Pages

Wednesday, September 2, 2015

Ada apa dengan Kota Tinggi

Ahad, 30 Aug 2015
Kota Tinggi, Johor


Plan asal nak mendaki Gunung Panti bertukar kepada plan lain, jalan-jalan di Kota Tinggi. Hajat di hati memang nak panjat Panti tapi apakan daya, takde cukup informasi untuk kami nak ke situ. Risau juga walaupun trek dikatakan agak leisure for beginners. So, plan has changed and we all decided nak jalan-jalan di Kota Tinggi sahaja. Apa yang menariknya Kota Tinggi ni? Jom explore...


Air terjun Kota Tinggi

Dulu selalu dengar antara daya tarikan kat Kota Tinggi ni, Air terjun nya. And finally, aku di sini. Kalau ikutkan plan asal, air terjun suppose to be our second agenda after Gunung Panti tapi memandangkan harapan tak kesampaian, makanya, kami memulakan agenda pagi Ahad kami, ke Air Terjun Kota Tinggi yang katanya sangat popular suatu ketika dahulu.

Kalau ikutkan hari ni, Johor tak cuti tapi menjadi kehairanan kerana wataerfall sangat ramai orang. So, aku assume yang ramai datang ni, mereka-mereka yang dari KL balik bercuti di Kampung halaman, hahaha. Apa taknya hampir setiap ceruk waterfall penuh dengan orang. Ingatkan dapat lah nak berjimba sakan tapi emmhhh. 


Hari sekolah kat Johor pun ramai orang

Ohh, nak ke waterfall yang paling atas kena hiking sikit lah naik tangga. Tak lama pun, kalau dari bawah lebih kurang 10-15min juga. Kami naik sampai atas tapi kat atas pun rama juga orang, adoi. Spoil lagi. Cuma yang tak ramai orang tempat waterfall yang paling atas lah, tempat yang air paling dalam. Lagipun, tempat ni dah diletak tanda amaran disebakan pernah ada kes disini dan juga halangan untuk tidak dimasuki pengunjung tapi ramai jer yang masuk. Tapi bagi aku kalau pandai berenang memang takde masalah, air tu dalam mana pun. Cuma konfiden atau tak jelah.


Kena trekking nak sampai yang paling atas

Trekking lagi untuk sampai ke waterfall paling atas

Waterfall yang paling atas & paling dalam

Sampai sini jelah waterfall nya

Kami spend tak lama pun kat sini. Adalah dalan 2 jam saja. sebab makin lama makin ramai pulak orang yang datang. Air pun macam keruh jer. I pun risau nak berenang. So, after mandi-mandi, kami pulang semula ke Felda Pasak & petangnya kami plan nak menjejak sejarah pulak. 


Menjejak sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Idea nak melawat Sultan Mahmud mangkat dijulang datang sewaktu kami berada di rumah Mak Mah (mak kepada sahabat, Fad & Adeq). Masa duk tengah diskus apa nak buat sempena cuti merdeka ni, tiba-tiba datang plak idea nak gi Kampung Makam yang dikatakan tempat bersejarah yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. So, after a short trip to Kota Tinggi waterfall, petangnya kami menjejak sejarah pulak. Aku excited pun sebab aku pernah terlibat dalam pementasan drama sewaktu zaman sekolah rendah dulu. Kiranya mengimbau kenangan lalu lah ni, hahaha. KLMJ sangat. 




Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang yang terletak di Kampung Makam adalah antara tempat yang paling terkenal di Kota Tinggi, Johor. Makam tersebut banyak menyimpan sejarah Kesultanan Johor dan lain-lain kisah dalam sejarah Melayu masa kini. 


Makam Sultan Mahmud

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang

Mengikut kitab hikayat Tuhfat al-Nafis, al-kisah... cerita ini berlaku apabila Laksamana Bentan (dikenali Bintan pada hari ini), iaitu Megat Seri Rama, telah berperang untuk menumpaskan lanun di perairan Johor atas perintah Sultan Mahmud Shah II (keturunan sultan Melaka).

Pada suatu hari, isteri Megat Seri Rama yang sedang mengandung, telah bertemu dengan penghulu kebun Sultan yang sedang membawanangka untuk dipersembahkan kepada Sultan. Dang Anum kemudian telah meminta seulas nangka kerana dia mengidam. Penghulu kemudiannya memotong seulas lalu diberikan kepada Dang Anum. Ketika Sultan Mahmud Syah hendak bersantap tengah hari, baginda menyedari bahawa nangka yang hendak disantapnya telah diusik orang. Sultan Mahmud amat murka kerana dihidangkan dengan sisa orang dan memerintahkan Dang Anum ditangkap dan dibelah perutnya menyebabkan kematian isteri Laksamana.

Tak salah aku, nak menunjukkan yang Dang Anum mengidam disebabkan bayi dalam kandungannya, setelah perutnya dibelah, dengan kuasa Allah swt, bayi dalam tersebut sedang memegang seulas nangka & disaksikan lah seluruh yang ada disitu, wallahualam. Aku tak pasti kesahihan cerita ini tapi dulu masa zaman sekolah rendah, aku terlibat dalam pementasan drama “Sultan Mahmud mangkat dijulang”. Dan salah satunya melibatkan adegan ni lah. Masa tu aku bukanlah pelakon utama nya tapi hanya pencerita untuk keseluruhan drama sebab ini adalah pementasan pantomin.

