Pages

Thursday, October 31, 2013

Jerangkang Waterfall Part 3

Jerangkang waterfall, Maran, Pahang 
Sunday, 6 Oct 2013 


Continue from previous post.

Today is our last day.

Seawal 6.30 pagi aku dah tersedar sebab dengar huru-hara kat khemah sebelah.

That morning our activity was free and easy. So, masa ni lah aku amek peluang ke area yang kami tak sempat nak cover semalam. Sebab kalau nak hiking ke puncak, kami takkan melalui pool area ni. Port yang sangat best untuk swimming ditambah pulak dengan view yang sangat memukau. I spend around 1 hour there, balik semula ke khemah sebab nak tolong prepare breakfast pulak.

Menu kami pagi tu, Nasi goreng & Mamee Chef Curry Laksa (menghabiskan stok yang masih ada). Memang terbaiklah Chef pagi tu... Selera I makan tau.


Awesome view

After breakfast, kami kembali semula kat pool area yang kami pergi pagi tadi. Kali ni kami mandi for the last time before gerak balik ke KL. Memang sangat best rasa macam nak duduk sini jer tak nak balik... I wish I could... lupa segala kekusutan kalau dah masuk dalam air tu. 


View yang indah... tempting tak tengok air dia

Aksi terbaek dari Tok Ketua

Kalau nak dibandingkan Bekelah & Jerangkang, bagi aku Bekelah lagi cantik and trek hiking nak sampai ke atas lagi better dari Jerangkang. Tapi, masing-masing ada keistimewaan & keunikan yang tersendiri. So, never judge my statement before you really go there and witness with your own eyes.


Place to relax your mind

I wish I could stay here

With the youngest girl

Last pose from us

Group Photo

Candid Action
Kami hiking turun dalam 1.30pm. Sampai bawah before 2pm and have to wait for 40minutes for 4WD to pick up us. Again, we had to face the horror experience... hehehe. Tapi kali ni aku telah offer duduk depan sebab nak kasi anak Azli peluang merasa azab duduk kat belakang pulak.


Nak balik dahh

See u on next trip

Bye Bye Jerangkang...

We reached kedai Pakcik Mansor 3.30pm. Before balik, kami sempat lah lunch dulu kat kedai Pakcik Mansor, changed and solat. After dah settle semua, baru kami gerak balik ke KL, dalam pukul 4 lebih jugalah masa tu. Alhamdulillah. 


Lunch dulu before balik ke KL... ini jer yang tinggal

Banyak betul pengalaman manis & kelakar yang berlaku kat sini. Kalau diingat-ingatkan memang nak pecah perut lah ketawa. Anyway, biarlah menjadi rahsia antara kami sahaja.

Agak-agak nye bila lagi lah boleh ke sini. 

End of of my Jerangkang Trip. 


...Insyallah kalau takde aral melintang, ke Ulu Slim pulak lepas ni...


Wednesday, October 30, 2013

Jerangkang Waterfall Part 2

Jerangkang waterfall, Maran, Pahang 
Saturday, 5 Oct 2013 

Continue from previous post.

Alhamdulillah, kekenyangan. Thanks Kak Mastura for the special & delicious lunch preparation. Tak sangka kan dapat makan ayam masak merah kat tengah-tengah hutan ni. Kagum sungguh... hahaha.

After lunch & solat, around 2 PM macam tu kami pun memulakan perjalanan kami menuju puncak Jerangkang which is our main target. Reminder!!! Please wear suitable hiking shoes sebab trek hiking memang sangat licin kalau melalui batuan air terjun.


A must tool for natureporn lovers

Bagi aku, trek nak sampai ke Puncak Air Terjun Jerangkang ni memang agak horror dan sangat mencabar. Aku lagi prefer repeat mount Kinabalu 10X dari naik puncak air Terjun Jerangkang ni lagi... bunyi macam dasyat kan... hahaha. Maybe to some of us, trek dia OK jer cuma at certain point tu memang sangat memerlukan kekutan fizikal dan mental nak sampai kat atas. Kalau fizikal je kuat mental tak cukup macam-macam boleh fikir kalau dah lalu kat tempat-tempat yang agak curam tu. Nasib baiklah kami ada guide-guide yang gagah belaka... hehehe. Actually aku tak kisah kalau trek berbatu tapi kalau licin memang sangat problem kat aku because I've a very unhappy true  story on that.

