Pages

Friday, June 14, 2013

Kellie's Castle


Istana Kellie, Batu Gajah Perak
Sunday, 2 June 2013
Entrance fee: RM5

Turun saja dari Cameron, aku tak terus pulang ke KL tapi mengikut Geng GGK menyinggah sebentar ke Istana Kellie yang kata nye tak jauh dari Bandar Simpang Pulai. Yup, only 20 minutes drive.


Jom menyeselusuri Sejarah...

Bangunan tak siap pun boleh jadi daya tarikan pelancong kan. Tapi itulah keunikan Kellie's castle, gabungan Moorish, Scottish & Indian architecture yang diilhamkan dari pemilik nye, Willian kellie Smith.

Istana Kellie atau Kellie's Castle ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu Gajah, Negeri Perak. Bangunan ini dipercayai mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia, juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.

Pembinaan mahligai yang unik ini bermula pada tahun 1915. Walau bagaimana pun, mahligai ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926 pada usia 56thn disebabkan pneumonia.

Penduduk tempatan percaya bahawa istana ini berhantu kerana ramai perkerja telah mati sejak pembinaannye. Terdapat juga khabar angina mengatakan bahawa askar Jepun membunuh orang didalam istana ini semasa perang dunia ke-2. Ade juga yang mengatakan pernah ternampak bayang-bayang Kellie Smith berjalan-jalan di koridor. Walaupun dah meninggal dunia di Portugal, dipercayai bahawa roh nye tidak tenang kerana impian nye untuk membina istana untuk isterinya, Agnes tidak kesampaian. Macam-macam tapi normallah tu kan, mana-mana rumah peninggalan lama pasti ade cerita mistik nya yang tersendiri.

Di samping berhantu, mahligai ini dipercayai mempunyai bilik-bilik tersembunyi dan terowong-terowong rahsia di bawah tanah. Salah satu terowong ini dipercayai menghubungkan Istana Kellie dengan sebuah Kuil Hindu. 

For further story on Kellie’s Castle or Istana Kellie... 


Source: Information provided inside Kellie’s castle.


Istana Kellie... view from tha parking

Mahligai ini terletak di bahagian atas bukit yang pada asalnya adalah sebuah estet getah

Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat mudah ke Istana Kellie

Antara architecture Istana Kellie yang masih tersergam indah

Pintu Masuk ke Istana Kellie

Nice place for Arts Photography
Tangga yang menghubungkan setiap tingkat

Kellie Smith planned to make this area into a mini tennis court and a rooftop party area, if this castle were to be completed

View inside Kellie's Castle...
It is believed that all the bricks and marble were imported from India

View from top

Usaha-usaha masih giat dijalankan untuk memelihara kawasan bersejarah ini

Bangunan yang kekal dalam keadaan "sedang dibin"' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya architecture nye

Salah satu koridor di Istana kellie

This is a lift shaft for what would have been the first elevator ("Bucket lift") in Malaya. Malangnya rancangan ini tidak diteruskan setelah Willian meniggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal. Dipercayai beliau merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lift

Tempat ini menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu
Kelihatan tangga yang masih belum siap sepenuh nya

View of Kellie's Castle from the other side
Antara usaha-usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Perak untuk menyelamatkan struktur yang indah & unik ini...

Masa kami sampai tu pun ade a few newly wed couples yang sedang buat photoshoot. Macam-macam aksi yang pastinye nak dapatkan angle yang cantik berlatarbelakang bangunan sejarah ni. Selain itu, Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antara yang popular, filem Anna And The King (1999) yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt. 


Bangunan lama ini juga sering menjadi pilihan pasangan pengantin baru

Awan pun dah menunjukkan tanda-tanda nak hujan... apa lagi, jomlah balik

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...