Pages

Sunday, January 21, 2018

Annapurna Expedition Day 6: Upper Sinuwa to Deurali

Upper Sinuwa to Deurali
Wednesday, 06 Dec 2017


Aku rasa dah nak masuk hari ke-6 kami trekking tapi setiap kali guide kata nak mula seawal 7 pagi macam tak pernah terjadi je. Hari ni kata nya nak breakfast 6.30 pagi tapi bila aku tengok saja tempat makan, gelap gelita je lagi. Tak nampak sorang pun kat situ. Kami ni punya lah stand by awal pagi sebab kata nak gerak awal tapi sama je. Breakfast normally akan dihidangkan bila kami dah duduk kat meja makan. Sebab kalau tak ada orang, serve awal nanti makanan sejuk. Pagi tu aku breakfast sardin roll sebab malam tadi nampak Nir makan macam best pulak.


Breakfast Day 5 at Sinuwa Guesthouse

Perjalanan kami bermula seawal 8pagi dari Sinuwa Guesthouse menuju Bamboo. About 1-2hrs nak sampai Bamboo from Upper Sinuwa. Tapi selamat lah untuk pergi sebab nak ke Bamboo kami kena turun tangga, so, save masa sikit. Tak dapat imagine masa nak balik nanti. Dah lah kami short satu hari masa nak balik. Tak apa lah itu kita fikirkan masa balik nanti, bak kata Uncle, masa balik dari ABC nanti trekking sampai malam pun tak apa sebab misi dah tercapai, hahaha.

Jom tengok trek menuju from Upper Sinuwa-Bamboo-Dovan-Himalaya-Deurali.


Permulaan perjalanan kami menuju Bamboo

Masih jauh lagi perjalanan

Pagi yang indah untuk perjalanan hari ini

Trek on the way to Bamboo

Trek on the way to Bamboo

Kalau dah start nampak pokok Buluh yang banyak di kiri & kanan jalan, maknanya dah hampir sampai Bamboo lah tu

Welcome to Bamboo

Banyak kenangan kat toilet Bamboo Guesthouse ni dulu, hahaha

From Bamboo to Dovan

Arrived at Dovan

Dovan with beautiful landscape of Annapurna Range

The skies are blue

Himalaya Guest House from far

Aku ingat dulu masa mula-mula trekking ABC on February 2015, masa tu sampai je kat Himalaya, terus snow turun. Dan sekelip mata saja terus putih guesthouse kat Himalaya ni. Belum sampai kat Deurali tapi sejuk dah mencengkam masa tu. 3 layer juga lah aku sarung nak keep my body warm. Tak nampak awan biru yang macam kami nampak hari ni. Anyway, it was a nice experience. First time in my life kot trekking masa snow tengah turun. Argghhh, rindunya saat itu. Kali ni masih early winter di ABC trek. So, snow pun masih berkira-kira nak turun barangkali. Early winter tapi cuaca agak panas juga. Masa ni memang kita akan rasa cuaca sejuk saja tapi hakikatnya boleh terbakar juga kulit kalau tak letak apa-apa protection. Lagilah sekarang ni berada di ketinggian 3000m & lagi hampir dengan cahaya matahari. So, sila make sure pakai sunblock sentiasa. Aku yang pakai 3 layer protection kat muka ni pun burn juga walaupun tak serius.


Welcome to Himalaya

Alhamdulillah selamat sampai di Himalaya for Lunch

Masa kami tiba di Himalaya Guest House, ada satu group dari Malaysia baru turun dari ABC. Alhamdulillah, masing-masing dah berjaya sampai. Cuaca cantik katanya. Huish, tak sabar pulak rasanya padahal perjalanan kami masih jauh lagi. Kami tak sempat berbual panjang. Tanya nama pun tak sempat sebab guide kami dah bising-bising suruh masuk makan. Ohh, hari ni lunch memang terbaik. Nasi goreng sedap. Ada ikan bilis goreng pedas walaupun dah hampir beku. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan satu pinggan  nasi. Maknanya, kena dengan tekak aku. Semua pun agreed yang Nasi Goreng kali ni memang ada kelainan sikit. Pandai tukang masak ikut selera orang Malaysia.


