Pages

Friday, July 31, 2015

Rinjani Expedition Day 5: Plawangan-Senaru Campsite to Senaru Village Part 2



Continue from previous post

Kami sampai di Pos extra Senaru around 12pm. Kami berehat disini & having lunch. Kali ni lunch special sikit sebab kami tidak lagi diberi nasi berlauk tapi more to western style, spaghetti ala bolognese. Tak sangka pulak ada juga menu special ni tengah-tengah hutan trekking ni kan. Anyway, takdelah exactly macam resipi yang aku selalu buat or makan tapi more to Rinjani porter's style. Memang lain dari yang lain lah. And aku as usual memang tak boleh nak habis lah walaupun presentation memang nampak sangat menarik hati. Luckily, aku dah decide awal-awal nak share dengan kak Syu sebab dia pun tak berapa nak selera. Share pun still tak habis juga walaupun aku dah cuba sedaya upaya. Bukan tak sedap tapi memang takde selera sangat. At least, aku boleh kasi porter aku makan lebih sikit sebab mereka lagi memerlukan energy yang banyak compare to kami semua. Target masa tu cuma nak sampai kat ending point secepat yang mungkin jer. Tak sabar rasanya.


Picnic dalam Hutan

Lunch kami... Spaghetti Bolognese Rinjani Porter's style

Kami memulakan perjalanan semula before 1pm. Tak jauh dah dengan Pos 1 lebih kurang 1.3km lagi. We reached Pos 1, 45min later. Rehat kejap & sambung perjalanan semula. Another 1km to main gate Senaru.


The guides, porters & geng TSB

Sampai di Pos 1 Senaru

Finally, penantian kami berakhir, we reached at Senaru gate around 2pm. Tapi perjalanan ke main road is another half an hour. Hahaha, ingat dah habis kan rupanya kena jalan lagi. Before we proceed to main road & ended this hiking trip, ada acara penutup dulu. Kiranya, kata-kata aluan dari Uncle & guide yang bertugas. Bila sampai turn aku nak cakap, huish, terharu tak tahu nak cakap apa plak. Anyway, thanks to everyone... Uncle Rashid, Guides... Anuar, Pak Wahid, assistant guides & all the porters. Alhamdulillah, misi kami berjaya. Sedih pulak rasanya. Terpaksa meninggalkan kenangan manis selama 4H3M disini. Cepat betul masa berlalu.


Alhamdulillah, mission accomplished

Yeah, we did it

Acara penutup... Sedikit sumbangan ikhlas dari kami
 
Preparation for another half an hour trekking to main road where lorry will pick up us to guesthouse area Senaru village

Till we meet again

Perjalanan ke main road diteruskan after short rest di pintu gerbang Senaru. Perjalanan memang leisure melalui kawasan perkampungan, ladang dan kebun. Nak lari pun boleh kalau larat. Lagi cepat sampai. Tapi Fad lah yang paling special skali sebab ada orang jemput dengan sepeda motor, hehehe. Sewaktu kami sampai, lorry pun baru datang juga. So, tak perlu nak menunggu lama. Agak effiecint jugalah pengurusan Karat adventure.


Last journey thru the Senaru village &  farm

Finally our last point, waiting for the transport

Pukul 2.40pm, pendakian pun berakhir & kami mula bergerak menuju homestay di Senaru village. Tak jauh pun, dalam 20min dah sampai. And paling penting sempat buat video klip satu, hahaha. Masa ni tak pasti juga kami stay kat mana tapi bila dah sampai baru tahu homestay kami terletak agak jauh dari group 20 & geng TSB. Kalau nak compare homestay di Sembalun jauh lebih selesa & menarik dari di Senaru. Tapi takpe lah memandangkan kami akan stay one night jer, so, just ok for me.


