Pages

Sunday, June 30, 2013

Bali Vacation Day 4


Kintamani Volcano and Ubud Tour 
Saturday, 22/6/2013 


Today is our day 4 at Bali...

Our driver, Wayang cakap masih ade banyak masa sebelum Barong Dance performance, so, dia pun bawa kami pergi satu tempat ni nak shopping lagi... lokasi terletak tidak jauh dari Batubalan village tempat Barong Dance, kira otw jelah. Tapi kami diberi half an hour sahaja... cukuplah tu, karang lama sangat lupa plak aktivity utama kami hari tu. Kat sini pun banyak juga barang yang menarik boleh di shopping. Pelik aku macam mana orang boleh cakap takda apa pun nak shopping kat Bali... emmhhh. Padahal macam-macam ada. Maybe, I asked the wrong person... hehehe.


Our first destination before to Barong Dance show

Actually, wayang suggest banyak lagi tempat menarik kat kami tapi aku rasa cukuplah cover yang kami patut pergi sahaja sebab yang tempat-tempat lain tu, rasanye, macam tak memberi makna sangat kat kami... hahaha. To be honest, kami nak save masa untuk ke tempat-tempat yang wajib kami lawati. Setakat painting tu aku rasa kat pasar-pasar lagi murah daripada beli kat Gallery dia tapi cuma kualiti jelah yang berbeza. Anyway, saya bukan lah peminat painting walaupun hobby saya amek gambar. Dulu, aku masih ingat lagi zaman-zaman sekolah dulu, kalau ade aktivity yang melibatkan melukis, mewarna, akulah antara orang yang cikgu akan cari dulu... tolong buat props, hias stage, painting & anything yang melibatkan seni lah. Tak terbilang rasa nye pertandingan yang aku selalu masuk. Tapi tu dulu... people changed anyway. Oppss... tukar topic kejap. 


Barong dance @ Batubulan Village

Kami tiba di lokasi Barong dance just nice around 9.20AM. Peformance started at 9.30AM. Ticket masuk agak mahal, IDR 100K tapi itu memang aku dah letak dalam budget pun. Like Kecak dance, aku pun tak faham apa yang dia orang cakapkan tapi as usual, kami diberi one sheet of storyline telling what is Barong Dance performance is all about. So, takde lah rasa lost sangat. Agak menarik sambil diiringi Gamelan & dah macam ala-ala tengok teater muzikal. Walaupun aku dapat seat depan tapi agak menghampakan sebab orang yang duk depan aku tu pakcik-pakcik.


Penyambut Tetamu

Barong Dance Characters...















Dalam-dalam ramai tu sempat jugalah terserempak dengan artis dari Malaya yang tengah Honeymoon... hahaha, kantoi. Jalan-jalan lah konon. Anyway both of them very sporting.


Kawan dari Malaysia


Pasar Sukawati

Tempat ni memang syurga beli-belah barang murah di Bali lah. Tapi make sure kena pandai bargain lah... jangan pulak redha dengan harga yang dia orang letak. Shopping sakan juga lah kami kat sini. T-shirt, telekung, Painting, Kain Batik & macam-macam lagi lah. Aku tertarik juga nak beli painting kat sini... serious murah-murah & cantik-cantik pulak tu tapi memikirkan nak mengendong bawa balik tu, malas plak. Sebab takut hilang quality nye.


Macam-macam ada

One of the attraction at Pasar Sukawati

Pasar Seni Sukawati


Lunch @ Kintamni with mountain and lake view

Entrance Fee: IDR 5K

Kintamani region ni terkenal dengan Batur lake and volcano nya. Danao yang terbesar di Bali. Kalau cuaca cerah & panas memang seriously cantik view kat sini. Tapi masa kami sampai tu, cuaca agak mendung & gerimis.