Nampak simple saja kan nasi Goreng tu tapi aku rasa ni yang terbaik sepanjang aku trekking kat ABC sebab ada rasa Malaysia sikit... Thanks to orang yang bawa ikan bilis goreng satu botol... lagi bertambah selera nak makan

Perjalanan seterusnya ke Deurali

Selesai Lunch & Solat di Himalaya Guesthouse, kami meneruskan perjalanan semula menuju Deurali. Teringat dulu sepanjang nak menuju Deurali kami dihujani dengan snow. Tapi kali ni cuaca panas mengiringi perjalanan kami. Still cold & windy at certain time. Estimated 2-3hrs lagi nak sampai ke Deurali.


No snow this time

Sunset on the other side

Alhamdulillah, finally we're here

Alhandulillah, kami selamat tiba Deurali around 5pm after about 7 hrs trekking. Tak nampak bayangan salji akan turun kali ni. Totally berbeza dengan trip kami yang lepas. Kalau dulu ketibaan kami disambut dengan full of snow tapi kali ni, ohh, inilah rupa Deurali tanpa snow. Tapi aku rasa memang lagi cantik masa winter with snow. Tapi tak kisahlah yang penting kami selamat tiba & all of us are in good condition. Service Wifi kat sini dah jadi lagi mahal, NPR200 tapi macam wajib ambil jugalah sebab nak update status kat famili & friend kat Malaysia.

Apa yang lebih menariknya, kami dapat the same room yang kami duduk sama seperti trip yang lepas. KLMJ sungguh. Tapi kalau dulu view kami kena tutup dengan salji yang tebal kali ni nampak clear je kat luar tingkap tu. Tapi yang hairan, kali ni tak emergency macam dulu pun kena share 4org juga per room. Maybe sebab kami tukar plan last minute kan, so, bilik agak limited. Kalau ikut plan asal, sepatutnya hari ni kami stay di MBC. Tapi seperti yang aku cakap dalam entry yang lepas-lepas, plan akan berubah bila ada antara kami yang tak mampu nak berjalan lebih jauh & memerlukan rehat yang lebih. So, guides & trip leader akan berbincang sesama mereka untuk decide mana yang terbaik untuk para peserta. As for me, aku follow je mana yang terbaik. Ngeri juga dengar cerita Uncle tadi bila ada kemungkinan ada antara kami yang tak boleh meneruskan misi sebab keadaan kesihatan yang tak mengizinkan. Masa on the way nak ke Dovan tadi memang aku perasaan keadaan kak Bad yang tak berapa ok. Tapi masa sampai Deurali, nampak macam dah ok sikit & dah mampu tersenyum bila kami bergurau kat dalam bilik. So, aku fikir kesemua kami mampu untuk meneruskan perjalanan ke final destination kami esok, Annapurna Base Camp. InsyAllah.


Menu yang sama lagi for dinner... hanya itu yang aku mampu suka

Malam tu dinner kami Deurali special sikit sebab esok kami akan ke final battle. Tapi aku still pilih menu yang sama & yang pasti minuman "permanent" untuk trip kali ni Honey Ginger Lemon. Terasa dah makin hampir ni, makin berdebar pulak rasanya. Malam tu kami ada short briefing sebelum dinner. Kiranya macam amanat terakhir sebelum menuju destinasi terakhir, Annapurna Base camp. Kali ni, kami tak boleh bergerak bersama dah. Kak Bad, Fad, Abg Syuk & Kak Ju akan memulaka perjalanan 1 jam lebih awal daripada yang lain. Uncle plan macam tu sebab nak make sure yang lambat boleh catch up dengan yang cepat. Risau juga masa tu sebab aku sendiri pun tak tahu keadaan aku esok macam mana tapi berdoa sajalah yang aku mampu supaya yang baik-baik saja berlaku.

Ada lagi satu cerita menarik before kami dinner malam tu. Aku tak tahulah macam mana owner Shangrila Guesthouse Deurali tu boleh kenal lagi dengan aku. Aku sendiri pun tak ingat muka dia, hahaha. Dia boleh ingat lagi apa yang terjadi dekat group kami kira-kira 3 tahun yang lepas yang tak berjaya ke ABC sebab Avalance. Hahaha. Terkejut juga orang lain masa tu. Tapi yang aku agak terharu dia siap yakinkan aku yang kali ni cuaca ok & kami boleh sampai dengan selamat (sambil tepuk-tepuk bahu aku). Tak sangka kisah tragis kami yang terkandas di Deurali 3 tahun lepas masih menjadi ingatan sebahagian mereka disini.


