Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017
After visited War Museum, kami balik ke hotel rehat dulu, mandi, solat & sempatlah tido kejap. Pukul 3.30pm, mustafa pickup kami balik nak ke Angkor Wat. Dah janji nak beli ticket awal & tengok sunset kat Pre Rup. Sharp dia sampi. Perjalanan nak sampai ke tempat beli ticket Angkor Wat dari Hotel kami lebih kurang 1/2jam juga.
|
Yang pasti bukan Prison break new season |
|
Hanya yang berjiwa kental saja yang mampu |
Actually, boleh beli ticket for next day to Angkor Wat after 5pm. Tapi masa kami sampai, dalam pukul 4pm plus, kaunter for next day pass dah buka pun. Ada kaunter untuk 2 day pass & 3 day pass juga. Luckily, tak perlu beratur lama sebab kaunter dia banyak. And make sure buat muka sehabis comel nak dapat pic yang ohsem. Jangan jadi macam aku, dah macam kembang semangkuk tengok muka sendiri, hehehe.
|
Tempat nak beli ticket to Angkor Wat |
|
Kaunter Ticket |
Nasib kami tak baik sebab tix masuk ke Angkor Wat baru saja naik. Almost double. Ciss. Untunglah orang yang masih eligible for old tix price. New ticket price for one day pass is now USD37. USD17 kot beza. Naik harga ticket pun orang ramai juga. Kami beli 1 day pass jer sebab 3 hari saja kat siem reap, kalau yang cuti 1 week tu boleh lah consider 3 days pass. Boleh lah cover semua area kat Angkor Wat ni.
|
One day pass |
Kalo beli tix for esok on the day before, dah boleh masuk angkor wat hari yg sama tapi after 5pm lah. Sila simpan ticket baik-baik sebab akan ada check-point for verify the ticket. So, kami amik peluang masuk awal tapi ke Pre Rup saja sebab nak tengok sunset. Cantik tapi hampa sebab macam cantik lagi tengok kat tasek Sras Srang. Tasek yang kami lalu tadi otw nak ke Pre Rup. Sebab tak puas hati, kami decide turun dari Pre Rup temple & call Mustafa suruh pick-up. Nasib baiklah dia tak kemana, so, kami pun ke tasek Sras Srang. Tak jauh pun dari Pre Rup.
|
Pre Rup Temple |
|
Pre Rup Temple ni dah macam Angkor Wat jer design dia |
Boleh tahan tinggi juga nak naik tangga kat Pre Rup ni. Kalau ada lah tangga macam ni nak panjat gunung memang dah give-up. Nak turun pun kena hati-hati juga sebab surface dia tak rata, so, boleh mengundang bahaya juga kalau tersilap step.
|
Sunset seen from Pre Rup Temple |
|
Berbaloi tengok sunset kat sini compare to Pre Rup tadi |
|
Sunset at Sras Srang Lake |
|
Subhanallah |
After sunset, kami terus ke Restraunt Halal. For 1st day dinner, kami cuba kedai siem reap backpackers. Kedai ni recommended by Cik Miza sebab dia dah explore dulu Halal Food Restraunt kat sini a week before. So, senang juga lah kami nak cari tempat yang orang dah pergi & kasi review.
|
Sesuai sangatlah untuk backpackers macam kami ni |
Untuk dinner aku order Nasi goreng Thai pedas & Fad order Nasi Goreng Kerabu. Add on Daging Lembu Naik Bukit (katanya speciality kat sini), sedap sampai licin kami kerjakan, padahal sayur & daging fresh saja, hahaha. Daging Lembu Naik Bukit sebenarnya daging lembu yang dimasak dengan beberapa jenis sayur. Nampak simple tapi sebab sayur & daging dia fresh, tu yang buat sedap. Air tak order sebab memang dah ada air sirap free yang sedap dia kasi. Total USD10 for 2 pax. Berbaloi, boleh tahan and puas hati.
|
Menu special malam tu, daging lembu naik bukit. Dimakan bersama sos kat bawah tu. |
|
Licin... Inilah bukit yang telah daging lembu daki, hahaha |
Compare to 3 Halal Food Restraunt yang kami dah pergi, rasanya, Siem Reap backpackers yang paling murah.
Kami pulang ke Hotel agak awal tapi esok pagi kami ada misi yang lebih penting, nak kejar sunrise di Angkor Wat. So, eloklah balik awal tido dulu. Dah janji dengan Mustafa, 5.10am after Suboh Prayer. Tapi sudahnya ke Night market dulu sebab Mustafa nak tunjuk kami jalan mudah nak ke Art Center Night Market & Old market from hotel kami. Tak jauh pun. Lepas dah tunjukkan jalan & direction semua, barulah Mustafa pulang. Kami tak pulang ke Hotel tapi sambung tour kat Art Night Market.
To be continued...
yg kat tasik tu sunrise ke sunset?
ReplyDeleteSubhanallah cantiknya gambar sunset! semua gambar pun ditangkap dengan cantik! hehe btw saya singgah dan follow sini ya. Salam kenal, kalau berkelapangan jemput melawat blog saya.
ReplyDeletechantek sunset itu., ;p
ReplyDelete