Beberapa hari kemudian, Laksamana telah kembali ke Kota Tinggi dengan membawa kejayaan cemerlang bagi angkatan tentera Johor. Selepas sultan memberi anugerah kepada Laksamana, Megat pun balik ke rumahnya mendapat khabar buruk daripada Tun Aman yang mengatakan bahawa isterinya telah mati. Laksamana merasa marah, kecewa dan menangis apabila mengetahui isterinya telah mati. Megat Seri Rama kemudiannya berazam untuk membalas dendam kepada sultan kerana bagindalah yang memerintahkan supaya isteri kesayangannya dibunuh.

Pada suatu hari Jumaat, Sultan Mahmud Syah bersama pembesar telah berangkat ke masjid untuk bersembahyang. Sultan telah ditandu oleh pengawal-pengawal istana. Ketika azan pertama berkumandang di udara, Sultan Mahmud terkejut melihat Laksamana berdiri sambil menghalang lalu lintas baginda. Laksamana berkata "Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!". Sepantas kilat, laksamana terus menikam Sultan dengan kasarnya. Suasana di perkarangan masjid gempar apabila darah sultan yang berdaulat telah mengalir ke tanah! Semua jemaah terpaku. Sultan tidak berputus asa lalu menyentap sebilah keris yang tersisip di pinggangnya lalu dilontarkan di kaki laksamana. Sultan terus betitah "Tujuh keturunan laksamana tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi...." Berberapa minit kemudian, baginda menghembuskan nafas yang terakhir. Megat yang tiba-tiba memuntahkan darah pula mati secara tiba-tiba.(source)

Katanya, sumpahan tu dah berakhir pun. Last sumpahan, waris dikatakan muntah darah sehingga menemui ajalnya ketika berada di Kota Tinggi. Tapi kenapa mesti 7 keturunan ya. Rasanya mana-mana sejarah pun, kalau nak sumpah mesti 7 keturunan. Anyway, aku takdelah percaya pada sumpahan ni. Boleh jadi dah ajal dia kan. 


Makan ini terletak di dalam kawasan masjid Kampung Makam

Makan Sultan yang dijaga rapi

Senarai Sultan yang dimakan kan di sini, sebahagian nya tidak diketahui


Beautiful sunset di Teluk Sengat

Selepas menjejak sejarah di Kampung Makam kami bergerak ke Teluk Sengat pulak, otw jalan menuju Desaru. Katanya disini sunset sangat cantik. So, kekecewaan nak mengejar sunset di Puteri Harbour terubat sikit jugalah hari ni. Walaupun tak perfect tapi ada jugalah kan dari takde, hahaha. Anyway, sunset ni ikut nasib juga. Kalau bertuah memang dapat capture moment yang ohsem.


Sunset di Teluk Sengat


Keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty 

Next agenda after sunset, kami ke Jetty Tun Sri Lanang pulak. Jetty di sini adalah antara jetty yang dijadikan tempat untuk membawa pelancong menyaksikan keajaiban kelip-kelip. Compare to Kuala Selangor, kat sini boat ada engine. Dulu kat Kuala Selangor kami naik boat yang pakai pendayung jer. Scary juga sebab boat kecik dan penumpang pun boleh naik 5 orang sahaja including the boatman. Sungai yang ada buaya pulak tu, hahaha. But still we supplied with a life jacket. Berlainan sekali dengan Jetty Tun Sri Lanang dimana boat with engine & sangat besar yang boleh memuatkan hampir 40 orang dalam satu masa. Kiranya kehebatan kelip-kelip disini setanding juga dengan di Kuala Selangor. Bezanya cuma route nak tengok kelip-kelip di Sungai kota ni lebih panjang compare to Kuala Selangor yang lebih pendek routenya. Kelip-kelip di Kuala Selangor juga lebih banyak compare dengan kat sini. 

Trip tengok kelip-kelip ni lebih kurang 45min melalui Sungai Kota. And fee yang dikenakan RM20 per person. Macam biasalah, it's hard to capture the fireflies with camera. Maybe kena special camera kot baru boleh kan. So, enjoy tengok sajalah keajaiban Allah swt.


Jetty Tun Sri Lanang

Alhamdulillah, dalam satu hari saja kami dah sempat khatam 4 tempat yang menarik & unik di Kota Tinggi ni. Kota Tinggi waterfall, Makan Sultan Mahmud mangkat dijulang, sunset di Teluk Sengat dan kelip-kelip di Tun Sri Lanang Jetty. Tak sangka banyak juga daya tarikan Kota Tinggi. Yang aku hairan orang Kota Tinggi pun tak habis lagi explore apa yang menarik yang ada kat Kota Tinggi ni. Sanggup tu ke Kuala Selangor semata-mata nak tengok kelip-kelip padahal kat kampung sendiri yang lagi dekat tu pun ada, hahaha. Mungkin tak kerana kami yang dari KL ni datang, maybe sampai sekarang, Cik Fad & Adeq tak tau ada tempat nak tengok sunset cantik & keajaiban kelip-kelip di Tun Sri Lanang. Anyway, thanks bawa kami jalan-jalan kat Kota Tinggi ni. Terima kasih tak terhingga to Fad & Adeq kerana kesudian mengajak kami bercuti di Kota Tinggi. 


4 comments:

  1. thanks for info..insyaallah next month nk ke sana..kalo jadi..sbb de kenduri...xdela boring sgt kan..ada macam2..cantik2 gambar...

    ReplyDelete
  2. Walaupun saya orang kota tinggi, tak pernah pergi tengok kelip2 katjeti..haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...