Emmhh... no wonder lah takde orang yang naik sampai ke atas puncak walaupun ade a few groups yang kami nampak di permulaan trekking pagi tadi. Laluan trek kami pun takde tanda-tanda orang baru lalu pun. Maybe ade juga tapi bukan selalu orang akan sampai ke atas. Actually kat bawah pun dah cukup kalau nak melepaskan gian. Tapi kalau nak lagi kepuasan tahap maksima kenalah naik sampai atas... why??? sebab lagi banyak beautiful hidden spot kat atas tu.

Jom enjoy the photos below...


View at the very beginning of our trekking

Menemani Cik Eein sepanjang trekking

Subhanallah... Indah nye ciptaan Allah

Trekking thru side of waterfall flowing

View at one of the Jerangkang Waterfall

Takkan tengok & amek gambo je kan... let's feel it

We spend less than half an hour here. Memang tak puas mandi tapi memandangkan kami nak ke puncak tertinggi, so, perjalanan harus diteruskan

Rocky path

View from top

Another level of Jerangkang waterfall

Another awesome view

Tak rugi kita amek masa untuk menikmati keindahan ciptaannya

Another beautiful hidden waterfall

After 1 hour trekking thru series of cascade waterfall, finally we arrived at puncak Air Terjun Jerangkang. Subhanallah, memang sangat cantik view atas ni. Now, I understand why we had to face horror trekking path at first just to reach this Beautiful hidden place. Allah has created that way for a mankind to explore and appreciate the nature. So, think on positive side, setiap kesukaran itu pasti ada hikmah nya.

We spend around half an hour, mandi-mandi & taking photos... memang layan. After that, kami pun bertolak turun, again we had to face the horror trekking trail... hahaha. Spend almost 1 hour jugalah sebab kesukaran nak naik sama je macam nak turun. We still followed the same way, no other way yea Cik Hezrin... terpaksalah Awi umpan cara macam tu nak kasi ko naik sampai atas.


Yeah sampai juga

Lompatan kejayaan... hehehe

Lutut masih sakit tapi ku gagahi juga

On the way back to our campsite, kami singgah another port of pool area... memang sangat cantik. Tapi tempat ni best kalau nak buat tiruk or flip jump. We spend another half an hour jugalah kat sini... semata-mata melayan Tok Ketua yang sibuk nak menunjuk skill front flip jumping dia tulah... last-last gambar blurr... oppss. Kesian, hehehe. Lain kali suruh yang pakar yea snap gambo.


Ada jer tempat best nak amek photo

Antara spot yang best juga nak tiruk or flip jump

Alhamdulillah sangat puas hati walaupun tak puas mandi

We spotted this giant caterpillar on the way back

Kami sampai di campsite dalam pukul 6 petang. Lepas dah mandi-mandi & bersihkan diri, ade pulak minum-minum petang, our menu...cekodok & Vico panas, memang layannn. Kalau dah lapar tu kan apa pun layan jer... hehehe. 


Our main menu for tonite's dinner... Ayam BBQ, terus hilang segala kepenatan

Gotong Royong nak siapkan dinner

After dinner, our next night aktiviti, layan lawak & game merapu dari Tok Ketua kami. Still have fun anyway, sampai lah masing-masing tak larat dah nak layan. 

Before 10PM, masing-masing dah masuk khemah... kepenatan setelah penat berhempas pulas petang tadi yea. 

Aku terus dibuai mimpi sehingga ke suboh... zzzzzzzzzzzz.

To be continued...