Tempat makan kami, Batur Sari Restraunt memang dah statrategik tapi kabus tebal pulak. Not our lucky day too. Harapkan dah bayar mahal dapatlah dapat view yang mahal juga tapi... rasa tak berbaloi pulak. Konon-konon nak budget... hangus dah IDR120K aku. Makanan dia biasa-biasa jer... tak best mana pun. Bila kami kasi tahu our Driver, Wayang yang harga buffet tu Mahal, dia buat-buat terkejut pulak... huh.

Actually, boleh dapat tempat makan murah lagi tapi seberang jalan lah. Meaning, kalau nak tengok view Batur lake and volcano kena cross jalan lah. Tapi yang aku perasan mana-mana tour agent memang akan bawa pelancong makan di sini. Sebab nye, parking kat tempat buffet kami tu jer dah pernuh dengan Suzuki APV. Aku rasa mana-mana kedai makan yang menghadap Batur lake and volcano, standard harga memang sama jer and confirm Mahal.


Ni saja yang terbaek aku bolah abadikan di Kintamani

Tomorrow morning, I will conquer that mountain... hehehe

View of Batur Lake from Batur Sari Restraunt


Coffee and Spices Plantation Luwak Coffee (Pineh Colada Bali Farm)

After lunch & solat, kami singgah di Pineh Colada farm untuk settle kan payment for our whole trip. Tapi before that, kami diberi minum kopi percuma pelbagai perisa except luwak kopi (ni kalau nak rasa kena charge lain sebab mahal kan) memandangkan kami dah masuk ladang dia & part of the itinerary. Last-last terpengaruh juga beli coffee dia sebab sedap sangat plak especially Ginseng Coffee dia. Apa yang menarik nye kopi di sini di process menggunakan traditional method and tiada campuran. Pemilik ladang ini juga adelah orang yang sama membuat bisnes package tour yang kami ambil, Mr Pineh. No wonder lah dia bawa kami ke Ladang dia... nak promote kopi dia rupa nya. Anyway, his a very soft spoken person. 


Berhenti sekejap for... Coffee Break

Tamarillo or Terung Belanda

Fresh Oranges from Pineh Farm

Luwak or Asian Palm Civet in a cage

Luwak choose to eat coffee cherries containing better beans

Output from the Luwak

Five flavours for us... (from top) Original Bali Coffee, Lemon Tea & (below) Vanilla Coffee, Ginseng Coffee, Ginger Tea

If you like the taste... boleh lah beli, Packet kecik tu IDR30K & Packet besar IDR70K...


Tegalalang Rice Terrace

Entrance Fee: IDR 5K

Our last destination for today's trip.

Tegalalang Rice Terrace ni terletak di Tegalalang Village north of Ubud Bali. Tempat ni lebih kurang sama macam yang kat Jatiluwih yang kami patut pergi semalam. Dekat sini pun takde padi dah tapi still boleh nampak structure tanah rice terrace tu. Dah kira OK lah tu... layannn. Tapi kalau ada padi memang lagi cantiklah view dia.

Normally, Tegalalang rice terrace ni merupakan salah satu alternative tourist destinations to visit during Kintamani Tour or Ubud Village tour.


Stunning view of rice terrace where we can see from the main road from Kintamani to Ubud

Tourist can prefer to take photos on top or going down to get better angle

What makes it different is the way they planted the paddy

One of the a Must stop area while on the way to Kintamani

Tegalalang Village... on the way from Kintamani to Ubud

After Tegalalang Rice Terrace trip, we back to our Hotel, Matahari Cottage.

Malam nya kami jalan-jalan di Ubud area yang berhampiran dengan Hotel kami. Plan nye nak survey SPA untuk aktivity selepas sunrise hiking esok. Masa kami jalan-jalan tu, baru sekitar pukul 7 malam tapi most of kedai kat area Ubud ni dah tutup. SPA pun tak banyak sangat kat area yang dekat Hotel kami. Member yang pernah pergi ada recommend dekat area Jalan Pengosekan, Ubud tapi memandangkan nak berjalan kaki malam tu agak jauh, so, kami survey yang dekat-dekat jelah.


End of our Day 4 trip


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...