Pages

Tuesday, May 27, 2014

Family Trip Bandung Day 1

Bandung, Indonesia
Friday, 9 May 2014


Seperti yang dijanjikan kami pun menunggulah seawal pukl 7 pagi di Hotel. Tapi agak mengecewakan sebab hampir 40min menunggu barulah driver kami sampai itupun setelah kami call agent yang kami ambik tu report yang driver tak sampai lagi. Masa tu kami semua pun macam dah hangin jugalah sebab janji tak serupa bikin. Rupanya driver tukar pulak, lepas tu kasi alasan kami cakap pukul 8pagi. Serius aku tak boleh terima sebab malam tadi kami dah cakap & dah dipersetujui. Kerana tak nak merumitkan keadaan kami pun proceed sajalah. Aku bukan apa nak start awal sebab nak ke destinasi kami hari ini agak jauh juga & makan masa, so, aku plan kalo sampai awal dapatlah elak jam & orang pun tak lah ramai sangat… based on experience orang yang dah pernah pergi.

Forget about my dissatisfaction, jom kita explore our today’s journey to “A must see list” while you in Bandung, The famous... Gunung Tangkuban Parahu. 


This is my 4th volcano

Perjalanan dari Hotel kami ke sini memakan masa sekitar satu jam lebih juga but it depends on your driver’s skill too. Tapi yang pastinya otw nak sampai ke Tangkuban Perahu tu view memang agak awesome, kiri & kanan, Subhanallah. Don’t be surprised with the bad smell or ayat kurang sopan skit “bau kentut". It's normal, kalau dah makin dekat dengan kawah gunung berapi. It means, you are almost there… tak jauh dah tu. Dari main entrance nak ke Gunung Tangkuban Parahu agak jauh jugalah, dalam 15min drive thru jalan yang tak berapa nak ok & ascending. Alhamdulillah, masa kami sampai masih awal lagi & tak ramai visitors.

Let’s learn something about this place...


Tangkuban Parahu

Entrance Fee: IDR75K

Elevation: 2,084 m (6,837 ft) 
Location: Tangkuban Perahu, West Java, Indonesia 
Type: Stratovolcano 
Last eruption: February to March 2013 
Easiest route: Hike

Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak di daerah Jawa Barat, Indonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbunan pokok pine dan hamparan kebun teh di sekitarnya. Mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter, bentuk gunung ini adalah Stratovolcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfur belerang manakal mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah wap belerang. Purata Suhu hariannya adalah 17degC pada siang hari dan bisa mencecah 2degC pada malam harinya. (source)


Lagenda rakyat

Tangkuban Perahu bermaksud perahu yang terbalik. Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu berkait rapat dengan legenda Sangkuriang, yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi telah meletakkan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam masa semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang sangat marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu.

Emmhhh... adalah juga seakan-akan menyerupai perahu yang terbalik. 


Kawah Gunung Berapi Tangkuban Parahu

Close-up mode

Bawa mak melawat Gunung Berapi

Welcome to Gunung Tangkuban Parahu

Anyway, kami tak habis explore satu kawasan pun sebab masing-masing dah pening dek bau sulphur yang agak kuat. Bagi aku bau dia still ok eventho ko tak pakai mask. Cuma bila ada angin bayu jelah, semerbak bau dia, amek kau. To be honest, memang bau dia agak horror. To some people it may cause dizziness & hard of breathing. So, lepas setengah jam jer semua family aku dah masuk van except me. Of cos lah aku takkan berpuas hati. Dari jauh datang, lepas tu spend amek gambo kat depan kawah, that’s it. No no no, aku mengambil langkah berani berjalan sorang explore on the other side of Tangkuban Parahu area. Memang lah ada orang akan follow jer jual macam-macam, tips aku, buat tak tahu jer sebab nanti dah bosan confirm dia blah. Rupanya banyak lagi angle yang menarik kat Gunung tangkuban Parahu ni kalau kita rajin menapak sikit. Tak rugi, banyak juga ole-ole & barang-barang yang agak menarik dijual disekitar kawasan ni. 


