Pages

Friday, April 11, 2014

Hong Kong Day 5: Macau Day Trip

Macau, China
Tuesday, 4 Mac 2014


Lebih kurang jam 7.30 pagi kami dah gerak dari hostel menuju ke China ferry terminal berpandukan map HK yang aku ada. Luckily, kami pegi ke Macau ni not on weekend, so, takde lah kena queue beli tiket. Sampai-sampai jer memang terus nampak counter ticket. Masa tu ada juga orang yang offer kami herge ticket lagi murah tapi memandangkan kami ni kat negara orang baik takyah cari pasalkan, so, beli saja yang kat counter. Harga tiket untuk ke Macau ni ikut kelasnya juga... ada business class & economy class. Kami yang budget ni confirmlah ekonomi class saje. Price for one way HKD159. Kekerapan feri adalah setiap 15 minit. Tak perlu risau kalo terlepas. Alhamdulillah, kami sempat catch 8.30am ferry. Tapi jangan lupa bawa Passport sebab kita nak ke negara China yea. Masa ni aku sedikit keliru kenapa dia amek declaration slip aku. Masa aku tanya, dia just kasi insyarat suruh aku masuk jer. Masa tu risau juga kan, hehehe, tapi takpe nanti balik kami akan isi declaration from yang baru punya.

Memandangkan, aku duduk kat tengah, so, takde apa yang menarik pun aku dapat tengok. Kepala pun dah start pusing & badan pun dah rasa lain macam, baik aku cuba lelapkan mata walaupun tak mengantuk pun masa tu. Aku ada masalah sikit kalu naik ferry ni lagi-lagi kalau tengah rough sea. Teringat dulu masa gi offshore, setengah jam je dalam toilet untuk trip 2 hours nak sampai ke rig, gara-gara loya yang melampau. Sudahnya, terpaksa stay kat luar sebab tak tahan dah. Anyway, bukan aku sahaja, satu group yang pergi ngan aku pun sama sampai client pun risau tengok samada kami boleh buat keje ke tidak, hehehe. Tapi itu saja tipsnya, dapatkan udara yang segar untuk elakkan kemualan, takpun makan asam. 


HKD159 economy class for one way trip to Macau

We arrived Macau Ferry Terminal 1 hour later. Masa ni dah memang agak excited nak travel tanpa hala tuju yang pasti, hehehe. Dah keluar kat arrival hall tu, ramai agent-agent yang menawarkan pakej-pakej. Aku tak tau brape harga pakej tu, sebab tak berminat pun. Tapi kami sempat jugalah dengar sorang travel agent yang fasih berbahasa Inggeris selepas dia cakap Cuma dengar sahaja tak perlu ambil. Ok, kami pun dengar sajalah and membantu jugalah sikit. Sebenarnya dia berharap juga kami akan terpengaruh lepas dengar cerita dia tapi ternyata kami memang tak.

Lepas tu, kami terus ke tourist information counter nak dapatkan map & sedikit information about Macau from the staff. Staff dia pun memang banyak membantu kami & siap bagi suggestion mana tempat yang kami perlu lawat. Masalah kami masa tu Cuma nak pecahkan duit kecik nak naik bus. Bank kat situ tak nak terima duit HKD, so, kami terpaksa ke money changer dulu buat pertukaran. Dah dapat tukar, bank dia pulak tak kasi tukar banyak-banyak, hampeh betul, apa lah gunanya nama kau bank. Agaknya kalau kami-kami ni sampai after peristiwa MH370 mahu tak layan lansung nie...huh. So, kami pun pakatlah pakai saja duit kecik yang ada, takpelah rugi sikit pun sebab no return money. 


