Sinonim dengan apa yang tengah terjadi di Negara kita kini... PRU13 or GE13 dah berlalu tapi masih dengan suara tidak kepuasan hati beberapa pihak yang menyangkal keputusan yang dah dibuat.
Aku cakap tidak menyebelahi mana-mana pihak... we're democracy country and we have freedom to talk. Saya cuma rakyat malaysia biasa yang inginkan keamanan dan "perubahan" ke arah yang lebih baik.
Sekarang ni buka social network jer... takde isu lain, mesti citer POLITIK and yang pasti nye HOT issues sekarang ni, PRU13... masing-masing dengan pendapat & ego masing-masing. Macam-macam andaian & teori yang dibuat... kenapa orang tu menang, kenapa orang tu kalah, Isu black-out, phantom voters, early voting, foreign voters. racism etc... betul ke tidak... logic ke tidak... emmhhh. Kalau benda yang kita “SHARE” yang memburuk-burukkan seseorang itu terbukti tidak benar bukan kah dah jatuh FITNAH nama nye. Bagus nye ade social network ni kalau kita gunakan ke arah saluran yang betul tapi kalau people are too fanatic about certain thing i.e. politic... ni lah masalah nye, semua nak disalurkan. Lepas tu banyak sangat version nyer & agak meragukan dan at the end mengundang fitnah. Nauzubillah.
Kadang-kadang tu aku agak tertarik dengan satu artikel politik tu... nak LIKE tapi fikir juga sebab pendapat dia seakan ade isu kurang menyenangkan. Ade satu tu, too racism sangat... aku nak comment kasi pendapat tapi fikir pulak... my friends dari perbilang kaum and some of us working on the same place, having the same interest and being friend for so long. Kalau aku “Like” or “Comment” bukan kah my other friends can also read and see what I read & commented. So, sebab taknak timbul kan issue sebigini lah saya lebih suka baca & berdiam diri... at least saya tahu kawan-kawan saya ni ramai juga yang berpotensi jadi ahli politik. Bagi aku tak semua kaum lain tu jahat and tak semua Malay tu baik... fikirkan.
Ade sorang kawan aku ni sampai tak suka nye dia dengan kaum ni & sebab mostly parti ni sapu bersih semua tempat... sampai isu Komunis zaman bapak dia dulu pon dia timbulkan dalam FB. Perlukah??? Have you checked your friend list? Ko antara top student kat U dulu tapi takkan lah tak boleh berfikiran secara rasional sebelum ko post kan apa-apa.
Kita bebas untuk memilih dan menyokong sapa yang kita rasa layak untuk dijadikan pemimpin. Kalah atau menang... itu adat pertandingan. Yang pasti kita dah jalankan tanggungjawab kita.
Kita nak kan perubahan tapi macam mana kalau kita sendiri yang tak nak berubah minda, masih di takuk lama... sampai bila-bila takkan berubah. Tapi, apa yang aku lihat orang bandar dah mula terbuka minda & hati... Cuma orang-orang luar bandar yang masih tak terdedah kepada dunia luar yang masih belum sepenuhnye terbuka minda... not all tapi most of them. Menilai dari apa yang mereka lihat dari TV, percaya apa yang dibaca & mudah termakan dengan janji-janji manis yang belum tentu dikotakan. Mereka merungut harga barang naik, tanah tergadai, semua benda mahal etc tapi mereka juga yang memilih pemimpin mereka.Tapi tak boleh nak salah kan mereka-mereka ini sebab mereka tak macam kita yang duduk di Bandar yang lebih terdedah kepada REALITY, teknology terkini, social network &...apa lagi, cakap je apa yang takde. Aku bukan omong kosong sebab aku alami nye sendiri bila aku pulang ke kampung. Kadang-kadang bila cakap lebih... kita pulak yang dimarahkan. Alahai susah lah macam ni.
Ingatlah...
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang ada pada diri mereka ” (Ar-Ra'd:11)
Inilah yang kita cuba nak ubah.
Cukup-cukuplah timbulkan isu perkauman...Kita ade perlembagaan. Bukan sewenang-wenang nye perlembagaan itu boleh diubah. Insyallah, takkan hilang nye hak keistimewaan melayu.
Satu lagi... kenapa Isu seks yang mesti digunakan untuk menjatuhkan kaum seagama kita sendiri walaupun tak sehaluan. Tak habis citer yang beberapa tahun lepas dulu tu timbul pulak mangsa baru. Entahlah aku pun tak pasti kesahihan cerita ini. Yang pasti tertuduh masih menjadi pilihan rakyat... kepercayaan terbukti sudah. Tapi, tempias serangan isu panas di saat akhir ni boleh jadi mampu mengubah penilaian seseorang... dah sumpah depan “Ruman Allah” takkan nak buat main-main lagi isu macam ni kan, of cos lah kita nak pemimpin yang berakhlak kan? Tapi bagi orang yang tahu rasional nye, apa yang kita nampak tak samestinye sahih dan terlajak perahu boleh ditarik... terlajak cakap tak boleh nak rewind dah. So, fikirkan.
Tahniah lah kepada mereka-mereka yang dah berjaya menggunakan isu seks & racism nak mengaburi mereka-mereka yang kabur. Are u going to do the same tactic for next coming election. Inikah yang kita ingin lihat... rakyat berpecah-belah.
Macam mana nak aman & makmur kalau tak ade perpaduan. Aku cakap bukan nak cakap aku bagus tapi aku takut "sejarah mungkin berulang" kalau kita takde perpaduan & hilang nye kerpercayaan sesama umat manusia.
Anyway...
All the best for this coming 5 years... to our beloved PM... sila jalankan tanggungjawab anda dan kotakan “Janji-Janji Manismu”.
Semoga ALLAH berikan petunjuk & hidayah kepada pemimpin-pemimpin kami ini. Ameen.
Saya pun takdelah sempurna sangat, hanya manusia biasa & tak lepas dari melakukan dosa...
I love ISLAM, I love Malaysia & I want PEACE \(^_^)/
No comments:
Post a Comment