Perjalanan balik menuju ke guesthouse kami

Ohh, aktiviti paling menarik sekali malam ni di homestay kami, aktiviti yang aku paling tak suka, kemas barang, hahaha. Stress. Ingat boleh tido awal tapi terpaksa pulak berhempas pulas kemas barang. Tapi nak buat macam mana, nak tak nak kena harungi juga. Beginilah hidup traveller & hiker yang semasa sangat. Esok pagi, ada aktiviti yang lagi menarik & kena hiking lagi nak sampai ke situ. Lepas tu, check-out & kami akan ke Gili Island pulak. Hectic sungguh kan itinerary kami. But, anyway we have fun & enjoy.

To be continued...


Thursday, July 30, 2015

Rinjani Expedition Day 5: Plawangan-Senaru Campsite to Senaru Village Part 1

Sunday, 31 May 2015 
Plawangan Senaru - Senaru Village


Continue from previous post

After solat suboh pagi tu, aku tak sambung tido balik tapi terus berkemas apa yang perlu dulu sebab aku plan nak amik gambo masa sunrise kat area campsite porter kami, atas sikit dari campsite kami, takut nanti lama sangat spend masa kelam kabut pulak nak kemas last minute. Pukul 5.30pg macam tu, matahari dah start naik tapi sayang kalau dari senaru campsite memang tak dapatlah menikmati sunrise sepenuhnya sebab terhalang oleh puncak gunung di senaru crater rim. Anyway, view still awesome dari tempat kami amik gambo.


Sunrise seen from Senaru campsite... nampak cahaya jelah sebab blocked by Rinjani peak

Kami breakfast seawal pagi around 6.30am. Breakfast kami pagi ni simple saja, mee sedap & hot tea. Memang best rasa macam tak cukup satu mangkuk jer, hehehe. Oh, hot tea yang porter kami served always come without sugar sebab nya kami diberi another cup filled with sugar saja untuk kami letak sendiri, kiranya kami diberi pilihan jugalah nak air the semanis mana pun. Tapi ada ketika tu tak cukup juga tapi kami redha jer dengan situasi masa tu, source limited. After breakfast, aku kembali semula ke khemah, kemas apa yang patut sebab kami akan bergerak seawal yang mungkin.


Breakfast kami pagi tu Mee Sedap

Hari ni, kami akan melalui Senaru route Pos 3 --> Pos 2 --> Pos 1 --> Pintu Gerbang Senaru. Finally, another half an hour to main tar road di mana akan ada lorry yang datang pick up kami untuk dibawa ke guesthouse kami di Senaru village. Dan perjalanan hari ini dianggarkan 1jam setiap post termasuk post extra.


Rinjani Map (see right route from Senaru crater rim to Trek center)

Morning view of Rinjani from Senaru crater rim campsite

Kami memulakan pendakian pagi itu seawal 7.30am after short briefing by our guide Anuar. Basically, today will be descending trek down to Senaru. Tapi yang pasti the first 2hrs mmg agak terjal dengan trek menurun yang berbatu & berpasir. At this stage, buff memang sangat perlu sebab trek berpasir & agak berhabuk sepanjang turun menuju post 3. Just after pos 3, then baru start trek dalam hutan. 


Perjalanan kami pun bermula
 
Our last day trekking
 
Rasa tak puas menatap kurniaan yang sungguh indah ini

Trail berbatu menuju Post 3 Senaru bermula

Hike & having fun

View yang indah melalui trail yang berbatu

Sambil hiking turun sambil menikmati indahnya ciptaan Allah swt

Descending rocky trail from Senaru Campsite
 
Always in action... hahaha

Kami sampai di pos extra senaru around 9.30am. Rest kejap, amik gambo & continue trekking down to Pos 3.


Kami di Pos extra... cuba cari sesuatu yang ganjil di situ

Trek berpasir & agak licin

Langit biru mengiringi perjalanan kami

Kami sampai di pos 3 senaru around 10.20am. Kami rehat sebentar dalam 15min sebelum memulakan perjalanan yang seterusnya. After pos 3 ni, kami akan masuk trek dalam hutan pulak. Trek melalui hutan ni biasa-biasa saja, tak susah pun cuma agak lama & boring sebab takde view yang menarik macam trek thru sembalun-plawangan. 


