Pages

Friday, June 20, 2014

Ada apa dengan B29

Saturday, 7 June 2014


Siapa sangka plan asal nak mendaki Semeru tiba-tiba bertukar ke unplanned hiking trip to B29. Ada apa dengan B29? Tak pernah terlintas pun difikiran waras ini nak naik gunung yang baru first time aku dengar namanya tu. Mungkin pernah dengar sayup-sayup tapi sebab tak se gah & se popular Semeru, so, B29 seolah-olah hanyalah impian kepada sesetengah orang yang pasti tahu apa yang tersembunyi disebaliknya.

B29 adalah kawasan tertinggi di kaldera Bromo dengan ketinggian 2900 Mdpl. B29 still part of TN Bromo Tengger Semeru, terletak di Desa Argosari, Kecamatan Senduro, Kabupaten Lumajang. Dengan ketinggian 2900m Mdpl, puncak B29 lebih tinggi berbanding gunung Bromo yang mempunyai ketinggian 2392 Mdpl. Terletak di sisi tenggara gunung Bromo, dari Puncak B-29 mahupun jalan sepanjang menuju ke puncak pasti akan dapat menyaksikan indahnya panorama Gunung Bromo dengan lautan pasirnya. 


Subhanallah (pic credit to Amy, minor edit by nha)

Perfect moment during hiking to B29

Well, trip kami pagi tu supposedly start at 2.00am tapi kat mana silapnya kami bermula pukul 3pagi. Kalau ikut perkiraan Imam, our guide, estimated duration is 3 hours to reach B29 from Tasrip homestay. But, keep in my this is for very fit people only. So, masa tu dah terfikir memang tak sempat lah nak kejar sunrise di puncak nanti... sebab dah lambat 1 hour. Tapi kami meneruskan perjalanan juga sebab itu dah tertulis dalam plan last minute kami. Berbekalkan headlamp kami menyelusuri kepekatan malam melalui jalan tar menuju starting point to B29. View malam di Ranu Pane, Subhanallah memang sangat Indah dengan jutaan bintang di langit yang menjadi saksi perjalanan kami. Signs of good weather. Sejuk memang tak payah cerita lah, confirm. Trip to starting point of B29 took approximately 2hours to reach thru ascending tar route... the same route that we used to Ranu Pani village yesterday.

Actually, there’s another option to B29, using speda. Inipun salah satu punca kelambatan kami nak sampai ke puncak sebab ada saja yang lalu-lalang. Of course, it may distract our stamina sebab everytime pun nak kena kasi laluan sebab route memang agak sempit. Bagi aku, hiking to B29 is not that tough, even if you’re beginner and tak pernah panjat sekali pun kau boleh pergi sebab memang mostly jalan bahagia cuma ada certain route yang agak ascending sikit. Tapi, boleh tahan penat juga lebih-lebih kalau start lambat sebab it's getting hot.

Sebenarnya ada cerita yang tak berapa nak best disebalik pendakian kami menuju ke starting point B29. Yes, pengalaman yang mungkin akan buat ada pihak yang terkesan selepas apa yang aku cuba sampaikan ini. Walaupun pada hakikatnya, takde besar mana pun kesalahan dia tapi disebabkan sikap tak jujur dalam menjaga hati client, so, aku rasa, I should voice out my opinion. Being a tour guide, memang not a simple task. Bukan saja kau kena tahu take care of your client safety, make them feel happy & enjoy, guide them, show them the way but the most important is being honest. Alasan yang diberi untuk tidak bercakap benar kerana tidak mahu memikirkan transport that morning is totally unacceptable. It is no wrong if you are telling us the truth. No big deal. Everything can be discussed. After that, the decision to proceed or not is our decision, let us decide. Simple kan. Yang penting semua happy. I know you will read this, so, take it as a lesson. Handling 8 persons trip is not the same as handling 2 persons trip. Remember that. No hard feeling, ok.

Mungkin ada hikmah nya juga, perkara ini dirahsiakan sebab kalau tak maybe ada diantara kami yang akan amek peluang tak nak join this unforgetable hiking trip bila memikirkan kami terpaksa menempuh laluan yang sama nak ke perkampungan Ranu Pane, who knows. 

