Pages

Friday, June 10, 2016

Misi Semeru 2016: Ranupani to Ranu Kumbolo Part 1

Ranupani, Indonesia
Sunday, 29 May 2016


Alhamdulillah, pagi ni kami dapat tahu pendakian dibuka semula dan kami boleh bergerak awal juga katanya. Dan agak strict sikit protokol nak hiking kat sini, kena pi dengar briefing dari renjer Semeru. Aku, Aunty & budak lelaki saja yang join. Kira kena tunjuk muka lah. Ramai juga yang datang briefing pagi tu. And most of them are locals. And briefing also in Bahasa, sabo jelah tengok mat saleh yang duduk kat barisan hadapan dengar briefing tu (faham barangkali macam mamat yang aku jumpa dengan mak dia otw to Ranu Kumbolo). Kami datang lambat tak masuk dalam bangunan, so, stay kat luar jelah. Mana tahu habis je briefing, ada renjer lain yang stay kat luar suruh kami tunggu the next briefing session, group kami je pulak tu. Katanya tadi baru first briefing session. Since kami dah datang lambat & briefing pun dah mula, so, sepatutnya kena tunggu next punye session lah. Aduh, macam ni, bila nak mula pendakian. Nak tak nak terpaksa lah patah balik tapi nasib kami baik Mas Muhe, our guide kata tak perlu, huh. So, kami pun berjalan lah bersama Muhe bagi mengelakkan kemusykilan renjer yang yang kasi arahan tadi. Akhirnya, berjaya meloloskan diri tak dengar the next briefing. Lega.

Basically, briefing more to safety & peringatan kepada para pendaki. Apa yang boleh… apa yang tak… so on & so forth. Aku pun tak berapa nak dengar sangat sebab kami berdiri kat luar… dah datang lambat kan. Lepas tu ngelat tak nak masuk the next briefing. Hahaha. 


Breakfast untuk energy pagi ni

Breakfast pagi tu di Warung Bagus agak berat juga. Aku ni dah lah tak biasa makan berat sebelum start mendaki, so, breakfast pagi tu makan hanya sekadar alas perut. Tapi nak puji juga, goreng pisang kat Warung Bagus ni memang lain dari yang lain. Montel-montel macam tuan empunya kedai juga, bagus. Aku tak pasti tepung apa dia pakai tapi I is like. Nasib baik takde cheese. Kalau tak, mahu lupa sekejap nak kena mendaki lepas ni.


Menu breakfast pagi tu

Documents required... Copy of Passport & Medical certificate
 
Syarat nak mendaki Gunung Semeru ni kena ada medical certificate yang menyatakan kita fit for outdoor/ physical activities. No need full medical check-up. Panjang berjela-jela pulak nanti medical report tu, sapa nak baca. Kalau pergi klinik just cakap kat doctor nak buat physical examination untuk outdoor activties. Fees for physical examination varies according to klinik juga. Kalau kat Prima Saujana Kajang, dalam RM30 saja. Ada antara kami yang kena sampai RM60 juga. Selain itu, copy of passport also required for the trekking. Make sure prepare this 2 documents before sampai Ranupani. And kalau datang in group tu, better prepare siap-siap name list dalam satu paper for ease of registration.

Ohh... since kami masuk hari Ahad, ada extra fee yang dikenakan. IDR100k per pax. This extra fee hanya untuk hari Ahad saja, Isnin sampai Sabtu still normal fee. Unfair pulak aku rasa, takde bezanya pun masuk sabtu or Ahad, still consider weekend. Tak pasal-pasal kami kena bayar extra on top of main package price.


Warm-up dulu bersama abang sado kita

Bacaan Doa semoga Allah swt memberkati perjalanan kami
 
We're ready for the journey
 
Perjalanan menuju Semeru kami bermula pada pukul 9.30pagi. Alhamdulillah, sudah ditakdirkan perjalanan ini pasti. Syukur atas segala izin Allah swt.


Bismillahirrahmanirrahim...


