Pages

Monday, June 6, 2016

Misi Semeru 2016: Bromo Version 4.0

Bromo, Indonesia
Saturday, 28 May 2016


Tak tahu dah kali ke brapa Bromo entry aku ni. Agaknya kalau ada follower yang tegar baca mesti dah bosan dah dengar cerita pasal Bromo ni. Kenapa post kali ni Bromo Version 4.0? … Sebab dah kali ke-4 aku sampai kat sini. Tiap-tiap tahun tu, tak pernah bosan. Dah boleh jadi duta Malaysia ke bromo next time. Tapi yang pasti bukan sebab cintaku tertinggal di Bromo. Kalau aku fikirkan trip Gadis Semasa sahaja, barangkali, Bromo memang dah pangkah siap-siap dalan itinerary. Tapi memandangkan trip kali ni ramai nubis kubis, so, terpaksa lah aku ikutkan juga.


Dah banyak kali datang pun view tak pernah mengecewakan... awesome

Kali ni gerak awal ke Penanjakan 1 pun tak dapat nak mencelah lansung port yang best nak amik photo. Serius ramai giler orang masa ni. Nasib lah dulu pergi, dah pernah dapat port yang best, so, takde lah terkilan sangat. Tapi kali ni view Semeru tak kelihatan sangat. Mungkin sebab asap tebal dari Kawah Bromo dah block hampir keseleruhan view Semeru dari Penanjakan. Baru ingat nak amik feel before nak panjat esok dah potong, cheh. Takpelah yang pasti, misi Semeru tetap diteruskan.


Kali ke-4 dah untuk mereka... takde tempat lain dah ke, hahaha

Sebab dah banyak kali sampai sini, excited tu macam dah kurang sikit. Tapi happy je tengok geng Semeru yang first time sampai sini. Teruja mereka-mereka ini. Macam aku mula-mula juga dulu. Jakun tengok view kat bromo. Al-maklum pestaim juga masa tu. 


Nampak jugalah asap Semeru kat belakang tu
 
Tengoklah ramainya umat manusia kat belakang tu

Macam lukisan alam

We're Here

Selamat Datang

After Penanjakan 1, Muhe our guide suggest ke Bukit Cinta pulak. Tapi sebab aku dah pernah ke situ, so, aku hasut orang lain tak yah pi sebab view kat situ tak secantik di Penanjakan 1. Hahaha, tapi memang betul pon. Lagi pun nanti nak kena hike lagi sampai atas. Baik kita pi makan jagung bakar or lansung saja ke kawah bromo.


Tapi yang aku perasan jagung bakar kat sini tak sesedap & semanis dulu. Mungkin ikut musim juga.

Selepas dah sakan bergambar kat Penanjakan 1, destinasi seterusnya ke Kawah Gunung Bromo. Yang ni pun dah terkira banyak kali juga aku sampai. Rasanya semua trip kot aku pi Kawah Bromo ni. 2 kali dengan kuda & satu kali jalan kaki + hike sampai ke Kawah Bromo sambil ditemani 2 cowok. Kira dah merasa semua cara juga lah nak sampai ke kawah bromo ni. Naik kuda, jalan kaki & hiking. Rasanya kalau ada cara lain nak ke Kawah Bromo memang tak syak lagi aku nak cuba. Tapi sebab dah 3 kali sampai, rasanya cukuplah buat kali ni. Biar sajalah mereka yang tak pernah merasa pulak kan.


Kita santai-santai dulu layan view kat bawah ni... tadi tengok dari atas saja

Mount Batok... kami stop kat sini amik-amik gamba

Huru Hara... hahaha

Come on ladies
 
Aunty yang sporting

Kali ni hanya mampu mengiringi pahlawan berkuda kat belakang tu saja, hahaha

Enjoy korang

Scary pulak tengok asap tebal kat belakang tu
 
Kami yang ditinggalkan

About 2 hrs jugalah kami tunggu sambil-sambil buang masa hiburkan hati. Berjemur lagi. Emmhhh, belum apa-apa dah burnt dulu. Nak balik ke guesthouse, terpaksa fikir Cikgu-cikgu yang ditinggalkan, tak pasal-pasal kena berhimpit naik jeep dengan budak lelaki nanti, hahaha. Done with horse ride to Bromo, kami pulang semula ke Cemoro Lawang untuk brunch. Kena makan berat sikit, lepas ni kami akan direct ke Ranupani & hanya akan dinner pada malamnya.

After brunch, kami diberitahu aunty nanti ada pengumuman penting before kami bergerak ke Ranupani. Aduh, aku macam dah boleh agak pengumuman yang cuba disampaikan aunty nanti. Tapi masa tu, aku cuma berharap bukan itu lah yang akan disampaikan nanti. Berdebar sungguh. Ya Allah berilah aku kekuatan.

To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...