Pages

Thursday, May 16, 2013

Bachelorette Party @ Awanmulan


Awanmulan
Kampung Jelebu, N9
14 - 15 Dec 2012

Acara ni berlansung kira-kira 6 bulan yang lepas, tapi masa tu aku lupa yang aku dah buat draft untuk entry nie. By the time aku post entry ni, Farah dah nak masuk 3 bulan pregnant. Alhamdulillah.

Awanmulan... bunyi seindah nama tempat dia kan tapi sebenar nye nama tu diabadikan kepada seekor Anjing. Ya, Anjing peliharaan tuan empunye tempat ni yang dah dah arwah pun. Anyway aku bukan lah nak citer asal usul tempat nie tapi kalau nak tahu further detail bolehlah ke link ni. 

Tak susah pon nak ke sini tapi sebab tempat dia macam terceruk sikit, so, kami, tersasar juga lah masa nak masuk simpang ke kawasan ni. Dan jalan nak ke sini pun agak horror juga sebab dikelilingi hutan & jalan TAR yang tak berapa nak rata.

Actually, plan bachelor party & pilihan tempat ni, semua idea Nadiah. Cari kelainan sikit, kalo sebelum ni aku berkhemah sambil ber BBQ di tepi pantai & ditemani nyamuk-nyamuk tapi kali ni aku masih ber BBQ cuma kami lebih kepada nak cari kedaiman dalam keindahan alam semulajadi.

Initial plan nak hiking sambil bercamping tapi memandangkan, yang bakal nak menamatkan zaman bujang request tak nak tempat yang ade nyamok cos ade 1 month jer tempoh so, kami choose tempat ni as our event party. Haa... nampak exclusive sikit kan. Yelah bukan slalu, skali skala apa salah nye kan. Tapi tak salah aku total spend utk semua, 2D1N stay, foods & extra around less than RM200 per pax.


Entrance to Awanmulan...tengok pun dah scary ek, jangan risau masuk jer

Masa kami sampai, kami disambuat oleh owner tempat ini. He is very helpful and friendly. Have a chat with Him to find out the story behind Awanmulan. Uncle ni siap bawa kami tour satu kawasan penginapan disini lagi... huhuhu. 


Entrance to Kesidang and Teratak Bonda

Laluan menuju ke Teratak Bonda

Actually rumah Kesidang yang kami duduk ni untuk 6 pax only, memandangkan kami berlapan so, we requested additional two extra beds.


View outside the Teratak Bonda

Yeahhh... it's ladies Night

Agak jarang nak nak nampak plug macam ni dah kan

The dining room

The kitchen... kalau macam ni hari-hari pun aku tak kisah nak masak

Yang penting semua kelengkapan dapur dah disediakan. Dining and Cooking Utensils, Drinking Water, Mugs, Glasses, Microwave, Fridge, Toaster, Kettle, Rice Cooker, Induction Stove, Salt, Pepper, Sugar, Cooking Oi... all provided. Breakfast also provided as part of the package but local breakfast only. Dinner & Lunch usaha sendiri lah nak masak. Dapur kalau dah cantik macam ni, kalau malas masak juga, tak tahu lah nak cakap apa dah... hehehe.


Barbeque set is available

Other things like Barbecue equipment (tongs, prongs, skewers, coal, barbecue tray), Steamboat, Hot Plate / Grill, Mosquito Coil are also provided upon request. So, make sure lah masa book tu request lah apa yang dirasakan perlu, ok.


Tempat santai

Jom kita tengok bilik-bilik yang ada...

Tapi apa yang aku perasan most of furniture kat sini banyak dari Ikea lah... hahaha.


Laluan menghala ke one of the room

Very creative interior design

Aku suka sangat penyidai ni, kat Ikea ade tak agak-agak nye

Interior design dengan sentuhan traditional... I like

Rumah kami... view from the other side

Lorong yang menghubungkan bilik

The shower

Kalau lah dapat menikmati keindahan macam ni hari-hari


Siap ade dapur kecik kat one of the room

Ni yang aku paling suka... Infinity Pool

Tengah amek mood @ infinity pool pektis for tonight's show.
Tengoklah view kat belakang tu memang awesome

Dasyat tak dasyat party kami siap ade Deko deko lagi... huhuhu

Our main menu for tonite

Our theme for that night... Pyjamas

Hokkaido cake for Birthday Girls

Tapi part yang paling tak best, kami tidak dibenarkan membuat bising after 12am bagi mengelakkan gangguan kepada rumah-rumah yang berhampiran. Tapi rasa nye baru pukul 11 malam kami telah diberi warning rumah sebelah to slow down our voice a bit. Huish...Awal nye dia orang ni tido, tak happening lansung. Kami tak karoeke pun cuma buat aktivity yang memerlukan kami excited terlebih sikit. OK, nampak sangat loudspeaker kan. Terus aktivity malam kami terbantut. Tapi kalau ikutkan memang tempat ni untuk menenagkan fikiran pun tapi kalo dah bising tu, tak tenteram dah lah nama nye.

Part yang paling best bila kami dah switch off the light and tidur sambil mengadap langit. Fuyoo, memang sangat lah tenteram dengan pemandangan jutaan bintang di langit. Subhanallah.


One of the place for BBQ & party

View of Teratak Bonda & Kesidang House from top

I wish I could have my dream house like this. Sungguh menenangkan. 

Kepada GGK member yang nak menamatkan zaman bujang anda hujung tahun ni, aku suggest tempat macam ni lah kalau nak buat bachelor party. Hahaha... best skit. 


6 comments:

  1. cantik la tmpt ni, unik dan klasik, dan full of nature.

    ReplyDelete
  2. O..ini tempat shooting cerita Aku Terima Nikahnya kot. Same je

    ReplyDelete
  3. best nyer tempt nie...mmg utk kedamaian..lari dr ksibukan kota...indahnya..thank coz share... :-)

    ReplyDelete
  4. cantik. nak jugak rumah sebijik mcm tu :)

    ReplyDelete
  5. hi!
    nak tanya tempat ini ada lagi apa aktiviti yg blh buat yea?
    tq!

    ReplyDelete
  6. Hi Yi Mee, ada avtiviti lain juga tapi u boleh ask directly with the owner or check at their website ;-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...