Semoga yang baik-baik saja yang berlaku esok.

Saturday, January 20, 2018

Annapurna Expedition Day 5: Chulie - Chomrong - Upper Sinuwa

Chulie - Chomrong - Upper Sinuwa
Tuesday, 05 Dec 2017


Alhamdulillah, pagi yang indah untuk permulaan menuju Annapurna Base Camp. Lega sangat dapat tidur nyenyak malam tadi. Boleh jadi nyenyak sebab dapat Hot Shower Free, hahaha. Tapi semalam penat memang tak hingat. Rasanya hampir 18km juga kami berjalan semalam. Hari ni pun nak kena jalan lama juga. Uncle estimate kami akan trekking sampai ke Bamboo Guesthouse hari ni. Tapi itu pun bergantung kepada kemampuan sebahagian daripada kami juga. If ada yang tak mampu pergi lebih jauh, boleh jadi kami akan berhenti & bermalam di mana-mana guesthosue sebelum itu. Aku follow je mana-mana yang terbaik sebab aku sendiri pun tak tahu kemampuan aku hari ni macam mana. Tapi Alhamdulillah I'm still ok at this level. Tahap kesejukan pun masih boleh tolerate lagi.


Sunrise moment at Rainbow Hotel at Chulie

Machapucharre (Fish Tail) seen from the Rainbow Hotel Chulie

The Rainbow Hotel during the sunrise

Malam tadi dinner makan Gurung bread tak best, so, tak nak ambil risiko dah. So, aku choose breakfast set hari ni with coffee. Asyik minum honey ginger lemon je, so, hari ni kita pekena black coffee pulak untuk energy. Aku rasa menu kat setiap guesthosue or teahouse kat sini semua sama saja. Photostat dari guesthouse bawah sampai ke ABC. Menu sama tapi rasa saja yang berbeza. So, don't expect Gurung Bread kat Ghorepani best kat guesthouse lain pun best juga rasanya. Sama sekali tidak. So, bergantung kepada tukang masak jugalah. Anyway, aku rasa menu kat Rainbow Hotel ni, biasa-biasa saja.

Tak puas hati juga sebab malam tadi aku beli Wifi NPR150 tapi pagi ni tak boleh guna pulak. Rugi pulak rasa. Ni lah gara-gara bila orang yang tak bayar tapi dapat masuk line. Unfair tapi nak buat macam mana kan, ikut nasib juga.  Tak dapat nak bersosial pagi tu & say "Morning from Chule" (with awesome sunrise pic kat IG), frust... hahaha.


Simple Breakfast

After breakfast, kami memulakan perjalanan menuju Chomrong. Aku, Fad & Nir bergerak agak lewat sikit berbanding yang lain.Tapi yang pasti Uncle setia menjadi sweeper kami, begitu juga Ram Godha. Cuaca hari ni agak cloudy sikit. Tapi ada pulak tanda-tanda nak hujan atau pun panas. Tapi still sejuk. As usual, hiking attire aku sama sahaja macam semalam. Dry fit T-shirt & Northface waterproof Jacket. Permulaan perjalanan hari ni akan turun sahaja sampai lah kami jumpa jambatan gantung. Lepas jambatan gantung tu, sambung naik balik. Dan begitulah seterusnya, turun... naik... turun... naik.