Kami berhenti sebentar di Pos 3 Senaru

We're still OK after 2 hrs

Trail menuju hutan pun bermula

Inilah antara aktiviti kami sepanjang perjalanan bila ada jer org nak amik gambo, hahaha

Met with a beautiful adik-adik yang katanya nk ke Danau memancing

Trail heading to Pos 2

Trail heading to Pos 2


Kami sampai the next post around 11.30am. Masa ni ingat dah sampai pos 2 dah boleh terus lunch sebab nampak a few group group yang stop rehat kat sini, rupanya ada lagi satu post after this. Tapi kami rest jugalah sekejap & continue balik lepas tu. Just after half an hour, barulah kami sampai Pos extra. Alhamdulillah. 


Sampai pos 2 dulu


To be continued...

Tuesday, July 28, 2015

Rinjani Expedition Day 4: Plawangan-Senaru Campsite

Saturday, 30 May 2015 
Senaru, Rinjani, Lombok


Continue from previous post

Hari ni kami banyak masa nak berehat sebab kami sampai awal di Senaru campsite. Kalau nak compare dengan group lain, memang kami antara group yang paling last sampai. That's why sewaktu kami sampai, setiap sudut camspite di Senaru crater rim sudah pun meriah dengan hikers all over the world. World sangat lah sebab nampak mat salleh, hahaha. Ohh group 20 pax pun dah lama sampai. Siap nyanyi-nyanyi lagi untuk kami. Hahaha, jeleslah tu tadi tak dapat join buat video klip skali. Geng TSB katanya dah sampai pukul 1.30pm lagi, huish. Pantas & awal, hebat energy mereka ni. Aku teringat cakap Uncle Wahid masa trekking otw nak ke sini tadi, tak payah sampai awal sangat nanti panas di atas sebab campsite kami di atas crater rim sememangnya open space. Memang boleh imagine lah boleh rentung kalau sampai pukul 1 dengan cuaca yang panas terik. Alhamdulillah, masa kami sampai cuaca mendung menyambut kedatangan kami. Rezeki kami tak pelu merasai semua itu.

Memandangkan kami sampai agak awal, takde view yang menarik pun dapat dilihat ketika ini. Kabus agak tebal menyelubungi hampir keseluruhan Rinjani kaldera & danau segara anak. Pada masa ni yang kelihatan cuma deretan tenda disekitar Senaru crater rim. Barangkali petang sikit kot kami kena tunggu nak enjoy view dari sini. Katanya sunset dari sini sangat memukau. Cuaca kat sini pun unpredictable & ikut nasib juga. So, kalau dapat tengok sesetengah hikers yang manage to capture gambar lawo-lawo kat sini, memang rezeki mereka lah tu. Sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya kan.


Beautiful Mount Rinjani & Danau Segara Anak seen from our camspite
(pic was taken the next day at 6am)

Beautiful Mount Agung could be seen from Senaru Campsite
Below the clouds are Gili Island

While waiting for our porters preparing the dinner, masa ni lah uncle Rashid tiba-tiba muncul. Kalau tengok macam baru buat lawatan kat campsite bawah group 20. Kalau ikutkan, hari ni uncle bawa group syamin & geng menawan puncak. Ya, memang betullah, lepas jer turun dari puncak uncle terus ke Senaru. Memang uncle dah janji yang dia akan jumpa kami di Senaru tapi tak sangka pulak uncle bersungguh & sepantas kilat dah sampai. Huish kagum aku dengan Uncle yang dah berusia setengah abad tu. Stamina beliau memang tak leh nak lawan lah. Aku tak pasti samada uncle lalu route danau nak menuju ke senaru or could be the other short way. Yang pasti dah sampai pun dengan happy nye. Alhamdulillah


