Pages

Friday, April 27, 2012

Cape Rachado


Tanjung Tuan, Melaka
Sunday, 1st April 2012

Entrance fee: RM1 per person

Sebenarnye, plan nak ke Tanjung Tuan ni datang bila kami plan nak bermalam di Ilham Resort. Plan bermalam kat Ilham Resort asalnye nye nak menghilangkan penat lepas habis treasure hunt kat PD. Tapi dah alang-alang dekat sangat tu kan, so, panjang lah langkah nye. Memang aku tak pernah amik tahu pon pasal Tanjung Tuan ni, tau pon sebab belajar sejarah dulu. Rupanye, Tanjung Tuan ni bukan setakat rumah api jer tapi macam-macam ade kat sini. 

Let's explore it.


Welcome to Hutan Rekreasi Tanjung Tuan


Tanjung Tuan ni terletak di Negeri Sembilan, Malaysia, tetapi di bawah pemerintahan negeri Melaka. Sebab tu still orang kenal Tanjung Tuan Melaka bukan Tanjung Tuan Negeri Sembilan. Tanjung Tuan ni betul-betul menghadap Selat Melaka dan terletak kira-kira a few km from Port Dickson, Negeri Sembilan.

History of Cape Rachado a.k.a Tanjung Tuan


Asal usul...

Katanye... Tanjung Tuan dikaitkan dengan seorang nelayan yang juga keramat yang menjaga dan mengawasi puncak Tanjung Tuan.

Kehebatan keramat ini bermula apabila berjaya melepasi pusaran ganas di tengah laut terutama sekali pada bulan mengambang. Semua nelayan yang cuba melintasi pusaran ganas tersebut akan tenggelam dan hilang begitu sahaja tetapi nelayan yang keramat ini berjaya melintasinya.



Let's start the journey



Jauh lagi rase nye nak sampai nie



Scorpio... Sempat terserempak dengan makhluk Allah yang ganas ni... the color is so unique



Can use this route for bird watching



Wahh... dah nampak apa yang dicari



We're here... tak sabar nak tengok lighthouse


Tangga menuju ke puncak


Sampai-sampai jer, kami kena naik tanggak nak ke puncak. Dah sampai depan lighthouse, tak boleh masuk pulak, tengok dari luar jer. Cheh, penat aku naik tangga tau. Maybe sebab rumah api ni full operational kot, so, dia tak nak ade orang datang sabotaj or buat bukan-bukan so dia tak open to public. Lagi pun rumah api ni tinggi, kalau masuk pon bukan boleh amik gambo sampai kat atas... still kena keluar skit nak dapat full frame. Ade logik nye juga. Tapi nak menunjukkan ketidakpuasan hati aku panjat juga lah nak dapat amek gambo depan... hopefully takde CCTV kat situ.



Tak dapat masuk kat dalam... bergambo atas pagar pun jadilah



The Lighthouse...
After Portugal conquered Malacca in 1511, the Portuguese wanted to build a lighthouse to guide its ships. Tanjung Tuan was chosen and the cape was named Cape Rachado by them. Subsequently, a lighthouse was built between 1528 and 1529. As Malacca switched hands to the Dutch and later to the British in 1641 and 1824 respectively, so too did the possession of the structure (source: wikipedia




Rentis Rumah Api... Tahap mencabar OK... maybe for beginner



Rumah Api Tanjung Tuan... sekarang dah canggih ade radar lagi kat atas tu



Wakaf Perhilitan

Wakar perhilitan ni starting point nak masuk ke hutan Tanjung Tuan.



Migration route of birds in Tanjung Tuan


Laluan Burung...

Dari segi ekologi, saintis mempercayai Tanjung Tuan merupakan jambatan bagi pengaliran baka flora dan fauna dari Tanah Besar benua Asia ke Kepulauan Indonesia. 

Kawasan ini juga dijadikan sebagai kawasan laluan yang sangat penting untuk perjalanan burung-burung berhijrah dari Benua Asia ke Kepulauan Indonesia, dari Benua Asia ke Selatan serta daripada Selatan balik ke Benua Asia.