Terpaksa buat penukaran duit Macau sebab duit kecik HK tak cukup nak bayar ngam-ngam bus fare

Jom waiting for bus at terminal maritimo

Since our target is Macau tower, so, kami naik bus no. 32

Macau is a popular place for day-trippers from Hong Kong. Macau used to be a Portuguese colony until 1999. That's why most of the places in Macau still being influenced by Portuguese. And now, this former portuguese colony also popular known as the vegas of the east. No wonder everywhere in the Macau cities you could see various casinos. Even from Macau ferry terminal, there were so many free shuttle bus to various casinos. Kami memang ada plan nak ke The Venetian tapi tourist guide yang kami jumpa masa mula-mula sampai di Macau tadi cakap, too early and casino still not yet open. Anyway, aku bukan nak pergi berjudi pun, cuma nak ke area situ amek-amek gambo je pun. So, kami pun decide nak menuju ke Macau Tower dulu. Yeah.


Grand Lisbon Casino

Ada sculpture menarik di Macau Tower ni

Most of the signboard in Macau still maintaining the Portuguese language 

Sempena meraikan tahun kuda in last CNY

The fact...


Macau Tower is a tower located in the Special Administrative Region of the People's Republic of China. The tower measures 338 m (1,109 ft) in height from ground level to the highest point. There’s an observation deck with panoramic views, restaurants, theaters, shopping malls and the Skywalk X, a thrilling walking tour around the outer rim. It offers the best view of Macau and in recent years has been used for a variety of adventurous activities i.e. skyjump and Bungee jump, and now has become the second highest commercial skyjump in the world. (source)


Zoom in... Macau Tower

Macau Tower shopping mall... just next tower

Macam tak caya jer dah sampai ke sini

Keriangan tak terhingga

After dah puas bergambar di area sekitar Macau Tower, kami pun bergerak sebab our next target was Senado square. And kami perlu cepat sebab banyak lagi tempat yang konon-kononnya ingin kami lawati... hahaha. So, kami pun tunggu bus di tempat yang kami turun tadi. kalau tengok map memang banyak bus yang lalu senado square, so, kami naiklah mana-mana yang bas yang sampai dulu. Tak perlu menunggu lama sebab bas memang sentiasa ada. So, kami pun dengan confident nya naik tanpa tahu kat mana sebenarnya nak stop nanti. Masa naik tu sempat lah aku cakap kat driver bus tu senado square & dia just angguk and say something in chinese. Masa tu aku perasan lah yang dia pandang kami ni dua macam. Emmhhh, abaikan. Masa otw nak ke destinasi kami, tiba-tiba pakcik bas tu pun ngomong jawa, "orang Indonesia ya" errkkk, itupun lepas penumpang cina dia semua dah turun, kami tak cakap ya or tak tapi dia macam suggest jugalah tempat-tempat menarik yang boleh kami lawat. Lega pulak rasa dapat dengar orang cakap bahasa. Mungkin dah lama duduk sini kot. Kerana terpengaruh dengan cakap uncle tu, kami pun stop kat area A-Ma Temple. Masa turun tu kami tak tahu pun itu adalah A-ma temple. Huh, tempat yang kami tak target pun nak pergi. Actually, ada jer tempat menarik di sekitar area A-ma temple ni e.g. Maritime museum, Lilau Square tapi nak kena menapak jauh sikitlah. So, kami jalan-jalan jugalah cari tempat yang menarik tu tapi sebab tengok map macam jauh sangat pulak so, kami cancel plan nak ke Lilau square and back to our main agenda nak ke Senado square. And again we have to wait for the bus. 


Touch of colonial design

Area di sekitar A-ma Temple

Ama temple

We followed this route as per map

Heading to Lilau Square

Signboard to guide you... luckily ada juga bahasa omputeh

Ada juga traveller yang agak lost macam kami

We stopped until here... Moorish barracks

Moorish barracks is a brick and stone neo-classic structure with Islamic architectural influences. The building stands on a raised granite platform above the street level and used to have a direct view towards the riverside


Laluan ni memang ngam-ngam untuk laluan bus juga... segala ceruk tau bus ni lalu

Otw to Lilau square tu kami ada terserempak dengan sorang chinese lady & sorang lelaki Indon yang katanya tengah servey Halal food in Macau. Terus cakap bahasa. Dia orang ni pun sama lah macam kami komplen pasal susah nak cari Halal food & kalau ada pun mesti Indian food and confirm sangat mahal. Kami memang dah noted pun pasal tu, so, kami bagi advise kat both of them bawa makanan sendiri jelah kalau nak save cost... hehehe. Anyway, dia orang ni memang sangat peramah. Masa kami tunggu bus nak ke Senado square, again kami jumpa chinese couple from malaysia. Kalau dia tak cakap bahasa memang tak sangka pun, they were malaysian.

