Pages

Thursday, February 23, 2017

Spectacular sunrise @ Angkor Wat

Siem Reap, Cambodia
Friday, 10 Feb 2017


Kami sampai dalam 5.40am kat Angkor Wat sunrise viewpoint. Masa kami sampai je dah bersusun orang. Haa, nak menyelit pun dah tak boleh sebab masing-masing pun tak nak bergerak. So, redho sajalah berada di barisan belakang. Dah lah tak cukup ketinggian, sudahnya permulaan photo sunrise kami banyak je makhluk yang tak sepatutnya. Sempat jugalah minta tolong mat salleh yang tinggi & hensem tolong snap kan pic, hahaha. Dalam ramai-ramai manusia tu, terserempak dengan 2 orang gadis dari Malaysia yang kami jumpa dalam flight semalam. Memang masin mulut masing-masing, cakap nanti mesti jumpa kat Angkor Wat, memang jumpa pun, hahaha. Mereka pun berusaha keras macam kami juga nak cari ruang nak masuk tapi hampa juga. Lepas tu mereka pun menghilang ntah ke mana and again kami jumpa balik masa tour dalam Angkor Wat. Since, dia ada komen kat entry yang lepas, so dah tahu, Cik Fida Jacob rupanya. Blogger sensasi ni, hahaha. Nice knowing you. Banyak tempat rupanya Fida Jacob ni dah cover kat dunia tapi cerita dalam flight banyak pasal Kinabalu & hiking ya. Anyway, Good Luck lah ya nak mendaki Kinabalu next month. 


Matahari belum nak keluar lagi

Lama juga kami tunggu kat belakang, sampai ada yang mengalah, barulah kami dapat masuk. Alhamdulillah. Actually, memang kena banyak bersabar nak tunggu matahari naik ni sebab dah dekat-dekat pukul 7am macam tu baru lah nampak matahari. Fuhh, so, kalau dah dapat port best tu tunggu sajalah. Nanti kalau dah keluar barisan memang takde chance dah. Rezeki kami dapat tengok sunrise yang superb di Angkor Wat. Patutlah ramai sangat yang sanggup tunggu seawal pagi kat sini, rupanya memang berbaloi sebab cantik & lain dari yang lain. Kalau air tasek penuh, akan ada reflection Angkor Wat di situ. Actually, the moment before the sun rise tu yang buat lagi cantik sebab tone colornya. 


Subhanallah

Spectacular sunrise @ 6.45am

Inilah rupanya crowd nak tunggu sunrise di Angkor Wat

Mungkin akan ada yang terfikir, worth it ke nak tunggu sunrise kat Angkor Wat ni dengan crowd yang korang tak boleh imagine. Sampai ada yang sanggup tunggu semalaman semata-mata nak dapatkan front row. Bagi aku depend lah. Kalau kau photographer amatuer or memang hobby maybe berbaloi sebab itu memang kerja kau pun nak dapatkan shot yang cantik and kalau hobi itu dikira kepuasan. Nak buat time lapse video, pun berbaloi juga. Kalau for fun & nak update IG, rasanya, macam tak berbaloi, hahaha. Tapi kalau you’re looking for more LIKE, boleh jadi berbaloi. Macam kami ni datang lambat (sebab nak solat Suboh dulu) tapi sebab sanggup tunggu nak masuk row depan, so, worth it jugalah sebab cuaca cantik. Kalau tak memang nak menyumpah juga agaknya, hahaha. 

Siapa tahu sunrise kat Angkor Wat ni rating ke berapa tercantik kat dunia? Kalau top 3, memang lebih berbaloi lah penantian itu. 


Sunrise landscape superview

Crowd dah redha sikit masa ni, boleh lah nak amik photo sendiri

Sunrise from the other side

God has perfect timing, trust Him

Done with sunrise, jom kita explore Angkor Wat pulak.


To be continued...
 

