Monday, 19 November 2018
Elevation: Gorakshep (5164m) to Lobuche (4910m)
Estimated Distance & Time: 5km / About 3 to 4 hrs
Hari ni merupakan hari ke-9 kami di EBC trek. Sepatutnya pagi ni, kami dah hiking ke Kala Patthar tapi macam yang aku ceritakan dalam entry sebelum ni, kami telah capai kata sepakat tak panjat Kala Patthar pagi ini atas faktor kesihatan & safety juga. Tengok dari tingkap bilik kami sajalah orang tengah panjat Kala Patthar. Rupanya ada saja yang start lewat. Maybe buat syarat sajalah, yang penting sampai. Sunrise tu bonus kalau mampu bangun awal pagi & tahan -19degC temperature (reported by orang yang panjat pagi tadi).
Oh, sakit kepala aku masih ada walaupun tak serius macam malam tadi but still sakit juga. Aku tak tahu nak gambarkan sakit tu macam mana sebab dia bukan sakit biasa yang aku selalu kena kalau tak cukup tidur, tak sihat etc. Tapi ini memang lain rasa dia. Ada hikmahnya juga aku tak ke Kala Patthar. Kalau tak, tak tahulah apa jadi dengan kondisi aku sekarang.
Pagi tu kami check oxygen level lagi sebab dengan ketinggian sekarang memang level oksigen kami dijangkakan akan drop pun. Tapi aku punya macam drop banyak pulak sampai 60%. Mungkin itu punca utama aku sakit kepala. Disebakan Oksigen level kami drop, for the first time, aku guna oxygen tank yang kami beli di Namche nak level up oxygen level aku. Fad cakap macam lega sikit lepas guna tu tapi aku rasa biasa saja. Maybe sebab cara aku guna tak betul tak tahulah, hahaha.
Since kami tak panjat ke Kala Patthar pagi ni, so, kami gerak lewat sikit dalam pukul 8am turun ke Lobuche. Pagi tu, aku breakfast simple saja, Oat Porridge with Apple. Tak best macam di Lobuche. Pagi tu aku jumpa lagi dengan Chinese guy from Malaysia tengah breakfast. Aku ingat dia baru turun dari Kala Patthar, baru ingat nak tanya best tak, rupanya, dia pun tak jadi panjat pagi tadi. Katanya, dia tak boleh tidur malam tadi. So, dia tak nak ambil risiko. Ohh, ada masalah tidur pun salah satu symptom AMS. Aku tak jumpa lagi group Malaysia yang lagi satu, maybe, duduk di guesthouse yang lain. Tapi aku masih ingat lagi satu group Mat Salleh di Lobuche yang sepakat turun semula sebab mereka tak boleh tidur malam tu. Alhamdulillah, aku tak ada masalah tidur, cuma kadang-kadang terjaga sebelah malam tu sebab suddenly rasa susah nak bernafas tu adalah.
|
See u Again EBC & Kala Patthar |
Kami mula bergerak dari Gorakshep around 8am. Sewaktu aku mula bergerak keluar dari guesthouse, aku disapa oleh seseorang yang sedang menunggang kuda. Ohh, group Malaysia semalam tapi kali ni yang sapa aku tu, tak nampak pula otw balik dari EBC semalam. Aku tanye dia nak pergi mana naik kuda pagi-pagi ni. Rupanya nak ke EBC. Aku nampak 3 ekor kuda yang lain juga, so, aku rasa ada 4 orang juga lah yang akan bersama-sama dia nak ke EBC pagi ini. Kos sewa kuda nak ke EBC return trip around USD250, Fuhh. Aku rasa, itu dah kira last option untuk mereka yang tak larat dah nak sampai ke EBC dengan berjalan. Bagi aku tak menjadi masalah pun as long as money & safety is not the issue. Dan itu jugalah kali terakhir kami berjumpa di EBC trek. Last day nampak diorang kat Airport tapi kami tak bertegur sapa pun. Aku tak tahu dah status mereka semua sampai ke tak ke EBC sebab kami tak terserempak pun di Kathmandu. Tapi yang aku tahu, 2 orang lelaki daripada group mereka sampai ke Kala Patthar i.e. mereka yang aku jumpa mula-mula di EBC semalam sebelum kami nak bergerak balik ke Gorakshep. And aku dapat tahu juga, group mereka sewa 2 helicopter nak turun balik ke Lukla from Gorakshep. Boleh jadi keadaan sebahagian daripada ahli group yang tak berapa sihat yang menyebabkan diorang decide naik heli turun ke Lukla.
