17 Ramadhan 1435H
Tue, 15 July 2014
Assalammualaikum...
17 Ramadhan... seperti seluruh Umat Islam seluruh dunia yang sedang berpuasa sedia maklum merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran lebih tepat lagi berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Dan ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. (source)
15 July... emmhhh... to some of the people, maybe nothing special on this day except this year lah sebab jatuh pada hari yang sama dengan “Nuzul Al-Quran”. Ok lah, nak citer juga sebab hari ni adalah hari bersejarah seorang makhluk Allah yang bernama Nurul Hafizah lahir ke dunia. Dan lebih bersejarah lagi sebab makhluk istimewa ini dilahirkan dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. Tapi... akan lebih indah lagi sekiranya nama yang diberi suit that person kan... barulah sinonim dengan hari bersejarah hari ni kan. Mungkin itulah harapan ayah & bonda tapi anakmu tak sehebat itu lagi. InsyAllah, akan tiba masanya.
And apa yang paling sweet sangat di hari yang bersejarah ini is our Malaysia Government dah bersetuju untuk mengisytiharkan Hari Nuzul al-Quran sebagai hari kelepasan am bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula this year 2014... Alhamdulillah. Lucky that 15th July was clashed with 17th of Ramadhan. Mudah-mudahan ada keberkatanNya.
Macam-macam kenangan yang terukir sepanjang tahun kelahiran yang lepas.
Syukur Alhamdulillah, Allah SWT terima aku, ibu & ayah untuk menjadi tetamuNya pada awal tahun ini. Dikala hati ini tak bersedia, aku terpanggil untuk menjadi tetamuNya. Walaupun sungguh banyak dugaan & ujian yang terpaksa dihadapi sebelum kami betul-betul layak menjejakan kaki di Kota SuciMu.
Pencapaian mendaki tahun ini pun kurang memberansangkan sebab tak banyak yang aku boleh katakan selain kekecewaan tak dapat mendaki gunung tertinggi Jawa, Semeru.
Lately, banyak sangat barang yang aku sayang hilang. Tatkala bermuhasabah diri, aku teringat kata-kata ustazah Aminah, kalau nak sedekah barang, paling afdal adalah sedekah barang-barang yang kita sayang... masa tu terfikir juga maybe I have to let go some of my stuffs yang aku sayang kah. Tazkirah malam 17 Ramadhan by Ustaz Syamsul pun ada menyentuh “Kesempurnaan sedekah adalah sedekah sesuatu yang kita sayang... dan sedekah yang paling afdal adalah sedekah di bulan Ramadhan”. Barangkali kehilangan itu satu peringatan untuk aku mencari kesempurnaan yang dimaksudkan. Mungkin juga peringatan supaya aku jadi lebih pemurah & rajin-rajin lah bersedekah... tambahan di bulan yang penuh keberkatan ini.
Teringat kata-kata Ustaz pada tazkirah malam 8 Ramadhan... “Jangan tunggu ikhlas nak jadi baik, Paksa diri untuk jadi baik”. Mendalam tapi betul-betul terkesan di hati.
I was hoping miracle to happen for this new age, InsyAllah.
Orang kata "patah tumbuh hilang berganti" and I got this advanced birthday present... mungkinkah kehilangan itu untuk dapat pengganti yang lebih baik?? |
Selamat berpuasa.
Ayuh kita gandakan pahala & hidupkan 10 Malam terakhir Ramadhan.
No comments:
Post a Comment