Sunday, 8 June 2014
Before trip kami nak ke Semeru ni, aku selalu notice satu flyer pasal “10 tempat wisata wajib di Malang” di atas meja one of PDMS designer for my current project. Tapi masa tu perasan jelah tapi tak pernah pun tefikir nak tengok apa yang menariknya, walaupun hari-hari aku akan passed by meja dia. Yelah sebab dalam plan asal memang nak ke Semeru & Bromo sahaja. Malang memang takde dalam list pun. Sapa dapat jangka kuasa Allah kan, plan kami tak menjadi & one of our backup plan trip is Malang tour. And salah satu tempat yang dicadangkan tour guide kami was Batu Night Spectacular or BNS, which is also"10 tempat wisata wajib di Malang", hahaha.
Dari namanya saja sudah bisa diagak kan? Yup, tempat wisata ini memang hanya dibuka pada malam hari saja. Apa yang menariknya tempat ini sampai mendapat jolokan Spectacular? Spectacular sangat kah? Maybe to local people, BNS ini kiranya tempat liburan yang menarik & menghiburkan di Malang. Sebenarnya, kami semua memang tak tahu tempat ni apa sehinggalah kami sampai ke sini. Terkejut tak? To be honest, to me, takde pun yang spectacular. Maybe, sebab kat Malaysia memang dah ada & lagi menarik or sebab aku dah pernah pergi tempat yang lagi spectacular dari sini. Actually, kami diberitahu guide kami yang BNS ni macam pasar malam. Mungkin pasar malam yang dimaksudkan berbeza dengan kefahaman pasar malam kami. Memang ada night market juga disini. Anyway, dah sampai pun masa tu, so, we just enjoyed & having fun.
Aku yang takde keinginan ni pun boleh tersampuk dek ajakan Cik Amy masuk rumah hantu. Tapi ternyata mengecewakan sebab tak seram lansung, hehehe. Serioulsy.
Sleeping beauty castle kat belakang tu |
Attraction at Lampion Garden |
Kami pun terjebak juga nak bergamba kat sini, hehehe |
Memang banyak betul lampu yang berasakan heart |
Semua attraction kat sini berasaskan lampu |
KLCC & Eiffel Tower pun ada tau |
Actually, macam-macam ada kat sini… rumah hantu, sepeda terbang, lampion garden, rumah kaca, food court, night market & macam-macam lagilah. Sleeping beauty castle pun ada tau. Kalau kat Malaysia BNS ni dah kira macam gabungan funfair & I-city lah. Dah alang-alang sampai tu kami layankan jugalah sebab tak nak mengecewakan tour guide kami kan. Haish, apa lah yang aku buat ni… I supposed on my hiking trip, hehehe.
Kami cuma banyak spend masa kat Lampion Garden ni. Dah macam ala-ala I-city di Malaysia lah kiranya.
Sempat jugalah shopping souvenirs & t-shirt kat night market BNS ni.
After spend about 2 hours inside, kami pun keluar & cari kedai makan di sekitar batu for late dinner.
Again, menjadi pilihan menu aku malam ini... Mee Bakso.
Mee Bakso |
To be continued...
No comments:
Post a Comment