Pages

Sunday, April 29, 2012

Apam Polkadot yang cute



Malam tadi, me & my sister for the first time bersama-sama mencuba buat apam polkadot. 

We followed resipi from sheely@myresipi.com. Thanks Sheely for sharing a very good & easy recipe. Memang tak susah mana pun nak buat, semua bahan boleh didapati di kedai Best Mark Trading Saujana Prima, Kajang. Just nearby my home sweet home. 



Bahan-bahan (50 biji papercup medium )
  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa pewarna 


Cara-cara

  1. masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak


Apam polkadot yang sedia untuk dikukus


Dah siap tapi polkadot dia tak obvious sangat so, kena add more color


Pakai muncung plastik ni for better spreading


Apam polkadot... tengah tunggu giliran nak dikukus... hehehe comot skit polkadot nye sebab muncung plastik tak smooth


Jeng Jeng Jeng... ni lah hasil nye selepas dah tambah color skit
Memang sangat sedap & gebulah... kalau nak lagi sedap letak blueberry filling tu banyak skit yea


Apam polkadot ni tak semestinye kena buat polkadot jer, depends on your own creativity. Kalau rajin, you can create any design you like to make it more attractive. Mula-mula tu ade plan nak wat angry bird tapi color lain takde plak kan so, maybe next time boleh cuba buat.



Happy Try



2 comments:

  1. babe ko kena cuba...
    aku dapat rasa sipi2 apam polkadotnye.. mmg sedap, x tipu wo...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...