Pages

Friday, May 5, 2017

Journey to the top of sumatera: Gunung Kerinci

Mount Kerinci, Jambi Sumatera
1st May 2017


Syukur Alhamdulillah ke Hadrat Ilahi, dengan izinNya, pendakian aku & geng ke Gunung Kerinci 3 hari yang lepas telah terlaksana dengan jayanya. Setelah mengharungi pelbagai drama, pengalaman suka & duka, sedih, kecewa, geram, berperang dengan mental & fizikal & macam-macam rasa lagi lah, akhirnya impian nak menawan Gunung Berapi tertinggi di Indonesia berakhir dengan kejayaan. Cuaca cantik mengiringi perjalanan kami menuju puncak. Langit biru saksi kami berlapan mencipta sejarah di Puncak Gunung Berapi tertinggi di Sumatera & Indonesia.


Pencapain terbaik individu setakat ini for this year 2017

GSH berjaya
 
Tak sangka pulak pendakian 2H1M Gunung Kerinci sesuatu yang luarbiasa dari biasa. Masa tu terfikir juga, macam mana kebanyakan mereka yang dah pernah menawan puncak Kerinci, boleh rate “difficulty level” yang ketiga antara Rinjani & Semeru. So, sekarang memandangkan aku dah naik & merasai sendiri azabnya nak naik Kerinci, so, nak rate juga, Kerinci is the most difficult among the three volcanic mountain. Ini berdasarkan pengalaman ya. Aku tak sure pendapat yang lain macam mana.

Kecewa juga kali ni sebab itinerary trip kami telah berubah & kami hanya dimaklumkan sewaktu sampai di airport & berjumpa dengan Pak Rapani. Itu pun kebetulan, sahabat kami dari team lain bertanya bila kami panjat Kerinci. Masa tu lah Pak Rapani menyampuk & menyatakan plan telah bertukar. Kami akan panjat kerinci pada hari kedua bukan esoknya. Masa tu terkejut juga sebab kami tak dimaklumkan apa-apa pun sebelum kami sampai di Padang. Dah sampai baru tahu, itinerary sudah bertukar & Danau Kaco dibawa ke hari pertama. Organizer sepatutnya tahu bahawa agenda utama kami adalah untuk mendaki KERINCI dan bukannya ke Danau Kaco. Masa tu dah malas nak argue sebab Pak Rapani bilang, plan tidak boleh diubah sebab semua sudah diatur. Geram pulak rasa. Kenapa kami dibelakangkan sewaktu keputusan yang besar sebegini harus dibuat. Kami ada hak atas segala yang berlaku dalan trip kami. Kami bayar, kami ada hak & hanya kami yang tahu kemampuan kami. Macam mana organizer boleh buat kesilapan besar begini. Tukar plan sesuka hati & hantar trip leader yang tak boleh buat kerja & hanya makan angin saja.

Aku dah hantar 8 sebab ketidakpuasan hati aku ke Organizer dari Malaysia ni tapi hanya MAAF saja yang dia mampu cakap. Kalau lah semua boleh settle dengan MAAF kan, senang semua kerja. Harapan ada lah ganti rugi sebab kami terpaksa melupakan hasrat ke Gunung Danau Tujuh disebabkan kami telah menggunakan banyak tenaga sewaktu ke Danau Kaco yang ternyata tak berbaloi untuk pergi. Ternyata, harapan hanyalah mimpi. 