Wednesday, February 22, 2017

Siem Reap Day 1: Night Market

Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017


Night market ni hanya terletak selang satu hotel saja dari hotel kami. Very close. So, for shoppaholic boleh lah consider nak stay kat Hotel Angkor orchid ni untuk lebih kepuasan. Sebab apa aku cakap macam tu, kalau pompuan memang sure suka kalau dah masuk night market ni sebab macam-macam yang kaum hawa suka ada i.e. cambodian silk, shawl, table cloth, seluar gobos & macam-macam lagi lah. Kalau iman tak kuat, boleh terjebak juga.


 

Ingat nak jalan-jalan je mula-mula tu, last-last sangkut juga shopping. Alasan, takut tak sempat esok. Padahal esok datang lagi. Ohh, actually hari-hari pun kami datang, hahaha... cuma last day saja kami datang pagi. Kalau datang pagi, banyak kedai tak buka lagi. Tapi senang nak dapat murah sebab kedai baru buka. Ada certain sanggup offer murah as long as kau jadi first customer dia.


Macam-macam ada

Tak shopping pun takpe, jalan-jalan kat sini pun best

Kena masuk dalam lagi nak explore more and more
 
Salah satu kedai yang kami kerap singgah, Rizy Syty souvenir shop. Rizy is husband to Syty. Salah satu peniaga Muslim kat sini. Kat Kedai Syty ni boleh dapat FM jenis batu yang murah, USD1 for 5pcs tapi tak banyak pilihan masa kami datang tu. Tempat lain kasi USD1 for 3pcs saja, itu pon yang paling murah boleh kasi. Tapi dia jual FM jenis tu sajalah. Steel FM which is yang boleh tahan pecah kalau terjatuh tu takde kat kedai ni tapi kat tempat lain ada cuma mahal sikit lah. Special nya kedai Syty ni, dia accept RM tapi nanti dia pakai rate dia tapi kalau pandai nego sikit, boleh dapat rate yang kita nak. Maybe sebab ramai sangat customer dari Malaysia, that’s why dia accept RM juga. 


Kedai Kak Syty

Geram tengok anak Syty yang comel ni... macam ni lah aksi dia everytime nak amik gamba

Aku sempat lah rembat 2 pasang cambodian silk, nak beli lebih tak mampu. Mahal. Tapi ada grade juga silk kat sini. So, tu yang akan membezakan harga dia. Aku beli dua gred berbeza, gred A & gred AA, bezanya hampir USD3/meter. Gred A dapat USD6/meter & gred AA USD9/meter. Boleh rasa kualiti dia. Gred AA memang best skit compare to gred A. So, nanti jangan lah redha dengan harga yang dia kasi tu, try nego for cheaper price. Kami dapat murah sebab beli 5 pasang, combine. Ok, done with Baju Raya this year. 


Meriah Night market ni

Tengok jam nak pukul 10mlm dah, barulah teringat nak balik Hotel. Esok nak kena bangun awal ke Angkor Wat. And kami akan spend one day kat sana saja nanti.

To be continued...


Monday, February 20, 2017

Siem Reap Day 1: Sunset at Pre Rup & Sras Srang Lake

Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017


After visited War Museum, kami balik ke hotel rehat dulu, mandi, solat & sempatlah tido kejap. Pukul 3.30pm, mustafa pickup kami balik nak ke Angkor Wat. Dah janji nak beli ticket awal & tengok sunset kat Pre Rup. Sharp dia sampi. Perjalanan nak sampai ke tempat beli ticket Angkor Wat dari Hotel kami lebih kurang 1/2jam juga.


Yang pasti bukan Prison break new season

Hanya yang berjiwa kental saja yang mampu

Actually, boleh beli ticket for next day to Angkor Wat after 5pm. Tapi masa kami sampai, dalam pukul 4pm plus, kaunter for next day pass dah buka pun. Ada kaunter untuk 2 day pass & 3 day pass juga. Luckily, tak perlu beratur lama sebab kaunter dia banyak. And make sure buat muka sehabis comel nak dapat pic yang ohsem. Jangan jadi macam aku, dah macam kembang semangkuk tengok muka sendiri, hehehe.