Ready nak ke Chomrong

Jauh lagi perjalanan nak ke seberang sana

The Valley

Hari ni kami banyak berjalan bersama

Thanks Uncle for thie beautiful pic

Another bridge to cross

Happy macam tak ada apa-apa yang berlaku

Jauh dah meninggalkan Chulie

We love this

Salah satu tradisi Sherpa kat sini, kaum wanita tugasnya cari kayu api

Antara pengalaman yang aku tak dapat lupakan sepanjang trekking di Annapurna trek ni, kejadian Uncle buat onar on the way menuju Chomrong. Aku tahu niat Uncle baik nak cuba ambil bakul kayu api letak kat belakang dia tapi nak dijadikan cerita, bakul tu pulak tiba-tiba tak balance, habis semua kayu yang dah tersusun cantik dalam bakul tu bertaburan. Cuak semua yang ada masa tu. Aunty & anak perempuan dia yang sedang cari kayu dah notice kami buat onar kat situ. Mana tak nya, bila kami cuba susun balik, huru-hara jadinya. Lansung tak boleh nak fit in semua kayu api tu. Dari kejauahan aku dah nampak makcik tu keluar dari semak & berjalan ke arah kami dengan parang kat tangan. Aduh, cuak wei masa tu. Dah lah muka dia serius, macam nak marah pun ada juga. Nasib baik lah Ram Godha bersama kami masa tu. Kalau tak, tak tahulah apa yang jadi. Masa makcik tu sampai nak susun semula kayu api yang bertaburan tu, Uncle dah suruh kami bertiga bergerak dahulu. Tapi aku dengar juga lah bebelan makcik tu dekat Ram & Uncle. Tak faham apa yang dia cakap tapi boleh jadi tengah marah lah tu. 

Reminder jangan cuba-cuba nak buat benda yang bukan-bukan masa trekking tu ya.


Antara insiden yang aku tak akan lupa... Uncle buat onar kat sini, kesian makcik tu

Salah satu tradisi kaum sherpa kat sini, tugas mancari kayu api adalah tanggungjawab kaum wanita. Nampak macam kejam kan. Mana taknya, berat kot kayu api tu & kena angkut pula oleh kaum yang lemah. Emmhhh...tapi nak buat macam mana, memang dah tradisi turun temurun agaknya. Bagi mereka tak jadi beban pun sebab dah jadi satu keperluan & tanggungjawab. Anyway, angkat berat pun masih mengekalkan ciri-ciri kewanitaan sejati. Itu yang aku respect.


Proper signboard to Chomrong

Trek to Chomrong

Trek to Chomrong

 
On the way to Chomrong

Make way for them

Ada sekolah juga walaupun kat gunung

Aku notice kali ni masa lalu Chomrong tak banyak kanak-kanak yang kami jumpa. Kalau trip yang dulu ada yang siap datang kat kami nak minta sweets & chocolate tapi kali ni tak ada. Time ada banyak stok choki-choki ni pula tak ada. Aku pula yang sibuk cari mana lah budak-budak ni. Hahaha.


Happy this cute little girl dapat Choki-Choki

Trek turun ke Chomrong... luckily kami tak perlu lalu dah masa balik nanti sebab akan lalu Jhinu

Banyak betul kenangan masa lalu kat Chomrong. Of cos lah kenangan 3 tahun lepas. Tapi masa tu kami dari Jhinu. Dan sebab lalu dari Jhinu lah kami terseksa terpaksa menghadap tangga yang agak steep menuju Chomrong. Baru nak mula trekking, dah tak cukup nafas, hahaha. Tapi kali ni sebab kami reverse, so, tak perlu dah nak merasa tangga mendaki Chomrong yang azabedah tu. Alhamdulillah. Tapi jangan cepat sangat happy, sebab banyak lagi azab yang menanti dihadapan. Honestly, trek kat Annapurna ni tak berapa susah tapi yang buat dia jadi susah sebab banyak tangga & perjalanan yang agak jauh dari satu tempat ke satu tempat. Aku rasa adalah satu keperluan juga buat training turun naik tangga sebelum nak ke ABC. Sebab memang sangat berguna kat ABC trek ni.


