Pages

Tuesday, November 18, 2014

Sokcho Day 2: Soeraksan

Mount Soerak, Sokcho
Tuesday, 21 Oct 2014


Hari ni hari kedua kami di Sokcho. And of cos agenda kami yang utama hari ni, hiking to Mt soerak.

Seawal 6.30pagi kami dah bergerak keluar dari hotel hankang park menuju soeraksan. Tapi agak kecewa sebab hujan pagi tu. Masa tu, aku berharap sangat biarlah hujan beransur setibanya kami di sana nanti. Tapi apakan daya, kuasa yg maha esa menentukan segala-galanya. Hujan tak lansung menunjukkan tanda-tanda nak berhenti... tapi kami teruskan juga menuju soraksan national park. Just hoping miracle to happen. 


Dari Hankang Park, kena cross jalan tunggu bas kat seberang kalau nak ke Mt Soerak

Station bus berhampiran Hankang park

Bus to Mt Soerak

Ingatkn jauh sangatlah soraksan dari hotel kami. Adalah dlm 5min jer dah sampai... The last stop. Dari Hangkang Park Motel, kami boleh naik samada bas no 7 or 7-1, kalo tak yakin, boleh jer tnye driver bas tu. Bus fare 1200 won to any destination. Please make sure prepare duit kecik or cukup-cukup tapi tak perlu risau sebab kalau terlebih the driver will return your balance. Apa yang aku respect sangat driver bas kat sini, walaupun tak reti speaking, korang cakap jer nama tempat tu & they will stop the bus and kasi tau korang dah sampai, hehehe. So, no worries. Aku masih ingat lagi last day kami kat Sokcho, dari hotel kami amik bas no. 7 tapi tak sure pon nak berhenti kat mana sebab first day kami dari terminal bas sokcho naik taxi nak ke Hankang Park. So, masa naik tu kami cakap jelah nak ke terminal bas & dia angguk jer... kami punyalah fokus dalam bas nak tahu berhenti kat mana kan, tahu-tahu driver bas tu berhenti & inform us in korea dah sampai terminal bas... hahaha. Bagus kan.

And the best part, aku & fad dapat special gift "umbrella" dari uncle driver yang bawa kami on the first day to Mt Seorak. Terharu sungguh masa tu... Mungkin sebab dia nampak aku & fad takde payung & raincoat masa tu. Kamsahamnida uncle, I wish to meet u again. Your kindness really touched my heart. And Cik Fad masih simpan lagi payung pemberian uncle tu.


Beginilah keadaan masa kami sampai... hujan masih tak berhenti walaupun visitors semakin ramai

View from entrance to Mt Soerak National Park... masih hujan lagi

Entrance fee to Soeraksan National park is 3500won. Kalau nak naik cable car kena bayar kat station dia kat dalam. Fee 9000won return. If u choose hiking, no need to pay extra, only entrance fee. Lepas tu, boleh lah pilih any route you prefer to go. Hiking route dia memang banyak sangat. And every route promised different expectation. 

Information counter kat sini ada tapi the korean guy was not so fluent in english. Susah juga nak tanya detail. Anyway, bolehlah dapatkan information about the hiking route kat sini. Free map is provided. Get some advise & info from them first.

Macam kes kami ni. Dia tak suggest kami naik mana-mana route pun masa tu sebab hujan masih belum berhenti. Lebih lebih lagi route yang aku memang nak follow, Ulsanbawi. So, kami akur, safety comes first. Lagipun, aku pun tak prefer hike during rainy day without proper hiking gear. Kami pun cuma jalan-jalan jelah sekitar national park yang berhampiran. Nak keluar camera pun tak berani sebab tak nak amik risiko.

Cable car beroperasi walaupun masih hujan. Bagi aku agak risky tapi nak buat macam mana kan jumlah visitors semakin ramai walaupun hujan... Emmhhh. Tapi aku perasan ada juga geng-geng hiking ahjuma & ahjusi yang dah patah balik, maybe sebab hujan. 


Pengunjung semakin ramai walaupun hujan masih tak menunjukkan tanda-tanda nak berhenti

Lama sangat nak menunggu hujan berhenti, kita makan dulu... Brahim Nasi Goreng Kampung + Korean instant rice, actually aku simpan ni untuk makan masa kami hike nanti, konon-kononnya lah tapi nampak gaya memang taklah dengan keadaan cuaca yang masih hujan masa tu

After waited for almost 2 hours, finally kami decided nak pulang ke hotel & tido, hahaha. Apa aktivity yang lagi best dari tido hujan-hujan sejuk begini... Kann. Kami tinggalkan kay & the geng masa tu sebab fikirkan mereka-mereka naik cable car. Tapi kami berazam untuk datang balik ke sini on the next day. Sebab we still have one more day before return to seoul.

Petangnya, kami plan nak ke Abai Village & jalan-jalan di pekan sokcho. Plan ke Abai Village pun tak jadi sebab masih hujan lagi. Sudahnya kami berjalan-jalan di pekan Sokcho sahaja. Sambil-sambil shopping barangan outdoor. Macam-macam brand barangan outdoor kat sini. And price pun boleh tahan juga mahal... hahaha. Baru ingat nak shopping high cut boot kat sini for my next year ABC trekking tapi nampaknya kena fikir beli kat Pokhara sajalah nampak nya nanti.


Antara outdoor shop di Pekan Sokcho

Pekan Sokcho

Sempat jugalah rembat waterproof + windproof gloves kat sini

We returned to Hankang Park after 2 hours jalan-jalan di Pekan Sokcho. Nampaknya, itu sajalah aktiviti kami yang menarik hari ni. Susah juga kalau hujan-hujan macam ni nak buat sebarang outdoor aktiviti. Mungkin bukan rezeki kami hari ni... atau mungkin ada hikmah nya kan.

Apa pun kami berazam nak ke Soeraksan lagi... keesokannya. Just pray for a nice weather.


To be continued...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...