Tuesday, 20 November 2018
Elevation: Lobuche (4910m) to Lukla (2840m) to Kathmandu (1400m)
Today will be our last day in Everest Base camp trek as we were headed back to Lukla by heli.
Syahdu juga bila mengenangkan hari ini merupakan hari terakhir kami di EBC Trek after 10 days. Mana taknya, macam-macam penderitaan, kesengsaraan (macam dasyat je bunyikan), pengalaman, drama, suka-duka & macam-macam feeling lagi lah bersama Fad, Uncle, Deepak & Santosh sehingga ke tahap ini. Sesuatu yang aku rasa cukup berharga & mungkin pengalaman yang tak mungkin aku lalui lagi dah dalam dunia pendakian selepas ini (Allah swt knows Best) yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Seperti yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni, we decided to take heli back to Kathmandu memandangkan keadaan Fad yang agak kritikal.
Kalau diberi pilihan, memang aku nak meneruskan perjalanan dengan berjalan seperti mana aku sampai ke sini sebab itu memang tujuan sebenar aku ke sini tapi dalam keadaan Fad yang agak kritikal, takkan nak biarkan Fad turun sorang-sorang naik Heli ke Lukla. So, kami decide teman Fad turun bersama-sama. At least, kalau berlaku apa-apa, aku ada bersama. Guide kami pun follow sebab dia akan uruskan semuanya. Kalau berlaku emergency case macam ni, memang amat perlu guide or porter ikut sekali sebab nanti communication & urusan di airport sampai ke Hospital banyak in Nepali, so, perlunya ada guide.
|
Beautiful morning at Lobuche |
|
I'm gonna miss this beautiful view |
|
Breakfast Oat Porridge with Apple & Honey Ginger Lemon |
|
Rest inside this World Highest Bakery Cafe while waiting for rescue |
|
Selfie satu with Mehra Peak |
|
Bergambar sajalah pagi ni while waiting for rescue |
|
I'm gonna miss this view |
Heli rescue pagi tu sampai dalam pukul 9am. Tapi kami tak boleh naik semua, so, Deepak tinggal dulu. Heli akan drop kami di Periche dulu sebelum sampai ke Lukla. Heli akan patah balik ambil Deepak lepas drop kan kami di Periche. Maybe too heavy to carry everyone from above 4900m. Tak lama pun tunggu, lepas 15min macam tu, heli datang balik and kami semua naik dan bertolak ke Lukla. Tak sampai 30min dah sampai Lukla. Ini bukan kali pertama aku naik heli sebab sebelum ni pernah saja merasa sewaktu pergi Offshore dulu. Lagi lama. Kami tak fly direct to Kathmandu tapi kena stop and wait for another heli to Kathmandu. Kali ni kami tunggu lebih lama lagi, aku rasa more than 1 hour juga. Masa tu lah baru notice ramai saja orang yang keluar masuk ke sini naik helicopter juga. While waiting for heli, Kami layan tengok kapal terbang keluar masuk ke Lukla saja.
Just nak share satu cerita, sewaktu kami sampai di Kathmandu Airport jumpa dengan satu group Malaysian yang tengah nak book helicopter ke Lukla. Aku hairan juga kenapa nak naik heli sebab banyak saja kapal terbang keluar masuk ke Lukla. Tapi sebab diorang dah stranded 2 hari di Kathmandu, so, tak nak delay lagi, diorang dah capai kata sepakat naik heli with extra cost. Emmhhh, aku pun tak pasti kenapa takda kapal dari Kathmandu nak ke Lukla pagi tu, padahal kami yang dari Lukla ni tak berhenti tengok kapal keluar masuk. Cuaca pun ok sepanjang kami nak ke Kathmandu from Lukla. Kesian juga tapi itu lah, option tu saja yang ada.
|
Rescue dah sampai... |
|
Periche... sepatutnya kami disini semalam |
|
Bila dah tahu nak buat apa & nak duduk diam... inilah hasilnya |
|
Kat atas helicopter landing area pun jadi |
|
Heli is coming back again |
|
Dah sampai Lukla.... tak sampai 1/2jam |
Perjalanan menuju Kathmandu naik heli memang lain daripada yang lain. Rasa takut tu memang ada tapi tak lah seram macam naik Twin Otter 10 hari yang lepas nak sampai ke Lukla. Kali ni kami lebih enjoy view sepanjang perjalanan menuju Kathmandu from Lukla. Sebab heli tak terbang tinggi sangat, so, lagi dekat nampak view kat bawah. Kami sampai Kathmandu 30min kemudian.