Sila patuhi arahan yea

View disekitar area Tangkuban Parahu... full of souvenirs shops

Ade track for those yang nak explore view of Tangkuban Parahu from the other side

Still active volcano

Sila pakai masker kalau tak tahan bau sulphur

Deretan kedai sepanjang gunung Tangkuban parahu

Boleh sambung naik sampai atas kalau larat

The biggest crater, kawah ratu or Queen's crater

Kami spend tak lama pun kat sini, tak sampai satu jam pun rasanya. Aku sorang jer yang beria-ia berjalan nak explore area situ. Famili aku yang lain semua dah masuk dalam van sebab tak tahan bau busuk (sulphur), katanya. Bagi aku, bau dia agak mild, so, even tak pakai mask pun still ok kot cuma bila ada angin sajalah, boleh fening satu kepala. Tapi masa kami sampai tu cuaca agak panas & view pun agak cantik masa tu. Anyway, aku tak sempat explore sampai habis area disekitar Tangkuban Parahu ni sebab risau juga jalan sorang-sorang walaupun ramai jer orang masa tu.


Ambik masa jalan-jalan disekitar... macam-macam benda menarik & pelik ada dijual

Inilah antara hasil kreatif yang dihasilkan dari pokok batik kukun

Pokok batik kukun... original batik design

Dah habis explore... jom kita balik


Strawberry Land

Entrance Fee: Free (IDR10K kalau nak petik strawberry+free strawberry juice)

Strawberry land ni terletak otw nak ke Tangkuban perahu. So, dah alang-alang lalu tu kan kami singgah jugalah. Tujuanya nak minum air strawberry tapi adik aku pulak ajak teman dia petik strawberry. Layankan ajelah walaupun this is my first time. Kalau kat Malaysia aku tak sure kena charge berapa sebab tak pernah buat pun. Hasilnya kutipan akan dikira berdasarkan berat. Kat sini IDR70K per kg. Tapi kami tak kutip sampai 1/2 kg pun sebab tak banyak buah dia yang masak. Penat jugalah nak memilih, huh. Masa nak bayar tu aku noticed ada satu basket strawberry yang baru saja dipetik sampai. Lagi besar & nampak menarik pulak tu. Aku pun argue lah dengan cashier tu apsal size macam ni takde masa saya petik tadi. Dia punya nak pertahankan diri, cakaplah yang tu dari ladang lain. Cheh, memang sah lah sapa-sapa yang dah petik kena kelentong. Nasib baik aku tak beria-ia petik tadi. So, nak sedapkan hati aku suruh dia topup strawberry yang baru sampai tu dalam basket aku. Sapa suruh letak depan aku kan. Lepas tu ada orang yang lain baru sampai terus aku advise tak payah susah-susah petik, beli yg baru sampai ni jer sebab kami dah pusing satu ladang ni, dah takde pun yang tinggal, hahaha. Bagi aku dia orang ni macam tak jujur pulak, kalau tak berapa nak ada buah cakap lah awal-awal, kesian orang yang nak merasa nikmat petik buah strawberry tapi at the end tak ada apa sangat pun, cuma bau busuk baja jer. 


Lepas petik buah boleh tukar dengan secawan jus strawberry

Memang luas ladang strawberry tapi sebab dah tengahari tak larat nak explore semua

Ini sajalah hasil tangkapan kami, less then 1/2kg

The next day, otw nak ke kawah putih sebenarnya lagi banyak ladang strawberry. Boleh kata sepanjang perjalanan nak sampai tu lagi kiri & kanan, ada jer. And harga lagi murah tau, IDR35K per kg. Hahaha, menyesal pun tak guna. Anyway, I will story on my next entry to Kawah putih. 


Floating Market Lembang

Entrance Fee: IDR10K /person (including welcoming drink, boleh pilih hot or cold drinks) & IDR5K /mobil. 

Quick info:
  • Floating Market ini terletak di jalan Grand Hotel Lembang no. 33E
  • Dibuka setiap hari, Isnin-Khamis: 10am – 5pm & Jumat - Ahad: 9am – 8pm 
  • Transation di sini menggunakan coin. So, kalau nak beli apa-apa, please make change at the available counter.

