifi ni sangat portable & handy. Limited to 4 users at one time. Let say, kalau orang lain nak guna, gilir-gilir sajalah nanti. Battery lasting for 5-6 hours depends on your usage. But, better stand-by with external charger if you are a frequent users of social network.


Banyak booth wifi rental, simcard etc. yang terdapat di Incheon Airport ni

Dah settle T-money & Pocket wifi rental, kami pun mula bergerak cari taxi nak ke Myeongdong. Malas nak naik subway sebab nanti banyak kali nak kena interchange station dengan beg yang berat, so, kami telah sepakat nak naik taxi jer. Lagipun, taxi dari airport ke hotel memang dah count in budget pun. Divide by 5 persons takdelah terasa sangat kan. Memandangkan kami 5 orang, Korean lady yang bertugas di Taxi booth outside suggest kami naik Jumbo taxi.


Naik Jumbo taxi nak ke Guesthouse

Perjalanan dari Incheon Airport ke J Honor Guesthouse at Myeongdong memakan masa lebih kurang 1 jam if no traffic jam. Memandangkan masa kami sampai ni tengah peaks hours dia seoul, so, traffic boleh tahan juga. Satu setengah jam juga baru sampai plus with sesat nak cari jalan ke Guesthouse. Actually, guesthouse ni takdelah susah pun nak cari tapi sebab lokasi nya agak ke dalam sikit tu yang taxi susah sikit nak cari. Landmark, kalau nampak My guesthouse, J Honor ni simpang masuk dekat Hotel ni.


Dah sampai pun

Actually, kami dapat info pasal guesthouse ni dari Afdal, ofismate Eein yang bekerja dengan DSME. He recommended this guesthouse sebab dia sendiri pernah stay kat sini. Mula-mula, ingat nak servey guesthouse lain dulu tapi most of the recommended guest house semua dah full house during our trip. So, we had no choice to get Afdal’s help to book J Honor guesthouse. Memandangkan kami 10 orang pada mulanya, so, kami telah memilih VIP room yang boleh memuatkan 10 pax. VIP room ni consists of 3 rooms, 1 spacious living room and 1 bathroom. Agak parah sikitlah bab nak guna toilet especially waktu peak hours. Aku suggest kalau yang travel ramai tu, make sure ada 2 bathroom minimum.

J Honor Guest House Detail:

Manager: Young-Won, Ryu
Website: www.j-honor.com
Email: help@j-honor.com
Tel: (+82) 70-7571-3202
Mobile: (+82) 10-2823-5897
Address: 42-10, Hoehyeon-dong 2-Ga, Jung-Gu, Seoul, Korea

Any booking, boleh lah direct dengan Mr Ryu, call or email.




Guesthouse ni agak cozy & sangat bersih. The owner Mr Ryu was so friendly & helpful. And paling penting, he is fluent in English. Assistant dia pun sangat lah membantu cuma agak blurr skit. Masa kami sampai, from A to Z dia terangkan pasal our room, security etc. Tapi make sure switch off the lights bila keluar bilik ya. Seriously, he really concerned pasal pembaziran electricity. 




Kalau nak panaskan makanan ke, ade microwave kat luar disediakan. Washing machine pun ada, so, kalau yang stay lama tu bolehlah mendobi kat sini. Breakfast also provided, bread & Coffee. Normally kami akan gunakan ruang lobby ni untuk makan-makan. To muslim travellers, advisable sangat bawalah barang-barang kelengkapan nak makan & masak sendiri.

Memandangkan kami sampai di Guesthouse pun dah tengahari, so, agenda kami hari ni menghabiskan masa berjalan di Namdaemun market & ke Namsan Tower yang terletak berhampiran dengan hotel kami.

To be continued…


2 comments:

  1. boleh join ke lain kali?next destination travel ke mane?

    ReplyDelete
  2. Syonya baca pasal trip awk. Sy akan ke sana next month, in sha Allah. Sy nk tnya, mcm mna proses awk nk dptkan pocket wifi tu? Ada kena bayar apa2 deposit tak?

    Thanks sudi membantu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...