|
Welcome back to Kathmandu |
Alhamdulillah, selamat sampai di Kathmandu, kami terus ke Hospital naik Ambulance. Hantar orang sakit dulu. Kena admitted tapi tak sure lah berapa hari. Selepas dah selesai semuanya, barulah aku & Uncle pulang ke Hotel. Kami tak duduk hotel yang sama, turun taraf sikit duduk hotel yang tak berapa nak best. Kami tak rest pun sebab tak sabar nak cari makanan yang best selepas 10 hari terseksa, hahahah.
|
Alhamdulillah, safely arrived at Kathmandu |
Kami masih ada baki 4 hari lagi sebelum balik ke KL, so, kami jalan-jalan di Kathmandu & shopping outdoor gears. Nak buat aktiviti lain masih tak berdaya sebab malam tu di Hotel aku demam teruk pulak. Tiga serangkai terus. Suddenly. Tapi syukurlah sebab aku kena sakit bila aku dah touched down Kathmandu bukan semasa aku on trek. Sampai ke KL juga berlarutan sehingga hampir 2 minggu baru betul-betul sihat. Tapi aku tak ambil MC pun.
|
Kami akan berada disini sehingga lah our last day at Kathmandu |
|
|
Finally, after 10 days of hectic days of my life |
|
Finally, yang aku idamkan once sampai Kathmandu... Mutton Briani |
|
Yang ni Dinner pulak... Nyummeh |
|
Breakfast the next day & hari-hari terakhir kami di Kathmandu... last day je kami skip sebab tak mampu dah |
|
2015, 2107 jadi porter kami, 2018 kami sempat jumpa kat Thamel je...
Kuat betul jodoh kami dengan Jiban...hehehe.
Anyway, nice meeting you Jiban |
|
Celebrate Kak Fad discharge from Hospital |
|
Special thanks to Uncle Rashid yang banyak sangat tolong dalam semua arah & kebajikan kami sepanjang berada di Nepal. Rasanya dah kali ke-5 trip aku Bersama Uncle tapi trip kali ni yang aku rasa paling adventure selepas Raung (entry Raung pun tak habis-habis), hahaha. Apa yang aku cuba sampaikan di sini walaupun Uncle dah tahu keadaan aku & Fad yang macam ni (kalau dah biasa baca entry pasal hiking sebelum ni mesti dah tahu kami ni sejenis apa) tapi dia masih letak kepercayaan dia nak pergi bersama kami ke EBC walaupun ini adalah trip pertama Uncle ke EBC. Sewaktu aku berada dihadapan bersama Uncle pun, setiap kali pun dia akan rasa bersalah sebab tinggalkan Fad kat belakang. Bukan kami tak nak tunggu, Deepak mesti akan suruh kami jalan dulu sebab dia yang nak take care Fad kat belakang. Lagipun dalam keadaan cuaca sejuk dibawah paras beku ni, tak boleh stop terlalu lama, nanti takut kena Hypothermia. Itu pun aku rasa dah jalan cukup slow. So far, trip Bersama Uncle tak pernah mengecewakan. I will still vote for Uncle for next hiking trip.
Special thanks to Deepak our sincere guide. Keputusan terbaik Uncle tak memilih Rabin untuk trip kali ni walaupun katanya Rabin yang terbaik kat Everest Region. Ada aku kisah. Boleh jadi kami tak sampai ke EBC ni kalau dia yang bawa agaknya. First time kenal Deepak ni, walaupun ini kali ke-3 aku ke Nepal. And aku rasa dia lebih jujur compare to Rabin. Thank you so much for taking good care of my best friend.
Thanks juga buat Kak Fad sebab tak cancel trip nak ke EBC, hahaha. Aku rasa tanpa Fad, aku tak segagah ini nak sampai ke EBC. Walaupun dalam keadaan dia yang dah separuh kritikal tapi masih lagi mampu nak sampai ke EBC walaupun lagi 1 jam, aku rasa sesuatu yang belum tentu semua orang mampu buat but she tried her best until the last. Aku rasa kejayaan besar juga kami berdua sampai ke EBC tanpa bantuan Acetazolamide (Diamox) which most people normally take before summit EBC. Apapun itu semua ketentuan Allah swt, sudah tertulis olehNya, perjalanan kami ke EBC pasti. Alhamdulillah.
Till then... Good Bye... till the next trip
boleh ler rasanya berkenalan dgn uncle rashid,mungkin boleh follow next trip dgn dia
ReplyDeleteBoleh follow FB Karat Adventure sebab Uncle rashid selalu update trip dia kat FB
Delete