Berjalan dalam 10min menuju pintu gerbang Jalur Semeru

Group Photo

Permulaan pendakian kali ni aku gerak slow sikit. Main reason nak teman kan Fad, tapi ntah kenapa macam lain macam sikit pulak energy aku hari ni. Mula-mula tu memang saing sekali dengan yang lain tapi suddenly I cannot go. Aku pun tak pasti kenapa tiba-tiba rasa semput semacam. Mungkinkah debaran masih belum berakhir. So, jalan lah aku bersama Gojes & Aunty. Yang lain dah jauh meninggalkan kami. Tapi aku akui mana-mana pendakian pun, memang enjin aku lambat panas sikit.


Permulaan trail masih lagi landai
 
Signboard lokasi sentiasa available di setiap track untuk info para pendaki

Trail makin lama makin steep menuju Pos 1

Hampir satu jam lebih juga nak sampai ke Pos 1 Semeru. Weehuu, terus nampak Semangka (tembikai). Terus semangat nak teruskan pendakian. Kami rest 20min sebelum meneruskan pendakian. Kali ni aku tak jalan dengan Fad dah. Pass baton to Eein sebab katanya penat sangat, so, nak slow-slow dibelakang teman fad jalan. Ok. Lepas tu banyak jalan dengan Thirah…


After about 1 hour trekking, sampai di Pos 1

Relax dulu kita bergamba sambil enjoy semangka

Next Post 2, tak jauh dah dari Pos 1. Kejap je dah sampai. Rehat lagi… makan Semangka lagi. Aku tak ingat pun keluar duit beli Semangka sebab ramai sangat yang murah hati offer suruh amik je, hahaha. Terima kasih kalian. Not only Semangka, energy drink seperti Pocari Sweat & Isotonic juga ada dijual selain Mineral water. So, tak perlu risau sangat tak cukup air ke apa sebab supply boleh dikatakan ada kat setiap Pos Pendakian. Cuma perlu sediakan duit yang cukup saja. Standby siap-siap kat pocket seluar, senang nanti nak membeli. Baru aku akui, kebenaran aunty suruh prepare duit dulu dekat tempat yang senang nak capai before trekking, ini rupanya tujuan utamanya.


Happy Mizz Nier dapat makan tembikai di Pos 2

The mystical route

IDR5000 untuk 2 slice Semangka
Kalau macam ni  merah lah gayanya mendaki gunung Semeru, memang I rela repeat, hahaha

Bagi aku, harga semangka yang dijual berbaloi dengan kudrat orang yang nak angkut Semangka tu panjat Jalur pandakian Semeru. Seksa. Dan disebabkan Semangkalah, water bladder aku yang 2L tu boleh bertahan dari start pendakian sampai hari aku turun dari puncak Mahameru. Thanks Semangka, you save my supply. 


Kagum makcik ni mampu angkut tembikai sampai ke Pos 2 ni

Dah kenyang makan semangka, jom sambung balik pendakian kita. Next, menuju Pos 3.


Signboard reminder for trekkers

Another 4.5km menuju Ranu Kumbolo

Trail menuju Pos 3

Trail menuju Pos 3

Beautiful view korang boleh nampak dari Pos 2 menuju Pos 3

Kami rest sebentar di Pos 3

After Pos 3, jalan mulai steep menuju ke jalur seterusnya.


Track yang paling steep dari Pos 3 menuju Pos 4


To be continued...

6 comments:

  1. Kenapa si Wan tu tak pakai t-shirt merah? tak sepakat si Wan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko tengoklah badan dia, amik size L, hahaha. Sorry wan. Anyway dia pki jg last day tu.

      Delete
  2. Salam Hafizah!

    Kalau nak share tentative Semeru + Bromo boley? Plan nak pegi next year, tiket dah beli. Tentative nye xde lagik.. Hihiii kot laa boley share, boley bagi idea camner nnti.

    Thanks in advance! Selamat berpose

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, insyAllah nnt I sharevkat last post for semeru

      Delete
  3. Hi Hafizah,

    Bole tanya, medical cert ni compulsory untuk pendaki semeru sahaja ke? Kalau yg nak ke Ranu Kumbolo perlu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi jeerou, tak pasti, rasanya memang untuk mendaki semeru saja tapi you boleh confirm dengan mana-mana agent kat sana kalau nak ke ranu Kumbolo saja.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...