Macam-macam juga yang terjadi dalam trip kami kali ni. Tapi kemuncaknya, bila Fad jatuh & terhantuk kepala ke batu sewaktu turun dari summit. Disaksikan kami semua yang masih dibelakang Fad. Ya Allah, masa tu tak dapat bayangkan betapa paniknya aku bila nampak darah berjuraian keluar dari dahi sahabat aku ni. Lukanya agak dalam. Muka Fad sejuk gila masa ni. Kepala bahagian atas terdapat benjolan besar yang aku tak pasti apa puncanya... boleh jadi kesan hentakan yang kuat dibahagian atas dahi barangkali. Aku & Mel cuba sedarkan Fad yang masa tu dah hampir nak pengsan. Kami cuba juga sehingga Fad memberi response yang positive. Masa tu memang dah tak boleh nak kawal perasaan dah. Aku menangis sekuat hati. Memang lah malang tidak berbau tapi pengurusan dari pihak organizer sungguh mengecewakan sebab guide tidak mempunyai first aid kit. Hanya bergantung kepada basic medikal kit yang kami bawa. Nasib baik, guide kami Mel tahu nak buat apa masa tu walaupun tiada peralatan perubatan sambil dibantu Tony porter kami. Fad dipapah bersama 3 orang porter turun dari tempat kejadian ke Shelter 3 (campsite). Nasib baiklah Fad mampu turun dari Shelter 3 ke Pintu Rimba tanpa bantuan porter. Tapi sepanjang perjalanan tu, banyak kali juga dia hampir rebah & muntah. Masa tu, aku hanya mampu berdoa saja supaya kami semua selamat sampai di Pintu Rimba. Adeq & Eein jauh dibelakang & paling kritikal antara kami. Tapi Trip leader kami dari Malaysia, entah ke mana... masih tak mampu nak buat sesuatu & tak pasti apa yang dibuat dalam keadaam kami yang kritikal masa tu. No empathy, no sympathy & no responsibility.

Lebih mengecewakan, organizer tak lansung bertanya khabar sahabat kami, Fad yang injured sehinggalah ke hari ini. Ok ke tak... macam mana sekarang... blah blah blah. I just don't understand. Apa masalah korang ni. Kita bukan baru kenal Bro. Kau pun tahu aku & geng macam mana. 


We're on top of Sumatera
 
Congrats everyone

View of Kerinci Crater

Subhanallah

Kami semua berjaya sampai di Pintu Rimba (starting point pendakian) walaupun dah tengah malam. Bayangkan lah berjalan dalam gelap dengan trek membajak sawah, hujan & dalam kesejukan yang amat. Aku hampir Hypothermia disebabkan berjalan bersama Eein & Adeq dibelakang. So, 10min sebelum sampai ke Shelter 1 aku mempercepatkan langkah berjalan untuk bersaing bersama Andes (Porter Fad) selepas memastikan ada 2 porter yang menemani Adeq & Eein dibelakang. Macam-macam cerita yang tak menarik juga sewaktu kami turun dalam gelap tu tapi biarlah menjadi rahsia. Kami semua berjaya sampai di Pintu Rimba walaupun masa berbeza. The last person yang sampai ke Pintu Rimba, Adeq & Eein sambil diiringi Porter Tony & Godok ... dalam pukul 12.30mlm. Aku, Fad, Thirah, Mel (Guide) & Andes (Porter Fad) sampai dalam pukul 10.45mlm. Boboi, Bai & Cikgu Hanisah sampai lebih awal.

Tapi disebalik semua kekalutan, ketidakpuasan hati, geram, marah, kecewa, pengurusan yang agak huru-hara dari trip organizer from Malaysia, kami bertabah jugalah demi matlamat bersama nak menawan puncak Indrapura, Kerinci.

Banyak yang ingin dikongsi tapi biarlah reda gelodak dihati ini dulu.

Kita berjaya kerana kita ada kita.


Menikmati indahnya ciptaan yang Maha Esa

Sunrise moment on the way to Puncak Indrapura


Kita sentiasa ada untuk satu sama lain
ketika kita sedang kesakitan, keperitan dan dilanda kepenatan
Setiap masa, kita cuba hiburkan hati masing-masing
Kita cuba gembirakan perasaan kita dan kita tahu yang kita gembira bersama
Kita lupa tentang keperitan yang melanda ketika itu, kerana kita ada kita
kita memang telah ditakdirkan berjumpa

- Fad Gojes -


Menuju Puncak


5 comments:

  1. Tahniah dah bergraduasi. Kenangan utk diceritakan lagi bila berkumpul di kala tua nanti.

    ReplyDelete
  2. congrats, jeles tgk gamba cantik gler..gase ade selisih dgn ur team mase otw nak turun dr puncak aritu. Team sy sampi dipuncak cuma kabus tebal..& sejuk gler.Alhamdulillah semua selamat. Keep up ur enthusiasm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke, hehehe memang ramai malaysian that time. Anyway, thanks rezeki kami dapat cuaca cantik ;-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...