Pages

Showing posts with label GSH. Show all posts
Showing posts with label GSH. Show all posts

Tuesday, September 15, 2015

Mahameru akan ku seru namamu


Syukur Alhamdulillah, sahabat hiking kami, Kak Syu dah berjaya menawan Semeru sehari yang lepas. Kami hanya kenal sebab trekking skali ke Rinjani. Tapi semangat dia memang tak dapat diragukan. Mother of 3, yang paling cute & kecik antara kami masa tu tapi the most toughest among all of us. Seriously kagum. Kecik-kecik cili padi.

Risau pulak bila dengar citer Kak Syu yang menggambarkan permulaan Semeru menuju Kalimati basecamp landai sahaja dengan aggaran masa 8jam. Hanya jalan menuju puncak Mahameru yang agak pacak & paling horror (memang dijangkakan pun).

Estimated Hours
Ranu Pane – Ranu Kumbolo – 4hrs
Ranu Kumbolo – Kalimati – 3hrs
Kalimati – Puncak – 5-6hrs


Thanks Kak Syu for this memorable caption... Really appreciate it

Apapun Tahniah Kak Syu, I know u can do it. Thank kerana mengabadikan nama kami di puncak Mahameru. Nama dah sampai dulu, orangnya tak tau bila, hehehe. Nama atas kertas putih tu bukan cabaran tapi misi GSH for year 2016. Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk kami di sana nanti.


Ranu Kumbola... harap jadi kenyataan


Apa yang menjadi persoalan sekarang… mampukah aku?

Keep our dreams alive GSH & we will survive, In Sya Allah



Perjalanan mahameru itu bukan perjalanan alam tapi perjalanan hati -5cm-



Wednesday, August 12, 2015

Riang Ria Raya bersama GSH

Saturday, 8 Aug 2015
Cameron Highland


For the first time, kami GSH dapat kumpul bersama-sama. Alhamdulillah, walaupun ada yang kena paksa, hahaha. Macam biasalah kalau tak, takde nya nak join skali. Anyway, we were really having fun together although it's only for 2D1N. Walaupun main reason kami kali ni dengan tujuan nak join Copthorne Run tapi dah alang-alang tu kan, kita lanjutkan ke aktiviti sampingan. Walaupun, initial idea nak panjat gunung tapi memandangkan kami sampai lambat & aku tak mendapat sokongan penuh ahli lain, so, setakat ladang teh Bharat jer lah kami mampu. Kecewa juga tapi nak buat macam mana majoriti has spoken. Anyway, cuaca yang tak menentu sekarang pun salah satu penghalang juga. Hamba akur.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami

Kalau tak cameron maybe kami takkan lah sepoyo ni tapi dah alang-alang ke Cameron & bulan Syawal pulak tu kan, macam rasa, huish rugi kalau tak buat sesuatu yang pelik.

Dah habis melengas bergambo kat Ladang Teh, kami ke YZ Agro farm nak lunch sebab masing-masing pun dah kelaparan. Tujuan utama aku nak makan scone, tak sangka pulak ada menu nasi berlauk. And lauk pauk dia memang best. And entry kali ni memang banyak makan saja.


Our Special lunch at YZ Agro farm... macam-macam ada, thanks to Bungolale yang recommended tempat best ni kat kami, 2 hari kami makan di sini saja

Tapi mee kari kuah pekat ni menajdi pilihan hati

Menu wajib makan kalau ke YZ Agro farm ni

After lunch kami ke Sungai Palas pulak, ingat dapat lah sambung lagi drama kat sana tapi nasib tak menyebelahi kami, hujan tiba-tiba lebat skali. Emmhhh esok lah nampak nya ke sini after larian, tu pun kalau sempat. Dengan kecewa kami pun pulang ke teratak Bungolale di Ringlet. Malamnya, plan nak ke Pasar malam Brinchang last-last dinner kat Hill station Tanah Rata saja, gelak-gelak & makan lagi, hahaha. Anyway, menu kat Hill Station ni pun best-best juga & agak variety. Nak ke pasar malam Brinchang pun dah agak lambat, esoknya kami perlu bergerak awal ke Copthorne Hotel. Larian dijangka bermula seawal 7.30pg. So, pulang semula ke Ringlet, balik tido & prepare untuk esok.


Cukup korum kali ni, makan lagi... hahaha

Hopefully dapat meneruskan aktiviti bersama-sama lagi di masa akan datang. Nak travel together-gather memang agak mustahil lah sekarang sebab komitmen kami yang berbeza tapi InsyAllah semoga ukhwah ini berterusan till Jannah.


Monday, July 6, 2015

Iftar Santai @ Karat Adventure

Sunday, 5 July 2015


Untuk pertama kali kami berbuka bersama di Karat Adventure since our first trip with Karat Adventure to Rinjani. Konon-konon nak reunion lah tapi nak wat camne ada yg tak available kan. Plan asal last week terpaksa cancel sebab tak ramai yang confirm tapi Alhamdulillah minggu ni berjaya juga gathering iftar together walaupun tak cukup korum. Cikgu Nisa & Eein nanti kita gathering raya pulak, InsyAllah.

Dari mula kenal kat kedai Karat kt kampung Pandan yang lama sampai lah sekarang yang terbaru di MPAJ Ampang. Alhamdulillah. Kedai Uncle Rashid & Aunty Aishah semakin berkembang & yang terkini dah up sikit to 2 tingkat. So, lepas ni any discussion regarding hiking trip akan berlansung di level 2 lah nampak gayanya. 


Gathering Iftar GSH di Karat Adv

Rasa macam berada kat area campsite gitu

Menu Iftar kami semalam… special grilled lamb with black pepper source. Memang recipe terbaik

Ni bukan special request ya tapi Add on, hahaha

Apa yang best kali ni, konsep kedai di tingkat 2 kedai lebih kepada santai & leisure. Fe feeling berada dekat campsite gitu eventho reality nya kami dalam bangunan konkrit. Anyway, kita orang semua suka & enjoy sebab skali skali mai karat dapat jugalah feel camping gitu. 

 
New attraction kat Karat Adventure shop

Boleh lah nak fe feeling berada kat camspsite, hehehe


Semua ukhwah ini berkekalan. Amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...