Pages

Tuesday, April 26, 2016

Jejak Sakura 2016: Apartment at ShinOsaka

Osaka, Japan
Saturday, 16 Apr 2016


Alhamdulillah, kami sampai di Shin-Osaka station sharp as per timing. Dah sampai, next step cari apartment yang kami dah book thru Airbnb. Info yang dia dah kasi memang ok tapi masalah sebab kami tak jumpa sepeti apa yang digambarkan. Aku still nak salahkan owner sebab tak kasi tahu yang apartment tengah under maintenance. Kami yang tak tahu ni, confirmlah ingat bangunan yang macam tak siap, adalah apartment yang dimaksudkan. Adoi. Bila call June (owner) balik dia siap salahkan kami tak follow instruction yang dia kasi thru email. Lepas dah bertekak beberapa kali thru wassap call baru jumpa apartment yang dicari. Lega walaupun sedikit geram sebab dia sendiri pun tak familiar dengan area apartment dia sendiri. Puas kami kasi landmark yang berhampiran, boleh dia tak tahu. Yang hairan nya Cleaning station, 7E & Lawson yang terletak berhampiran dengan apartment takde dalam instruction route map yang diberi kepada kami.

Aku tak sure nama apartment ni tapi dalam Airbnb tulis ShinOsaka,Namba,Kyoto,KobeWiFi*D10 (Host: June). Accomodation all done by Cik Eein. Apartment ni memang untuk 6 pax, so, ngam sangatlah dengan kami. Kami sewa 3 malam disini memandangkan kami akan ke Hiroshima & Kyoto day trip from Osaka. Total 3 malam, RM225.46 per pax. Jadi lagi mahal sebab banyak sangat extra charge.


Shin-Osaka Station

Ada proper bicycle parking nearby train station

Laluan jauh menuju apartment, jalan 5min ada, rajin nak follow jalan yang 15min

Amik route jauh... kena Lalu lorong rahsia ni
 
Kalau dah berbungkus macam ni, korang rasa boleh tak keruan juga nak compare dengan bangunan asal, hidup-hidup kami ingat bangunan tak siap lagi, tipah tertipu
 
The main reason kami pilih apartment ni sebab dekat dengan Shin-Osaka station selain good review from previous travellers. Katanya, 5min saja kalau kami follow route yang betul. Tapi sebab kami terlebih rajin & nak menikmati suasana di Osaka ni, so, we choose longer route, hahaha. Alasan sangat kan padahal dah silap. Boleh tahan jugalah menapak dalam 15min. Patutlah menjadi keraguan sebab rasa macam jauh sangat pulak. Rupanya dah sampai Malaysia, bila nak provide review to owner, tengok balik rupanya ada shortcut. Dan mungkin shortcut tu yang akan jadi 5min sebenarnya, emmhhh. Kami yang tak faham instruction barangkali. Lesson learnt, kena lah study map dengan lebih tekun selepas ni. 


The Kitchen

Toilet & Bathroom. Toiletries also provided.

Room 2 saja yang ada katil

Main Room... between Room 2 & Kitchen area

Overall ok cuma takde water heater. Ni memang tak boleh blah, tak tahu macam mana boleh terlepas pandang. Merana 3 hari mandi air sejuk yang amat. Washer & Dryer ada tapi kami boleh tak notice ada kat balcony. Aku memang tak tahu pun balcony wujud sebenarnya sebab tak duduk bilik kat dalam. Rice cooker pun takde. So, kami guna frying pan yang ada sajalah masak nasi. Dan itu sajalah yang ada untuk masak-masak sebab kami memang masak sendiri. Cuma sekali dua jer makan kat luar. 

Pocket Wi-Fi also provided & kami boleh bawa keluar juga tanpa charge.

Lesson learnt, next time kalau nak book thru Airbnb kena make sure apa yang ada disenaraikan patut ada dalam rumah. Check betul-betul. Macam kes kami ni, horror jugalah takde air panas. Tapi aku baca review takde pulak orang complain pasal ni.

After check-in, rehat sekejap and petang sikit baru kami start with our activities at Osaka.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...