Tempat nak beli ticket to Angkor Wat


Kaunter Ticket

Nasib kami tak baik sebab tix masuk ke Angkor Wat baru saja naik. Almost double. Ciss. Untunglah orang yang masih eligible for old tix price. New ticket price for one day pass is now USD37. USD17 kot beza. Naik harga ticket pun orang ramai juga. Kami beli 1 day pass jer sebab 3 hari saja kat siem reap, kalau yang cuti 1 week tu boleh lah consider 3 days pass. Boleh lah cover semua area kat Angkor Wat ni.


One day pass

Kalo beli tix for esok on the day before, dah boleh masuk angkor wat hari yg sama tapi after 5pm lah. Sila simpan ticket baik-baik sebab akan ada check-point for verify the ticket. So, kami amik peluang masuk awal tapi ke Pre Rup saja sebab nak tengok sunset. Cantik tapi hampa sebab macam cantik lagi tengok kat tasek Sras Srang. Tasek yang kami lalu tadi otw nak ke Pre Rup. Sebab tak puas hati, kami decide turun dari Pre Rup temple & call Mustafa suruh pick-up. Nasib baiklah dia tak kemana, so, kami pun ke tasek Sras Srang. Tak jauh pun dari Pre Rup. 


Pre Rup Temple

Pre Rup Temple ni dah macam Angkor Wat jer design dia

Boleh tahan tinggi juga nak naik tangga kat Pre Rup ni. Kalau ada lah tangga macam ni nak panjat gunung memang dah give-up. Nak turun pun kena hati-hati juga sebab surface dia tak rata, so, boleh mengundang bahaya juga kalau tersilap step.


Sunset seen from Pre Rup Temple

Berbaloi tengok sunset kat sini compare to Pre Rup tadi

Sunset at Sras Srang Lake

Subhanallah

After sunset, kami terus ke Restraunt Halal. For 1st day dinner, kami cuba kedai siem reap backpackers. Kedai ni recommended by Cik Miza sebab dia dah explore dulu Halal Food Restraunt kat sini a week before. So, senang juga lah kami nak cari tempat yang orang dah pergi & kasi review. 


Sesuai sangatlah untuk backpackers macam kami ni

Untuk dinner aku order Nasi goreng Thai pedas & Fad order Nasi Goreng Kerabu. Add on Daging Lembu Naik Bukit (katanya speciality kat sini), sedap sampai licin kami kerjakan, padahal sayur & daging fresh saja, hahaha. Daging Lembu Naik Bukit sebenarnya daging lembu yang dimasak dengan beberapa jenis sayur. Nampak simple tapi sebab sayur & daging dia fresh, tu yang buat sedap. Air tak order sebab memang dah ada air sirap free yang sedap dia kasi. Total USD10 for 2 pax. Berbaloi, boleh tahan and puas hati. 


Menu special malam tu, daging lembu naik bukit. Dimakan bersama sos kat bawah tu.

Licin... Inilah bukit yang telah daging lembu daki, hahaha

Compare to 3 Halal Food Restraunt yang kami dah pergi, rasanya, Siem Reap backpackers yang paling murah.

Kami pulang ke Hotel agak awal tapi esok pagi kami ada misi yang lebih penting, nak kejar sunrise di Angkor Wat. So, eloklah balik awal tido dulu. Dah janji dengan Mustafa, 5.10am after Suboh Prayer. Tapi sudahnya ke Night market dulu sebab Mustafa nak tunjuk kami jalan mudah nak ke Art Center Night Market & Old market from hotel kami. Tak jauh pun. Lepas dah tunjukkan jalan & direction semua, barulah Mustafa pulang. Kami tak pulang ke Hotel tapi sambung tour kat Art Night Market.

To be continued...

Sunday, February 19, 2017

Siem Reap Day 1: War Museum Cambodia

Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017


Our next destination after the Angkor Silk Farm. This War Museum Cambodia is open daily from 8am till 5.30pm. Entrance fee USD5. Free local guide is available and they are always ready to personally lead you around and answer all your questions. At the end of the tour, terpulang lah sama ada nak kasi tip for the guide.

