Insyallah tahun ni buat kali ketiga aku keluar mengundi and buat kali ketiga juga aku membuang undi di Lembah Pantai. Sebab masa ni address aku masih di Brickfield & sampai sekarang pun rekod di SPR tak berubah... maybe system masih boleh update until today. Seawal 21 tahun (umur layak mengundi) aku dah daftar mengundi & kebetulan masa umur aku cukup 21 tahun tu juga adelah tahun mengundi. Aku ingat lagi, masa tu aku baru sahaja dalam tahun ke-2 di UIA Gombak. Tapi, aku dah diajar mak & ayah aku keluar mengundi, penting ni nak tentukan sapa pemimpin kita. Boleh jadi satu undi itu yang menentukan masa depan Negara.
Mungkin betul juga masa kita student, mak ayah hantar suruh belaja kan, so, memang aku buat sehabis baik lah and tak sempat pon nak tahu perkembangan dunia luar terutama politik. So, masa hari mengundi tu aku balik umah semata-mata nak menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin. Aku pun tak pasti sapa yang aku pangkah masa tu. Masa aku tanye mak aku “Mak pangkah sapa”… mak aku jawab “Mana boleh kasi tahu, undi anda adalah rahsia”… hahaha. Mak & Ayah aku memang tak lansung mempengaruhi aku bila mengundi. Masa tu aku ingat lagi, Shahrizat wakil BN & bertanding dengan sapa ntah (masa ni PKR pun tak wujud lagi yea). Tapi yang pasti Shahrizat menang masa tu. Tapi tidak untuk the next season bila PKR dah mula wujud.
Aku dapat merasakan tahun ni tahun yang agak genting juga lah dalam sejarah pilhanraya... macam-macam benda yang berlaku & kadang-kadang tu sampai ade yang tak masuk akal lansung pon sanggup dipertaruhkan semata-mata nak pastikan masing-masing kembali berkuasa.
So, kawan-kawan semua, jangan lupa kewajipan kita semua pada hari Ahad ni... esok yea. Tentukan siapa pemimpin kita. Aku rasa rata-rata kita dah berfikiran matang & dah tahu mana yang terbaek.
Bagi aku nak jadi pemimpin bukan tugas yang senang nak dipikul. To me, pemimpin yang baik & bertanggungjawab adelah mereka yang seorang yang berakhlak, mampu berlaku adil & dapat mengurangkan beban rakyat.
Kalau boleh biarlah ade perubahan... peace \(-_-)/
Insyallah.
Selamat Mengundi Semua
No comments:
Post a Comment