MBC to ABC, Annapurna Circuit, Nepal
Thursday, 07 Dec 2017
Continue from previous
Annapurna Expedition Day 7: Deurali to MBC
After a short rest at MBC, kami meneruskan perjalanan semula menuju ABC. Kalau ikutkan memang best saja nak rehat lama-lama kat MBC ni lagilah dengan view Machapuchare yang sangat menawan hati. Tapi apakan daya, kami ada lagi 3 jam perjalanan untuk menuju Annapurna Base Camp (ABC). Bila memikirkan misi nak sampai ke ABC lagi penting, semangat nak meneruskan perjalanan terus mengatasi segala keinginan yang lain. Cuaca pun memainkan peranan penting juga bila dah berada di tempat yang tinggi ni. Mungkin langit nampak biru sekarang, cuaca pun cantik tapi boleh jadi dalam masa 3 jam perjalanan macam-macam boleh berlaku. Unpredictable. So, kalau boleh bergerak pantas tu, silalah jalan terlebih dahulu, jangan lengahkan tujuan & matlamat asal nak sampai ke sini. Kalau kau rasa dalam group kau adalah antara yang paling slow, silalah bergerak terlebih dahulu daripada yang lain. At least, bila kita lambat tapi kita mula bergerak awal berbanding yang lain, tak ada lah kita ketinggalan jauh di belakang. Dan ini jugalah salah satu strategi yang digunakan dalam group kami untuk balance kan pergerakan antara satu sama lain.
|
Route to ABC |
|
Jauh meninggalkan MBC |
Perjalanan dari MBC menuju ABC memang antara trek yang aku nantikan untuk lalu sepanjang trekking kat Annapurna circuit ni. Alhamdulillah, rezeki kami nak menikmati view yang indah dengan cuaca cantik sepanjang trekking dari MBC ke ABC. Speechless saat menikmati betapa indahnya ciptaan yang Maha Esa. Tak sangka aku mampu melangkah sejauh ini untuk sampai ke destinasi terakhir untuk hari ini, ABC. Impian 3 tahun lepas yang terkubur kini seolah-olah macam mimpi jadi kenyataan.
|
Bertiga bersama membawa satu impian |
|
Just like dream comes true |
|
Ambil masa menikmati kebesaran yang Maha Esa |
Kalau ikutkan ramalan awal, kami akan menikmati trek yang bersalji sepanjang trekking dari MBC menuju ABC berikutan salji yang turun kelihatan sewaktu kami trekking di Chomrong. Tapi tak keliahatan salji pun sepanjang perjalanan menuju ABC, kalau ada pun adalah balance snow 2 hari yang lepas barangkali. Tak ada lah kecewa sangat pun sebab snow tak ada, yang penting cuaca cantik & trek yang mudah untuk perjalanan kami menuju ABC pun dah cukup terbaik. Tak berkesempatan lah kami nak manfaatkan crampon yang kami dah beli siap-siap di Thamel, hahaha. Ada hati juga tu nak guna kan. Perjalanan menjadi lebih mudah sebab kami tak perlu mengharungi salji nak sampai ke ABC.
|
Langit biru saksi kejayaan kami |
|
View on the way to ABC from MBC memang tak pernah mengecewakan |
On the way menuju ABC, pada mulanya memang banyak bersama-sama tapi lama kelamaan, kami terpisah juga sebab ada yang berhenti banyak kali sebab nak enjoy the view & take photo. Dan ada juga yang lebih suka berjalan pantas sebab nak sampai awal. Tapi bagi aku, at this rate, dah kira ok kalau kami tak berjalan bersama pun sebab ada yang stand-by dihadapan & juga dibelakang untuk monitor kesemua kami. Macam aku, masih dihadapan sebab aku memang banyak berjalan bersama Ram sambil ambil gambar & video. Fad & Nir masih dibelakang tak berapa jauh sangat tapi boleh nampak. Sebab tu gambar aku dibawah banyak aku ambik sorang saja, hahaha. Sila jangan bosan tengok ya. Thanks to Ram sebab sudi layan aku ambil gambar.