Anyway, the journey to B29 has to go on.


Starting point to B29 (pic taken after the jouney)

Saat melangkah masuk sahaja ke real trail of B29, wow, kami semua terpukau dengan keindahan masa tu. Subhanallah. Masing-masing pun sibuk nak merakamkan saat-saat indah pada waktu itu. Mungkin keindahan yang kami nimkati pagi ini, hadiah dari Allah swt sebab kekecewaan kami tak dapat ke Semeru which is our mair target initially. Alhamdulillah, sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya. 


Spectacular sunrise sebaik saja kami sampai di permulaan trail to B29

Rezeki kami nak dapat view yang awesome

Negeri di atas awan...
B29 peak seen from the beginning of the trail...




The beautiful flowers that accompany us along the trail to B29

Masa ni kami baru nak panas

The narrow path heading to B29

Masih fresh masing-masing

The other side of trail B29... you could see spectacular view of Mount Semeru

Managed to capture this moment, small eruption happened every 15 to 20mins

Buah Berry hidup subur di sini

Seolah-olah di alam khayalan

No words can describe what I saw and how I feel at that time. Rasa tak puas jer nak menatap keindahan di kiri & kanan sepanjang perjalanan menuju puncak B29. Kagum & terpukau. Indahnya ciptaan yang Maha Esa.

 Enjoy the pics below...


The bromo savanna & whispering sand from B29 trail

Teletubbies Hill
 
Be creative to get the best view

The active bromo crater also can be seen from B29 trail

Awesome view from the last point we stop & rest

Keindahan pesona bromo taken from half way B29 route

Puncak Arjuno dari kejauhan

Actually, kami tak sampai pun ke puncak B29... adalah dalam 1 jam perjalanan lagi nak sampai dari last stop. Tapi setelah diskus dengan Imam, dia cakap tak perlu lah sampai ke puncak sebab view yang cantik pun boleh nampak dari puncak bukit yang kami stop & rest tu. So, kami pun decide sampai situ sajalah batas pendakian kami. Lagipun cuaca agak panas & kami pun dah agak lewat bergerak this morning. Dan melihat Cik Amy & Fad yang masih dibelakang... rasanya itulah yang terbaik.


Our last stop... Masing-masing kepenatan & kepanasan

View dari atas bukit ni memang sangat awesome, ok

Our best moment

My best moment

And ada lagi satu cerita tak menarik semasa kami nak pulang ke our homestay at Ranu Pani semula. Dan mungkin pengalaman pahit bagi a few gadis semasa yang terpaksa menempuh panas terik kerana kami tidak diberitahu yang akan ada transport yang akan jemput kami masa sampai ke starting point. Lucky me, sebab aku sweeper untuk last person in my group, so, tak sempat lah nak mengharungi kesengsaraan bersama. Sebenarnya, aku sendiri as an orgnanizer of this trip pun agak terkilan tak diberitahu apa-apa. Alasannya kali ni pulak, transport dah lama ada tapi park on the wrong side. Lagi tak boleh terima, apsal lah kau tak kasi tau awal-awal masa kita kat atas tadi. At least, they can wait. And aku dapat imagine lah masa tu, reaksi gadis-gadis yang tengah kepanasan. 

Total almost 7 hrs return trip. Mungkin boleh improve kalau kami ada transport dari homestay ke starting point of B29 trail, hehehe. Next time, kalau ke sini lagi kami nak request transport dari homestay ke starting point lah, Ok tak.

Anyway, thank you so much to Ismail & Imam for this brilliant idea nak bawa kami ke sini as an alternative to Semeru. Maybe, I will remember this as one of the best moment in my adventure life. Unforgettable journey & sweet moment during bromo tour. 

We returned to Tasrip Homestay around 11.00am. And then, having breakfast cum lunch before we checked-out. After that, continue our next trip to kendiri thru Malang.

So sad that I had to leave so many beautiful memories in bromo. I promised to myself that I will come here again. Misi nak menawan Semeru masih membara lagi. If not this year, maybe next year. InsyAllah.


To be continued...



1 comment:

  1. Senasib aje kita ne..takde rezekj utk semeru huhuhu...utk ubat luka kami camping di regulo dan daki ke puncak gunung batok huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...