Masa kami sampai  dah ada satu group yang lead by one guide. So, we just joined them since they are just started. Guided tour will take you less than an hour tapi depend juga kalau dapat group yang banyak tanya soalan, so, akan jadi lama lagi lah tour tu. Tapi local guide hanya akan guide for certain place sahaja, not every place. So, hanya tempat-tempat yang tertentu sahaja. Basically, tempat-tempat yang penting lah. Yang lain tu boleh lah buat tour sendiri. Tak perlu risau sebab ada information board di setiap tempat di sini. 

Kalau tak nak guide pun ok, boleh tour sendiri. Tapi kalau ada guide lagi bagus sebab dia akan explain setiap tempat yang kita lawat kat War Museum in detail and share some war story. Macam guide kami, Chres Sanh ni banyak share story pasal parents dia yang hidup di zaman khmer rouge regime. Actually, each of the guides here has his own unique background i.e. war veterans, eye witnesses of the war and landmine victims. Therefore, not only they could tell you about the collection of the museum but also about their personal experiences during the defined period of time.


 In front of Helicopter Mil Mi-8 & Jet fighter aircraft MiG-19 (behind)

Let's start the tour

Guide of the day... Chres Sanh

Rifles and M16... you can hold if u want

Machine Gun

Chres is explaining his experience

Landmines

Entah apa nama dia lupa tapi Chres ada tunjuk function benda ni

Landmines

Mortars

A visit inside the Tank T-54

The bone inside this Tank

Peninggalan perang yang dahulu

Artillery


BM-14 launcher

Bombing section

Dari kecik sampai ke besar

Tank T-54

The collection on display here was gathered since 1999 from provinces in which the most savage fighting took place (Siem Reap and Odor Meanchey) and is a mix of Chinese, American and Soviet hardware. Before used in Cambodia, some of these war machines have even seen action during World War II. (source)

We ended the tour by 2pm. Dah habis tour bersama guide boleh lah jalan sendiri lepas tu ambil gambar and cover area yang tak pergi lagi. Agak luas juga war museum ni tapi rasanya yang penting semua kami dah cover during tour with the guide.

After War Museum, kami pulang ke hotel dulu untuk rehat before next activity.


To be continued....


Saturday, February 18, 2017

Siem Reap Day 1: Angkor Silk Farm

Siem Reap, Cambodia
Thursday, 9 Feb 2017


First destination for today’s activity. No entrance fee to Angkor Silk Farm. It’s free. Tapi nanti ada local guide yang akan approach korang once dah sampai. And no guide fee juga for the local guide but tipping is advisable. Bagi aku, bagus juga ada tour guide kat Angkor Silk Farm ni, at least dia orang akan explain step by step process on the silk making. Kalau tour without the guide, maybe tak berapa nak faham nanti sebab ada sequence dalam farm ni yang kena follow in order to understand the process better.

Sutera berasal daripada kepompong rama-rama (cocoon). Nama saintifiknya Bombyx Mori. Terhasil daripada ulat putih (ulat sutera) yang memintal kepompong sutera. Kepompong akan dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih kemudian dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dapat menghasilkan 300 sehingga 900 meter panjang. Seterusnya, benang sutera tersebut akan ditenun menjadi kain.

Pada awalnya, sutera merupakan produk kerajaan China atau Tiongkok. Sutera mula dikenal di Cina sejak sekitar tahun 2700 SM. Hanya bangsa Cina yang mengetahui rahsia pembuatan sutera selama berabad-abad. Siapapun yang membocorkan cara pembuatan sutera akan dibunuh dan dilabelkan sebagai seorang pengkhianat. Disebabkan inilah, harga sutera menjadi sangat mahal, bahkan sebanding dengan emas pada masa itu. Lalu pada tahun 550 M, Kerajaan Romawi Timur atau Bizantium yang bernama Justinian I mengirim 2 biarawan yang menyamar sebagai pengintip ke negeri Cina. Mereka berjaya mengambil ulat sutera dari negeri Cina dan mengetahui cara membuat sutera pada tahun 552 M. Sejak saat itu, sutera bukan lagi dimonopoli oleh Kerajaan Cina. Sejak saat itu, sutera dikembangkan di seluruh wilayah Kerajaan Romawi dan tersebar ke seluruh dunia. Di Malaysia, sutera mula dikenal sejak abad kesepuluh. (source)


