Pages

Wednesday, May 31, 2017

Journey to the top of Sumatera: Mount Kerinci Part 2

Gunung Kerinci, Jambi
Sunday, 30 April 2017


Gunung Kerinci merupakan puncak gunung tertinggi di pulau Sumatera & juga Gunung berapi tertinggi di Indonesia terletak di kawasan Jambi yang bersempadan dengan wilayah Sumatera Barat di Pegunungan Bukit Barisan, pantai barat dan terletak sekitar 130km di sebelah selatan Padang termasuk dalam kawasan Taman Nasional Kerinci Seblat (TNKS). Gunung gunung Kerinci dikelilingi kawasan hutan tebal Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat semulajadi harimau serta badak sumatra. Terdapat satu tugu dilaluan masuk ke Jalur pendakian dimana di atasnya terdapat replika Harimau yang dikenali sebagai Tugu Macan simbolik kawasan ini kawasan perlindungan untuk habitat Harimau sumatera. Gunung Kerinci merupakan gunung berapi stratovolcano yang masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2013.
(source: wikipedia)


Gunung Kerinci as seen from Kayu Aro

Before I jump into the main story, just wanna share some useful information what u need to know about Mount Kerinci...

1. Kerinci is the highest volcano in Indonesia and it is located in Sumatra Island.
2. The trek starts from Kersik Tuo Village.
3. The peak is 3,805 metres above sea level.
4. There are 8 main checkpoints along the way starting from Post 1,2,3, Shelter 1,2,3, Batu Gantung & Tugu Yudha.
5. The climb and descent normally takes 2 days and 1 night, when choosing to go all the way to the summit.
6. Last eruption was June 2013.


Pintu Rimba to Pos 1 

Kami memulakan perjalanan lebih kurang 10mins melalui kebun sayur sebelum tiba di Pintu Rimba. Oh, masa ni tak perasan mana perginya gerbang Pintu Rimba dah, hahaha. Kata Fad, jatuh masa kami sampai tu. Patutlah tak perasan.Alhamdulillah, kami memulakan pendaki lebih kurang pukul 8.30am waktu di Indonesia (waktu di Indonesia lambat 1 jam dari waktu di Malaysia)dari Pintu Rimba.

The real journey to Indrapura is about to begin.

Dari Pintu Rimba ke Pos 1 Kerinci, perjalanan dianggarkan 30mins. Trek masih lagi leisure, cuma yang tak best... berlumpur & lecak. I hate this but nothing I can do. Sapa suruh pilih date musim hujan kan. Rasakan. Tapi mana-mana trip pun kita hanya mampu merancang, Allah swt juga yang berkuasa menentukan kesudahannya. So, apa yang mampu kita buat, banyak-banyakkan lah berdoa memohon daripadaNya semoga apa yang dirancang berjaya & mendapat keredhaan dari Allah swt. InsyAllah.


The journey begins

Just like forest in Malaysia

Jumpa omputeh ni tengah bawa anak dia jalan-jalan kat dalam hutan ni, dah lama duduk sini & kahwin dengan orang sini, fasih dah cakap Indon

Halangan menuju Pos 2

Tengoklah tanah sawah tu

Our porters

Selain trek yang lecak, inipun salah satu halangan juga

Boleh dikatakan sepanjang jalan menuju Shelter 1 trek membajak sawah

Finally, after about 30mins hike from Pintu Rimba

Short rest at Pos 1 Kerinci

Pos 1 to Pos 2 

Dari Pos 1 menujun Pos 3, trek atau jalur pendakian more or less macam trek dari Pintu Rimba menuju Pos 1. Estimated time 20-30mins depending on speed. Lumpur memang tak payah cakaplah, everywhere, anywhere. Memang tak boleh nak elak. Maybe sebab  hujan sentiasa di kerinci tu yang menyebabkan tanah menjadi mendap & berlumpur. Tak sempat nak kering dah basah balik. Padahnya, orang yang mendaki Kerinci pada musim hujan sekarang ni lah. Sebab kalau tak lecak, boleh jadi perjalanan kami akan jadi lebih mudah & pantas, konfiden, hahaha.


Pos 2 Kerinci

Pos 2 Kerinci

Still maintain & steady


Pos 2 to Pos 3

Dari Pos 2 menuju Pos 3, trek sudah mula start mencanak. Barulah terasa the real hiking. Anggaran masa nak sampai ke Pos 3 lebih kurang 1jam.


Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Trek dari Pos 2 menuju Pos 3

Dah sampai tahap redho

Pos 3 Kerinci Checked... masa ni kami sudah bertemu dengan RPM hikers


Pos 3 to Shelter 1


Perjalanan daripada pos 3 menuju ke Shelter 1 mengambil masa lebih 1 jam 30 minit. Kelihatan landskap hutan juga sudah berubah ke Mossy Forest. Keadaan trek juga sudah mula memberi cabaran yang tersendiri buat para pendaki. Alhamdulillah, kami semua berjaya di sampai Shelter 1 sebelum pukul 12tghari walaupun waktu sampai berbeza. Kami rest lebih kurang 1jam lebih juga sebelum meneruskan pendakian ke Shelter 2. Kami makan packed lunch yang dibawa sendiri dari homestay pagi tadi. Aku macam biasalah tak boleh nak habiskan juga walaupun nasi dah kurangkan half sebelum packed masuk bag. Kami juga ada diberi buah limau yang manis. So, ada lah extra sweet energy sikit.


Short rest in between before sampai Shelter 1

Lunch time

Shelter 1 memang luas, boleh juga kalau nak camping disini

Perjalanan menuju Shelter 2 dijangkakan akan mengambil masa yang lebih lama, estimated time lebih kurang 3 jam. So, sila fuel up energy masa kat shelter 1 sebab perjalanan selepas ini dijangkakan lebih mencabar. Kalau tak lalu nak makan packed lunch yang dibawa dari homestay, sila bawa extra energy food or something yang lalu nak dimakan. Lepas ni nak pakai banyak energy, so, memang perlu makan yang cukup.

Kami mula bergerak dari Shelter 1 lebih kurang pukul 1pm lebih.


To be continued...



3 comments:

  1. so kena bawak kasut getah jgk la kan utk redah lecak-lecak tu... tapi cantik tgk, teringt irau

    ReplyDelete
  2. Tu dia becak. Mesti ada kes jatuh dlm becak kan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang ada pun tapi masa otw balik :-)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...