Salah satu tempat liburan terbaru di daerah Lembang, Bandung, Jawa Barat. Pada mulanya, aku ingat floating market ni macam di Bangkok, Thailand or Sungai Mekong di Vietnam tapi ternyata I was wrong. Jauh sekali yea. Memang ada perahu-perahu yang teraapung tapi bukan jual sayur, ikan & sewaktu dengan nya tapi lebih kepada makanan khas Bandung yang siap dinikmati. Contonnya, bakso, pisang goreng, nasi ayam penyet etc. Itulah yang uniknya floating market lembang ni. Makanan boleh dinikmati berhampiran tempat jualan dimana ada tempat makan yang disediakan.


Welcome to Floating market

Lost

Dah penat berjalan bolehlah lepak rehat-rehat kat sini

View menuju Floating Market Lembang

We're almost there, Jom

Souvenirs Shop & tempat tukar Koin juga

Bertentangan dengan gerai-gerai ni adalah sawah padi yang memang hidup subur

Jom cross the bridge ke seberang... Floating Market

Inilah Floating Market nya

Kami sempat jugalah menjamu selera kat sini. Macam-macam jugalah kami beli and of cos lah benda makan saja. Ayam ala-ala ayam bob pun ada jual kat sini tau. Tapi apa yang paling best kat sini, pisang sangkuriang. Dah macam nama ala-ala legenda sangkuriang di Tangkuban Perahu, hehehe. Apa yang uniknya pisang sangkuriang ni, pisang di goreng tanpa menggunakan tepung dan kemudiannya ditabur cheese & coklat rice. Kami order dua set sahaja memandangkan portion dia untuk 1 set cukup untuk 2 orang makan. And untuk kelainan adik aku order pisang keju gula aren. Pisang ini pulak digoreng bersama tepung rangup & kemudianya ditabur gula perang & cheese. Seriuously sangat sedap. Portion pisang dia pun cukup untuk 4 orang makan walaupun pada hakikatnya, tak cukup untuk aku. Bukan apa tak nak order banyak, kami akan lunch selepas ini takut nanti dah full dengan pisang sahaja. Kalau sebelum ni aku cuma familiar dengan pisang choc cheese di Taman Simalem Medan & Cibiuk, Kajang but this is different recipe. Haa… lepas ni boleh masuk kan dalam list resipi my pisang cheese. 


Pisang Sangkuriang (IDR20K)

Pisang Cheese Gula Aren (IDR15K)

Agak busy juga inside this floating market

Kedai hidangan pisang yang pelbagai

Tips:

Aku cadangkan kalau sampai tengahari tu silalah bawa payung lipat or pakai topi, agar lebih nyaman berjalan-jalan di sekitar area floating market ni. Sebab dari main entrance kena menapak juga nak ke floating market nie. Other option boleh naik boat, hehehe. 


Kalau malas jalan kaki boleh lah naik boat nak ke seberang

Kami spend lebih kurang 2 jam disini. Lepas tu kami pun menuju ke destinasi seterusnya untuk Lunch.

Kalau korang yang jenis budget, tak perlulah ke tempat makan-makan yang landscape dia memang cantik. Sebab confirm harga pun cantik juga. Makan memang sedap tapi mahal plus with normal tax 10% & 5% service tax. So, first day tu memang ingat nak ke Kampung Daun tapi memandangkan ramai yang cakap mahal even our driver, so, kami tukar plan makan ditempat yang suggest by our driver… D seuhah da lada. Lokasi tak jauh pun dari floating market tadi & terletak kat atas bukit. Tempat pun cantik & harga pun boleh tahan. No wonderlah macam tak ramai orang masa kami datang tu. Total kami makan untuk 6 orang dalam RM100 jugalah including tax,which to me still expensive. Itupun sebab kami tak order lauk-pauk sebab mak & adik aku dayah ni tak berapa nak masuk Indonesian food. So, kami order asing-asing lah, tak nak membazir. Itupun still mak aku tak berapa nak lalu. Lepas tu aku terus kasi warning kat driver aku jangan bawa tempat mahal-mahal dah.

So, untuk dinner kami Cuma tapow di Restoran Nasi Padang yang berdekatan dengan hotel kami sahaja. Harga pun murah & puas hati.

To be continued...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...