Pages

Friday, October 3, 2014

My Department Trip: Shopping @ Langkawi

Langkawi Island
Saturday, 27 Sept 2014


The first thing we did masa sampai Langkawi cari car rental. Nak enjoy jalan-jalan kat Langkawi ni kena lah sewa kereta baru lah boleh melangkah dengan lebih jauh. Tapi memandangkan trip kali ni tak jauh dengan my autumn trip to korea, so, keinginan nak melangkah lebih jauh tu terpaksa lah aku pendamkan. So, my aim kali ni cuma nak cover tempat-tempat yang aku tak pernah pergi sajalah i.e. Telaga Tujuh.

Keinginan nak follow kak Siti snorkelling ke Pulau Paya pun terpaksa aku pendamkan juga walaupun pada hakikat nya memang teringin. One day trip snorkling at cost of RM100++… emmhhh.

Kami sewa keter MyVi from RM70 per day. Tapi masa aku dapat kereta tu minyak memang dah blink-blink. So, memang kami terpaksa lah cari Petronas berdekatan nak fill the tank first. Mana tahu kan last day masa nak return kami masih ada 3 bar lagi. Huish, rugi betul sebab aku ingat dia orang ni akan kasi lah duit sebab petrol kami ada 3 bar tu. Tapi jangan haraplah, aku ingat lagi dia suruh isi minyak masa kami return nanti… masa tu terpikir juga apsal kami nak kena isikan untuk ko padahal kami dapat pun dah blink-blink. So, kami niatlah nak return pun blink-blink juga tapi apakan daya tak mampu dah nak buat macam tu sebab plan nak jalan-jalan ke padang mat sirat & Dataran helang tak jadi.

Tapi aku rasa next time, masa dah sampai airport nanti jelah cari kereta sewa sebab ada yang offer lagi murah RM50 per day. And make sure isi minyak cukup-cukup jer sebab no refund kalo dah terlajak isi.

Our first destination on the first day ke Kompleks Haji Ismail Group (HIG). Orang datang Langkawi nak jalan-jalan dulu tapi kami HIG nak shopping chocolate dulu. 


Chocolate yang agak popular di sini

Kompleks HIG ada beberapa cawangan disekitar Langkawi ni and kami ke cawangan yang agak baru. Memang syurga nak borong coklat murah lah kat sini. Especially coklat-coklat yang rarely korang boleh dapat kat KL ni. Kat airport memang ada tapi harga memang takkan murah macam kat sini lah. Rambang mata juga mula-mula tu bila tengok semua brand chocolate mahal ada kat sini. Tapi nasib baiklah boleh kawal juga nafsu tamak tu kan, kawal-kawal pun terbang jugalah RM200++


Ini memang sakan betul borong, dari bakul ke trolley… hehehe

Lepas dah borong chocolate, kami ke Idaman suri pulak. Syurga shopping pinggan mangkuk, cookware & yang sewaktu dengannya. Kami tak plan pon nak shopping cookware or pinggan mangkuk tapi singgah jugalah sebab nak tengok benda-benda lain. Mungkin kalau tak memikirkan nak save money for korea maybe ada juga set yang aku rembat ni, hehehe.

The next day after Telaga Tujuh, kami sambung shopping lagi at Pekan Kuah… kami ke HIG cawangan lain yang berdekatan dengan Langkawi Saga. Kalau dah berjalan ke sini tu… ada sajalah benda nak beli. Dan again kami borong coklat lagi.

Tak sah rasanya kalau ke Langkawi tak bawa pulang minyak gamat. From Telaga tujuh to Pekan Kuah, akan lalu Jalan pandang Mat Sirat & akan notice minyak gamat giant betul-betul kat tepi jalan on the opposite side. And kedai gamat ni memang betul-betul tepi jalan. Not only minyak gamat, segala produk yang berkaitan gamat ada dijual. 


Replika Minyak Gamat

Malamnya kami ke Pantai cenang. Area ni pun agak heaven juga nak shopping souvenirs di Langkawi. Tapi agak mendukacitakan sebab price dia memang agak melampau and paling penting kebanyakkan kedai yang kami masuk tak boleh bargain. Huish, takkan local pun kena bayar harga international. Terus terbantut nak shopping benda-benda yang aku berkenan bila memikirkan harga yang murah aku boleh dapat di Bali & Surabaya. Dah selalu berjalan ni terasa pulak, bercuti kat Negara sendiri lagi mahal dari kat luar… kalo macam tu lebih baik aku pergi melancong kat luar. Puas hati juga. 

Shopping.. shopping juga tapi sila patuhi procedure yang telah ditetapkan kastam untuk syarat bawa barang keluar dari Pelabuhan bebas cukai (PBC).

Information on procedure nak bawa keluar barang dari Langkawi --> Butiran 19 perintan duti kastam (pengecualian) 1988



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...