|
Take your time and enjoy the view |
|
Jauh meninggalkan MBC |
|
We're almost there |
|
Annapurna South |
|
Route ABC |
|
Rindunya saat-saat indah trekking from MBC to ABC |
Alhamdulillah, berjaya sampai di signboard Annapurna Base Camp less than 3hrs. Syukur sangat masa tu, tak sangka aku dah sampai. Masa aku sampai kat sini, Ram dah naik dulu ke base camp meninggalkan aku seorang di bawah. Kiranya aku the 2nd person yang sampai lah sebab Uncle Bad confirm dah sampai lebih awal. Dah sampai satu hal pula, tak ada orang yang boleh tolong nak capture that historic moment. Kalau tunggu tak sejuk tak apa. Nak keras jugalah tunggu orang lain sampai. Nak naik ke base camp dulu, nanti fikir malas pulak nak turun bawah, hahaha. Sudahnya mundar mandir dulu kat situ. Sampai lah ada satu 2 chinese lady yang baru sampai kat situ, minta tolong ambilkan gambar. Tapi memang mengecewakan lah sebab ntah apa-apa pulak yang dia ambil. Emmhhh. Nasib baik Ram turun balik ke bawah. So, boleh lah aku bergambar sakan dulu. Lagipun view Annapurna III kat belakang tu tengah clear sangat.
Yang lain mula tiba ABC setengah jam kemudian. Boleh bayangkan tak aku tunggu lama juga. Aku rasa keterujaan sampai di ABC buat aku lupa seketika yang aku kini berada di ketinggian lebih dari 4000m. Dan disebabkan keterujaan itulah aku lupa yang aku hanya pakai 2 layer saja at that time with waterproof jacket yang nipis. Sebab tak tahan dah sejuk aku mula bergerak turun semula ke bawah nak kasi semangat kat Fad dengan yang lain yang masih dibelakang. Alhamdulillah, kami semua selamat tiba di ABC around 4pm. Kami spend lama juga kat bawah before naik ke Base Camp.
Annapurna Base Camp checked at 3.24pm, 7th Dec 2017.
|
Alhamdulillah, I did it |
Cerita kejayaan kami di ABC banyak dah aku ceritakan dalam permulaan entry Annapurna Expdition, so, malas nak cerita panjang dah. Tapi memang syukur yang tak terhingga sebab impian kami yang terkandas 3 tahun lepas kini terlaksana dengan izinNya. Dan kalau ikut perancangan awal kami tak mungkin bermalam di Annapurna Base Camp sebab jadual perjalanan yang agak tight. Tapi Allah swt sebaik-baik perancang, kami dapat bermalam di ABC. Dan paling penting dapat menikmati indahnya Annapurna Range dari dekat dengan clear sekali.
Pencapaian terbaik sepanjang pendakian aku. The highest elevation yang aku pernah sampai, 4130m. Achievement unlocked.
|
Wish other GSH kat sini juga |
|
2 negara 1 misi |
|
Perjalanan dari signboard ABC to ABC |
|
Perjalanan dari signboard ABC to ABC |
|
Annapurna Base Camp |
|
Annapurna Base Camp with view of Annapurna III |
To be continued...
terima kasih bawa nama kami ke ketinggian 4130m sob sob sob
ReplyDeletecantik nya view sis...sangat2 cantik
ReplyDeleteassalamualaikum kak hafiza... terima kasih share pengalaman yg berharga. dari awal smpai abes saya baca 'Story Of My Life' mmg menyeronokkan. pengisian hidup akak lebih bermakna. bila saya tgk part hiking kat ABC tu mmg sy rasa sgt kagum. hajat nak kesana sgt tinggi tp masih blm mampu lg. walaupun x pernh pegi sana tp bila bc cerita akak kat sana,Ya ALLAH!. sangat teruja. baru baca kalau g sana lg laaa..menangis terharu kot haha. kak sbrnya ada byk benda lg sy nak tnya. sy berminat nak join kalau akak ada event hiking ni. tp x tahu nak contact mcm mana. harap2 akak baca la msg sy ni. n harap2 akak roger sy kat no ni 0134435532. ig : lababhassan_41. terima ksih byk2 kak
ReplyDeletegambar-gambar semua awesome!!!
ReplyDeleteThanks :-)
Delete