Sunday, 8 June 2014
Siapa sangka plan asal kami nak ke Gunung berapi Semeru finally akan membawa kami ke Kelud. Memang tak pernah terfikir yang Kelud ni bakal menjadi antara agenda utama destinasi kami kali ini. Ni lah namanya plan terjah, last minute plan sebab nak memenuhi masa kami yang terluang sebab kekecewaan tak dapat masuk ke Semeru. Sebenarnya sehingga ke hari ni pun aku masih terkenang-kenangkan pasal trip kami yang agak tak menjadi kali ni. Sampai terbawa-bawa lah dalam mimpi. But what to do, Allah knows better.
Gunung Kelud... muka bumi nya berubah sama skali effect after the erupsi |
Trip to Kelud was also suggested by our tour guide since option lain yang dia offer kami tak berapa nak setuju. Aku tahu pasal kelud ni pun sebab erupsi yang berlaku recently. And aku tak tahu pun Gunung Kelud is one of the famous taman wisata juga. To be honest, aku dah buat pun entry pasal kelud ni, 3 days after the eruption tapi terlupa nak post pulak. Masa tu cuma nak menyuarakan kerisauan sebab satu per satu gunung di Indonesia meletup & it happened close to each other. Tak lama selepas Sinabung... Kelud pulak. Dan pada masa itu, kerisauan aku sebab kami akan ke active volcano juga untuk mendaki & harapan aku masa tu cuma lah minta dijauhkan dari segala bencana. Alhamdulillah, tiada sebarang bencana buruk yang berlaku.
From the main entrance, kami kena naik transport yang dah disediakan eventho kami dah ada transport sendiri. Naik van juga & perjalanan nak sampai ke destinasi kelud lebih kurang 5 to 10min. Bila dah sampai, kami kena naik sepeda rempit nak ke viewpoint Kelud. Tak sampai 5min pun. Bukan tunggang sendiri yea sebab kami kena jadi pembonceng aje, penunggang dah ready. So, sila pilih mana saja yang berkenan di hati, hehehe. Kalau di bromo nak ke kawah kena naik kuda kat sini kena naik sepeda, advance sikit lah, hahaha.
While waiting for the Van to bring us inside |
The van is only up to this point, lepas ni kami kena naik speda nak ke Mount Kelud |
Behind me is the Mount kelud after the erupsi |
The facts...
Gunung Kelud (juga Kelut) ialah sebuah gunung berapi yang masih active terletak di Jawa Timur, Indonesia. Gunung ini terletak di sempadan daerah Kediri, Blitar dan Malang. Jaraknya 27 km dari Kediri. Gunung Kelud mempunyai ketinggian setinggi 1,731 meter daripada aras laut. Gunung Wilis, Kawi dan Butak juga terletak berhampiran. Kelud dikenali kerana letusannya yang besar & hebat. Kelud dipercayai telah meletus lebih 30 kali sejak 1000 M. Kali terakhir ialah pada 13 Februari 2014… kira-kira 4 bulan yang lepas.
Gunung Kelud dianggarkan sudah mengorbankan lebih 15,000 nyawa sejak 1500, termasuk kira-kira 10,000 kematian dalam letusan paling dahsyat pada 1568. (source)
Letusan 2014
The latest eruption occurred on 13 Februari 2014, jam 22:50 waktu tempatan. Letusan ini mengeluarkan abu gunung berapi yang meliputi kawasan sekitar 500 kilometer (310 bt) diameter. Hujan abu terjadi di banyak tempat di pulau Jawa, dari Malang ke timur, selain Jawa Tengah dan Yogyakarta. Letusan ini menyebabkan lebih 200,000 penduduk dari 36 kampung diarahkan berpindah segera.
Disebabkan hujan abu dan debu gunung berapi, tujuh lapangan terbang di Jawa Tengah, Yogyakarta dan Jawa Timur ditutup. Dua orang juga dilaporkan maut apabila rumah mereka runtuh disebabkan beratnya abu. Letusan kali ini juga dianggap lebih dahsyat daripada tahun 1990.
Sementara itu, tarikan utama pelancong di Jogja, termasuk Borobudur & Prambanan juga ditutup kepada pelawat. Stupa dan patung di Borobudur terpaksa diselimutkan bagi melindungi struktur-struktur tersebut daripada abu.
Gunung Kelud after the last eruption on 13 Feb 2014 |
Mount Kelud yang masih lagi aktif |
View disekitar wisata Kelud |
Ada juga CD yang dijual... boleh lah beli nak buat souvenir |
View on the other side... agak sayang juga tak dapat naik ke crater nya tapi safety comes first, ok |
Sila patuhi arahan |
Siapa sangka kami akan sampai ke sini kan |
Sebenarnya, kalau pagar gambar dibawah tak ditutup kami boleh trekking sampai ke kawah. Tapi kemusnahan yang disebabkan erupsi baru-baru ini, pintu masuk nak ke kawah telah ditutup sementara waktu kepada pelawat bagi tujuan-tujuan pemulihan barangkali. Para pelancong juga dinasihatkan supaya berada disekitar radius 3km (safety limit) from Kelud volcano, for safety precaution perhaps. Walaupun active, takde pulak bau-bau sulphur yang kurang menyenangkan.
Masih dilarang masuk |
Naik speda untuk naik & turun ke wisata kelud |
We spent about 1 hour around the viewpoint of Kelud. After that, kami turun semula. Same method, naik sepeda juga untuk turun ke bawah semula dimana tempat van kami tunggu.
Before end of our tour, kami sempat layan tayangan Gunung Kelud meletus selama 35 min. Tiket masuk IDR15K. Tapi, lepas 5 min jer movie dah start.... tup tup... black-out & lagi stress sebab kami terpaksa tunggu hampir 1 jam dalam kehangatan untuk tayangan semula. Bapak tu punyalah tak nak refund balik, so, terpaksalah kami tunggu balik sehingga generator dia ok, fuhh. Tapi, bagi aku movie dia takde lah seperti yang diharapkan. Sebab aku nak tengok the real situation masa gunung tu meletus especially yang baru-baru ni tapi agak menghampakan sebab tak banyak pun scene. Yang ada pun hanyalah letusan tahun 2007, apa yang menariknya gunung kelud ni before the eruption & the real situation after the eruption on 13 Feb 2014.
Misteri Medan Magnet
Ada suatu keajaiban juga di Gunung kelud ni. Actually, fenomena aneh ini telah cukup lama diketahui masyarakat yang tinggal di area kaki Gunung Kelud. Kawasan jalan misteri ini berada lebih kurang 5km dari pintu gerbang menuju puncak Gunung Kelud. Sebelum memasuki tanjakan tajam, terdapat sebuah jalan yang cukup lebar. Di kanan dan kirinya ada penghadang dipasang untuk mengelakkan kendaraan daripada terlajak ke jurang disebabkan fenomena aneh ini.
Apa yang anehnya, misteri medan magnet ini mampu menarik kendaraan ke belakang. Semua benda yang diletakkan di ruang jalan menuju puncak Gunung Kelud akan tertarik ke arah ketinggian. No wonder lah masa kami nak turun semula ke bawah, driver kami mematikan enjin & membiarkan saja van yang membawa kami bergerak sendiri. Ternyata, seolah-olah ada sesuatu yang menarik kenderaan kami ke hadapan. Magic... must be a scientific explanation to this. Wallahualam.
To be continued...
Kita naik sepeda motor. Kalau sepeda tu basikal.
ReplyDelete