Pages

Friday, July 18, 2014

Let's pray for MH17


Awal pagi ni seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan kejadian malang yang menimpa pesawat Malaysia MH17. Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu dikatakan berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat (pagi ni lah sepatutnya).

Pesawat MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.

AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.

Ekor pesawat malang itu dikatakan telah dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan berada di lokasi kejadian.

Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter. 

Source: Astroawani



 


Di kala umat Islam nak meraikan 10 malam terakhir Ramadhan inilah, kita diuji. Mungkin apa yang dirasai kita semua sekarang ini, macam ni jugalah yang dirasai rakyat palestin di Gaza, Palestine. Dan mungkin lebih hebat apa yang mereka rasai. Allahuakbar.

Anyway, the case still under investigation. Of course, the truth is still unclear as of now but let's pray & hope this is not true. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui.

Kematian itu pasti tapi cuma masanya tak siapa pun pasti.

Al Fatihah & Salam Takziah buat keluarga mangsa.


3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...