History

According to well-established Chinese legend, Empress Hsi Ling Shi, wife of Emperor Huang Ti (also called the Yellow Emperor), was the first person to accidentally discover silk as weavable fiber. One day, when the empress was sipping tea under a mulberry tree, a cocoon fell into her cup and began to unravel. The empress became so enamored with the shimmering threads, she discovered their source, the Bombyx mori silkworm found in the white mulberry. The empress soon developed sericulture, the cultivation of silkworms, and invented the reel and loom. Thus, began the history of silk. (wikipedia)


Let's start the silk-making process tour

Angkor Silk Farm is surrounded by 5 hectares of mulberry trees plantation. These fields are the starting point of the whole process of silk-making as silk worms will eat and grow on them. The trees can grow two meters tall and branches are cut four times a year. Mulberry leaves are silkworms' favourite food and will be eaten for weeks. During the last days, silkworms can eat ten times a day.


The mulberry trees. 
These fields are the starting point of the whole process of silk-making as silk worms will eat and grow on them

The silkworms and mulberry leaves are placed on trays

When the worms have grown enough, they are put in baskets. From there, they will spin their cocoons in five days and will produce about three hundreds meters of silk each. The cocoons are then put in sunlight to avoid them undergoing their metamorphosis into mature moths. However, 20% of them reach the breeding process and the female moths will lay and hatch its eggs within nine to twelve days.


Silkworm eating mulberry leaves

The cocoons

The inner is the fine silk (high quality) whereas the outside is the raw silk (low quality silk)

Cocoon lifecycle

The cocoons are then put in sunlight to avoid them undergoing their metamorphosis into mature moths

The cocoons are soaked in hot water in order to soften the sericin (also known as silk gum) which coat the fibres and stick the cocoons together. Silk threads are then unwound and reeled together to produce a single thread. Weavers at Angkor Silk Farm make both raw silk and fine silk that do not have the same texture at all. Sericin has not been completely removed from raw silk threads, which will give a rougher texture to the fabric at the end. 


The cocoons are soaked in hot water in order to soften the sericin (also known as silk gum) which coat the fibres and stick the cocoons together.

The spinning process

The worms need to be inside the cocoon during the spinning process of silk making. If the cocoon breaks, the cocoon cannot be used anymore. Nampak tak complicated nya.

Silk thread from the cocoon

Silk thread in the making

The raw silk

Fixing the raw silk

The silk is then dyed by putting natural materials or artificial and environmentally friendly dyes in boiling water. The dyeing process has to be renewed several times as artisans weave silk fabrics in the old way through the Ikat technique.
(source: wikipedia)


The silk is then dyed by putting natural materials or artificial

Traditional method still the best way in here

Further silk making process

Still using the traditional method

The Ikat technique (also called "chong kiet" in khmer). The employee meticulously tightening-up knots to protect some parts from dyes. The process will create the pattern.

Most of the employees here were the young Cambodian from remote rural areas. Artisans Angkor has given them training and at the end provide them with employment in this silk industry.


Place where the final products of silk is produced

The tour concludes in a large shop offering colorful silks and other products. The shop’s offerings are spectacular but not cheap, which ought to be no surprise after seeing how much skilled hand labor goes into real silk production. Overall tour is less than an hour.


Tour akan berakhir di sini... boleh lah nak shopping kepada yang mampu

Final product of the silk

Kami tak shopping apa pun. Cuci mata jer. Kalau ikut nafsu, memang teringin tapi apakan daya dollar hanya cover untuk perkara wajib sahaja. Anyway, it's good place to visit. Educational & informative. Interesting than you might expect. At the end of the tour, it makes you appreciate why silk is no cheap commodity.

Sutera juga disebut 7X di dalam Al-Quran. Kalau korang ikuti tafsir Al-Quran di Ikim.fm, last Friday, ada tafsir dari surah Al-Insan mengenai sutera.

Al-Insaan ayat 12

"Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka (dengan) surga dan (pakaian) sutera"

Al-Insaan ayat 21

"Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih"


Mulianya sutera sehingga diangkat Allah SWT sebagai pakaian di Syurga.


To be continued...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...