Monday, October 28, 2013

Jerangkang Waterfall Part 1

Jerangkang waterfall, Maran, Pahang
Saturday, 5 Oct 2013

Penat balik dari Bangkok pun tak hilang lagi, aku dah masuk hutan plak kan. But, to me whatever things that makes me happy & enjoy, there's no such word "penat" in my life's diary. Alhamdulillah, trip yang sngat menyeronokkan and best. Thanks to our organizer of this trip Mr Spark for your great arrangement from A to Z. Arrgghhh, lama nye tak masuk hutan, terasa seolah-olah disuntik "nature spirit" sebaik sahaja melangkah masuk ke Hutan Lipur Jerangkang. Ya Allah, I really missed this moment after taking such a long break away from your beautiful hidden gem.

On the day of event, kami telah berkumpul seawal 12 pagi di Tol Gombak dan memulakan perjalanan kami hanya 1 hour later after short briefing by our Tok Ketua. Azli. After 1 & half hour, we had a short break at RnR Temerloh. Masa ni memang dah tahap mengantuk gila babas tapi tahan juga lah sebab aku terpaksa bertahan for another 1 hour to reach our real destination. Lepas 1 hour break, kami sambung perjalanan sekitar 1 jam macam tu until kami jumpa Exit Srijaya. From there, only for about another half an hour to reach Kedai Pokcik Mansur @ Paya Bongor, port untuk kami buat preparation (distribute ration) before ke real destination, Jerangkang. Tak salah aku, same place also for those yang nak ke berkelah. Alhamdulillah, kami sampai around 4am. Masa ni dah perasan ada another group juga masa tu. Nasib baiklah dekat dengan Masjid, so, boleh lah lelapkan mata ni sekejap sementara nak menunggu solat suboh. Hakikat nye, tak berapa nak nyenyak pon sebab benda yang aku tak nak betul-betul ada masa tu, adalah pulak. What a bad day for first day? Tahan jelah kan dengan segala paint killer yang ade.


Ni lah kedai Pokcik Mansur

Alhamdulillah, ada masjid just next Kedai Pakcik Mansur

After solat Subuh, kami terus bersiap-siap & ready. Tak sempat pun nak breakfast sebab masa ni 4WD kami dah sampai & kami perlu cepat sebab ada another group juga yang nak masuk. Nanti kalau lambat, dapat port campsite yang tak best. Anyway, bagus betul perancangan Tok Ketua kami. 


Last preparation before bergerak masuk ke Hutan Lipur Jerangkang

Tengoklan senyuman lebar masing-masing... excited nye tak sabar nak masuk Hutan Lipur Jerangkang ni, ke... pantang nampak camera, hehehe

Geng-geng lelaki sila jaga beg-beg kami OK

Seawal 6.40pagi kami dah bertolak dari kedai Pak Mansur.

Now, the real adventure to reach our true destination is begun. 1 hour ride thru a 16km miserable offroad... which took approximately 1 hour. Anyway really enjoyed walaupun terpaksa mengharungi halangan sepanjang perjalanan kami. Punggok satu hal sakit, terpaksa pulak mengelak kalau ade pokok & dahan yang rendang yang block perjalanan kami.

Lesson learnt: Next time kalo orang offer duk depan jangan tolak yea.

We reached our destination 1 hour later. But, this is not place we will setup our tent. We had to walk another 20min thru a moderate & leisure hiking trail to reach our real camping spot.


4WD that brought us here

1st Campsite at Hutan Lipur Jerangkang but... we're not going to camp here

Ambik barang masing-masing nak gerak dah nie

Perjalanan kami bermula thru Hutan Lipur Jerangkang

Jom

Ade tangga nak memudahkan pendakian ke campsite

Dah sampai pun 2nd campsite... apa lagi, buat lah apa yang patut

Setup khemah dulu

Campsite 2... strategic spot for Hammock lovers

View yang sangat Indah untuk permulaan pagi di Jerangkang Rainforest

Masak air for our breakfast

This is our delicious morning breakfast... Mamee Chef Curry Laksa

Subhanallah

Waterfall just nearby our campsite... the main & nearest water source

Lepas dah kenyang apa lagi... masuk khemah & tido zzzzzzz.

We continue our activity only after lunch.

To be continued...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...