Porter kami sedang busy memasak untuk makan malam

Kami dinner around 6pm macam tu. Hari belum gelap tapi kami dah dinner dulu. Hari ni special sikit, ada ayam goreng & sambal kentang. Yang pasti sayur campur berkuah harus ada. Makan kat atas puncak pun tapi presentation dia pun boleh tahan. Tersusun je lauk ke dalam pinggan kami. Kagum juga tengok kesungguhan porter kami ni melayan kami. Teringat lagi masa ni, ada keinginan nak minum tea lagi tapi bila mengenangkan air kami tak cukup, terpaksa aku lupakan hasrat nak enjoy hot tea while waiting for the sunset. Padahal porter dah offer suruh amik dalam kettle. Haaa, tak sampai hati.


Dinner kami yang special

Senja hari ke-4, kami dihidangkan dengan view sunset yang indah dari Senaru campsite. Rezeki kami nak menyaksikan kebesaran Allah swt. Rasa tak puas jer. Malamnya, takde aktiviti yang menarik pun, so, kami bebas lah nak buat apa pun, hahaha. And since today is our last night, and Pak Wahid pun dah pesan suruh enjoy malam ni jangan tido, so, kami pun gunalah masa & peluang yang ada menghiburkan hati masing-masing. Aku pasti apa yang kami buat memang boleh dengar sampai camspite group 20pax & yang sewaktu dengan nya tapi apa barang kan tido awal. Nasib baik kami buat concert dalam tenda sebab masih fikir tak nak ganggu hikers yang lain disekitar Senaru camspite. Malam masih muda & esok kita nak balik dah. So, make use lah masa yang ada. Luckily hiburan kami mendapat perhatian porters kami, siap hantar popcorn 2 kali round & hot tea, hahaha. Aku pun tak pasti samada mereka have fun or memang tak sanggup nak dengar tapi yang pasti mereka suruh nyanyi lagi setiap kali datang, hahaha. Uncle Rashid pun siap datang tengok apa yang kami buat tapi yang best Uncle siap cakap sila proceed, hahaha. Adoi. Ingat datang nak kasi amaran suruh diam ke apa kan tapi dapat green light plak. Uncle memang best & memahami kami.

Kalau tunggu sampai tengah malam memang sangat cantik view malam kat sini dengan jutaan bintang di angkasa. Bila lah dapat nak capture milky way ni. Maybe I shud do something on my next trip. Oh ya kalau bangun awal pagi sekitar pukul 2-5am, boleh tengok trail of light on the way menuju puncak Rinjani. Indeed, memang boleh nampak dari sini tapi pagi tu aku bangun around 4am takde lah banyak sangat kelihatan, maybe not so many hikers for today session.


Matahari makin melabuhkan sinarnya

Subhanallah carpet awan yang terbentang luas dapat kami saksikan daripada puncak campsite

To be continued...


Thursday, July 23, 2015

Rinjani Expedition Day 4: Danau Segara Anak to Plawangan-Senaru

Saturday, 30 May 2015
Plawangan sembalun - Danau segara anak 
Rinjani, Lombok

Estimated Time: 3 to 4hrs

Continue from previous post


Alhamdulillah, kenyang lagi, tak terasa pun macam lunch sebab awal sangat makan, hahaha. Lepas dah selesai makan semua, kami pun bersiap sedia berkemas apa yang patut. Semua peralatan harus dibawa. Dan macam biasa, kami hanya perlu mengemas barang personal kami sahaja. Selebihnya, khemah, sleeping bag, mat & yang sewaktu dengannya diuruskan oleh porter & guide kami.

Kami bergerak menuju Plawangan-Senaru crater rim seawal 10.30pagi. Dan kami adalah antara group yang paling awal mula & paling last sampai, hahaha. Macam biasalah, Uncle akan letak kami dekat port yang paling dekat dengan tempat nak bermula pendakian yang berikutnya. Aku tak tak pasti samada kebetulan atau sememangnya sudah dirancang. Dan group kami selalu diletakkan agak jauh daripada group 20pax. Tapi yang pasti, mula paling awal pun, paling last juga lah yang sampai. Tapi bagi aku tak ada apa yang nak dikejarkan kalau sampai awal pun. Maybe advantage nya bolah rehat lama sikit lah.