Welcome to Chomrong

Jangan difikirkan sangat jauhnya perjalanan, just enjoy the journey & view

Check Hiking Permit

Dah nampak lower Sinuwa dari kejauhan
 
Tangga turun dari Chomrong... see u again in next 3 days

Sempat lagi beli stok apa yang patut

Masih jauh lagi perjalanan nak sampai ke Sinuwa

Kagum tengok bapa buat kerja rumah sambi kendong anak dia


From Chomrong to Sinuwa

Lunch break

Kami berhenti di Lower Sinuwa for lunch break. Hari ni aku minta tukar menu lunch ke Nasi Goreng. Untuk aku sajalah sebab special case. Sebelum sampai di Guesthouse Lower Sinuwa, aku asyik tengok Ram tu sibuk sangat tengah call orang guesthouse. Aku tahu dia nak arrange makan for Lunch. So, aku tanya lah dia apa menu for today. Bila dia cakap saja, Egg curry like yesterday, aku terus minta tukar menu. Takut tak lalu nak makan saja nanti, membazir satu hal, aku juga yang kelaparan nanti sebab tak selera. Actually, menu lunch untuk package hiking kat ABC ni selalunya dah fix tapi boleh saja nak tukar kalau kau rasa tak boleh nak masuk dengan menu yang dah ditetapkan. Just bagi tahu dekat guide & kalau boleh sebelum waktu lunch. Sebab guide normally dia akan arrange dengan guesthouse for lunch preparation sebelum hiksrs sampai. Kiranya by the time kami sampai nak lunch, makanan pun dah ready masak cuma tinggal nak hidang saja. Tapi untuk breakfast & dinner tak perlu risau sebab menu kita yang akan tentukan.


Lunch Nasi Goreng

Welcome to Upper Sinuwa

View Himalayan Range from Sinuwa

On the way from lower Sinuwa to Upper Sinuwa kami disapa oleh seorang Nepali yang agak tegap. Ingatkan guide ke or hiker macam kami tapi rupanya owner guesthouse dekat Upper Sinuwa. Pada mulanya kami tak tahu pun dia adalah pemilik guesthouse yang bakal kami duduk hari ni. Dari jauh dia dapat teka kami from Malaysia. From Pokhara & he's actually trekking nak sampai ke sini juga. Menurut dia, dia ada beberapa guesthouse kat sini tapi kebanyakkan nya tak berapa nak jalan sebab tak ada view. And most of the hikers katanya prefer guesthouse yang ada view yang cantik. Even guesthouse yang kami stay kepunyaan beliau pun tak berapa nak ada view tapi itu bukan lah keperluan sangat pun bagi aku untuk hari yang ke-5 ni sebab more unexpected view will come on the way menuju ABC.

Sepatutnya target kami hari ini trekking sampai ke Bamboo tapi sebab ada antara kami yang Guide rasa macam tak boleh pergi lebih jauh, so, we decided to stay in Upper Sinuwa Guesthouse. Sebab kalau nak ke Bamboo another 2hrs lagi untuk pace yang macam kami sekarang ni. Malam lah agaknya sampai. Dan sebab perubahan plan ni, kami cuma ada 2 hari saja untuk turun balik ke Pokhara from ABC. Kira short one sebab kami dah spend extra day


Yeah... finally we're here

Family of Sinuwa Guest House

Hot shower kat Upper Sinuwa Guesthouse ni agak mahal compare to yang sebelum ni, NPR200. Ini memang standard, lagi tinggi lagi mahal lah semua kos perbelanjaan kat sini. Tapi sebab aku tahu lepas ni kebarangkalian tak mandi dah kat Deurali & MBC/ABC agak tinggi, so, mandilah puas-puas kat sini. Actually, kami akan balik ke sini juga selepas 2 hari sebab Uncle & guides dah minta kami tinggalkan benda-benda yang tak berapa nak guna untuk perjalanan 2 hari yang berikutnya. Ini bertujuan nak kurangkan beban porter & mempercepatkan perjalanan kami nak sampai ke ABC. So, baju-baju yang tak pakai or barang-barang lain yang tak ada keperluan tu boleh lah ditinggalkan.


Menu dinner malam tu... makan yang sama lagi

Bilik yang kami dapat pun agak kecil compare to other guesthouse. Mula-mula tu aku dapat share 4 orang tapi bila tengok keadaan dalam bilik tu yang agak kecil memang tak lah, so, aku request yang 2pax per room. Bilik tu ok saja tapi sebab ruang yang agak terhad susah juga nak buat apa-apa nanti. Bila dapat bilik 2pax/room, option yang kami ada masa tu hanyalah bilik paling hujung kat situ... kiranya yang paling kritikal jugalah sebab dinding kayu. Jangan cuba-cuba nak mengumpat ke apa sebab boleh dengar apa saja yang orang cakap kat sebelah, hahaha. Tak ada privacy lansung.

Tak amik service WIFI hari ni sebab macam tak yakin signal ok hari ni. Kalau nak charge battery or handphone dah kena bayaran kat sini, NPR100. Menu dinner pun aku order benda yang sama juga, Gurung bread & Noodle Egg soup. Bagi aku, ok lah masakan kat sini, tak mengecewakan.

To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...