|
Beautiful Morning to start the journey |
Cabaran utama aku pagi tu adalah nak bergerak dalam keadaan kepala yang masih sakit. Deepak pula tak habis-habis yakinkan aku yang sakit tu akan hilang bila aku dah mula turun nanti. Aku tak makan apa-apa ubat pagi tu sebab tahu hari ini kami akan turun, boleh jadi sakit tu akan beransur-ansur hilang. Memang selalu macam tu pun. Aku pernah aplikasi kan benda yang sama (Descend to lower altitude) sewaktu aku mula-mula panjat Kinabalu dulu and it works. So, aku hanya bertahan sajalah by the time nak sampai ke Lobuche. Aku banyak berhenti sepanjang perjalanan nak turun ke Lobuche tapi tak lama seperti perjalanan kami semalam nak sampai ke Gorakshep.
Hari ni view memang cantik seperti semalam. Syukur Alhamdulillah. Perjalanan tak terasa seksa pun bila melihat keindahan di Everest Region ni. Subhanallah.
|
We left Gorakshep with a heavy heart |
|
Because when you stop & look around, this life is prettry amazing |
|
I cannot walk fast, so, every time I stop, I will take photos as mush as I can |
|
Heading back to Lobuche with amazing view |
|
Getting to the top is optional. Getting down is mandatory -Ed Viesturs- |
|
Route that we had just passed |
|
Take time & enjoy the beautiful view around here |
|
Beauty Beyond Description |
|
Sometimes you will never know the value of moment until it becomes memory |
|
The same route we used to Gorakshep yesterday |
|
Another 1 hr to get to Lobuche |
Kami sampai di Lobuche around 11.30am tapi masih belum waktu lunch pun sebab kami dah plan nak lunch di Thukla. So, aku & Uncle rest sekejap di café Mother Earth Hotel sambal menunggu Fad & Deepak sampai. Jauh juga jarak kami tadi tapi aku tak mampu nak tunggu lebih lama dengan keadaan suhu dibawah paras beku. Sebelum kami mula bergerak turun, aku Nampak Deepak dah sampai terlebih dahulu & Fad pula masih jauh dibelakang. Huish, macam ada something yang tak kena saja ni. Rupanya Fad dah tak larat sangat dah nak jalan. Masa sampai saja kat café terus muntah-muntah non-stop sampai tak berdaya dah. Her symptom is getting worse. Masa tu aku tahu yang Fad tak mampu nak turun dalam keadaan macam tu. Aku siap bagi cadangan nak hire kuda saja kalau tak mampu nak turun tapi mahal pulak kosnya nak sampai ke Periche, USD250, no discount. Tapi kalau dalam keadaan sekarang bukan itu yang menjadi masalah. Sebab belum pasti lagi yang kondisi Fad and bertambah ok bila kami turun nanti. Sebab dah berlanjutan agak lama & macam dah semakin teruk pula. Dan semua yang Fad alami, semua symptom AMS. So, aku kasi cadangan heli rescue sajalah sampai ke Lukla. Masa tu berharap semoga Insurance cover sajalah. Tak sanggup tengok keadaan fad yang dah agak kritikal masa tu. Kami sepakat stay di Lobuche malam tu memandangkan heli rescue hanya akan available esok saja. Kami Redho. Aku berharap semoga perjalanan esok berjalan lancar seperti yang dirancang.
|
Arrived at Lobuche & having short rest |
|
Only Coke & Snacks before proceed to Periche |
|
My O2 level had increased since this morning |
|
Finally, we decided to stay overnight here |
|
Our last day with Santosh, our porter |
|
Dinner malam tu. Minta Noodle Egg Soup tapi dapat macam ni pula.
Next time kalau nak order yang macam maggi tu kena order Rara Noodle Soup |
|
Ohh, sakit kepala aku dah hilang once aku sampai di Lobuche. Alhamdulillah.
Semoga esok semuanya baik-baik sahaja. InsyAllah.
To be continued...
kesian kat kakak. mujur ada ATL yg gagah, alhamdulillah
ReplyDelete