Pages

Wednesday, February 22, 2017

Siem Reap Day 1: Night Market

Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017


Night market ni hanya terletak selang satu hotel saja dari hotel kami. Very close. So, for shoppaholic boleh lah consider nak stay kat Hotel Angkor orchid ni untuk lebih kepuasan. Sebab apa aku cakap macam tu, kalau pompuan memang sure suka kalau dah masuk night market ni sebab macam-macam yang kaum hawa suka ada i.e. cambodian silk, shawl, table cloth, seluar gobos & macam-macam lagi lah. Kalau iman tak kuat, boleh terjebak juga.


 

Ingat nak jalan-jalan je mula-mula tu, last-last sangkut juga shopping. Alasan, takut tak sempat esok. Padahal esok datang lagi. Ohh, actually hari-hari pun kami datang, hahaha... cuma last day saja kami datang pagi. Kalau datang pagi, banyak kedai tak buka lagi. Tapi senang nak dapat murah sebab kedai baru buka. Ada certain sanggup offer murah as long as kau jadi first customer dia.


Macam-macam ada

Tak shopping pun takpe, jalan-jalan kat sini pun best

Kena masuk dalam lagi nak explore more and more
 
Salah satu kedai yang kami kerap singgah, Rizy Syty souvenir shop. Rizy is husband to Syty. Salah satu peniaga Muslim kat sini. Kat Kedai Syty ni boleh dapat FM jenis batu yang murah, USD1 for 5pcs tapi tak banyak pilihan masa kami datang tu. Tempat lain kasi USD1 for 3pcs saja, itu pon yang paling murah boleh kasi. Tapi dia jual FM jenis tu sajalah. Steel FM which is yang boleh tahan pecah kalau terjatuh tu takde kat kedai ni tapi kat tempat lain ada cuma mahal sikit lah. Special nya kedai Syty ni, dia accept RM tapi nanti dia pakai rate dia tapi kalau pandai nego sikit, boleh dapat rate yang kita nak. Maybe sebab ramai sangat customer dari Malaysia, that’s why dia accept RM juga. 


Kedai Kak Syty

Geram tengok anak Syty yang comel ni... macam ni lah aksi dia everytime nak amik gamba

Aku sempat lah rembat 2 pasang cambodian silk, nak beli lebih tak mampu. Mahal. Tapi ada grade juga silk kat sini. So, tu yang akan membezakan harga dia. Aku beli dua gred berbeza, gred A & gred AA, bezanya hampir USD3/meter. Gred A dapat USD6/meter & gred AA USD9/meter. Boleh rasa kualiti dia. Gred AA memang best skit compare to gred A. So, nanti jangan lah redha dengan harga yang dia kasi tu, try nego for cheaper price. Kami dapat murah sebab beli 5 pasang, combine. Ok, done with Baju Raya this year. 


Meriah Night market ni

Tengok jam nak pukul 10mlm dah, barulah teringat nak balik Hotel. Esok nak kena bangun awal ke Angkor Wat. And kami akan spend one day kat sana saja nanti.

To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...