Berkemas untuk perjalanan yang seterusnya

A must place take photo kalau di Danau Segara Anak

Perjalanan kami hari ini bermula dengan melalui tepian danau segara anak. About half an hour juga berjalan sehinggalah kami menemui simpang nak masuk ke Hutan pokok tinggi (tak tahu nama pokok apa ntah, hentam sajalah). Sampai kat simpang ni, kami rehat sebentar nak kasi laluan kepada group 20pax mendahului kami. Kasi orang veteran lalu dulu. Rasa macam lagi aman kalau mereka berada kat depan kami dari dibelakang, hahaha. Kalau nak ikutkan speed, boleh jer tapi sebab kami nak jalan sambil menghayati keindahan alam, so, maybe will take sometime nak bergerak pantas. 

Yang pastinya, moto kami " PELAN PELAN TAPI PASTI"... yeah. Bak kata pepatah takkan lari gunung dikejar.


Perjalanan kami melalui tepian Danau Segara Anak

Preparation entering the 7 peaks

The real journey to Senaru crater is begin

Perjalanan melalui 7 puncak pun bermula. Takde lah naik sampai ke puncak pun tapi kami akan lalu gunung yang ada 7 puncak. Tapi yang pasti, trek makin lama semakin mencanak & terjal. Sampai ada satu ketika tu, guide kami Pak Wahid terpaksa buat lawak ntah apa-apa tengok kami semua diam saja tak bergurau senda. Masing-masing tengah layan derita sebab tak jumpa jalan bahagia. Anyway, just enjoy the hike & have fun.


Perjalanan diteruskan

Semakin jauh meninggalkan Danau Segara Anak

Perjalanan akan jadi stress kalau kita jalan saja tak enjoy apa-apa, so, hike & having fun

Trail heading to Senaru crater rim is becoming steep

Trail nak ke Plawangan-Senaru campsite memang seriously mencanak saja

Terserempak dengan jemaah yang sedang menunaikan solat otw ke Senaru

Awesome view of Danau Segara Anak

Pic kat bawah adalah port paling cantik & cun nak amik gamba danau segara anak. Memandangkan kami group yang paling last. So, masa yang ada kami gunakan sebaik mungkin untuk buat video sensasi. Tapi yang pasti, lagu "balik kampung" dendangan kami, Uncle cakap macam dah jadi viral dikalangan porter, hahaha. At least ada juga lah kenangan indah kan kat sini. Agaknya, dari mula trekking tadi tengok kami semua diam & serius kan, haaa... dah buka mulut melalak, baru tahu, langit tu tinggi rendah. Tujuan kami sebenarnya nak menghiburkan hati yang tengah kepenatan saja pun. Tapi yang pasti memang best sangat dapat buat aksi yang orang lain tak sempat buat, hahaha.


Spot yang paling cun nak amek gambo & buat video klip, hehehe

My Passion

Another angle of Danau Segara Anak

Trail is getting steeper as we approaching Senaru camspite

Kami sampai Senaru crater rim campsite at 2.45pm. Almost 4 hours jugalah kami trekking. Alhamdulillah, by the time kami sampai semua dah siap. Khemah & toilet dah setup, cuma tunggu time nak makan untuk dinner jer. Oh ya, aku teringat yang sumber air kat sini sangat terhad sebab kita berada di atas crater rim. Jika tidak porter terpaksa turun 1 jam ke bawah (route yang paling dekat nak dapat kan sumber air) & another 1 hour return, fuhh. So, memang kami terpaksa berjimat cermat dengan lebih sangat sebab tak sanggup rasanya nak susahkan porter kami turun bawah. Sampai gosok gigi pun pakai 100plus lemon lah, hahaha. Nak jimat air punya pasal.


Campsite kami yang agak limited space

Camspite disekitar Plawangan-Senaru crater rim


To be continued...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...