Again, dengan confidentnya kami menaiki bus menuju ke Senado square. Kerana confident nya, boleh tak, aku yang duduk kat tepi tingkap ni boleh tak perasan yang sebenarnya kami dah stop pun kat senado square tu. Aku memang perasan signboard kat bawah ni tapi sebab takde satu pun yang tulis "senado square" or "Largo de senado", so, aku and Kay yakin yang kami masih belum sampai. Tapi bila bas dah bergerak balik, Eein tiba-tiba bersuara, "weh, bukan ni ke tempat dia, cuba korang tengok betul-betul dalam map, kan sama lantai dia tu". Masa tu, aku & kay punya lah nak sedapkan hati kan, "eh, tadi kat signboard tu takde tulis pun senado square". Tapi lepas tengok map tu and compare dengan gambaran di luar bas kami yang dah bergerak, confirm memang situlah tempat yang sepatutnya kami turun. Wargghhhh... dah terlajak. Sampai hujung stesen lah jawabnya. Aku ni punya lah ingat yang bus ni akan patah balik so, kami tunggu lah kat dalam bas tu sampai lah semua orang dah habis turun and bila sampai stesen yang terakhir, driver bus tu halau kami turun. Cheh.

Rupanya nak tunggu bas dan naik bus kat sini, stesen dia lain-lain yea. Mana kami tahu. So, puaslah kami bertanya dengan menggunakan bahasa isyarat sebab confirm orang kat sini tak reti speaking. Lepas tu tunjuk jalan pun guna bahasa isyarat jugalah. Alahai, tunjuk jalan macam lah kami tahu kat mana tempat dia. So, kami pun jalan lah follow as per instruction sampai jumpa satu stesen bas ni. Tapi yang hairan bila dah ada bus berhenti, kami still tak boleh naik, katanya kena naik kat tempat lain. Huh, kami pun melilau lah mencari stesen bas yang betul. Finally, jumpa pun berkat usaha kami sendiri. Yelah nak tanye local people, belum lagi kami nak tanya, dah lari, takpun sanggup pusing jalan jauh semata-mata nak elakkan kami. Kami ni ada rupa terrorist ke? Or sebab kami pakai tudung? Emmhhh whatever. Alhamdulillah, dah dapat bas, kami tekad nak terus balik sebab kecewa dengan apa yang berlaku hari ini. Lagipun kami nak kejar solat, kat sini tak jumpa pulak mana-mana tempat yang kami boleh solat... susah juga berjalan ditempat orang yang majoriti nya bukan orang Islam.. Lesson learnt, next time please do proper planning yea.


Kerana kurang memahami bahasa portugal... kami tersasar dari tujuan asal kami nak ke Senado Square, padahal singboard ni betul-betul aku boleh baca dari dalam bus tapi yang pasti memang takde lansung tulis pasal senado square

Macam mana kami boleh tahu kami dah tersasar sebab lantai dia yang belang-belang tu exactly macam gambar kat senado square yang dalam map, adoii macam mana lah aku boleh tak perasan, huh

Lega sangat bila dah dapat masuk ferry nak menuju balik ke Hong Kong, which is much much much better then Macau. Hari yang tak berapa nak menyeronokan sebab aku rasa macam dah hilang mood sikit sebab apa yang terjadi hari ni. Maybe, I should learn something... being a traveler in foreign country.


Memandangkan dah kecewa sebab tak dapat ke tempat lain, kami pun pulang dengan perasaan yang hampa

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...