Route to Pulau Intan



Route to Pulau Intan



Hutan Simpan yang masih kekal keindahan nye


Pelantar Pemerhati 1


After pelantar pemerhati 1, ade meja piknik untuk rehat-rehat kejap. Kami tak bawa makanan pon sebab budget nak pergi kejap je. So, rehat minum-minum je lah. Lepas tu proceed our journey back.


Meja Piknik


Rintis ke Pulau Intan


Pokok ni seakan-akan sarang burung yea... very unique


Konon-konon nak ke Pulau Intan



Pokor berduri



Pelantar Pemerhati 2


Lepas sahaja pelantar pemerhati 2, kami turun tangga lagi... sebab rupa nye jauh lagi nak ke Pulau Intan. Tapi tak lama lepas tu, kami decide nak patah balik sebab takde sorang pon antara kami yang familiar dengan tempat kat situ. Tapi kalau ikutkan route, memang terus jer ke bawah... turun track tangga yang dah ade tapi memikirkan takut ke lainpulak nanti, kami pun pakat patah balik. Cikgu pompuan yang saing kami pon patah balik. Mula2 memang dia orang dah proceed tapi bila nampak kami nak patah balik, dia orang pon follow juga. Lagi pun at that time cuma group kami jer yang ade kat situ tak nampak plak orang lain.

Frustrated juga lah sebab tak sampai ke pulau Intan. Tapi masing2 pun macam sedap kan hati konon-konon nye akan ke sini lagi sebab nye kami tak cukup korum. Ntah bila lah agak nye tu...Rupa-rupa nye, ade plan nak jalan-jalan cari makan juga lepas tu, patutlah trip kami dipendekkan masa. Baru aku tau masa on the way nak balik tu. Takpelah... aku pun takdelah teruja sangat nak explore Tanjung Tuan in one day... memikirkan kepenatan memburu harta karun semalam masih tak redha lagi. So, aku pun follow the majoriti. Tapi, Insyallah, kalau ade qudrat lagi memang akan ke sini lagi nanti.


Follow the right trail for your destination



Awesome view from top of Tanjung Tuan... tak clear sangat sebab kabus agak tebal



Monyet ni penghuni setia tempat ni



The lighthouse... view on the other side



Kami dah sampai... korang ade?


Nak cycling pun boleh


Ilham Resort... just walking distance from Tanjung Tuan Entrance


Aku rase kalau bukan sebab kami bermalam kat Ilham resort, maybe takkan ke sini lahjawab nye. Anyway, I really enjoyed this short trip hiking. Insyallah, next time kita cukup kan korum nak ke sini lagi and hopefully by that time too, Cik Gojes still with MMC... dapatlah kami menumpang kasih... hehehe.


5 comments:

  1. Salam

    Hmm... Seingt aku la, kita x p pulau intan tu, sbb kita xtau jalannya jauh lg ke, dekat ke... Dan kita patah balik, sbb msg2 mmg kelaparan, tatau la kot ko kebal lg... Tambahan plak, kita tak bawak bekal makan, air pun botol kecik je sorg2... Takde timbul pun diskusi jjcm tgh2 hutan tu... Cuma yg kuar dr mulut kami "jauh lg ke eh? Tgk papan tanda cam dkt dh... letih la, penat, lelah, dahaga, lapar, bila nak sampai ke pulau ni?"

    Allahu a'lam

    ReplyDelete
  2. Kite patah balik sebab aku n Amy dah kelaparan. Breakfast cuma air kopi secawan tak beri tenaga. Rasanya masa tu mmg ramai yg lapar. Tak tau pun pasal ada route ke Pulau Intan sebab cuma plan ke Rumah Api. Kalau ada stock makanan, insya allah dah selamat pun kita ke pulau Intan.

    Lagi ngeri teringat budak yg kena dukung tu. Dia ada
    ayah nak dukung, agak2 aku kalo exhausted ada ke org larata nk usung?

    Plan JjcM takde kaitan kenapa kita tak sampai ke Pulau Intan.

    Sekian. Just nak explain kenapa aku ajak patah balik hari tu.

    ReplyDelete
  3. oh yeke... xpelah itu citer part aku :-) sbb aku ngk route yg kita follow tu mmg nk ke situ

    timer kaseh lah tolong clarify... aku ingat patah balik sbb tak sure jalan

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas kekongsian pengalaman anda. Amat berharga kpd saye untuk memahami tempat terseubt. Cheers ! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...